Menulis dari rumah & RM10,000 sebulan, lebih!

money-baby.jpg

Entri ini di’bawakan khas kepada kalian oleh 5Xmom. Semua tulisan di’dalam entri ini adalah sudut pandangan aku sendiri & tidak di’pengaruhi oleh status entri ini yang di’taja. Jika kalian berminat untuk menaja sebarang entri di’sini, hubungi aku secara terus kerana PayPerPost tidak menerima blog berbahasa Melayu. Ha ha!

Menulis blog & seterusnya menerima pendapatan yang lumayan bukan satu kisah dongengan yang di’dagangkan oleh banyak e-book karut yang berada di’pasaran. Ramai di’luar sana yang telah membuktikan bahawa menulis blog & aktif di’internet mampu memberikan pulangan yang lumayan. Yang penting adalah usaha & tidak kenal putus asa. Aku suka mendengar jika ada penulis blog dari Malaysia yang mampu menjana pendapatan yang lumayan dari hasil menulis blog.

Awal Sabtu baru-baru ini, aku menerima e-mail dari 5Xmom yang menyatakan keinginan untuk menaja satu entri di’sini & hati aku berbicara,”woot! ada orang nak sponsor entri! ini sudah bagus…”. Dalam masa yang sama, aku tertanya-tanya juga berapa banyak 5Xmom jana dalam sebulan dengan hanya menulis blog. 5Xmom berikan aku satu pautan ke salah satu entri beliau, August Blog Income Report. Dan wohh! Untuk bulan Ogos lepas sahaja, 5Xmom mampu menjana RM14,536.70 hasil dari menulis blog. Jumlah ini datang’nya dari 9 sumber yang berlainan seperti Google Adsense, PayPerpost, Kontera, Text Link Ads, ReviewMe & LinkWorth.

RM14,536.70. Rm14.536.70. RM14,536.70. Itu satu jumlah pendapatan yang lebih tinggi dari sesetengah pengurus syarikat, malah lebih tinggi dari gaji seorang jurutera kimia yang bekerja lebih 6 tahun. Dan, 5Xmom melakukan’nya kurang dari 5 tahun.

Bukan 5Xmom seorang yang menikmati pendapatan lebih Rm10,000 dalam sebulan. Seorang lagi penulis blog dari Malaysia yang di’kenali sebagai Samm juga meraih lebih RM12,000 untuk bulan Ogos sahaja. Mereka berdua menerima pendapatan ini dari keaktifan mereka menulis di’banyak blog milik sendiri. 5Xmom sendiri mempunyai 12 domain yang di’gunakan untuk meraih pendapatan sebanyak itu.

Memetik kata Samm dalam entri beliau,”Do i need a degree to earn this? No, pure crapability jek.“, ada berani kawan-kawan?

52 Comments

oh yeaaaahhh….

wohoooo… bukan calang-calang pendapatan yang sedemikian rupa kalo dah setup domain sendiri sehingga 12 nama yang berlainan apa lagi dengan tajuk yang khusus.

kalo setiap domain melahirkan income 10,000 sebulan. nampaknya tak perlu lagi bersesak2 untuk mencari kerja di jabatan kerajaan. hanya duk di mana jua dan menulis entry demi entry…

ada berani? sudah tentu mael akan lebih berani lagi untuk menjadi top blogger yang femes tahap maksima… wuahahahahaa…

Haha..Memang dasat pendapatan mereka..Mungkin 5 tahun lagi baru aku berjaya mendapat pendapatan macam 5 angka sebulan..Sekadar angan-angan..

Sponsored post dalam bahasa Melayu, menarik!

Hmm menarik sememang pendapatan dari blog tidak dapat disangkal lagi. Mungkin cara yang betul ramai yang tak tau. dan satu lagi tentulah content dan trafik yang menarik minat kuat untu ramai orang duduk melekat dan datang semula untuk membaca.

Terima kasih! Moga-moga, local advertisers pun beli paid review macam PPP jugak, tapi dalam BM. Sekarang saya ada tulis advertorial untuk local advertisers jugak.

tersgt jealous…..!!!!

Aku pernah dengar pasai 5xmom nii tapi unsangkerable la pulak dapat buat sampai 14K lebih nii……

haih..jangan anggap angan2 Bat.. usaha..usaha.. yakin!

