Mohd Ismail pay a visit to Jomheboh!
- 62
- Add a Comment

Laporan bergambar ini mengandungi 20 keping gambar yang di’pilih secara bersistematik supaya penceritaan dapat di’sampaikan dengan berkesan. Sila ambil roti atau secawan Milo panas untuk mengiringi perjalan kalian membaca rentetan Lawatan Rasmi Mohd Ismail ke Karnival Jomheboh TV3 di Danga Bay awal hari ini.

Aku di’temani oleh empat orang jati Masai, Johor. Di’dalam gambar di’atas cuma terdapat 2 orang, Nor Sabariah & adiknya, Azhar. Dua orang lagi, sepasang couple telah hilang tanpa jejak 30 saat selepas kami memasuki medan Jomheboh! Budak-budak sekarang ni.
Antara tujuan aku untuk membuat lawatan rasmi ke Jomheboh ini adalah kerana mahu melihat sendiri teknik pemasaran yang di’gunakan oleh syarikat-syarikat yang menyertai Jomheboh, mana’lah tahu aku boleh implement’kan dalam strategi pemasaran HappyPeople Media Network. Salah satu teknik yang berjaya adalah menggunakan pengaruh gadis-gadis mungil sebagai penarik jualan atau sekurang-kurang’nya membuatkan pemuda-pemuda & suami orang terpaku buat seketika. Ya, aku perlukan bunga di dalam HappyPeople. Siapa di’sini bergelar gadis?




Gadis HOTLINK adalah gadis yang memakai baju berwarna merah. Harap maklum.
Terdapat sebuah company yang bagi aku cukup bijak dalam strategi pemasaran tetapi melakukan kesilapan besar berkenaan strategi yang satu ini. Aku mengharapkan HP Computer mampu tampil dengan model seperti di Computex 2007, Taipei. tetapi mereka datang dengan model sebegini.

Owh.. HP, mahu’kah kau melantik aku sebagai pegawai pemasaran baru untuk kau?
Okeh, sudah dengan gadis-gadis mungil yang berada di booth jualan. Kita beralih kepada misi utama aku hari ini, berjumpa dengan barisan artis popular tanah air yang menantikan kelibat Mohd Ismail di dunia nyata. Aku tidak sesekali menghampakan harapan mereka.





Di’sini adalah bahagian terbaik sepanjang aku berada di’sana. Berjumpa dengan Maya Karin.

Sekarang kau lihat siapa yang ada di’belakang Rusdi Ramli? Ya, Maya Karin. Kau dapat lihat betapa excited‘nya beliau bila melihat aku berada di’depan mata. Ya, seperti biasa, Maya akan menggunakan senyuman paling manis’nya sebagai umpan untuk masuk ke’dalam lensa yang aku bawa.

Kau masih cantik seperti dulu, saat pertama ku’jumpa dengan’muu..
Terasa ku ingin bersama’mu, tapi aku tidak seperti dulu…

Maya cuba bergambar bersama Rusdi untuk menimbulkan perasaan cemburu di’hati aku. Ha ha. Aku tidak terkesan walau sedikit. Kau cuba teka, dengan siapa dia bergambar setelah aku tidak endah’kan cubaan pertamanya?

Maya..Maya.. kau memang sweet!
Sebenar’nya, apa yang berlaku di lokasi adalah aku berada hanya beberapa inci dari para pelakon Waris Jari Hantu ketika siaran langsung Melodi. Aku tidak sesekali menyangka yang mereka akan datang ke set. Ketika aku sedang sibuk mencari sudut terbaik mengambil gambar Fara Fauzana, tiba-tiba lensa aku di’halang seseorang dan orang itu adalah Maya Karin. Dan, aku sebenarnya yang teruja melihat Maya Karin, perfume dia sangat wangi walaupun keliling aku penuh dengan ketiak hangit.
Dan, tidak ketinggalan beberapa gadis yang bergelar selebriti popular muncul di’hadapan mata.


