Memanipulasi Digg Malaysia
Beckzaidan, founder untuk Persetankan.com hari ini melakukan sesuatu yang boleh aku kata’kan sebagai langkah memanipulasi Digg Malaysia untuk populariti. Walaupun Beck mendakwa beliau bukan selebriti blog, apa yang beliau laku’kan adalah satu langkah untuk menjadi popular. Beck, kau akan bertukar menjadi selebriti blog selepas entri ini habis aku tulis’kan.
Dalam entri terbaru’nya bertarikh 11 Julai 2007, Beck meminta sesiapa yang membaca blog beliau untuk ke Digg Malaysia untuk Digg semua entri yang beliau hantar’kan. Hasil’nya, beliau sekarang adalah Top 5 pengguna di’Digg Malaysia dengan hampir semua entri yang beliau hantar’kan berjaya ke frontpage. Walaupun Beck mendakwa itu tidak lebih dari sekadar eksperimentasi untuk melihat bagaimana kawan-kawan boleh membantu dengan pembangunan sesuatu jenama atau franchise, Beck dengan tidak sengaja meletak’kan diri’nya di’kalangan geek-geek Malaya yang akan bertanya sesama sendiri, siapa Beckzaidan?
Satu sudut positif aku lihat, tindakan Beck sebenarnya berjaya menolak semua entri yang karut-marut dengan menggantikan entri-entri provokasi beliau. Dua, tiga hari sebelum ini, aku lihat frontpage Digg Malaysia di’penuhi dengan entri berbaur lucah & mencemar nama Malaysia. Tahniah buat Beckzaidan!
Untuk kalian semua yang membaca, sila Digg entri ini di Digg Malaysia dan buat entri ini berada di’frontpage sana. Ha ha.
Kumprinx bikin serang balas
I love this! Hari ini Kumprinx menulis satu entri tentang impak kenaikan harga rokok kepada rakyat Malaysia. Walaupun tidak menyatakan secara langsung yang entri tersebut adalah serangan balas buat entri aku bertajuk Merokok Tidak Kool! yang menerima komentar terbanyak dalam sejarah Mohd Ismail dot Com, tetapi perenggan di’bawah menerangkan situasi merokok dari perspektif err.. mereka yang merokok sekaligus aku anggap entri tersebut sebagai serangan balas. Ha ha.
Jesteru adik-adik semua, startlah menghisap rokok. Mana yang dah berhenti isap rokok tu boleh la mula balik. Dengan harga rokok yang mahal, tabiat merokok adalah satu perbuatan yang sangat elit dan bergaya. Anda akan dipantang tinggi oleh masyarakat kerana mampu membeli rokok.
Popularity: 8% [?]
Comment by Rjuna on 13 July 2007:
Malam tadi aku lawat Digg Malaysia ni, pastu aku pelik apsal mamat beckzaidan ni punya entry monopoli Digg tu, best gak tulisan dia
mari add rss dia hehe
Comment by beckzaidan on 13 July 2007:
aku rasa ko faham separuh daripada tujuan sbnr aku…
sekali lagi aku cakap ah, bukan nak defend ke apa ke, aku bukan celebriti blog. aku hanya tulis untuk diri sendiri dan kawan kawan. bukan pengajaran ke apa ke, takde info pun kebanyakan entry entry aku dalam blog aku. aku menulis sekadar diprovoke dan kekadang memprovoke orang untuk berfikir terutama sekali pasal pasal hidup ni…
tujuan aku membuat GERAKAN MAKAR JULAI 2007 ini, adalah kerana melihat kelesuan digg dalam entry entry blog yang ada pengisian rohani. kebanyakan artikel artikel yang diletakkan di digg.com.my adalah untuk mengenerate income kepada pemilik blog, contohnya untuk meraih point advertlet dan nuffnang.
artikel yang diketengahkan pula, kebanyakannya di cut n paste dari artikel blog atau berita lain., seperti gadget reviews, berita berita semasa. bukan nak mengkondem atau merendahkan blog blog ini, tetapi aku jenis yang sukakan ketulenan, authenticity, ikhlas juga harus ada. pendek kata, menulis dari otak penulis, bukan dari buah fikir orang lain.
