Monsun Biz adalah scam — sila jangan tertipu
- 172
- Add a Comment
Hari ini aku beli Harian Metro lagi setelah beberapa hari tidak menjenguk kedai menjual akhbar. Isi’nya masih sensasi, iklan’nya semakin menyemakkan mata. Tapi, aku masih suka Harian Metro sebagai hiburan ringan berbanding akhbar picisan lain. Sebab murah kot.
Satu iklan yang biasa aku lihat sebelum ini adalah iklan dua muka sebuah syarikat yang mendakwa menjalankan perniagaan internet secara besar-besaran — Monsun Biz. Kali pertama aku baca iklan mereka & check laman rasmi Monsun Biz ini, aku sudah label’kan syarikat ini sebagai scam. Aku tidak berniat untuk menulis apa-apa kerana aku tahu, syarikat ini tak akan lama & seseorang akan tampil memberi pengakuan yang janji-janji mereka adalah manis belaka — tiada nyata’nya.

Hari ini, iklan Monsun Biz semakin rancak, mereka akan mengadakan rancangan realiti televisyen yang di’beri nama ‘Ubah Nasib bersama Nora’. WTF! Aku sudah tidak boleh tahan melihat iklan mereka yang memperbodohkan rakyat Malaysia. Aku yakin, bukan sedikit yang sudah terkena dengan sistem perniagaan penuh janji manis mereka ini. Ada beberapa perkara yang meragukan aku sehingga aku labelkan mereka sebagai scam sebelum pelancaran rasmi mereka 14 April ini.
Laman rasmi Monsun Biz tidak professional
Bila bercakap tentang perniagaan internet yang boleh membawa pulangan berjuta-juta ringgit (konon’nya), pandangan pertama terhadap laman web rasmi adalah sesuatu yang penting. Jika mereka masih menggunakan flash yang menyakitkan mata & susunatur yang masih bergantung dengan <table>, aku tidak rasa itu satu yang profesional dari pandangan mata aku yang tidak pakar ini. Berikan satu laman yang meyakinkan orang seperti aku. Selepas melihat laman rasmi Monsun Biz, aku tidak semena-mena merasakan versi pertama Lelong adalah lebih cantik & menjanjikan sesuatu.
‘Virtual Property’? Apa itu? Tak pernah dengar pun!
Konsep perniagaan Monsun Biz begini, Monsun Biz adalah seperti MidValley Megamall. Sebuah laman web yang mimik kepada kompleks perniagaan yang besar. Di’dalam MidValley Megamall ada deretan kedai yang di’miliki oleh mereka yang di’panggil tuan kedai atau landlord. Monsun Biz ada juga. Apa yang mereka tawarkan, kau bayar mereka RM50,000 dan kau akan terima 20,000 lot panel (lot kedai dalam MidValley konon’nya) untuk di’sewakan dengan harga RM50 sebulan untuk setiap panel. Kira mudah, kau akan terima RM 1,000,000 sebulan. Itu sesuatu yang ‘wow!’ bukan?
Pihak pengurusan Monsun Biz mungkin tidak tahu yang dunia internet mempunyai eBay, Lelong atau sekurang-kurang’nya Forum Lowyat.net yang jauh lebih tinggi trafik’nya berbanding trafik ke Monsun Biz sekarang ini. Dan, laman-laman ini tidak mengenakan bayaran setinggi RM50 untuk setiap pengiklanan yang di’buat. Jauh sekali menggunakan konsep ‘Virtual Property’. Yucks!
Wikipedia sendiri tidak tahu apa itu Virtual Property. Mungkin sebab ini yang pertama di’dunia. Mungkin’lah. Seseorang perlu menulis definisi Virtual Property secepat mungkin sebelum mereka-mereka yang keliru sampai ke’sini dan mendapat perspektif negatif berkenaan Virtual Property ciptaan Monsun Biz.
Aku menulis entri ini bukan untuk menjatuhkan perniagaan orang Melayu. Aku kagum jika perniagaan orang Melayu sebetul-betul perniagaan dan tidak memanipulasi wang ringgit bangsa sendiri untuk kepentingan beberapa individu. Monsun Biz tergolong dalam perniagaan internet yang aku lihat sebagai pemusnah bangsa sendiri. Oleh kerana orang Melayu yang memulakan idea ini, akan ramai orang Melayu terjebak untuk melihat keuntungan sekelip mata.
Aku berharap sangat jika entri aku boleh sampai ke setiap seorang rakyat Malaysia sepertimana iklan Monsun Biz. Jika anda punya blog, tuliskan dalam blog pandangan anda berkenaan Monsun Biz, jika tidakpun, linkkan ke’sini dan aku yakin sebentar lagi perbincangan akan bermula antara pembaca di’sini. Biar mereka baca, biar mereka tahu.
Kepada Monsun Biz, jika salah seorang antara anda membaca entri ini — Puan Nora terutamanya, semak kembali pelan perniagaan anda dengan mereka yang betul-betul berpengalaman dalam industri perniagaan internet seperti Dr.Irfan Khairi. Minta nasihat dari orang dalam bidang yang anda ceburi, masih belum terlewat untuk Monsun Biz revamp kembali pelan perniagaan yang sedia ada. Sayangi bangsa kita.
Pautan bacaan lanjut Monsun Biz
Pandangan Saya Terhadap MIRSB (Monsun Biz) - Syam Suriyadi
Bossmailer Spam Yang Menggila - Noorizam Shah
BossMailer adalah Malware - Syam Suriyadi
Salam,
I ni dah join LLM yang MIRSB buat tapi semacam tak puas hati, apa tah lagi I ni buta IT. I pergi teknikal kelas-kelas yang dia orang buat dan banyak benda yang I blur. Last sekali dia orang keluarkan MOU. Tapi naik sain untuk yang I tak dapat sepenuhnya dan Agreement MIRSB yang I tak tengok so buat apa I nak sain. Tapi hati berbelah bagi samada nak teruskan atau tidak tapi I dah bayar penuh!!! Pening….. I am not interested nak jadi agen mereka apatah lagi presenter…. kelas tak habis boleh buat topik lain…. ada semacam yang tak kena….
