Merokok tidak kool!
- 136
- Add a Comment

Pagi tadi lebuhraya Pasir Gudang sesak agak teruk, nun di’depan sana, sebuah Kancil remuk teruk dek kerana melanggar belakang sebuah kereta apa aku sendiri tak ingat. Kancil itu memang teruk, dan aku bersyukur kereta aku masih berjalan walaupun sedikit buruk di’bahagian depan kerana kemalangan kecil Jumaat lalu. Yep! Kereta’ku mencium buntut sebuah Gen.2 yang di’pandu seorang lelaki bongok! Ha ha.
Dalam perjalanan pagi tadi, radio mengumumkan yang duti ke’atas rokok naik 3 sen untuk setiap batang! Ha ha. Aku ketawa terkekek-kekek tengok seorang pemuda sebelah memandu sambil merokok. Esok, kau akan bayar lebih 3sen untuk setiap batang rokok yang kau bakar setiap hari.
Apa yang kool berkenaan merokok?Na’ah. Bawa-bawa’lah berhenti merokok, aku tahu bukan senang, tapi seperti kata seorang pujangga, ada hati mesti jadi. Kalau hidup bujang lagi, tiada apa’lah, sudah berumahtangga nanti, anak isteri semua akan jadi perokok peringkat kedua. Statistik sememang’nya tidak membuktikan secara nyata yang merokok itu membunuh, tetapi secara logika, takkan’lah tiada apa-apa kesan sampingan dari asap yang kau sedut & hembus setiap hari. Fikir!
Jimat. Kau akan jimat lagi kalau tidak merokok. Ambil sehelai kertas atau sebiji kalkulator. Masuk’kan berapa perbelanjaan rokok untuk sehari, kali’kan dengan 30 hari untuk sebulan. Kali’kan dengan 12 untuk setahun. Tengok kau sudah berjimat berapa banyak. Kau boleh beli banyak benda lain dengan nilai wang sebanyak itu. Itu baru kool!
Kempen ‘Tak Nak’ & menaikkan harga rokok saban tahun bukan satu langkah bijak dari kerajaan. Itu semua di’lakukan untuk mengaburi mata rakyat yang kerajaan ada membuat sesuatu untuk membendung gejala merokok yang tidak kool ini. Nyata’nya, semua itu datang dari hati.
Hari ini aku perasan yang orang Advertlets ada datang menjenguk ke’sini, dan tidak lama kemudian, aku terperasan akan iklan berformat video dari Advertlets, pertama kali’nya dari Advertlets. Aku percaya itu iklan dari Starbucks Cafe mempromosikan AZUKI Frappuccino. Dan, paling best, iklan ini berformat CPM. I like! Thanks Advertlets & Starbucks Cafe.
Sudah, berhenti merokok, minum AZUKI Frappuccino dari Starbucks!

136 Comments
adila
July 3rd, 2007
at 9:39am
yeah…nak jadi orang pertama yang komen posi nih!!!
Mohd Ismail
July 3rd, 2007
at 9:42am
ha ha ha.. naseb baik yang pertama.. next!
keep it related…
adila
July 3rd, 2007
at 9:48am
udah2 le tu…buat orang pening jer…
tau kah kalian, asap rokok boleh menyebbkan pening yang amat dan batuk yang menyakitkan krongkong bagi mereka yang elegik.
kepada sang gadis yang sedang mencari…syarat anda kepada say no to smokers guy rasanya dapat membantu mereka untuk say no to rokok. tapi kalau yang dah ketagih tu…apa nak di kata
shutterspeaks
July 3rd, 2007
at 10:20am
sebenarnya, ada baiknya perokok ini. antara golongan pembayar cukai tertinggi hehehe…
adila
July 3rd, 2007
at 10:26am
yeah…berjaya di tangga teratas…untuk komen ni larrr…
Mana yang lain2 ni? Yattie, dimanakah dikau menghilang…Harap2 jangan la Yattie dok terbatuk2 angkara asap rokok mereka yang tak berwajar…
Naik 3sen…mungkin tak terasa sangat…apa kata naik 30sen???? Adakah mampu membendung gejala merokok nih?
Pembayar cukai tertinggi…kalau simpan mesti dah tak larat nak ngira kan…
berapa yer harga rokok sebatang? 50sen ke?
-fuQaHa-
July 3rd, 2007
at 10:34am
waahh… aku kagum ngan org yg merokok sebenarnye..
diorang ni sure org kaye siot.. imagine, ko amek duit kertas merah tuh.. gulung-gulung.. letak kat bibir, pastu ko nyalakan and sedut asap dia.. wahhh.. sunggu kaya..
