Merdeka aku di’sini
Di’sini. Di’dalam sini. Hari ini baru aku ada keinginan untuk menulis sesuatu tentang kemerdekaan negara kita yang tercinta, Malaysia. Walaupun Matt dari Wordpress tersalah eja, aku consider itu sebagai typing error. Mana mungkin tersalah eja, negara kita popular & merdeka pun sudah 50 tahun. Siapa tidak kenal akan Malaysia?
Banyak media cetak & elektronik juga orang perseorangan telah menulis kembali baris-baris ayat yang aku dengar sejak pertama kali aku tahu negara Malaysia pernah di’jajah beratus-ratus tahun dan hanya merdeka pada 1957. Perenggan dengan isi, negara merdeka tetapi minda kita masih terjajah sudah terlalu kerap aku dengar. Bunyinya seperti 50 tahun kemerdekaan tidak membawa apa-apa yang positif kepada negara kita, masyarakat, diri kau kau kau & aku juga. Ini bukan soal minda yang terjajah atau apa-apa. ini soal attitude. Thailand tidak pernah di’jajah, adakah semua rakyat’nya memiliki budi pekerti yang molek & tinggi seperti malaikat? Ini soal attitude & hati secara individu.
Salah Tunku Abdul Rahman ‘kah yang berulang alik ke kota London demi kemerdekaan Tanah Melayu apabila mat rempit & bohsia berleluasa? Salah Tun Mahathir ‘kah yang bermatian-matian membawa negara ke’aras yang setanding dengan negara berteknologi canggih apabila teknologi di’gunakan untuk merakamkan aksi lucah di’bawah jambatan? Salah Pendita Za’ba ‘kah yang merevolusikan pendidikan anak bangsa Malaysia apabila Namewee tampil dengan Negarakuku?
Jangan menuding jari menyalahkan pihak pentadbir negara & jangan salah’kan budaya barat yang keterlaluan, itu budaya mereka dan kita ada budaya sendiri yang perlu di’ikut. Jangan salahkan siapa-siapa waima diri sendiri. Jika kemerdekaan memberi peluang untuk kau menuding jari ke’atas hidung orang lain, kau sepatut’nya lahir ketika ubi kayu rebus adalah satu kemewahan. Cuba’lah tuding jari pada penjajah.
Selamat’kan hari kemerdekaan kawan-kawan! Kita masih muda. Mereka berusia 50 tahun sekarang gigi’nya masih kuat & bisa mengunyah kacang rebus di’malam kemerdekaan.
Nota: Hari ini, aku tahu bahawa perkataan ‘cun’ yang kita sebut tiap kali melihat gadis err.. cun membawa maksud ‘tepat’ ataupun ‘accurate’. Rakan satu makmal univeriti milik penuh kerajaan ini yang beritahu apabila aku sampaikan data yang kami perolehi tempohari dengan Mesin Kromotografi klasik itu sangat cun! Pertama kalinya aku menggunakan perkataan ‘cun’ dengan cun!
Popularity: 7% [?]
Comment by azraai on 30 August 2007:
merdekalah kamu dengan 50 tahun itu. saya sedang menuggu revolusi.
“Revolusi Dengan Darah” semakin hampir.
Comment by Mohd Ismail on 30 August 2007:
oit2… mende Revolusi Dengan Darah? ha ha ha
Comment by azraai on 30 August 2007:
apesal takut ker.
Comment by Mohd Ismail on 30 August 2007:
ha ha… ko sembang pasal riot kat Pasir Gudang tu ke? ngeh3… kalo ye, tanya’kan sama CSankai.org, itu propaganda xmo org Pasir Gudang keluar rumah celebrate merdeka.. ha ha
Comment by muhdzahari on 30 August 2007:
peh..cam best je perenggan ke tiga tuh..hehe..
Comment by Qaiyum on 30 August 2007:
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Practise B4 Countdown Malam Nie.
Comment by sankai on 30 August 2007:
anda boleh keluar malam jika anda mempunyai kelengkapan seperti saya..kan mael.?? ha ha ha…
setuju.!! kemerdeaan pada negara sudah dicapai..malah ianya sudah lama diketahui…macam mana dengan kemerdekaan pada diri sendiri,?? hayati erti kemerdekaan pad diri..bukan pada sekeliling….
p/s ini mungkin komen terakhir di blog mael kalu malam nie revolusi berdarah betul2 terjadi..ha ha ha…..
Comment by Mohd Ismail on 30 August 2007:
ha ha.. bukan ko ade kelengkapan dah ke? spek tu aku berkenan… jika tidak guna, jualkan pd aku…
*lawak je ni oi*
Comment by Fahmishah on 30 August 2007:
Pemikiran sesetengah masyarakat seperti mat rempit dan bohsia masih lagi tak matang untuk memikirkan baik dan buruk.
Comment by azraai on 30 August 2007:
mana ada. ini revolusi besar-besaran.
Comment by Aviator on 30 August 2007:
Kalau fikiran masih dijajah, baik tak payah merdeka langsung.
Trimas Mael atas kiriman kau. Aku sudah menjadi patriot sekarang, hehe.
Comment by fadzlan rizan johani on 31 August 2007:
MENCARI RASA MERDEKA- Fadzlan Rizan Johani
Buat tanah airku yang merdeka,
Aku yang belum pernah merasai,
Keperihan dan kegigihan orang tuaku;
Dalam membina kemerdekaan ini.
Lahirku untuk mengisi kemerdekaan ini,
Mewarisi darah bangsaku,
Menyambung kisah perjuangan yang belum selesai;
Menanggung beban amanah negaraku.
Tanpa merasai penjajahan lalu,
Mampukah aku memahami erti kemerdekaan itu;
Tanpa berani berdiri diatas kaki sediri,
Mampukah aku merawat tempangku;
Tanpa pengalaman sebenar,
Mampukah aku menceritakan pedoman;
Tanpa terpahat parut luka,
Mampukah aku merasai sakitnya perjuangan;
Aku merantau jauh untuk memahami erti kemerdekaan,
Berjalan tanpa perisai kekebalanku,
Menghumban diriku ke masa pemerintah lalu;
Maka tercalarlah, luka diriku.
Semangat pejuang bangkit dari kejerihan ini,
Mencari ilmu mengubat luka,
Mengukir tongkat menampung tempang;
Melakar peta mencari arah.
Aku baru melangkah,
Ramuannya masih belum sedia,
Jalan pulang masih jauh lagi;
Berkat doa akan kembali.
Dari jauh kulaungkan MERDEKA! ,
Gempita laungannya berdentum dihati
abstrak dari: http://jalakmas.blogspot.com/
Comment by od3n on 31 August 2007:
Salam Kemerdekaan!!
Comment by musnaz on 31 August 2007:
yup, cun tu maksud die “tepat”… orang melayu sarawak memang guna perkataan nih! merdeka!
Comment by rokudaime_jr on 3 September 2007:
Cun la….Apa2 pon merdeka utk semua warga MAlaysia….
Merdeka!!!!
Merdeka!!!!
Merdeka!!!!