Okay. At a glance, how do you see these facts? Someone who will transform you into a millionaire in just a month couldn’t afford a dedicate hosting which a mere RM400-500/month? Even the domain was registered only for 1 year! How many times do I need to remind you? Domain name is your BIGGEST ASSET in this internet world! Nothing comes close to that.
Jika anda menulis berkaitan Monsun Biz, hubungi aku dan aku akan masukkan ke’dalam entri ini.

172 Comments
Razif
April 7th, 2008
at 5:46am
aku dr dulu lg mmg tak pecaya
wanwma
April 7th, 2008
at 7:01am
ntah la mael…diorang ni memang…(kelakarnya web diaorang..hehehe)
Fahmishah
April 7th, 2008
at 7:18am
lebih baik buat duit dengan bekerja di pejabat dari buat kerja2 begini
Wizurai
April 7th, 2008
at 7:49am
aku ingat nak buat entri pasal mobile income, bossmailer sabtu, ahad lepas… selepas tengok topik berkenaan dalam wangcyber di locked…. tapi tak kesampaian…
hampir hari² iklan diorang keluar Metro dan TV3… naik bosan dibuatnya…
dengar cerita ramai yg terkena terutama pakcik-makcik luar bandar… dahle diorang ni tak celik IT… si Nora ni jual benda base IT… aduhla…
dalam blog aku, ramai jugak yg datang selepas search berkaitan mobile-income…
lagi satu, dalam borang penyertaan ada bagitau wang tidak akan dikembalikan… cuba tengok deposit diorang mintak berapa?
jadi aku rasa, ramai yg akan masuk ke sini terutamanya yg datang dari hasil carian search engine…
Noorizam Shah
April 7th, 2008
at 9:23am
akan ada yang datang ke sini sebagai ‘tentera-tentera’ kepada ‘tuan tanah’ untuk pertahankan ‘tanah-tanah’ mereka. percayalah! ohoho
hafifi
April 7th, 2008
at 10:08am
baik aku derma duit kat anak yatim daripada join dorang..kan mael kan??
musnaz
April 7th, 2008
at 10:22am
oh, mender nih… terpernah gak tengok dalam iklan tv3.. time petang-petang…. tapi tak tergerak lagi pulak nak tau… mungkin sebab iklan die tak best kot, hu hu…. tapi bila ko bagi pandangan ko dan link monsun nih, aku tengok web die mamang la kelakar! tak meyakinkan langsung. kalau nak tipu pon, design la web yang super duper lawa dan pro. kalau kena tipu pon, peratos penyesalan ada la kurang siket, ho ho ho….
anyway, syabas sangat mael yang membuat pendedahan sebegini. keep it up. thanx!
mr.eims
April 7th, 2008
at 11:07am
mmg camerepek je..klu mmg btul2 ok mesti la web dia pun ok…
ini macam….cakar ayam buat website je plak..ishk2.. (macam la site ako lawa sangat..hehe.. :p )
musnaz
April 7th, 2008
at 11:45am
bro. citer la pasal mobile income bro. tq. dulu selalu dengar kat hotfm iklan die!
hafifi
April 7th, 2008
at 11:53am
a’ah…pasal mobile income. aku pun nak tahu..
oDiN
April 7th, 2008
at 12:04pm
mari kita ramai - ramai menjerit ..
” Saya BENCI perniagaan internet yang MENIPU ! “
Truckster
April 7th, 2008
at 12:04pm
wowww….totally ridiculous dia punya web….kelakar gila lahhh
sallikin@nikillas
April 7th, 2008
at 12:16pm
kalo yg jenis blur neh mmg mudah sangat kena tipu neh…
huhu..
sham
April 7th, 2008
at 12:54pm
Mereka kena telus dalam pelan perniagaan mereka.. terlalu banyak benda yang boleh dipertikaikan.. Anda boleh lihat di blog saya tu… mereka dok asyik merapu pasal microsoft,ebay & etc walhal apa yang diorang langsung tak mengambarkan perniagaan internet..
Agen mereka asyik menuduh saya cuba menjatuhkan perniagaan orang melayu…Ingat MIRSB tu je ke syarikat melayu kat dunia ni ke apa?
Kadang kadang meluat juga bila komen pasal tolong perniagaan orang melayu untuk tipu orang melayu… orang takkan sedar kalo tidak ditulis secara sinis..
Orang melayu pantang dicabar la kononnya… takan melayu menipu melayu..BTW dah banyak syarikat melayu menipu orang melayu…lagi lagi la kalo depan melayu,belakang cina mcm diorang tu..
Everwork adalah syarikat cina, mobile88 adalah syarikat cina..itu adalah antara belakang tabir biz diorang.. tak ramai yang tahu..
Secara jujur, saya nak tengok jugak sejauh mana mereka boleh melangkah…bila diorang jatuh nanti,impak memang besar pada ebiz..orang akan cop ebiz adalah tipu/scam… itu yang saya risau.. kerana nila setitik rosak susu sedunia…
SILENTHCER
April 7th, 2008
at 1:17pm
Aku respect korang nyer forum. Aku baru tau pasal monsun ni semalam, kakak ipar aku dtg tanya. aku tak tau menatang apa Monsun Biz tu, tu yang aku gi search tadi. Nasib baik korang nyer topik yg ambik perhatian aku, lepas baca forum korang, baru aku gi website diorang. teringat zaman muda2 dulu bila masuk web cari.com.my….
hahaha…….
orang lain dh ke bulan Puan Nora oi…… awak baru nk buat gempak. Harap2 ramai yang kt luar sana pegi carik pasal bendalah ni kt forum dulu before terus nk join mentah2.