Mohd Ismail
July 3rd, 2007
at 10:34am
itu perokok, mmg la baik dr satu segi.. merokok tetap tak kool! ha ha.. *ko merokok?
aarin
July 3rd, 2007
at 10:38am
aku pernah imagine apa yg ko cuba sampaikan..terasa seperti membakar duit..wahai perokok semua, tidak pernahkah anda terpikir mengenai ini?
-fuQaHa-
July 3rd, 2007
at 10:38am
betol2..
satu lagi org merokok ni awet muda, susah nak tua.. sebab muda2 lagi dah KO.. hekhek..
aarin
July 3rd, 2007
at 10:41am
hmm..bukan senang nak dpt bf yg tak merokok..tapi tuan punya blog nie tak merokok kan, boleh difikirkan sebagai calon…
Mael, ko nie dah berpunya ke belum?
adila
July 3rd, 2007
at 10:41am
En Mael…best pulak gelaran ni..
ada sesuatu untuk anda dan semua kengkawan di
http://www.shahdila.com
sebagai penghargaan kepada en mael dan kengkawn semua…
mixterr
July 3rd, 2007
at 10:46am
hahahah..naik 3 sen lagi.. bagus.. cayalah.. bile kawan kawan aku nak berenti merokok..die xperasan ke gigi da berkarat.. ermm. maleh nak ckp lagi….
Mohd Ismail
July 3rd, 2007
at 10:50am
belum.. single dan available.. sihat tubuh badan & berperwatakan iras2 Ahmad Busu + Pierre Andre & tidak merokok pastinya.. ha ha
mixterr
July 3rd, 2007
at 10:50am
pandai jer… tp yerker.. ape bukti dan faktanyer??
adila
July 3rd, 2007
at 10:51am
hm…kot cakap pun depa buat tak tau jer…nikmat merokok melebihi sakit hati masa kena kutuk…
dan duit yang melayang masa beli rokok tu, tak terasa bila dah nyedut dan hembus asap yang berkepul2 tu…
siap boleh buat asap bulat2 lagi tu…mesti lama gak praktis kan…
Mohd Ismail
July 3rd, 2007
at 10:53am
itu’lah..susah kalau nak bicara dari segi fakta saintifik & statistik.. tapi itulah, lelaki2 moden perlu tahu berfikir :) kan?
mixterr
July 3rd, 2007
at 10:53am
aper lagi.. kebas laa aarin… single tuu.. ahmad busu + Pierre Andre.. susah nak bygkan..
shutterspeaks
July 3rd, 2007
at 11:01am
komen aku adalah berbentuk sarkastik miahahaha..
dah ada update rupanya. advertlets masih tidak stabil, slaku keluar mysql error.
shutterspeaks
July 3rd, 2007
at 11:02am
adila, sesungguhnya, saya kagum dengan kamu.
adila
July 3rd, 2007
at 11:08am
TQ dan terima kasih bebanyak atas kekaguman itu..
hehe..selepas baca sajak merangkap puisi tu ker?
buat penghilang stress dan pengisi minda humor semua…
Amacam MIRI?
mixterr
July 3rd, 2007
at 11:13am
tule pasal.. dieorg kene tahu berfikir.. aku pernah mencuba rokok rokok ni..form 2 da tahu berfikir keburukan merorokni.. tp pelajaran kureng skit..hahahahah
adila
July 3rd, 2007
at 11:16am
dan satu lagi..
Amaran oleh kerajaan:
Merokok membahayakan kesihatan…
masa beli tu tak kan tak perasan kot… :)
aarin
July 3rd, 2007
at 11:17am
aku mmg minat piere andre..alamak nampaknya hati aku dah berbelah bagi ni…kuatkan lah semangat
abdfatah
July 3rd, 2007
at 11:19am
baguslah kalo gitu, teruskan usaha kamu untuk menjadi yang pertana komen. sokongan tetap beriringan untuk kamu, mereka dan anda semuaaa…
wuhahahaaaa….
adila
July 3rd, 2007
at 11:21am
sabar aarin..kuatkan semanagt…ingat2kan si dia yang setia menanti…tapi kot si dia merokok, mael sentiasa menanti…yeah…ko guano mael???
abdfatah
July 3rd, 2007
at 11:22am
mereka yang merokok? mereka tetap akan merokok selagi rokok itu wujud. dan mereka tetap akan mencari rokok biar di mana mereka berada…
rokok memang kool untuk perokok sahaja.