*kita boleh! he he

hobby & lifestyle.. wokeh! *idea idea idea!*

ya.. sekarang sila percaya & jika mahu, kita perlu berusaha & yakin.. yeah!

fuyoo..
tp semak lah blog dgn adv2 nie..
ahah~ i juz got rm1.00 only from..ahaha~[syuxx.co.nr]

Ya! HappyPeople Media boleh! Hehe..

ko tunggu aku menetap kat US. Baru aku start. Target Figures Economist USD tahun depan 2.9. Tak berani sial. US tengah recession ni.

takpe kita Revision 3 dan Megatechtronium versi Malaysia.

Ismail akan jadi Kevin Rose.
aku akan jadi Jay Alderson
dan Bat pulak David Burka.

tunggu saja.

menarik, tertarik dan da’bomb,
fuhh…sesak nafas tgk orang nyer income, aku biler lagi? insyaAllah 3 tahun dari skrg..

yg paling gempak, siap menaja post lagi,huhuhu…bila lah aku mampu untuk berbuat demikian

wow, ramai lg yg berjaya camni ye?
blog berbahasa Melayu agak sukar dpt pasaran…
kalau English korang baik, di tambah pulak dengan kerajinan dan kesungguhan, pasti hasil yg sama atau lebih baik boleh dapat…

mael, mungkin ko perlu ade satu blog lagi untuk bloging dalam english plak.. hehehe..
mungkin juga anda sume yg bloging dalam bahasa ibunda… ko akan jadi lebih kaya dari mereka.. hehehe…

tapi bahasa melayu cam nampak lebih pedas je. menusuk kalbu.. berbanding dengan english… hurmmm….

kenapa ye, blog yg kaya raya begitu, komen user skit je… hummm…

pernah tak ada blog berbahasa melayu yang meraih lebih rm10,000? kalo ya, aku mahu buat juga.

ahakz..aku dr blog..plg tinggi pn sebulan dlm 200+ usd..ini mmg kaw2 dpt 4000usd..jeles den..ekceli..mmg ramai bloggers yg dpt income cmtue..just dieorg tk reveal jerk..btw..bapak sedara aku antara internet marketer yg mmg berjaya..ade disekitar u all..just maybe u all tk pasan..psl die senyapkan diri..ehehee

Thanks for the mention. My BM memang dahsyat. So, i saje tulis dalam BE lah ye. Too bad, companies like PPP single out many good Asian bloggers. Leaves us with no choice but to find alternatives. And it’s been very lumayan for me. But for me now, i’m so gonna haunt this blog more often cos it’s refreshing for me dapat baca blog dalam BM.

Huh kalau banyak tu tiap bulan lebih pada gaji aku but aku berpijak kepada bumi yang nyata sebab aku tak mampu untuk dapatkan sebanyak tuh dengan situasi sibuk sekarang

Wah. Yakin Boleh. Tapi Pada Aku Cukuplah Sekadar Apa Yang Ada. Bukan Tidak Yakin Pada Diri Sendiri. Cuma Aku Lebih Suka Bekerja Di Luar Daripada Berada Di Alam Maya Ini. Cabaran Dalam Dunia Adalah Sesuatu Yang Perlu Aku Terokai. Mengenal Manusia Juga Hobi AKu. Huhu..

pendapatannye mmg buat izza jeles. tapi untuk berusaha mnulis byk2 camtu, tak mampu izza. lain la klu nak give up jd student dan jd pnulis spenuh masa. hehe.. tp ilmu utk mse dpn.huhu..

Pergh rm14k tu..
memang hebat…
lebih kurang gaji menteri tu …
tapi tanggungjawab kurang berbanding menteri..
huhuhuhu

takde kampeni ad malaysia nak buat ppp? ;)

i wish i have the skill of a journalist!
my writings(both BM and English) are sucks!!, since dari sekolah lagi~

masa exam MUET part writing tu pun, aku boleh tertido :p sebab? aku rase bosan untuk menulis karangan kerna aku tak reti dan takde idea

yer aku yakin kita semua boleh..mungkin cuma masa dah usaha yg akan mengkantoikan kita..tp kau makan nasi, semua malaysian pun mkn nasi. Jadi yakinkan diri blogger akan jadi satu pekerjaan spt di canada. Argh, aku berkobar2, walaupun masih jauh tp erm apa salahnya pasang niat yg betul di awal pagi yg indah ini. :)

semuanya bermula dengan langkah yang pertama. so janganlah berangan terlalu lama ye kengkawan. kawan mengingatkatkan jer….

Haha apa kata antara anda usul benda baik ini kepada boss advertlets (Josh Lim). Mana tahu dapat respon positif! kita semua juga yang gembira, terloncat-loncat sampai kepala terhantuk kat siling hehe.