Bob
April 7th, 2008
at 1:42pm
hehe.. bukan nak mengutuk.. gua cuma nak melawak. welcome to our taska! Green for earth, blue for sea and yellow for porn! sesiapa yang ada kaspersky boleh pergi ke http://www.monsun-biz.com/admin/ The requested URL http://www.monsun-biz.com/admin/login.php is infected with Trojan-Clicker.Win32.Agent.lw virus
Huhu.. hebat sekali!
Bob
April 7th, 2008
at 1:44pm
spam lagi ka? :(
MK
April 7th, 2008
at 2:54pm
um.. comel gadis anime kat atas tu
Adam
April 7th, 2008
at 2:59pm
Salam.
Setelah terbaca posting dan comment, saya dapat buat andaian awal bahawa kita patut sediakan satu platform untuk belajar bagaimana untuk berniaga di Internet. Sudah banyak e-book dijual di Internet yang mengajar bagaimana untuk memulakan sebuah perniagaan internet atau e-commerce ini tapi tak ramai yang dapat mengadaptasi kerana tiada bantuan secara terus menerus walaupun kini telah wujud banyak forum yang membincangkan topik e-commerce ini.
Bagi saya, konsep yang diperkenalkan oleh Monsun ini lebih kepada menyediakan tapak untuk ahli berdaftar untuk mendapatkan sebuah laman web bagi memulakan perniagaan disamping memberi promosi kepada laman web atau “tanah†yang telah dibeli.
Tapi, cara yang digunakan tu kurang memuaskan hati banyak pihak sehingga mencetuskan perbalahan. Adalah tidak munasabah mengenakan bayaran yang mahal untuk setup ZenCart atau osCommerce beserta domain dan hosting yang hanya boleh diperolehi dengan nilai kurang RM100 untuk setahun. Mungkin kelebihan yang akan diperoleh oleh ahli ialah promosi untuk menjana trafik ke laman web yang telah dibeli tersebut.
Sekadar coretan..
cikahmad
April 7th, 2008
at 3:01pm
Aku rasa la kan..tobat ramai dah yang join menatang nih.Dan kepada yang bakal join,dah join korang pasti gagal nye lah..Sila buat perbiagaan internet yang betul kalau mahu maju.Budus punye Monsun Biz.Fahlat!
cikahmad
April 7th, 2008
at 3:06pm
Gambar pun banyak yang pecah pixel.Adoooiii…kata kaya gilorr,takkan xleh upah wed designer yg bagus kot.Hayunn sungguh!
Tech Blog
April 7th, 2008
at 3:14pm
Aku akn membuat entri bercerita tentang monsun bizz ini. Pastinya ia panjang dan harapan aku agar ia dapat menjelajah ke setiap benak fikiran rakyat malaysia tentang apa yang dimaksudkan dengan internet business sebenarnya.
Mohd Ismail
April 7th, 2008
at 3:15pm
klaka kan? kita yg x berapa pakar dlm bidang pembangunan web pun rasa kelakar.. ha ha
Mohd Ismail
April 7th, 2008
at 3:16pm
betul! dah tentu duit tu halal & tidak di’ragui.. =)
Mohd Ismail
April 7th, 2008
at 3:17pm
pergi ke Google hari ini, taip ‘monsun biz’ dan entri aku duduk no.2 betul2 lepas laman rasmi monsun biz sendiri.. padan muka Puan Nora! ha ha ha ha..
the power of seo!
Mohd Ismail
April 7th, 2008
at 3:18pm
mmg aku tgu sapa2 dr Monsun Biz untuk berdebat kat sini.. kalo dia nak jumpa face to face pun xpe.. teringin aku nak tgk pelan perniagaan juta2 diaorg.. manalah tahu kan boleh join.. ha ha ha ha
Mohd Ismail
April 7th, 2008
at 3:19pm
seseorang kene bikin banner tuk kempen Saya Benci Perniagaan Internet yang Menipu… he he.. =)
Mohd Ismail
April 7th, 2008
at 3:21pm
btw SilentHCER, ini bukan forum.. tp blog yg da pandai berpura2 sebagai forum.. ha ha ha..
*sebarkan berita ni kepada kawan2.. semua perlu tahu.. kalo boleh, hantar kat Metro sekali..*
Mohd Ismail
April 7th, 2008
at 3:22pm
bagus Uzai.. tulislah & kalo boleh biar semua dapat baca.. kita kene hentikan perspektif buruk masyarakat terhadap ebiz.. =) *walaupun haram aku x join apa2 ebiz.. ha ha*
kita
April 7th, 2008
at 3:57pm
kadang-kadang orang kita ni suka terikut-ikut dengan trend…kalau tengok website jual beli maju kita pun nak buat jugak..cuba ler cari kelainan cikit..baru ada aummppphhh
Wizurai
April 7th, 2008
at 6:10pm
dulu aku cite dah pasal mobile income… lupe dah ape fanatik diorang komen ntah… skang mobile income dah slow… so, diorang bikin benda lain pulak nak kutip duit… maka wujudlah yg terbaru MONSUN… iklan kat paper dah lama, tapi cuba korang usha web tu… takde ramai mana pun org nak beli lot untuk iklankan produk…
Wizurai
April 7th, 2008
at 6:12pm
oh ya… lagi satu aku tengok gateway2020 diorang guna CubeCart tapi tak letak pun credit sebaliknya bubuh Copright MIRSB… apa daa…
hafifi
April 7th, 2008
at 6:29pm
ko mmg kejam mael..hehe
Affuan
April 7th, 2008
at 7:00pm
aku? lihat je dah tahu! nora konon! pigidah!
gie
April 7th, 2008
at 7:13pm
tak lawa langsung..
titan
April 7th, 2008
at 7:26pm
monsun ni. Dia guna trick nak tackle customer. Dan biasalah, ramai orang suka benda baru dan digit-digit yang lumayan tu.