mixterr
July 3rd, 2007
at 11:25am
lamar jer terus mail tu…?? hahaha hantaran berape mail…
Mohd Ismail
July 3rd, 2007
at 11:27am
oit2.. apa ni? ha ha.. sudah2.. fokus pada perbincangan isu merokok tidak kool! ha haa..
abdfatah
July 3rd, 2007
at 11:28am
mereka peduli apa dengan amaran oleh kerajaan? mereka nak beli mereka akan beli kat kedai dengan mudah. tak kiralah seketul ke… 10 kotak ke? banyak2 kotak… yang penting mereka nak merokok. tak ada rokok macam tak makan nasi…
buka posa pun mula dengan rokok dulu…alahai…
haaa? posa?
adila
July 3rd, 2007
at 11:29am
hehe…nak suh aarin lamar mael kor??
fuh…mesti kembang kempis en mael kita nih…dah la tadi terharu denan puisi di
http://www.shahdila.com
pastu nak di lamar oleh aarin pulak…
lagi3 la trharu….
mixterr
July 3rd, 2007
at 11:30am
aku rase itu la kekurangannyer.. korang tetap mencari rokok walau dimana.. “sangap ek” kalo aku la sangap orange juice.. wah lagi sedap!!! heheh
aarin
July 3rd, 2007
at 11:31am
wah, kalau nak meminang mail nie, kena mandi bunga lah kut, takut mail reject lak, sbb takut tak sentanding cam maya karin, wanita pujaan mail tu..
adila
July 3rd, 2007
at 11:33am
mandi bunga air jampi…mintak en mael…
wah…hebat yer en mael…komen la…naper diam jer…
Yattie
July 3rd, 2007
at 11:39am
ahmad busu + piere andre..
ehe..aku dpt bygkan..ehe.
abdfatah
July 3rd, 2007
at 11:40am
biarpub demikian rupa rokok naik dan terus naikkan harga dirinya, namun rokok masih menjadi idaman hati kalbu dan sanubari…
mana nak cari rokok lagi?
barangkali statistik untuk rokok seludup tak terkira banyaknya..
sekian terima kasih..
Yattie
July 3rd, 2007
at 11:42am
bg aku, tak kisah nak merokok ke tak.
tu je la pendapat aku.
kool ke tak kool tu bkn soalnya.
erm..kalo ko kata sumanya dari hati,jadi ko tak perlu lah nak mengajak org lain utk tidak merokok..
:)
Mohd Ismail
July 3rd, 2007
at 11:43am
ah sudah.. fokus2… isu’nya adalah merokok tak kool!
mandi bunga, lamar Mael semua tak ada kaitan.. haha
adila
July 3rd, 2007
at 11:44am
en mael…tadi saya ada merayap dan jejalan ke beberapa blog…saya jumpa sesuatu untuk en mael…mesti tak tau lagi nih…sebab saya tak nampak pun ada kesan tinggalan en mael kat situ…cuba jengook sini…
http://www.road2millionaire.com/appreciation-to-mohdismailcom/
wah..bangganya diri itu…
Mohd Ismail
July 3rd, 2007
at 11:45am
ngeh3.. maksud aku dari hati itu adalah niat & tekad untuk berhenti merokok.. siapa yg ada niat & tekad untuk mula merokok, kan?
jadi’nya, jika hati betul2 niat & bertekad mahu berhenti, itu bukan mustahil..dan ada hati mesti jadi..
:)
manchurr
July 3rd, 2007
at 11:45am
huhuh padan muka sape yg merokok tu.. 3sen tu tiap batang.. gler la.. hm, benti la wahai2 saudara2ku sebelum terlambat..
Yattie
July 3rd, 2007
at 11:45am
adakah perbincangan spt ni dpt menyedarkan org yg merokok utk tidak merokok?
sedangkan kerajaan yg labur duit rakyat utk kempen tak guna sikit tu pun tak dpt nak sedarkan perokok2.