dan kebelakangan ini, digg.com.my juga dipenuhi dgn artikel artikel untuk download 3gp lucah dan TAJUK artikel yang missleading. ini semua untuk generate advertlet dan nuffnang. isu isu macam ini, kita tak payah la tunjuk pada orang luar. bertanggungjawab sikit. dan digg.com.my punya admin pun tiada langkah untuk blok artikel artikel tersebut… pelik kan?
itu la saja alasan aku. tolong jgn popularkan aku. gerakan makar kena senyap senyap. panjang plak aku tulis, aku mmg suak tulis panjang panjang. ahaha..
untuk bulan ogos ni, aku nak buat gerakan makar, MARI KANSEL AKAUN ASTRO pulak…
terima kasih…
p/s:- aku taknak pupular…
Comment by aarin on 13 July 2007:
Nampak mmg serang balas, tetapi disertakan dengan point-point yang bernas juga..hehe
p/s:- saya dah digg u’r entri
Comment by Paypal2u Bloggers on 13 July 2007:
Gua setuju ngan lu punya idea… Gua sokong 101%.
Comment by aman on 13 July 2007:
gua udah digg hang nyer artikel… :)
Comment by abdfatah on 13 July 2007:
hang memang dah popular walaupun hang taknak popular…
hohoho banyak jugak yang cute and paste yer. hanya untuk apatkan tarikan advertlets dan nuffnang. duit punya pasal…
Comment by abdfatah on 13 July 2007:
kalo digg banyak2 boleh jadi orang terkaya dalam dunia nampaknya… nak try digg jugak laaa… dig dengan idea kupasan dan analisis… ngah3
Comment by Wizurai on 13 July 2007:
dulu aku abaikan digg ni…
lepas ni aku nak explore lebih sket tentang digg…
Comment by taufik on 13 July 2007:
Sebelum ni memang dah selalu aku dengar digg ni, tapi belum pernah sekali pun masuk.
Banyak benda rupanya dalam tu…Kui…Kui…Kui…
Comment by DiggMonopoly on 13 July 2007:
haha
nak monopoli digg.com.my ??
we’ll see hozee
we’ll see ….
so ko nak cakap ko ni jenis hebat yang tak perlukan duit ???
kebal ?? kawan ramai ???
kamon lahh…. nak lawan setakat dalam blog, dalam forum … itu lawan jantan takde telur
kalau betul2 nak kacau periuk nasi orang. ko kena belajar hidup di alam realiti..
bukan hidup di alam fantasi lagi
Comment by aad_lfcfn on 13 July 2007:
pernah stumble gi website admin digg dulu..address dia malas nk letak.. website tu just experimental/hobi suka-suka according to the owner…dan bila kene curse ngan diggers @ digg.com at a time..populariti digg.com.my terus menurun (of course)..dan nama malaysia sebagai software piracy market pun masuk sekali..(hmm)..salah siapa? http://www.digg.com/tech_news/Digg_Clone_in_Malaysia
Comment by aad_lfcfn on 13 July 2007:
pernah stumble gi website admin digg dulu..address dia malas nk letak.. website tu just experimental/hobi suka-suka according to the owner…dan bila kene curse ngan diggers @ digg.com at a time..populariti digg.com.my terus menurun (of course)..dan nama malaysia sebagai software piracy market pun masuk sekali..(hmm)..salah siapa?
Comment by abdfatah on 13 July 2007:
aaaaa? apa-apa aje laaa… belum pekena nasik lagi daaa…
Comment by abdfatah on 13 July 2007:
meh laaa lawan sampai botak licin tanpa merokok sambil menonton transformers… kita tengok laaa sapa yang menang.
saya hanya nak tengok aje laaa….
meh sini kita tengok….
tengok jangan tak tengok….
maaf banyak2 laaa sayapun takder duit nak belanja dah nih…. hahahaaaa.
adesh… apohal??