Ini Yanie, bukan Yatie. Bukan typo, tetapi silap informasi. Ha ha. Aku hanya kenal maya Karin.


Dan, diva & datin popular, Azean Irdawaty.
Aku tamat mengambil gambar setelah bateri menunjukkan tanda-tanda mahu kehabisan. Aku perlu menyimpan sedikit tenaga kerana selepas ini aku akan bergerak ke Larkin. Maka, tamat’lah lawatan rasmi Mohd Ismail ke Karnival Jomheboh TV3. Terima kasih buat semua artis yang gila kool!
Banyak keping lagi gambar yang aku ada dalam simpanan, lebih-lebih lagi gambar Maya Karin & aku rasa 35% tenaga bateri kamera aku di’habiskan untuk mengambil gambar Maya Karin dari pelbagai posisi. Aku sudah lupakan Farah Fauzana mahupun misi mahu merampas mic dari mereka.
Malam ini pasti aku tidur bermimpikan Maya Karin. Owh!
Sekian.

62 Comments
Kasyah
June 10th, 2007
at 9:03pm
Ko memang rock la brader.. kesian maya karin kena bergambar ngan kepala rimau tu… :P
muhdzahari
June 10th, 2007
at 9:18pm
haha..ape yang cemburu sangat dengat maya tuh?
alamak! tak dapat pegi danga bay..kene siapkan lab report..
xeroxaven
June 10th, 2007
at 9:33pm
erk..! yatie ka yanie? aku tertarik dgn gamba gadis hotlink..hahaha..membuatkan hatiku riang.. :D
Mohd Ismail
June 10th, 2007
at 9:38pm
yanie..yanie..*ini Maya punya pasal la.. habes gadis lain tersilap nama.. ha ha
sabar ajela
June 10th, 2007
at 9:38pm
mne gambo fara fauzana weh??beriya nk amik gambo dia.last2 gambo len yg kuar..hahhaahh..
balik USM kene mntk belanja ni.upah jd tour guide jln2 jay bee..hahahah..gambo ko mne?
Mohd Ismail
June 10th, 2007
at 9:49pm
kawan2, inilah sabariah :) he he.. fara fauzana punya gambar tak berapa letup la.. aku jadi kangen sama Maya Karin.. ha ha..
* tara hal.. kau mahu goreng pisang atau karipap?
لن رسسو
June 10th, 2007
at 9:53pm
Ko membikin ako bertambah tertekan…
tang gadis munggil tu adalah kepakaran ako.. huh..
ko serahkan ako pada mereka… hahaha
lepas nie tag line blog ako kene ubah lah…
“penchenta gadis munggil”
Maaf, siang tadi ada job wedding.. so ako tak leh nak g sana…
job addhock…
Mohd Ismail
June 10th, 2007
at 9:59pm
ha ha.. tagline baru “penchenta Maya Karin!”..
itu’lah.. kalau kau ada sekali td mesti gempak.. belakang aku sorang mamat bawak F60, teringat aku kat ko.. aku duduk gila rapat dengan artis.. tak payah zoom segala..
tahun depan kita kasi gegar lagi.. kalo aku ada sini.. he he
emptyspace
June 10th, 2007
at 10:23pm
nko tak amik gambar gadis celcom ke.. cun melecun gak.. hihi.. btw.. kamera apakah yang nko pakai.. smooth la pic
Mohd Ismail
June 10th, 2007
at 10:29pm
celcom? ada ye? kenapa aku tak perasan ha.. ha ha :)
*kamera apa? kamera cap ayam je ni beb.. smooth kerana di’edit.. terima kasih kepada photoshop!
zaki
June 10th, 2007
at 10:31pm
Wah…tak sangka pulak ko dapat gambar cam tu….memang teror….
Last week kat kuantan aku pun ada jumpa ngan pelakon waris jari hantu kat kuantan parade…..
tapi tak bergambar la pulakk..payah sbb bawak anak2…
Artgeex
June 10th, 2007
at 10:36pm