Mohd Ismail
July 3rd, 2007
at 11:51am
ha ha.. itu bukan duit rakyat, itu duit cukai si perokok.. ya!
kitar’nya begini.. perokok membeli rokok - membayar cukai kepada kerajaan - kerajaan banyak duit - duit buat bayar subsidi kesihatan di hospital - duit buat bayar iklan kempen ‘Tak Nak!’
nah, kitarnya di’situ juga..
adila
July 3rd, 2007
at 11:54am
depa ni nak berhenti bila segalanya dah berhenti…tapi bagi yang memang nak berhneti…semoga berjaya…fikirkan keluarga dan diri snediri…
sape la nak sara anak2 kot anda terlayu di hujung mekar gara2 rokok…nyesal pun dah tak guna masa tuh,,,
Yattie
July 3rd, 2007
at 11:54am
dila,sy masih tidur masa awk jd top komentator td.
oh ye, naik 3 sen.
tu satu langkah utk kurangkan perokok atau utk untungkan sesetengah pihak?
kalo nk haramkn terus jualan rokok pun lagi la tak boleh.semuanya saling memerlukan.
xenowork
July 3rd, 2007
at 11:55am
aku rasa dalam masa 10 ke 20 tahun akan datang rokok akan naik ke RM 50 sekotak.. hehe.. nasib la aku tak merokok yer..
abdfatah
July 3rd, 2007
at 11:57am
haha… mael baca tengok laaa… macam bagi semangat pada semua orang untuk terus menulis.
baca dan menulis dan jangan berhenti dan jangan senyap baca je… wuhahahaa..
meriah sungguh style mael menulis.
adila
July 3rd, 2007
at 11:57am
sebenarnya…pusing, putar dan belit…kerajaan dapat untung…perokok kering kantung…rakyat tergantung2, anak bini meraung….bila ayah terlentang gara-gara rokok berpuntung-puntung
Mohd Ismail
July 3rd, 2007
at 11:58am
x merokok? aku isytiharkan ko sebagai ahli kelab Jejaka Kool Tanpa Rokok se-Malaya :)
adila
July 3rd, 2007
at 11:59am
nasib baik yattie tido..kot tak, tak merasa nak jadi top komentar biarpun untuk 15 minit….wah nampaknya…suasana semakin tegang….persaingan semakin sengit…
mixterr
July 3rd, 2007
at 12:00pm
aku nak jugak mail… hahahha
aarin
July 3rd, 2007
at 12:00pm
apa-apa pun, jgn mulakan menhisap rokok, bila dah cuba, terus rasa seronok pula..tapi mail, ko pernah tak cuba2 hisap rokok?
abdfatah
July 3rd, 2007
at 12:01pm
beli tetap beli biarpun rokok menaikkan harga dirinya berkali ganda, mereka akan berusaha untuk mendapatkan rokok yang mereka mahukan…
nak rokok, taknak berhenti…
adesh…
adila
July 3rd, 2007
at 12:02pm
hm…buatla satu kelab cam tu…
tapi adakah semuanya jujur mengaku tak merokok…tapi pada hakikatnya asap berkepuk2?
aarin
July 3rd, 2007
at 12:05pm
kalau dah menjadi ahli jejaka kool tanpa merokok semalaya, ahli2nya kira famous juga sbb banyak gadis2 yg nak cari jejaka tak nak rokok ni..
flisterz
July 3rd, 2007
at 12:05pm
perlu naikkan banyak lagi harga rokok ni. biar semua x mampu. tp bile die dah merokok, harga naik pun, xde masalah. malu la beb berhenti rokok sbb x mampu beli. mane nk letak muka. haha
yeah lelaki moden perlu pandai berfikir. rokok mmg x kool lgsung.
aarin
July 3rd, 2007
at 12:06pm
kalau kuat merokok tu adilla, bukan senang nak sorok, kita boleh baca dari attitudenya..betul tak mail?
abdfatah
July 3rd, 2007
at 12:06pm
kesedaran diri yang perlu ada… kalo tak ada sedar diri dah bakar duit, mana nak fikir semua tu… meh kita bakar duit ramai-ramai.
macam mana rasanya kalo anda bakar duit dan wang kamu, mereka dan anda semua yang tak merokok?
wah… mau bakar duit yer. dah tentu ramai yang sayangkan duit-duit mereka…
flisterz
July 3rd, 2007
at 12:09pm
manusia lebih terarah utk melakukan perkara yg di halang oleh pihak majoriti. buat kempen TAK NAK, makin ramai hisap. pantang dicabar la kot.
tp x kena dgn tempat.
adila
July 3rd, 2007
at 12:11pm
lumrah manusia…makin ditegah, makin dihalang…yang terlarang itulah godaan….