Yang aku respek. Umpan diorang mengena. Marketing diorang dekat paper mantop.
Tapi sayang, marketing dekat internet. Lingkup. Penjelasan takde. Tak kukuh. Dan dipertikaikan oleh ramai pihak. Adek aku sampai nak pinjam duit aku nak join bende nih. Jangan harap aku bagi dia duit!
Sebernayanya diorang macam tak tak tipu. Cuma diorang tak jelaskan keadaan sebenar dengan lebih jelas dalam promosi. Bagi aku, penjelasan dan support penting. Tapi dari definisi mentah aku ini. Ini penipuan yang jelas di mata kanan aku. Apatah lagi pada mata korang.
Ps: Tunggukan saja edisi siasat dari aku nanti pasal monsun ini. :)
razifmustapha
April 7th, 2008
at 8:37pm
renti-rentikan la main benda alah ni, aku dari tahun 2000 lagi main benda semacam ni, tak pernah nak kaya. sekarang betul2 dah insaf! hohoh
Mohd Ismail
April 8th, 2008
at 5:02am
tu dia ade solid experience dr org yang pernah main ngan benda ni.. dgr cakap prg berpengalaman, tak rugi.. =)
Mohd Ismail
April 8th, 2008
at 5:03am
haa.. itu la pasal.. bukan setakat menipu, siap tak beretika lagi.. ingat org dlm internet ni bodoh2 belaka apa.. ha ha..
Aisyah
April 8th, 2008
at 7:00am
website Monsin Biz hodoh gle. sakit mata. haha.
abdfatah
April 8th, 2008
at 7:22am
wah perniagaan di monsun ke…? nampak macam menarik…. bukan monsun timur laut dan bukan monsun barat daya…. monsun tipu daya…. saya ingatkan monsun cup kat pulau duyung di sana… rupa2nya monsun biz marilah kita sertai monsun cup yang lebih kepada kemahiran teknikal biarpun takdapat apa-apa… sekurang2nya boleh dibuat entry untuk blog…
abdfatah
April 8th, 2008
at 7:30am
hahahha… memang menunggu open kes dari titan… boleh laa nak buat link berderet lepas nih…
xmindfreakx
April 8th, 2008
at 12:00pm
uh..lagi lawa web surfjynky and studiotraffic dulu..lagi nampak pro…hrm…cukup cakit mata kat skrin leper 19” ku ini…
emme
April 8th, 2008
at 1:16pm
Hari tu aku ada jumpa “tentera-tentera” MIRSB kat Mid Valley, sempena Hari Keusahawanan 2008 yang di anjurkan JobStreet.com tu. Diorang siap bukak 2 both lagi, dahsyat tu! Memang ramailah yang singgah kat both diorang termasuk aku skali… pn Nora pun ada kat situ.
“Tentera2″ yang diorang hantar suma baru2 lagi, seminggu, 2 minggu, dan baru bape hari pun ada. Dahlah menggelabah, bila aku tanya sikit dah goyang, makcik2, pakcik2, suri rumah pun ada. Ada yang sanggup labur sampai RM50k mcm tu jer, dengan penuh bangganya diorang mengaku dah labur 50k, 10k, paling sikit 5k…
Sedangkan income takde lagi, dalam hati aku gila ke ape diorang ni? Diorang cakap website tu lauch bulan april ni… Kalau tengokkan website dia tu, sampai akhir tahun pun belum tentu boleh lauch : P
Tak lojik la, beli 20 000 lot harga sampai 50k. Bagi aku, dengan rm50k tu aku boleh buat website lagi canggihlah!
har
April 8th, 2008
at 1:58pm
Aku pon dh g Mid Valley ari tu,bnyk nk tanyer..Tau lak GM dia ada…dok tanyer dia tapi hampeh sbb lain aku mintak lain lak jawapannyer…x puas ati kt ctu….esoknyer lak ada talk kt s.alam…pon samer gak…bkan aper..manatau biznes ni ok ker….sbb aku ada produk dan plan…mungkin bole join….!!!tapi nmpk gaya….x brani den…ooii..
sayangnyer,kwan aku sorang ni dh join tanpa soal selidik….nk bt camana…aku pon bagi ler prangsang ckit semoga dia berjaya…harap camtu lah….mungkin aku ni rabun IT…atleast bukan buta..!!!hehehe…
Syahid A.
April 8th, 2008
at 3:35pm
Website budak skolah lagi lawa la. Heran betol macamana diorang ni boleh lepas masuk tv dan dapat lesen utk bisnes. Kesian kat pakcik + makcik yg tak tau. Kena kelentong kaw kaw.
Noriza
April 8th, 2008
at 5:10pm
Ye Ke????
har
April 8th, 2008
at 5:15pm
biasa la bro…dia dh byar siaran tv tu….org tv pon nk bt biznes gak…ada duit sume bole jadi…
ckp pasal nak naya org tu…x taula….sbb kwn sorang aku ni pon baru smlm dh join…!!!!apa2 pon dia nk info klu ada perkembangan atau kekucupan….wallahualam…
Mohd Ismail
April 8th, 2008
at 6:17pm
he he.. kawan ko tu dlm bahaya bro.. baik suh dia amik balik duit yang dia da albur tu sebelum terlewat.. =) even 5k pun, still banyak tu…
Mohd Ismail
April 8th, 2008
at 6:18pm
ye Noriza.. sebarkan pada kawan2 ye? =)
*jangan kau pun dah melabur sama sudah…*
har
April 9th, 2008
at 2:09pm
camana nk ckp bro mael…dia dh bt keputusan muktamad…dh abih talian hayat digunakan….so,aku hrap ler dia berjaya….
wanna
April 9th, 2008
at 10:25pm
baru2 ni ku ada dengor ceramah bala2tentera dorang, cam baguz jerr!! ku tak pasti arr dorang tu kencin’ owang ker x, sebab ku ase cam nak cuber2 arr, mael & kengkawan laen yang dah de xperience n citer2 menarik leh tak kowang g advice kat ku ni!! huhu..mati kutu.