Comment by abdfatah on 13 July 2007:
serang balas? dah berapi dan dah berasap dah nampaknya… lepas nih kita tengoklah dan tengok dan tengok…
boleh tengok aje laaa… sebb duit takder. ngeh3…
maaf banyak2 laaa…
Comment by abdfatah on 14 July 2007:
bolehlah buat pertandingan digg pulak lepas nih. digg yang terbanyak dapat ganjaran bonuslink pulak laaa. sapo nak sponsor bonuslink digg? hohoho…
maaf banyak2 laaa…
Comment by adila on 14 July 2007:
Jesteru adik-adik semua, startlah menghisap rokok. Mana yang dah berhenti isap rokok tu boleh la mula balik. Dengan harga rokok yang mahal, tabiat merokok adalah satu perbuatan yang sangat elit dan bergaya. Anda akan dipantang tinggi oleh masyarakat kerana mampu membeli rokok.
apa nih….nanti den gi jejalan di blog kumprinx ni…
Comment by adila on 14 July 2007:
wah..mael
ada yang terbakar nampak…
relax bro…
Comment by abdfatah on 14 July 2007:
sebelum tu anda perlu masak nasik dahulu sebelum anda kacau dodol dalam nasi orang lain…
syyyyh… sabar. jangan menggelabah. kenapa nak terbakar pulak? lebih baik jaga tepi kain sendiri je… macam mana mael? jawablah…
Comment by shutterspeaks on 14 July 2007:
aku rasa cam da komen malam tadi, hilang pulak. aku bukan pengguna mana2 digg ataupun bookmarking site. pada aku digg malaysia nih lebih ok kalau mereka tak tiru bulat2 digg original.
Comment by adila on 14 July 2007:
saya pun ada gak 2,3 kali komen tapi hilang…napa yer en mael…
nampaknya en mael sibuk sangat tu…sibuk dengan wanita bertudung yang dalam keta tu atau dengan esaimen…
Comment by adila on 14 July 2007:
hai geng…malam ni malaysia kalah lagi…Malaysia 0, Uzbek 5….huhuhu..nampaknya kesediahn ini berpanjangan…
Comment by Noorizam Shah on 14 July 2007:
best-best.. saya suka blog ini… nanti saya review blog nih yerrr…. hehehehe
Comment by abdfatah on 15 July 2007:
berapa ramai kawan2 hang mael? seluruh dunia ramai kot?
Comment by abdfatah on 15 July 2007:
meniru? itulah kita punya cara… hanya meniru dengan gaya yang tak original. kalo francais lain citer laaa…
mana yang kool digg original atau digg tiru-tiruan. takkan takder idea sedikitpun untuk melakukan sedikit kelainan.
tapi mereka tiru sebab belum bertemu rentak yang tersendiri agaknya. biasalah tu… lama-lama nanti ada laa gaya yang tersendiri yang boleh diterima pakai… takper kita tengok nanti apa perubahan yang boleh dilakukan oleh admin digg malaya… it’s very proud been (not mr bean)malaysian people…
Comment by DiggMonopoly on 15 July 2007:
whutever dushbag whatever….begging for traffic, come on lah
Comment by DiggMonopoly on 15 July 2007:
malaysia boleh dudes
kita tengok aje myteam 2 ni boleh tak cungkil bakat2 underground yang boleh martabatkan balik bola ’sayur’ kita
tapi mmg pathetic lah tgk depa main bola…mengalahkan budak2 sekolah rendah..tang defend tu aduihhhh
macam tak caya, diorang ni main bola ke main apa
orang bayar suruh main bola bukan main2 aje..main bole untuk negara….kalau setakat main bola nak lawan keling estet atau lawan futsal malam2…baik xyah lah main
Comment by abdfatah on 16 July 2007:
digg bola sepak malaya tak popular ke? baik buat digg senario lagi best apaa??? bola digg oh bola malaya…
meh kita digg pasal bola malaya. apa kesannya nanti???