pada saya, merokok ni lebih kepada sebab pengaruh…kononnya nak hilang tension, akhirnya diri sendiri yang tension…
mixterr
July 3rd, 2007
at 12:19pm
tuler pasal jual jer sekotak 15 atau 20 ringgit.. pastu harga rokok same je ikut nama dan jenis.. xpayah la de rokok murah rokok mahal.. nanti kaya la plak kerajaan.. duit cukai tu buat amal jariah ye…
mixterr
July 3rd, 2007
at 12:21pm
lagi satu rokok user friendly la.. tula pasal dr sekolah lagi merokok.. nak ramai kawan nye pasal..
adila
July 3rd, 2007
at 12:21pm
brtul tu aarin…tengok bibir dan gigi pun dah dapat detect dah…ini kan pula dari bau nafas…
adila
July 3rd, 2007
at 12:25pm
hehe…user friendly…
tapi kekadang tu tak ke rasa nyampah dan geram kat kekawan yang user friendly tu…asyik nak paw rokok kawan jer…biasa denagr ayat ni,
“Mael, rokok sebatang….”
maka mael denagn muka senyum yang tak menjadi tu pun menghulurkan kotak rokok. dalam hati menggerutu geram…ye la rokok tu budget untuk seminggu dia…
p/s-watak mael tu tiada kaitan dengan mael-tuan punya blog nih… :)
aarin
July 3rd, 2007
at 12:27pm
sbb tu saya kata kalau perokok nie senang nak detect..jadi tak perlulah nak tipu2 kita kan..ada sesetengah tu mmg nak berhenti merokok, tapi lepas 2,3 bln saya tgk merokok balik, bagi alasan lak, saya nie senang berhenti bkn gian pun
adila
July 3rd, 2007
at 12:34pm
ada sorang saya, merokok. kononnya nak berenti sebab gf dia memang jenis alegik asap rokok…alih2 dia memang berenti merokok…tapi berenti merokok depan awek dia je lah…belakang awek dia…fuh…bukan main seronok mengalunkan asap rokok tu…
nak berenti merokok?
tanya diri anda…
jujurlah pada dirimu sendiri..bila kau tak lagi nak merokok…tinggalkanlah rokok…bila dirimu terseksa….lupakanlah rokok…selamanya… (jujur-radja)
zaki
July 3rd, 2007
at 12:50pm
kalau cam tu, tiap2 hari , tiap2 pagi tunggu je la si mael buat post…jadik lah orang pertama every day…he he..
by the way…merokok memang perabios beras je….kalau boleh kasi tax dia mahal gila…biar orang avoid secara terpaksa dari beli rokok
zaki
July 3rd, 2007
at 12:52pm
defensive nampak…macam penyumbang terbesar je…!!
zaki
July 3rd, 2007
at 12:59pm
ehem…ehem…
mael…mael/….
saiful
July 3rd, 2007
at 1:00pm
semalam harga rokok naik lagi…ish..ish..ish…
pasni yg merokok pasti fikir 2-3 kali nak beli rokok….he he he
zaki
July 3rd, 2007
at 1:05pm
mael…kasi announce awal2 la ….siapa pengomen terbyk bulan july….mcm dah tau apa…
Yattie
July 3rd, 2007
at 1:08pm
kempen tak nak tu satu yg mencabar ke bg perokok?xde la kot.
sbb pe ko isap rokok?
sbb pe ko nak perempuan?
sbb pe ko tgk vcd lucah?
jawapannye ada dlm diri ko sdiri.
kerajaan blh halang suma tu ke?
xblh kan…
Yattie
July 3rd, 2007
at 1:14pm
yela,mungkin ada hati n tekad nak berhenti.
tp kalau dah bahan2 beracun dlm rokok tu dah sebati dalam diri,ko rasa hati n tekad ko tu blh halang ke niat nk merokok tu?
nnt aku tanya abg aku nape dia xblh berenti mrokok.awek dia smpai nangis2 call mak aku sbb abg aku mrokok..sengal betul!
Yattie
July 3rd, 2007
at 1:19pm
kalo ada perokok tegar kat sini sila btau apa beza kesedapan hisap rokok dgn kesedapan hisap mende lain..eh maksud aku minum orange juice atau air kopi 0 :)
adila
July 3rd, 2007
at 1:19pm
kalau jadi first komentar untuk daily boleh dapat tiket transformer free, nak jugak tunggu…
mixterr
July 3rd, 2007
at 1:20pm
hahahaha.. itulah pasal.. yg pastu tuan punya rokok berkata didlm hati “belilah sendiri!!” membe nyer pasal.. hulur jela..