cantiknya gambar ko ambik ^__^ jeles weh!! ko berdiri kat mana ke? ke ko one of the crew?
flisterz
June 10th, 2007
at 11:02pm
wah adekah mohdismail seorang wartawan selebriti? terkejut aku tgk gmbr2 ni. mcm mana lah ko boleh ambil gmbr2 ni dgn mudah. artis2 tu. ape yg ko bisikkan ye? haha :D
aku tggu je aksi ko merampas mic mase tgk melodi tv3 tadi. haha
Wizurai
June 10th, 2007
at 11:19pm
banyak seh gambar artis…
tp biasalah strategi pemasaran… nak promote kerata misalnya, sorang dua gadis berskirt pendek duduk di depan kereta tersebut… apa kejadahnya?
WaWa
June 10th, 2007
at 11:28pm
weh nak gambar fara fauzana. hehe. :p
oh ye, so.. xde la t-shirt oxford utk ko! :D
Yattie
June 10th, 2007
at 11:46pm
huaaa..aku rasa aku nmpak ko la td mail..
amboi…xnk pon tegur aku yek bila da nampak maya karin..
maya karin sngaja sembur perfume 3 botol smata2 nk jumpa ko! aha;p
ikoko
June 11th, 2007
at 12:10am
ngahaha.. gadis HP Computer.. adoila.. apsal lorh dia jadikan badut minah itu~
dia ada bagik belon skali kat ko ke ismail? ngahaha..
apa pun..aku adalah kipas-susah-nakmati HP Printer.. :D
Wizurai
June 11th, 2007
at 12:16am
gadis Hotlink memang hot…
huhuhu…
Yattie
June 11th, 2007
at 12:31am
hakhak.aku pon tggu gak aksi mail td.tp cuma ada baby je di dukung oleh wahid…kemungkinan itu la mail..ahahah:)
Apeh
June 11th, 2007
at 1:06am
Haha…Maya mmg sweet la…cocok ngan aku..:)
Mael weh,sampai bilakah harusku menanti utk melihat gambarmu pula?
shutterspeaks
June 11th, 2007
at 1:25am
begitu sistematik, banyak gambar awek jekk hahaha. gamba ko x kuar jugak. apsal kavita cam antu jerk huhu.
shutterspeaks
June 11th, 2007
at 1:29am
aku dah agak jawapan ko, mesti kamera cap ayam :-p
shutterspeaks
June 11th, 2007
at 1:41am
Mail, setelah kaji selidik mendalam ke atas gambar awek hotlink tuh, aku dah tahu kamera cap ayam ko jenama apa, cukup aku canangkan ia ada kaitan dengan Q.
shutterspeaks
June 11th, 2007
at 1:44am
Mail, setelah kaji selidik mendalam ke atas gambar awek hotlink tuh, aku dah dapat kenalpasti kamera cap ayam kau tu jenama apa, cukuplah aku canangkan ia ada kaitan dengan Q.
saharman
June 11th, 2007
at 9:01am
Sekarang aku konfius, kau tinggalkan Maya tau Maya tinggalkan kau. Banyak sangat gambar Maya. Aku rasa kau dah gila talak ni.
Kumprinx
June 11th, 2007
at 9:13am
Maya Karin ada pesan apa-apa tak kat aku?
(azean irdawati muka cam raksasa)
Mohd Ismail
June 11th, 2007
at 9:37am
aku juga konfius :) ha ha.. aura Maya memang bikin gua gila..
Mohd Ismail
June 11th, 2007
at 9:39am
kan itu strategi pemasaran.. meletakkan gamba2 awek kat blog akan meningkatkan trafik.. awek & trafik berkadar terus!
Mohd Ismail
June 11th, 2007
at 9:40am
ha ha.. nanti la Apeh.. membaca tulisan aku akan lebih seronok berbanding melihat aku.. percayalah.. :p
Mohd Ismail
June 11th, 2007
at 9:41am
kau tahu ikoko, dia bagi aku sekeping kertas kosong yang di’lipat entah jadi apa.. free gift dia kata.. siot je!
Mohd Ismail
June 11th, 2007