Mohd Ismail
April 9th, 2008
at 10:35pm
advice aku senang je Wanna oi.. jangan labur apa2 dengan Monsun Biz.. kalo ada 50ribu dan nak buat bisnes internet, ade baiknya ko e-mail aku.. aku boleh connectkan dgn org yg betul2 buat bisnes internet..
xyah 50ribu pun boleh.. =)
cikahmad
April 9th, 2008
at 10:41pm
ini bahaya nih….gile aa.kene tangani dengan segera tu bro.Kang ada yang terlingkup tgh jalan.
kimie
April 10th, 2008
at 12:50am
depa tipu…aku tauu..mmg tipu..
har
April 10th, 2008
at 8:21am
aku mmg ada plan baik punyer…fikir nk bt biznes internet monsun-biz nie…produk n prancangan semu dh ada……tup-tup…indah kabar dri rupa….fyi,bro mael..aku nk ke jakarta/bandung awal bulan depan nie…dh jadik camni…aku rase bt window shopping jer ler….!!!sendiri beli sendiri pakai…hehehe….
har
April 10th, 2008
at 8:33am
x leh nk nolong lagi bro….satu yg bagus psal kwan aku sorang nie…dia sentiasa kata positive thinking…itu aku respek…mungkin aku lebih bnyk cas negatif kot….kureng oksigen dlm kepala otak…hehehehe…
am
April 10th, 2008
at 2:58pm
sedih tengok laman web dia… cam taksiap jer.. flash bergantung sana sini… virtual property katanya… benda yang tak ujud dan diniagakan… dia nak buat yang macam dulu ada satu site oversea jual emas tapi emasnya virtual… bila harga dah naik boleh beli balik… sekeji2 umat yang buat camtu… sejuta sebulan… sapa nak bagi… sah2 scam… tapi hairan jugak… tv3 dok keluar iklan camtu.. dorang tak selidik dulu ker… padahal diorang jugak yang dok benteras habis-habisan dulu…
when it comes to business… diorang sanggup tutup mata semata2 nak untung… rasuah pun boleh tukar nama jadi duit kopi… semata2 nak hilangkan rasa bersalah… dan taknak di cerca sebagai pemusnah bangsa… :(
mira
April 10th, 2008
at 4:26pm
akum bro mail,
tolong kasi saya email add..saya ada inform penting untuk dikongsi bersama org ramai..
saya x boleh nak komen ape2 kat blog ni coz saya ni mangsa2 mirsb
Mohd Ismail
April 10th, 2008
at 5:26pm
ok Mira.. sy alu2kan pengalaman Mira dengan MIRSB… email sy mohdismail@mohdismail.com =)
har
April 10th, 2008
at 5:33pm
halo bro mael,
klu ada contact sapa2 yg bole ajak biznes dlm poket tu…info2 ler kt aku nie…
bole ler aku menempel share marketing nie…aku mmg tekad nk venture bidang e-biznes….
tapi bia ler betul caranyer….
Mohd Ismail
April 10th, 2008
at 5:44pm
tentang keinginan ko utk buat e-bisnes ni.. aku akan buat satu post khas tentang kebenaran di’sebalik internet bisnes =)
termasuk apa yang ko boleh buat dengan RM50,000… *banyak siot*
kooreen79
April 10th, 2008
at 6:28pm
memang hangat..mmg kaw2 kena monsun biz ni..bagus kawan2ku semua..hapuskan cetak rompak, eh eh..hapuskan ebizz2 tipu ni..gila ke apa modal sampai 50k..
headwind
April 11th, 2008
at 1:00am
Dengan RM50,000… *banyak siot*, baik aku labur buat biz..bela kambing ke…pertanian tak pun bela cacing…lagi baik!!
Mohd Ismail
April 11th, 2008
at 1:13am
haaa betul! bela kambing dah sah2 halal dan ade benda nampak depan mata ye tak? =)
*ada kawan aku kata, kambing adelah comel…*
har
April 11th, 2008
at 8:13am
ok bro mael,
aku mmg tunggu2 pluang cam nie….hrap post tu nti dpt memberi manfaat pada sume yg berminat dlm menceburi e-biz secara telus dan betul…
org mcam aku nie…patut diberi bimbingan….ayat2 teknikal terlalu komplek bgi aku nk pham…atleast, aku ngaku kurang arif psal ICT nie bangat…!!!
V-mama
April 11th, 2008
at 2:51pm
Entah la…at 1st tu ingat nak joint gak…then byk sgt komen2 yg meragukan ni…tolongggg….
Razif
April 11th, 2008
at 4:21pm
ha mael,hang p la kat sunway hotel seberang jaya 17hb april ni.ada taklimat pasal monsun biz nih.dgr apa yg depa nak “ranjau” lg.agak2 tak best blah terus p sunway carnival
Mohd Ismail
April 11th, 2008
at 5:23pm
owh ye? ha ha… aritu aku ada paper la plak.. kalo sempat, aku berkejar ke sana.. kalo ade Q&A, mmg masyuk.. ha ha
Mohd Ismail
April 11th, 2008
at 5:24pm
jangan join.. jgn kelabu mata dek tawaran yg x masuk akal tu.. simpan duit tu lg bagus..