mixterr
July 3rd, 2007
at 1:25pm
tahu takper.. takperlaa.. aku serennder dulu laa.. hahhaaha.. xpon tggu jer die tido.. baru serang balik komen ko…
Yattie
July 3rd, 2007
at 1:27pm
mael,
byk perbincangan,byk pendapat,byk sokongan dan byk bangkangan.
aku mengharapkan semua yg aku sebut tu dpt mengubah sesuatu dlm negara ni.
bolehkah?
kalau tak,sama saja la dgn politik2 lain..cakap,cakap,cakap,dan terus bercakap..tiada pembaharuan,dan aku yg dgr pun sakit telinga.
aarin
July 3rd, 2007
at 2:07pm
pembaharuan mmg ada, dengan bermacam jenis kempen, iklan dibuat tapi selalunya hangat2 taik ayam jer..
Lepas tu, kita dengar perbincangan sbb apa ianya tak menjadi sbb tak ada sokongan daripada rakyat, tapi kena fikirkan juga macam mana rokok tu boleh wujud kat sini?
kaSyah
July 3rd, 2007
at 2:07pm
haahha..aku pun dah xlarat nak baca komen..panjang bebenor…
anyway mmg aku salute kat jantan2 yg xmerokok. awek pun xsuka korang mereka. tapi ada gak yg suke…hehe
shutterspeaks
July 3rd, 2007
at 2:11pm
super the laju 1 komen kat sini. dah jadi macam tmpt sembang. aku pun x terlarat nak kejar, apatah lagi aku hanya part time blogger.
yupp.. ramai je awek yg ske pakwe merokok….
kaSyah
July 3rd, 2007
at 2:24pm
huhu…aku nak isap rokok la camnie..haha
Azhar Ahmad`
July 3rd, 2007
at 2:58pm
Entahlah,… aku no keman. Aku isap rokok daun nipah…. Tembakau jawa… hahahahah
abdfatah
July 3rd, 2007
at 3:03pm
datuk saya isap rokok paip punya. antik lagi… itu zaman dulu laa.. curut pun ok juga gamaknya…
meh sini laa buat rokok MLM. haa? rokok MLM?
abdfatah
July 3rd, 2007
at 3:10pm
wuhahaa… banyak komen dah nih… 2, 3 hari lagi tentunya meningkat ke angka seratus. kena tambah speed lagi nih ke arah kelajuan yang maksima…
mungkin juga ke angka 600 komen yang lebih berkualiti…
mael ada syarat tambahan lagi ke untuk komen yang bertalu2 selain dari captcha nomor dan huruf?
sy nak genapkan 100 hari ini boleh tak?
shambie adzhan
July 3rd, 2007
at 3:10pm
ye ke ramai awek suka pakwe merokok?
aku tak sukala..
busyuk..tangan busyuk..
nnti ngn jari2 aku skali jadik busuk bila pegang tangan die :)
yg lagi cepat mati, yang menghidu asap rokok tau!
Leeza
July 3rd, 2007
at 4:22pm
A’kum wbt.
Pertama kali masuk blog ni … tidak dinafikan meriah … sebenarnya saya pun anti-rokok gak tapi hubby merokok .. so kena terima je lar .. cuma kalu kat umah tu suruh dia merokok di koridor coz ada baby & anak2 yang lain ada lelah … kena berjaga-jaga beb .. Adios ..
Mohd Ismail
July 3rd, 2007
at 4:27pm
ha ha.. aku sebenarnya tak mahu menyusahkan orang untuk komen kat sni dengan letak captcha atau easymath atau ape2.. aku mahu memudahkan org memberi maklumbalas dan meninggalkan komen.. but.. but..
tolong aku dengan meletakkan komen yang betul2 related & berguna untuk bacaan pengunjung lain :)
tak kesah la nak komen sampai 100 atau apa.. tp keep it related to content.. :)
Mohd Ismail
July 3rd, 2007
at 4:30pm
waalaikumsalam leeza :)
selamat datang ke’sini… seronok aku dgr setiap hari blog ni ada pengunjung baru.. :)
hubby Leeza mgkin tahu bahaya’nya jika merokok depan anak2 kan? mungkin, Leeza boleh galak’kan suami untuk berhenti.. banyak oooo faedahnya.. hikhik ;p
xenowork
July 3rd, 2007
at 4:33pm
betol aku setuju.. aku tgk ade banyak jugak comment kat sini yang dah lari dari topic.. jauh benor larinye..