at 9:42am
ye? ko nampak aku dlm tv ye td? he he.. aku sudah tidak perasan ke mana hala kamera melodi, aku asyik follow Maya Karin.. ha ha
Mohd Ismail
June 11th, 2007
at 9:44am
wawa & oxford.. aku kagum la ngan ko wawa.. oxford tu beb.. oxford!
Mohd Ismail
June 11th, 2007
at 9:45am
supaya lelaki2 terpaku melihat kereta.. err.. gadis mungil sebenarnya.. ha ha
Mohd Ismail
June 11th, 2007
at 9:47am
rahsia’nya, aku menunggu hampir 2 jam di set melodi & paling penting, aku bertuah kerana tempat aku berdiri hanya beberapa inci dr khemah artis2.. dan Maya Karin juga.. woot!
rampas mic? aku lupa langsung… ha ha
Mohd Ismail
June 11th, 2007
at 10:04am
Maya? dia pesan suh abg Kumprinx update blog selalu.. :p
(ha ha..)
WaWa
June 11th, 2007
at 10:09am
haha.. ape la kau ni. sabo aje la..
WaWa
June 11th, 2007
at 10:13am
azean irdawati mcm raksasa? muahahhaaaa….
CypherHackz
June 11th, 2007
at 10:40am
aku mengharapkan dapat jumpe gambar mila, malangnya tiada. sungguh duka lara aku jadinya. huk3.
Yattie
June 11th, 2007
at 12:59pm
hohO.
azean nk ubah jd cantik muka dia lngsung jd tuuuut..
tah mail..asik nk promot muka org lain jek.
aku rasa kalo ko ltak muka ko msti trafik kt blog ko makin meninggi..
sure lg ramai gadis2 mungil dtg kt blog ko :P
Yattie
June 11th, 2007
at 1:03pm
aku pun tatau rupa ko cmne.
ahha.ape la maya pakai tu smpai ko jd angau ngan dia :)
Yattie
June 11th, 2007
at 1:05pm
Ben Q meh??
mixterr
June 11th, 2007
at 1:05pm
serious la camera ape? aku xpercaya camera cap ayam sebegitu smooth?? jawab mail camera cap ayam ape ko pakai??please??
mixterr
June 11th, 2007
at 1:09pm
aku kalo pakai camrea cap ayam segan nak amik gamabr artis..heheheh best laa jom heboh ni.. meriah gile? tp bile ade kat kl bukan aku gi pon??? nice shot mail. lagi lagi maya karin ko tu??? KORang amik laa gadis hotlink tuu??? AKU amik ZAfrina huhhuhuh !!!!
Mohd Ismail
June 11th, 2007
at 1:10pm
ya ya.. baik’lah.. aku menggunakan BenQ model DC ape tah.. gambar di’ambil dengan tidak menggunakan apa2 alat bantuan luar.. smooth kerana photoshop.. terima kasih :) he he
*siapa mahu sponsor DSLR untuk aku? nanti aku sayang dia sampai mati ..
mixterr
June 11th, 2007
at 1:15pm
lajunyer ko jawab comment aku ni.. mcm pakai YM je…tak pe akhirnya jawab ponn.. heheh.. mane de cap ayam.. okiele tuu.. dr aku xde camera lagi camera kat hp ade la 0.3mp hahaha..
WaWa
June 11th, 2007
at 2:23pm
aku rase muka mail ni mst ade masuk dlm melodi gak, psl die ikottttttt aje si maya karin tu. haha.. tapi yang mana satukah?
BAGAK
June 11th, 2007
at 6:47pm
Maya kenapa dirimu rela masuk ke dalam kamera Cap Ayam?
Yattie
June 11th, 2007
at 8:12pm
cik mail.
carikan sponsor dslr utk aku skali yek..
syg sungguh aku nk guna duit pt…huiiii..
nashrex
June 11th, 2007
at 9:05pm
mael ttp low profile..
har har har..
azwanhadzree
June 11th, 2007
at 11:00pm
Comel apa gambar gadis HP tu ..ha..ha..ha..
eddie
June 14th, 2007
at 12:24pm
tolong ade raksasa tahi lalat.. kuang! kuang! kuang!