Wizurai
April 11th, 2008
at 6:18pm
kat forum ni banyak gak yg dembang pasal monsun-biz
mari tengok http://nogold.com/forum/medium-risk-ops/23635-monsun-biz-callcenter-payment-gateway-bossmailer-mirsb-2.html
hanep
April 12th, 2008
at 8:50pm
seni diorang kowt… agak la… *lawa(k)….
adi
April 12th, 2008
at 8:53pm
saya tak faham lah, diaorang sanggup invest 50k,10k,5k untuk produk sebegini. tapi bila tawarkan panduan buat bisnes internet hanya rm50 mengeluh panjang, malah masih mintak harga dikurangkan.sebenarnya apa yg diorang nampak agaknya … RM masyuk banyak agaknya tu.
nazri
April 13th, 2008
at 12:23am
Dalam senarai Pemilik Landlord, Ape ke jaddah TEKUN kat situ? bayo 50k jugak ker? Tokey HardRock tu aku x kisah pasal guna duit sendiri.. tapi TEKUN ?
mamamia
April 13th, 2008
at 12:40am
aku tak kisahlah apa korang nak kata kat mirsb.Dulu yang aku join tu terpengaroh ngan iklan dia nak ambil 300 orang landlord je.Nampaknya sekarang tak cukup ngan 300 tambah pula ngan kiosk dan supermarket dan dah pakai agen pula nak rekrut ahli baru. Aku rasa macam tak berapa telus je…aku ikhlas nak buat business internet ni. aku ni taktahu benda juga pasal internet business ni …tapi apa salahnya nak cuba.Korang bolehlah bagi aku support.Aku baru sehari dua ni buat laman web nak support business aku ni. Lawatlah kelaman aku : http://www.ibeena.com. Laman aku ni masih under construction. Sebarang cadangan bolehlah email kat aku ibeena_callcenter@yahoo.com.Pandangan korang semua aku ucapkan terima kasih
har
April 13th, 2008
at 10:09am
aku nie xler terror sgt psl ICT nie…tapi laman website ko tu aku kira ok ler…apa pon aku harap ko
berjaya…manatau….aku leh sewa monsun ko satu ari nanti…!!??Gud luck mamamia….
mamamia
April 13th, 2008
at 11:48am
thanks lah har…begitulah anak melayu…bagilah sokongan sikit.hebah2lah kat kawan2.naiklah sikit semangat aku yang dah hampir ranap.Yang melayu nak tipu melayu tu, biarkanlah…sistem monsun tu taklah teruk sangat…cuma tak berapa telus dari segi perlaksanaan….sekarang aku nak pikirkan macamana aku nak improve laman web aku kerana aku ikhlas nak buat business.selamat berjaya untuk aku
aku ensem
April 13th, 2008
at 1:33pm
sejak awal bisnes diorang ni aku mmg tak suke.gile2 punye menipu.dgn RM50k aku boleh setup bisnes aku sendiri sebijik yg mcm monsun ni buat.mmg hampeh btol mirsb menipu org camni.
har
April 13th, 2008
at 3:57pm
u dah join. …meaning, no turning back…so alang2 buat…go all the way….kwn aku sorang nie pon dh
join…camtu gak…aku harap dia berjaya….dlm blog nie pon dh ramai komen…rata2 ramai yg rasa sangsi…bagi aku…terus terang aku x brani nk commit…look n see first….anyway,all d best 2 u….
jomstar.com
April 13th, 2008
at 4:34pm
Ntah la… macam-macam perangai zaman skrg ni. Tahun lepas sibuk dengan skim cepat kaya versi internet. Ni muncul pulak lot-lot tanah yang tak nampak kat mana tanahnya.
Daripada diorang pegi bagi kat monsun tu, lebih baik labur kat web aku ni…… boleh gak aku promote gila2.. ;-) Pastu bila dapat untung… kita bagi la sama2…
Tapi tak janji la boleh jadi kaya dengan sekelip mata. Sekurang-kurangnya lepas setahun dua tu.. insyaAllah…
Mohd Ismail
April 13th, 2008
at 4:50pm
[off-topic] kawan2, kat JomStar ada gambar Juliana Evans baru… sgt cun! ha ha ha…
jomstar.com
April 13th, 2008
at 7:00pm
(off topic) Alamak bro…, tq… tolong promote lak!!! Segan ler saya….;-)
abdfatah
April 14th, 2008
at 9:29am
saya nak beli tanah ditengah laut laaa boleh tak?
abdfatah
April 14th, 2008
at 9:32am
tekun dah buat Mou daaa… tak payah nak heran. TEKUN pun dah kelabu bijik mata nampak duit ribu riban… alahai tekun… duit TEKUN tak habis bayau lagi nih …. wakakakaka…
abdfatah
April 14th, 2008
at 9:44am
apa yang ada dengan tv3. asalkan dapat buat iklan aje dah kira okeh laa. bayr duit teruskan on sahaja iklan mana yang berkenan… hehehhee…
abdfatah
April 14th, 2008
at 9:50am
kalo 10 orng 50k?
kalo 10 orang 10k?
kalo 10 orang 5k?
waaaaaaaaaaaaaaa……. bukan 50 k lagi nih banyak k k k k dan key dekat jutawan dah nih jadinya…
tambah 100 orang 50k? waaaaaaaaaaaaa……… banyaknya duit tuuuuuuuuuuuuuuuuuu…………
mari laa kita support depa yang dah join tu. suh laa derang buat blog ke apa ke yang bermanfaat… hehehe…di samping cover balik modal yang tersedia… sekurang2nya mereka dah bukak bijik mata berkenaan ICT… itu satu kelebihan yang MIRSB tak tipu… celik bijik mata dengan ICT tetapi kelabu bijik mata dengan uwang segera….
