Menulis blog bukan perkara mudah

Kembali ke beberapa tahun ke’belakang. Ketika aku masih berjinak-jinak dengan Blogger & berminat untuk menulis kerana terdorong melihat 2 orang penulis blog yang sangat kreatif, Kumprinx & SayapDewa (blog ni hampir setahun tak berupdate, hari ini dia update, sila baca!). Ketika itu menulis blog adalah sesuatu yang tulus lahir dari hati & menjadi karya agung buat diri aku. Aku menggunakan Blogdrive beberapa bulan sebelum berpindah ke Blogger & seterusnya membeli domain & hosting sendiri awal tahun 2006. Mengikut garismasa, ini adalah blog yang ke-4 kerana Mohd Ismail dot Com yang pertama telah berkubur kerana kesilapan sendiri. Ini boleh terjadi kepada semua orang yang baru menulis blog.

Lihat carta di’bawah. Menurut Technorati, terdapat lebih 71 juta blog di’seluruh dunia ketika ini & akan meningkat setiap hari. Dan, Pronet menyatakan walaupun peningkatan jumlah blog meningkat lebih 30 juta dalam beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi jumlah blog yang masih aktif tidak banyak berubah.

Menulis blog bukan perkara mudah

Semua ini terjadi kerana beberapa faktor yang biasa ;

  1. Penulis blog baru tidak menulis secara konsisten. Mereka akan kehilangan idea setelah beberapa minggu menulis blog & lebih parah mereka tidak tahu bagaimana mahu mencari sumber untuk menulis. Dan. akhirnya blog mereka akan berkubur.
  2. Menulis kerana duit. Ini sesuatu yang perlu di’elakkan bila seseorang mahu mula menulis blog. Lebih-lebih lagi jika menulis dalam Bahasa Melayu. Mohd Ismail dot Com tidak memperoleh apa-apa selama ini sehingga muncul’nya Adverlets & Nuffnang.
  3. Tiada trafik. Trafik atau pengunjung bukan sesuatu yang boleh di’perolehi dalam masa yang singkat. Perlu kesabaran & passion yang bukan calang-calang. Aku pernah rasa bagaimana menulis dengan hanya 2 orang pembaca setiap hari.
  4. Pengurusan masa yang tidak konsisten. Ada penulis yang menulis bila mereka punya kelapangan sahaja tetapi mengharapkan pulangan yang besar buat blog mereka. Bila melawat sesuatu blog lain, lebih-lebih lagi blog baru, kebiasaan’nya aku akan bookmark & datang kembali 2,3 hari seterusnya untuk melihat update terkini. Jika aku dapati blog itu tidak berupdate buat jangkamasa yang panjang, aku akan remove dari senarai bookmark aku & kemungkinan besar tidak akan kembali. Semua orang juga begitu mungkin.

Nah. Sebagai bacaan tambahan di’pagi Isnin, ini ada 101 Tips Bagaimana untuk Menurunkan Trafik ke Blog Anda. Menarik!

42 Comments

sebagai seorang blogger baru, aku bersetuju dgn kau. dan ya, memang susah juga mahu cari idea utk menulis tentang apa. hidup aku terlalu mundane & boring. hehehe…oh, dan terima kasih kerana sudi singgah di blog aku dulu.

Yes..bro.aku punya pengalaman begini.Aku pernah membuat beberapa blog di blogger..tapi mungkin minat dan matlamat aku tak kena dengan jiwa aku..tak lama sangat pun…blog itu berkubur juga akhirnya..aku cuba bina impian baru dengan kasyah.com .Aku cuba luahkan jiwa sebenar aku…no hipokrit..telus,berani,jujur…;D

semoga kali ini, Kasyah.com akan kekal sampai bila2.. sayang beb kalau ada domain sendirik tapi berkubur :)

sekarang juga aku singgah2 selalu :) kalau kita bercerita tentang life kita, memang agak susah :) semua orang begitu..he he.. cari lah apa2 yang menjadi minat.. mungkin kau ada kepakaran mahu menulis tentang minat kau..

