Membeli Hadiah

Mulai dari minggu ini (mungkin), kalian akan terima entri yang bukan-bukan kerana aku sudah tidak punya masa untuk melakukan kajian sosial mendalam sebelum menulis. Fikiran sangat terganggu dengan bunyi bising. Menulis blog masih pekerjaan paling champion dalam dunia.

Kelmarin, aku ke pusat membeli belah baru di Bandar Perda. Dengan niat untuk membeli hadiah hari jadi seseorang. Tapi, tiada matlamat apa hadiah mahu di’zahirkan.

Tuan badan sebenarnya sudah bagi hint tentang hadiah yang di’inginkan. Tapi masih aku perlu berfikir dua kali. Dalam pada itu, aku berharap apa yang di’inginkan ada di pusat membeli belah yang raksasa itu.

Malangnya tiada.

Aku jadi buntu. Aku antara manusia yang benci untuk membeli hadiah untuk orang lain. Bukan kerana kedekut, tetapi memilih hadiah untuk menggembirakan hati orang lain bukan senang. Silap pilih, lain tafsiran jadinya.

Aku lebih prefer kalau boleh bawa tuan badan bersama dan pilihlah apa yang di’ingini. Senang.

Tetapi akan hilang elemen suprise yang sangat (sangat) di’gemari oleh kaum yang satu ini.

Tetapi juga, elemen suprise itu akan tiba-tiba muncul kalau hadiah yang di’inginkan itu tahap super-fabulous. Contoh’nya Mini Cooper S atau koleksi minyak wangi terkini Chanel (No 5 misalnya). Kan Chika?

Malam esok aku akan hulurkan hadiah yang aku beli. Tidak seberapa tapi aku masih mengharapkan ia berbaloi.

Sekarang ini, aku suka meletakkan entri fresh di OhBulan! kerana format’nya yang santai & membuang masa ramai orang. Dan, proses menulis entri kebanyakkan’nya Copy & Paste (secara bijak).

26 Comments

pergh… Mini Cooper S…
giler lorh… haha…

buat hadiah sendiri la mael..
nampak keihklasan diri kau mael.. hehe..

aku baru tau oh bulan tu setengah jam yang lepas..
lalu aku bookmark..

sampai mati aku sendiri xleh nk beli kete tu.. tp still mengidam rx8.. ha ha..

*oh terima kasih Menteil… sana leh update tiap jam.. ha ha.. sumber free banyak =p*

hehe..bro..comment tu dah delete dah..
kalau minat forex tu,bgtau la ye… :P
nanti aku tanye bleh ke split dua..
haha

@richie thanks richie.. risau aku, kang kene tuduh pervert.. ha ha.. forex tu, insyaAllah.. kene semangat kuat nk main tu..

aku dah 2 kali p tempat tu..tu pun tak abis lagi ronda..besar sgt letih aku nak jalan.tp aku suka pasal byk bangku…

hoho cooper. tunggu jadi jutawan internet lor.

ada kepentingan juga di ohbulan tu kan mael!? eheh.

baru aku tahu skill buat duit melalui blog huhu. insya allah aku sudah menjalankan beberapa kajian dan mulai langkah pertama eheh.

@razif haah.. aku siap lepak usya awek lagi lepas penat jalan.. ha ha.. kurang pahala puasa aku =p

@megat ohbulan tu satu eksperimen juga.. nnt ada masa aku cerita apa hasilnya.. =) seronok explore buat duit dgn blog ni..

uihh.. ramai lagi online kul 4 pagi ni.. ha ha.. esok Ahad ye tak? =)

beli hadiah utk wanita teristimewa mmg sgt susah. jauh lebih komplex dari perkiraan hukum quantum mahupun pembuktian teori big bang. kadang2 harga menjadi ukuran kadang2 nilai sentimental menjadi ukuran. susah nak memuaskan hati mereka. owh tuhan! ciptaan kau yang satu ni mmg amat kompleks utk di fahami…

tu yg bestnya…aku mcm ketagih nak p sana…dkt sgt ngan rumah aku.jenguk kat tingkap dah nampak

kalau aku baik aku beli sendiri… biasenye ak beli benda melmbgkan diri aku… kalu ak beli bnda yg melmbngkan diri die atau benda yg die nak… baik die beli sendiri…

betul tu mael, memang susah nak pilih hadiah utk orang. kita takut kita pilih hadiah yg salah.

hehe.
sikit tips.
gadis yg simple suka hadiah yg simple. tapi nampak mahal.
gadis yg ‘exotic’ suka hadiah yg mahal. tapi nampak simple.

so, gadis ko yg mana satu wahai east.

kajian sosial my arse, kau cuma baca majalah & mengolah semula mengikut ayat kau

hadiah drpd hati. lebih bererti. hehe :)
susah dowh carik hadiah neh sebenarnya kan. hehe

Hahah. Tak terkata apa-apa. Mungkin aku beli hadiah ikut kehendak hati aku — kalau dia suka dia ambik, kalau tak suka pun dia kena ambik jugak sebabnya aku dah beli untuk dia.

mael copy and paste ohbulan xder source link - tak takut tuan punya cerita komen ker…ohbulan mmg cool

err… kajian sosial? ditujukan pada akukah?

@fake mohdismail why so serious?

@famia ko bagi dua jenis gadis, tp mcm2 jenis lagi sebenarnya.. ha ha.. aku pun tatau..

@zen leh bagi kredit,tp source aku ni mcm trade secret la (konon’nya).. ha ha.. kalau ramai tau, senang org setup OhBulan! kedua.. =p

@dak_usm kalo aku beli brg melambangkan diri aku, haram dia xmo punya.. ha ha..

woh.
bunyi gila kasar dan kesat ‘my arse’ itu. tak mengapala.
ini tempat ko.

anyway. aku tak pernah baca magazine.
lagi juga. aku keluarkan ayat yg ko rase kajian my arse itu drpd observation sendiri sepanjang lebih suku abad aku hidup bersama mereka. harap maklum wahai en. ismail.

lagi juga dan juga. generalnya gadis ade 2 jenis. selebihnya tu sub-jenis cuma. harap maklum. itu tips kosong cuma. kalo tak suka buang saje.

Nak Beli Hadiah Kena Rawak.. Pejamkan Mata dan Tunjuk Kat Mana,.. Suruh Orang Tgk dan Barang Yang Ditunjuk Itu yang Akan Dijadikan hadiah..Haha.. Cuba… Mesti Best..

kalau kau ada hati nak bagi mini cooper s, kau tolonglah bagi saya

kah kah kah

mini cooper… aku pun mengidam mini cooper.. haha.. apekah hadiah itu yer..?? hurmmm…

kenapa kau tidak bawa kawan perempuan kau sebagai rujukan?bagi aku ianya lebih mudah.

@M-I-N ha’ah kan? ha ha.. xterfikir lak.. lagipun aku pi masa aku tengah ade masa free masa kerja.. so xde sapa nk aku ajak.. =) *lenkali ajak ko la*

sape si dia tu mael?

Leave a Comment