Satu saja aku nak kata, janganlah disebabkan duit tujuan sebenar menulis blog ini terpesong. Kalau Mail dapat banyak tu nanti apa kata kita bahagi dua? hehehehe! Sekadar gurauan..

memang gila kentang betul! hehehe

aku taknak komen pasal entri ni sebenarnya. lelagi pasal duit dan blog. blog generate duit. duit dari blog. huhu~ korang pun tahu apa pandangan aku dlm benda ni…

Kagum betul aku tengok, jeles lagi. Diaorang berada di satu tahap, keadaan dan juga peluang yang sangat tepat.Hmm

Erm… erm… i would have to agree with beckzaidan. seyes… all these generate money from blogging… ntahlah, it just doesnt appeal to me much. well not yet. bukan negatif la, but kalau ada org yg dah achieve something from it, baguslah. good to him. but as for me, im just not into this.

bukalah sikit minda bagi yang masih tak percaya tu…. kawan harap orang melaysia akan lebih ramai buat duit dari blogging. janganlah asyik di atas tikar terbang laksamana doremi jer.

aku pun rasa aa…lama2 kalo asik cite pasal ni jek…ramai blog2 terpesong…hahah sibbaik beck ada…:P …cograts beck menang pendrive 4 gb..:P

itulah.. beberapa tahun lagi, semua blog kat malaysia ni, penuh dengan iklan.. iklan, iklan dan iklan.. dari pelbagai jenis iklan… semua nak pasang…

tapi ada bagusnya.. ntuk tarik user baca, kene buat penulisan yang powerful…. kalau x, orang x masuknye… x kan nak nengok iklan2 tu je plak kan.. ape kes?

elakkan dari letak benda bukan2 kat blog sudah.. semata2 nak tarik user masuk… sapa yang blog dalam english tu, ada peluang yg cerah sangat la.. kalau blog dalam BM, tunggu lagi 40 kompeni macam advertlets (bukan mcm nuffnang ok) bukak kat malaysia ni.. sure sume jadi jutawan… haha

___ aku ada tulis benda kat sini, tapi sedikit offensive, lalu aku padam… ____

p/s:- cuba pikir, kenapa tak semua yg join MLM jadik diamond manager? kenapa semua join MLM takleh pakai BMW atau Merz. berfikiran logik sikit…

Kalau semua pakai Merz, sape nak pakai Viva?

sesungguhnya manusia, bila berduit banyak, tidak memandang benda benda yang murah. percaya la. dan percaya la, jika orang malaysia ada duit sebanyak itu sebulan, proton dan perodua akan mengeluarkan kereta kereta kelas atas. PERCAYA la. kuasa membeli selalu mempengaruhi keluaran produk.

bila korang kaya, pakai BRABUS la…

Sebelum cahaya surga padam, Sebelum hidup berakhir, Sebelum pintu tobat tertutup, Sebelum Ramadhan datang,
aku mohon maaf lahir dan bathin….
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA mail..

giler kaya siot.. :D

sama’lah kita Chot.. selamat berpuasa.. puasa penuh2 ye Chot :)

ha ha

hahaha, beck. lain orang, lain mentaliti beck.

kalau nak berjaya seperti mereka, pastikan entri demi entri padat dengan isi. kepelbagaian itu penting. janganlah kerana duit, matlamat asal blog dipesongkan & trus diisi entri² potong tampal sahaja.

all in all, teruskan gelombang revolusi blogger BM. Hidup!

potong tampal.. istilah altenatif untuk copy & paste… ha ha..

yeah.. teruskan menulis blog.. do what you love, and money will follow :)

Inila niat aku sebenarnye..mencapai seperti 5Xmom… insyaallah..

Huh.,….caya lah…Leh la aku berangan lepas ni nak jadi cam 5Xmom…….kekekkekek..

p/s:::::Mael….Slamat menunaikan ibadah puasa…..Moga tiada sebarang rintangan dihadapi semasa bulan Ramadhan ini..Amin…

Gaji chemical engineer pun yang dah 6 tahun kerja baru je around RM4,000 - RM6,000. So, baik buat blogging part time dulu….disamping makan gaji…..bila dah gempak income boleh la jadi problogger…he he….

Aku bila la nak sampai tahap tu? harap2 nya cepat la…he he

dengar memang best! tapi kepayahan dan kejerihan yang diorang lalui tu, kita tak tau…. bukan senang2 je dapat macam tu ye tak? hmmm…

advantage kepade yg superb bi…cam aku ni…grammer asik kantoi je…huhuhu…bm pun tak mencapai standard lagi…apetah lagi gi…aduhai…

Boleh memang tak mustahil, tapi berapa byk masa dan tenaga kena korban siut depan screen….