Memang sayang kalau kasyah.com berkubur. Aku masih ingat pertama kali aku tiba kat blog ko..aku baca entri ko bertajuk -Kau hantu komputer?Kau perlu lihat ini-. “mengarut gak mamat ni”..pastu aku pergi layan older post2 ko..”kool siot mamat ni” .Lepas tu tiap2 hari aku datang blog ko…hehe,terus jatuh hati.hehehe

Betol tu mmg sukar utk menulis blog.. sekurang kurang 6 post sehari baru leh naikkan PR.. Pr aku pon jatuh sampai xde langsung.. any Idea?

bro.. Google PageRank ke? Itu takde kene mengena dengan bilangan entry kau tulis dalam sehari.. Google PageRank hanya ambil kira berapa banyak link yang ko terima dari blog/website lain :)

mahu tukar link?

masa aku baru ber blog dulu2 sayap dewa adalah salah seorg bloggers yg pertama aku kenali..selepas setahun kemudian kitaorg berjumpa rupa2nya dia adalah kawan aku masa sekolah rendah dulu…dan gang ber main bmx masa kitaorg lepas spm…

ouh yerker..tak tahu plak..sebab aku ader bace article utk meningkatkat PR..tp luper aper website dier? yerpp mahu..saya link web ni k..

xde org singgah blog pon ade

Ya..dulu aku pun mengalami situasi camni jugak, antara blog terawal yang aku kenal, blog aman ngan mohdismail.com, waktu tu, dua2 dok guna theme freshy.. :) dan waktu tu aku tengah merangkak lagi dalam dunia blogging nih..

Maafkan aku sebab dah lama tak update, komitmen lain membuatkan aku terpaksa meninggalkan sebentar blog aku, dan aku taknak membuat entri dengan tergesa2, nanti pembaca mesti meluat nak baca, hehe..

Ops, buat blogger2 baru, jangan cepat mengalah kalau visitor cuma 2 3 orang sehari, sebab visitor akan datang dengan sendirinya kalau kita ikhlas dan istiqamah ketika menulis.. =)

Sori Mael, panjang lak komen aku..huhu..

yep.. aku beberapa kali guna theme freshy :) sebab masa tu theme tu la paling hype sekali..

tidak mengapa Bat, take your time :)

Aku tulis blog dengan tujuan agar aku dapat baca balik apa yang aku tulis di masa 20 tahun akan datang kalau umur aku panjang. Pelawat, satu bonus untuk aku. Tapi aku akan kecewa bila cuma ada dua orang jer pelawat dalam sehari.

Alamak, susah nak komen ler kerana bahasa melayu saya dah karat. But I setuju, menulis blog ni bukan senang, bila I started dulu, punyalah susah nak cari inspirasi…sekarang, inspirasi overflow…haha!

thanks for dropping by…sori kalau bahasa i ni kuno… :-P

kadang2 aku pon sama.tp aku rasa kalau blog x hapdet2 mesti terjadi sesuatu yg buruk kat blogger tukan.sapa tahu?

anyway mmg payah nak bloggin’ ni.kalau dah minat takde hal.macam aku.aiseh!

Aku tak peduli pun takde org nak dtg melawat blog aku. Yang lebih penting, blog aku terindex kat Google sebab yang tu la tempat Moolah nyer…wakakaka..

blog kau yang berkubur tu dulu adalah sumber inspirasi

dan blog aku dulu pun dah jadi aruah

tapi atas semangat kawan2 macam kau ni lah aku gagahi juga buat blog baru

Adeh.. sekali kena batang hidung sendiri da. Adakah point yang no-4 itu ditujukan kepada saya? Hu2.. :P . Janganlah begitu Ismail :)

buat blog untuk kepentingan sendiri je mula2.. x pernah harap dikomen apa lagi nak kejar status blog paling banyak hits.. tp Alhamdulillah.. mental therapy aku sekarang dah makin berjaya.. dalam susah dan senang ada yang bersama.. sahabat bertambah ramai.. kesihatan bertambah baik..

so’od dulu aku blog dan mengharap sgt orang komen.ye lah komen tu beri aku s’mngat untuk teruskan bloggin’ di samping dapat tahu kesilapan dan kesalahan.

ye fahmi.. lain org lain motivasinya.. lain org lain inspirasinya.. heheh..
dulu aku mmg x kisah tp makin lama makin ramai yg singgah blog aku (tanpa diundang).. mmg aku x expect diorg komen tp komen diorg in a way menaikkan semangat.. mmg betul apa ko ckp..
dan aku percaya satu bende.. kalau ko ikhlas menulis pasal sesuatu perkara, org akan tau.. kalau ko cuba jadi somebody, org pun akan tau.. so be true to urself.. bagus atau x bagusnya kita (as blogger), bukan kita yg tentukan..