De-stok
April 14th, 2008
at 4:24pm
hi semua kawan2 yang kat M’sian, berfikir la dulu sebelum masuk tu……..cuba la pikir panjang…………….. ke pendak….. ke lebah————-ke keci—-ke klo semua masuk bukan u jadi senang dia orang lagi kaya la than lari ke negara lain hidup senang2. lagi baik sedeka kat orang yang susah and miskin kat negara kita ni….menteri pun kaya lo macam tu add lagi semua rakyat M’sian. apa kata masuk kan duit kat no. bank acct i lagi best my no. is maybank 108056518295 jangan lupa ya kawan2……..masuk kan duit ya daripada masuk scam tu…tq
syiown
April 15th, 2008
at 3:34am
Salam semua nak kongsi pengalaman aku pada malam pelancaran monsun di KL bln 2 lepas
Hanya 300 Landlord Diperlukan! Pinjawan 50k diberikan pada malam pelancaran blah laaaaaaa semua nih tipu belaka aku dari perlis mencanak g sana last2 minit plan sebab nk cekau 50k tuh bertolak pagi2 sampai dah nk senja leh lak dia cakap kena pakai hawaian style jenuh aku cari kat Sogo hampeh betul sampai sana manusia mak aaaaaaaaaaaaaaiiiiiiii penuh dewan tuh lebey dari 2ribu orang masa dalam phone cakap hanya yang dipanggil sahaja hadir nih segala mak nenek mak bapak tok wan adik beradik semua datang dah la kena berbaris nak daftar kehadiran huuhu dlm aircond pun berpeluh beb pa y aku nampak ramai org y buta IT dlm tuh aku terus ambik seat malas nak daftar2 dah then y dok beratur lebey dri sejam dipanggil masuk tanpa daftar sb dah lewat sgt (tak organize langsung) meja aku dekat ngan pintu sambil dok dgr nora dok tipu aku borak ngan org kiri kanan aku sorg tuh nama jeff dia dah bayar 5k kot kalu tak silap nk ambik pakage y 10k dia da gak ngadu kata 300org jek y terpilih nih dah lebey 2k manusia. dlam dok borak tuh aku cuba nk siasat pa la produk nora tuh sampai cite nagis atas pentas tuh then baru la dia bgtau natang pa la monsun tuh huhuhu lama betul aku tunggu sambil dgr aku bgtau jeff if produk bossmailer xkn sampai riban2 n if produk sms tuh aku rase saudara danial lebey arif. jeff pun kata dia pening ngan staff mirsb kat sunway ckp lain kat phone ckp lain
tah la aku actually awal2 berbangga gak da org melayu y master dlm biz tenet n cuba nk tolong bangsa sendiri tp bila aku balik bukak web monsun sedey gak la cam melepas batuk kat tangga ja just buat web tuh sbg bukti kata projek nih dh nak run dulu dia cakap awal bln3 dh beroperasi n pertengahan bln3 da realiti tv pasal mirsb tolong org buat biz tp nih dah nk ujung bln4 web tuh cam xda pape pun
tuk y ambik pinjaman tekun under mirsb hati2 takut tak terbayar kita aku pun da apply dia cakap lulus 10k tapi sampai ari ni tak dengar sebarang berita nasib baik tak sign mou or pape agreement risau gak pinjaman dpt tp xtau kemana duit tuh
lagi satu if saudara saudari rajin baca metro teliti iklan mereka kekadang da cam tak logik dalam harga pakage mereka seperti pakage 50k cash center dpt 3 unit sistem call centre 1 unit payment gateway 1 unit sistem bossmailer cuba semak ngan pakage lain if anda semua bijak adakah anda nk keluar 50k tuk semua sistem tersebut atau ambik 2 pakage call center y mana mendapat lebey produk dengan kurang wang
kepada sesiapa y byk sangat duit tak tau nak buat apa meh labur kat aku kita buat pertanian n penternakan hehehehe
ok takat ni dulu la saja tumpang sekali kongsi pengalaman if da terkasar bahasa harap maaf yer.
wassalam
matzis
April 15th, 2008
at 8:11am
Internet adalah jalan mudah untuk memperdayakan orang…so berhati-hati dengan perniagaan yang kita sendiri tidak tahu akan hujung pangkalnya.
abdfatah
April 15th, 2008
at 8:26am
wah… menarik citer gini. ada sapo2 lagi yang punya pengalaman sedih ke, berjaya ke suka hati ke dengan MIRSB boleh laa citer sikit pengalaman menarik tersebut…
dreamobile
April 15th, 2008
at 12:45pm
salam..
congrats mamamia,ada effort utk success.kalo cani,bukan dgn monsun pun mamamia bley bjaya.
bagi y da join tu,teruskan usaha utk bjya.bukan dalam monsun-biz je tp dalam ape je y kita nak buat kalo bley buat habis2an sampai bjya.bg y belum join,masih nak wat research teruskan mencari maklumat.bg y tak confident, better amek langkah selamat.keep on watching smp terbukti dulu,baru join.
kita masih lg membincangkan monsun-biz y belum terbukti scam dan belum juga terbukti berjaya.mane2 biz,potensi berjaya mmg wujud cuma tentu shj atas daya dan usaha kita.
aku juga sama seperti mamamia..da join,no turning back.tp kalo nak turn back bukan tak boleh cuma mungkin lebih payah.skang just try my best utk bjya.kalo terbukti benda ni scam,aku pun akan try my best utk smpkan info kat suma org supaya jgn tertipu.customer support,mmg kurg pro.kata nak international..kenalah improve.cara diorg market produk diorg (aku tak tau nak cakap ape sbb itu cara y diorg da decided.tp ada gak y aku kurg berkenan).
aku ada gak amek initiatif utk back up Monsuners ni dalam ruangan nogold.com y mane aku fikir ramai di luar y amek monsun,callcenter dan sebagainya adalah bukan dr golongan celik IT.kalo suma pakat dok hentam shj kesian pak cik,mak cik kat luar sane y dah la rabun2 IT,hilang pulak semangat atas kepercayaan y diorg ade.ape y diorg mampu rungkai atas persoalan2 kontra y ramai org kemukakan? y aku nampak kita2 ni lah y akan bincangkan pro & kontra utk bantu mereka2 y sudahpun sign up terutamanya dan y sedang mencari maklumat umumnya.bukan pandang salah satu shj.amek kiosk RM5k pun da kire besar,lglah y amek RM50k.selagi belum terbukti scam,aku akan pertahankan monsun sebab dr sudut pandangan aku, ada future atas fenomena Virtual Property y mane pro & kontra tetap akan wujud.tp bila da terbukti scam,aku akan jatuhkan habis2an.