sayur
July 3rd, 2007
at 4:33pm
aku pernah dengar perokok berkata, tak hisap rokok pun boleh mati. mereka nie semua ada 2 nyawa barangkali…
Fahmishah
July 3rd, 2007
at 4:36pm
falsafah mana derang amik?haha
Fahmishah
July 3rd, 2007
at 4:38pm
atok aku isap lucky strike..pastu minum bersama-sama teh
Mohd Ismail
July 3rd, 2007
at 4:42pm
okeh.. tara hal xero :)
kawan2, aku sudah up satu page khas yang di’panggil Comments Policy
baca & fahami… la la laa
http://www.mohdismail.com/blog/comments-policy/
abdfatah
July 3rd, 2007
at 5:13pm
takper laa mael hang letak captcai ke, kira-kira matematik ke… saya lebih suka kira-kira matematik untuk komentar dari capchai…
macam mana? komenpun bleh buat, kira-kira math pun boleh buat…haha
lagipun untuk kebaikan jugak mengelakkan spam yang bertalu2. apohalpun jauhkan diri anda dari rokok yang membawa kerugian yang tak terkira dalam hidup anda.
maaflah banyak2 kalo terbanyk komen sesangatnya dlm satu2 masa.
sekian terima kasih…
abdfatah
July 3rd, 2007
at 5:20pm
tanyalah balik kat depa, bila nak mati hisap rokok? atau boleh tak mati ke masa tak isap rokok mereka2 yang merokok.
adakah mereka akan mati semasa mereka seang asyik merokok? belum tahu lagi…
kalo gitu boleh merokoklah sampai mati kalo nak. huhuuu…
maaf banyak2…
chot
July 3rd, 2007
at 5:40pm
wow makin gempak site komen ko ni mail..makin ramai seh…jelesnya aku…
Mohd Ismail
July 3rd, 2007
at 5:47pm
hikhik.. blog ko pun boleh tahan Chot.. aku ada terfikir nak bikin satu program dengan ko.. nama’nya ‘Reader Exchange’, seperti yang aku buat bersama Fawari skang ni.. mahu?
cake
July 3rd, 2007
at 5:51pm
heya. im back. tengah cuba nak update blog sekerap mungkin. kalau tak busy. thenks. uuuuu
rafie
July 3rd, 2007
at 6:00pm
hoho…aku kt sini tuk reply shoutbox aku…hihi
esk 4 july aku ade hal….kenape? aku kua ngan adik aku n awek aku…
azwanhadzree
July 3rd, 2007
at 7:00pm
Merokok memang tak cool. Aku pernah merokok, tapi sekarang aku sudah berhenti. Itu lebih cool!
Syafrizal
July 3rd, 2007
at 7:31pm
Bagus, jgn merokok. Rokok pun naik harga jadi nak jimat duit berhenti la merokok hehe
Yattie
July 3rd, 2007
at 7:53pm
mat kool..mat kool kawanku..huhu.
kool tidak bersandarkan pd merokok atau tak.
haha.
org yg merokok msti byk duit..byk duit lagi kool :)
haha.
WaWa
July 3rd, 2007
at 8:42pm
lerr.. naik 3 sen je ke? tak memberi efek langsung. hoho. i mean, cukai utk rokok ni memang mahal, dan ia baik utk err.. ekonomi negara. tapi efek positifnya kpd perokok apa? diaorg still merokok, still beli rokok lagi. xda efek, apatah lagi kempen tak nak merokok tu.
td kami diskus isu rokok ni di kelas, sementelah smoking ban sudah pon bermula. grup tadi sikit saja, 9 org. lec tanya siapa merokok. tdk ada. dia kata, nah kami ni sangat sihat. aku kata tdk, sbb kami menyedut asap rokok. yg sihat tu perokok. er.. sekurang2nya lebih sihat dr kami, yg x merokok.
mcm aku kata kat blog aku lah. kau hisap rokok, asapnya kau hembus keluar. siapa yg sedut asap tu? kami lah, kwn2 disekitar kau. aih..
chika
July 3rd, 2007
at 8:50pm
maap.
aku ada pandangan lain.