ikmal
June 14th, 2007
at 2:48pm
abg..lps nie kt maner lak ekkk…ader jadual ker jomheboh 2007…
Mohd Ismail
June 14th, 2007
at 3:08pm
alamak.. sorang lagi.. abg takde jadual Jomheboh la dik..try call TV3 ye? satu lagi, jangan pgl aku abang.. aku masih muda remaja :)
aureen missi
June 20th, 2007
at 2:00pm
kau bila jumpa maya karin kau suka dia, bila kau jumpa faradhiya kau suka juga, bila jumpa fasha sandha kau terus gila… hah dah dapat balik kau punya bankad yang hilang hari tu. Nanti jangan kerana gilakan diaorang tu kau hilang duit lagi. Kau tu marang kepunden parang sekeper pantang jumpa awek cun kau mula nak sawan. Kau bila lagi nak datang Labuan? Ari tu kau takde duit beli tiket kapal terbang..skrg tentu kau dah ok kan. Aku nak juga kau citer pasal awek Labuan plak.. kau ingat Labuan ni dah pupus kaum hawa ke..kitorang pun apa kurangnya.Asyik citer awek kat sana je..tak de semangat kesukanan langsung kau ni MAILLLLLLLLLL……NYAMPES
aureen missi
June 20th, 2007
at 2:31pm
Memang kau tu dah ditakdirkan menghidap penyakit tak tentu arah tiap kali terserempak dengan gadis cun, bukan takat gadis munggil yang tak munggil pun sapu kalau dah diserang penyakit tu.. tak caya bagus kau jumpa dr bahagian veterinar check-up ko. confirm jumpa virus gelenyar….oghe Kelate yang mula menemui virus berkenaan…
[aku edit setiap perkataan ko jadi lower case, tolong ye kawan, perhatikan lampu Caps Lock masing2 ketika menulis di'sini.. dan aku takde penyakit gelenyar.. ape jadah'nya tu? - Captain Mael]
aureen missi
June 20th, 2007
at 2:38pm
mail, mail kalau lelaki terpaku melihat si gadis munggil berskirt pendek, para wanita ter apa yee?
terangkatlah jawabnya, ngok ngek betul ..yang tu pun lambat. tak takut mungkar nangkir ke………..
[alamak aureen, ape sebenarnya ni? penat seh aku nal lower-case'kan komen ko semua..upper-case menampakkan macam ko ni spam.. - Captain Mael]
aureen missi
June 20th, 2007
at 2:51pm
Captain Mail mareeee ke? Tak baik naik berang, nanti cepat tua…
[adeh.. bila la pulak aku marah ko aureen, kenal pun tidak.. cuma'nya aku mintak, ko tulis'la pakai lower-case.. upper-case ni macam ko menjerit2 plak.. sian orang lain kat sini..*aku tak marah..sungguh.. -Captain Mael]
aureen missi
June 20th, 2007
at 3:19pm
ooh yeke!!!! sori aku tak sengaja sungguh……..
sebab aku tak perasan tadi… almaklum je la aku sedang menjalankan tugas aku serentak dengan mengusik dan menyakat kau kat sini. saja nak tengok profesionalisma mohdismail menjawab setiap usikan yang tajam…..
Mohd Ismail
June 20th, 2007
at 4:37pm
ha ha.. begitu rupanya, mahu melihat profesionalisma aku.. ha ha.. ko bikin aku guling2 la aureen.. :)
selamat datang ke Mohd Ismail dot Com :)
abdfatah
June 20th, 2007
at 11:27pm
guling2 terguling2… wahaha. dan berpusing2 ligat
abdfatah
June 20th, 2007
at 11:30pm
rock kampung dusun daaaa…
abdfatah
June 20th, 2007
at 11:31pm
haha… panggil pakcik kayo lagi bagus. taraf jutawan dah tu… ngeh2 ngeh2…