*sama ada kita berpendapat pro atau kontra,ianya tetap pendapat y tidak boleh dipersalahkan kerana kita semua melihat dr sudut y berbeza atas dasar merungkai kebenaran.melainkan mereka y membawa kepentingan peribadi atau juga persaingan biz.
bajet
April 16th, 2008
at 12:06am
Salam,
Kata orang,dalam bisnes,kalau cepat sangat boom(naik) akan cepat (merudum)pula jatuhnya.
Sejauh mana kebenaran kata-kata tu,tak dapat pula di sahkan.
Saya tidak mendoakan kejatuhan MIRSB,hanya kerana berasa ‘teraniaya’ atasapa yang telah dibayar tak setimpal dengan apa yang diperolehi.
Tapi kalau peratusan besar (% sebenar x dapat dipastikan)peserta2 yang dah join rata-rata menyuarakan rasa x puas hati yang sama,mungkin ini akan jadi doa dari orang2 yang teraniaya……
Kita tunggu dan lihat sejauh mana,MIRSB dapat mengekalkan pendakian yang hampir2 90 darjah(mencanak!) ni.
syiown
April 16th, 2008
at 7:10am
salam aku hope sangat MIRSB tak scam sebab dari program yang disuarakan ada yang bole berjaya cuma masalah bila mempromosikan TOLONG BANGSA SENDIRI tapi sendiri mau untung tuh yang buat aku sedey rata2 aku jumpa mmg 50% buta IT tah PC pun tak pernah pegang if betul Pn. NOra bole tolong BANGSA SENDIRI berjaya dalam IT Biz alhamdulillah aku berbangga dan aku pun nak turut serta tp dari pengalaman and penglihatan aku sendiri aku tak pasti samada idea Pn. Nora bole berjaya kerna pa yang dilihat skang banyak kepada penjualan produk beliau dan sekrang dah mula buat macam MLM yang banyak join makcik2 pakcik2 yang dari felda or kampung2 dengan kemudahan streamyx yang terhad so bagaimana mereka nak berbiz? kepada pn. nora jika puan tulus buat la sepenuh hati kotakan pa yang dijanji TOLONG BANGSA sendiri biar la keuntungan jadi No.2 kalu No.1 TOLONG BANGSA SENDIRI berjaya insyaallah NO.2 UNTUNG datang dengan sendiri.
matzis
April 16th, 2008
at 8:51am
tak salah menolong bangsa sendiri..tapi biarlah kena pada tempat, kalau pakcik dan makcik yang duduk ceruk felda tanpa kemudahan internet di ajak join biz ini,…macamana diorang menjalankan biz ini. betul kata syiown keuntungan no.2 tetapi tolong bangsa sendiri mesti menjadi keutamaan.
catzer
April 16th, 2008
at 11:18am
kekeke,monsun tu dtg sekali sekala..so scam atau tak korang sume kenalah tambah ilmu dalam internet marketing..so korang boleh bezakan modus operandi mereka2 ni
bajet
April 16th, 2008
at 12:26pm
Salam,
Memanglah niat MIRSB,Puan Nora tu nak tolong bangsa Melayu,semua peserta yang hadir program mereka pada pertama kalinya akan merasakan yang beliau ikhlas nak tolong.
Kepada yang BELUM join,saya nak bagi nasihat ikhlas percuma,anda TID AK perlu terlibat dalam biz mereka ini jika anda:
1.Tiada komputer(PC) atau laptop sendiri,tidak boleh guna pc kat cafe siber!
2.Tidak mempunyai sambungan internet spt streamyx, broadband, data card!
3.Tidak minat membuat biz melalui internet
4.Tiada pengetahuan asas tentang internet
5.Tidak atau belum pun mempunyai alamat emel
6.Tidak mempunyai modal yang cukup untuk membeli pakej2 yang ditawarkan,elakkan berhutang!
7.Tidak ada modal ‘tambahan’ yang cukup,kos pengiklanan dsnya.
8.Malas nak membaca buku-buku atau ebook tentang internet biz
9.Tidak kreatif untuk membuat pengiklanan di akhbar
10.Tiada produk atau perniagaan sedia ada untuk dipasarkan/diberitahu kepada umum
11.Tiada perancangan awal nak buat apa dengan software yang akan dibeli
12.Baru pertama kali tengok iklan GEMPAK mereka di akhbar!
Pastikan anda memenuhi semua kriteria diatas dahulu sebelum keluar duit untuk join MIRSB…………Mungkin ada yang boleh tambah lagi kot!
‘Ukur baju dibadan sendiri’,tak salah kita mencuba sesuatu yang baru dan advance,setiap orang nak kejayaan,KEHENDAK semua orang ada,tapi adakah kita MAMPU merealisasikannya?
SENDIRI jawablah!
har
April 16th, 2008
at 3:03pm
akum bro mail,
nk mencelah skit psal internet biz nie…aku nk ko punyer expertise psal satu e-biz yg kwan aku
nk join sgt…biasa la dia ajak aku skli..!!!dia bgitau laman webnyer : http://www.info.kit4u.net … kelolaan Lisa Helmi….aku nk explain kt kwan nie..tau ler…blurr ckit aku nie….klu ko bole terangkan ape ke benda alah nie….scam ker…b