‘MEREKA’ kata, isap rokok tu berdosa, sia-sia. Setakat asap-asap dosa… apa sangatlah ‘MEREKA’ sebok kempen bagai nak gila. Sbb lagi banyak dosa2 yg bukan setakat asap, dah sampai tahap api dah ni! Sapa nak tolong kempen? Rokok membahayakan kesihatan orang lain. Tapi mcm mana dgn perbuatan lain yg membahyakan akidah? haaaa….haaa…tak tau…
“KATAKAN TAKNAK PADA ROKOK”
aku tgh tunggu signboard besar kat highway keluar “KATAKAN HARAM PADA JUDI, ARAK, ZINA DAN RIBA’ ”
aku menjemput semua ke blog tok harimau.
virgobiru
July 3rd, 2007
at 9:16pm
merokok sgt berbahaya
cube korg bygkan…org tu dh sedut asap rokok…
pstu kuar blk dr paru2 die..lalu la organ dalaman cam trakea, tengkuk, mulut semua…eeeeuuuwwww!!!
jauhilah rokok! pls…for the sake of the country n the ppl.
oh yeah…azuki tu ade kat sini ke?
nak beli lah!
WaWa
July 3rd, 2007
at 9:45pm
hoho. aku baru baca blog roslan sms. eheh. diaorg dah tukar kempen “tak nak” kepada “jom tak nak merokok”. kelakar. rm20 juta dah habis utk iklan kempen “tak nak”, lagi (agaknya ye) rm20 juta nak habiskan untuk kempen baru ni? gilos~ tapi takde perubahan pon. sabar aje lah..
p/s: dlm tempoh 3 hari saja, aku baca byk entri psl rokok (termasuk entri aku). :)
abdfatah
July 3rd, 2007
at 10:36pm
perokok tegar dan degil adalah mereka, dia, mereka dan mereka yang remaja. berapa banyak rokok yang boleh mereka merokok untuk sehari suntuk? sudah tentu banyak rokok-rokok yang perlu dihabiskan setiap hari.
tak boleh beli, mesti nak mintak dengan kengkawan. tak merokok bleh jadi dipulaukan oleh mereka yang merokok. alahai… maka terpaksalah merokok? terpaksa?
kalo tanya : anda merokok? taknak! taknak memang tak nak!
abdfatah
July 3rd, 2007
at 11:04pm
orang miskin pun kaya dengan merokok jugak… rokok tetap menjadi idaman kalbu…
adesh… dah penat seharian menaip. rehatkan minda jangan merokok.
kilang rokok apa macam? pekerja2 kilang rokok merokok ke? tentu dah kaya mereka yang tanam tembakau.
kenapa tembakau? apakah faedahnya tembakau itu?
rokok daun pun ok juga sebagai latihan ke arah rokok berjenama… hmmm rokok daun dan curut, best apa nya?
adila
July 3rd, 2007
at 11:16pm
yeah..saya sokong tu azwan…kata mereka-merokok lambang kemachoan…sebab tu kalau tak silap saya dulu ada rokok brand LM-lelaki Macho…tak kurang ada yang panggil Lelaki Mundur (dari para wanita yang anti dan elegik rokok la tu…)
azwanhadzree
July 3rd, 2007
at 11:18pm
Byk duit apa kalau terbakar begitu sahaja. Takpe aku sorang perasan aku cool dah. :)
nashrex
July 3rd, 2007
at 11:21pm
kawan aku relax je.. da 40 hari x mrokok.. dia dalam usaha berhenti merokok.. ya.. badan dia naik sikit. biasa laa org ckp perokok kalau tgh dlm pantang, badan akan naik..
tp badan aku beso… bukan sebab aku merokok dulu.. Sekian!
adila
July 3rd, 2007
at 11:24pm
cian en mael kita nih…dari pagi tadi lagi dok suh komen yang related dengan content…
kengkawan…jomla kita komen yang related dengan apa yang dia tulis tu….pasal rokok yer…
adila
July 3rd, 2007
at 11:39pm
badan naik ke?hoho…mesti lalu makan tak ingat tu…biasanya orang kata kalau nak berenti merokok ni, bila jer hati tu teringat rokok, terus makan apa2 jer….biasa orang amalkan sweet…yang bahayanya…bila jer rasa nak merokok, gi makan nasi or samting yang boleh menambah berat…
abdfatah
July 4th, 2007
at 12:11am
hahaa… citer laa pasal rokok dan yang seangkatan dengan rokok dan yang sealiran dengan rokok. rokok dalam tiwi memang popular…
gaya mutu dan keunggulan… siapa punya rokok tu? dah tentu DUNHILL punya pasal…
benson and hedges? ini citer best pasal rokok lagi… citer budak tadika di suruhnya beli rokok. kalo beli sendiri apa salahnya.
tapi anaknya dah tentu tak merokok sebabnya nasihat dari ayahnya :
jangan merokok yer… ayah merokok takper… alahai…
maaf banyak2…