sambung skit lg bule? bukan nak kejar free gift bulan mei.. x sempat dah.. hahahah..
cuma nak ckp.. masuk dunia blog byk membuka mata aku.. aku byk tengok pemikiran org.. aspirasi org.. mcm2 lg.. terutama yg muda2.. mcm Mail ni.. ada arah tuju.. ada passion.. ada buah fikiran.. ada kepositifan dalam diri.. aku doakan Mail dan korang semua berjaya dalam hidup.. jgn sia2kan peluang yg ada.. hidup cuma sekali..
ok.. cukup dulu.. lain entri lak aku komen.. heheh..

imoimora : macam tertuju kpd bro je ni..hehe..xpe,mesti lps ni lebih brsemangat nk update slalu. :D

Fahmishah : betul bro..komen memberi aku apa yang salah dan apa yang aku tak tahu.aku sgt2 menghargai segala komen2 korang.

ps-baru balik dari banting.

Tak sabar nak dpt tips menaikkan trafik. Macamana eh, kadang aku mcm dah boring nak update memandangkan beberapa kerat aja yg masuk blog aku. Tapi takpe, baru je beberapa bulan ber’blogging’ ni, teruskan semangat.

ehh :) tak tak.. tak tuju kepada sesiapa pun.. ini untuk diri aku & semua orang juga..

ada beza antara tidak punya masa & tidak punya minat untuk tulis blog :)

pelan2 kayuh :) usaha mesti ada & selalu ingat, ada hati mesti jadi.. insyaAllah, kalau ada kelapangan & idea, aku akan tulis tips2 menaikkan trafik untuk blog berbahsa Melayu..

tp harus diingat.kepada new blogger.jgn harap nak dapatkan visitor yang tinggi.kena sabar le skit.pandai2 godek untuk attract visitor.

Betul tu Mail. Kor pun adalah antara golongan blogger yang terawal aku jumpa. Aku kengkadang kekurangan masa untuk mengupdate blog kerana kekurang masa. Apa yang aku buat selama nie, bukan untuk mendapat duit. Cuma untuk berkongsi maklumat dengan rakan-rakan.

tujuan asal aku tulis blog masa tahun 2002 dulu sebab aku rasa seronok untuk tulis apa yang aku lihat, dengar dan rasa. itupun untuk diri sendiri saja. bertambah seronok bila ada pembaca dan bila dapat respon daripada mereka. tapi sekarang ni, erm.. aku rasa aku menulis bila aku rasa perlu dan tak mengharap sangat ada pembaca yang banyak. jika ada, ia bonus.

[…] Blogging is not an easy task by MohdIsmail (Malay language) […]

[…] yang aku tulis beberapa hari lepas, menulis blog bukan satu perkara mudah. Satu masa dahulu, ya, menulis blog merupakan sesuatu perkara yang senang. Tetapi masa bergerak […]

[…] baca pandangan orang lama tentang blogger baru sila ke blog Ismail yang telah mengulas mengenai isu ini. Saya sebagai blogger baru ingin menambahkan sedikit sebab […]

salam.sy pun blogger baru.ni kali ke-2 sy buat.
yg dulu hilang gitu jek.ingat nak serius la yg blog terbaru ni..tp baru je lagi ni..rajin2 la singgah untuk lebih rapatkan ukhwah :)

selamat datang yattie :)
yang hilang dulu tu, jadikan pengajaran untuk menulis blog lebih serius kali ni ye? :)

thanks for coming… saya akan ke sana sekarang.. woosh!

makasih ya mohd ismail kerna sudi jenguk blog sy yg serba kekurangan..lama2 nanti byk la entries sy..haha..tQ tQ!

aku termasuk dalam golongan tidak konsisten.
salahkan aku, JANGAN!

[…] faktor yang menyebabkan aku gagal menulis di versimelayu.com! Masa, kerja, rumahtangga, permainan video, solitare, aktiviti petang, […]

Valium dosage….

Valium dosage….

No lender payday loans….

Payday loans. Payday loans fast. Instant payday loans. No fax payday loans. Low fee payday loans. Faxless payday loans. Ten dollar payday loans….

[…] idea yang kecil sehinggalah kepada idea yang paling besar. 3. Perbanyakkan aktiviti yang boleh meransang minda untuk menulis. 4. Buat nota catatan 5. Kalau pandai buat peta minda, lagi la […]

Aspirin overdose….

Fish oil supplements aspirin. History of aspirin….