Mukhsin,karya ringan Yasmin Ahmad

Sudah tonton Mukhsin & Orked?Sebenarnya aku lebih suka jika tajuk filem ini diletak Mukhsin & Orked,memandangkan ia adalah permulaan kepada jalan cerita Sepet juga Gubra.Filem pertama ini sepatutnya mengambil kira faktor penonton yang kononnya masih belum mengenali Orked.Tidak mengapa’lah.Itu ‘kan cuma sebiji tajuk.

Mukhsin,sebuah karya ringan.Mengikuti plot-plot dalam Mukhsin tidak banyak bezanya seperti duduk di ruang tamu rumah menonton cerita Cerekarama di TV3.Sangat santai.Filem Yasmin Ahmad kali ini tidak terlalu berat seperti Gubra & Sepet.Berdasarkan pengalaman Yasmin Ahmad sendiri ketika kecil,filem ini sebenarnya sedutan kecil daripada hidup kita.Ketika kita baru mula mengenali perbezaan jantina & sifat kasih sayang.Bohong’lah jika ketika kita berumur lingkungan Mukhsin & Orked,kita tidak punya sedikit pun perasaan seperti yang mereka alami.

Kalau kau menonton Mukhsin di pawagam,kau akan dapat rasa filem ini terlalu dekat dengan penonton.Penonton tidak diminta masuk ke dalam dunia Mukhsin & Orked,tetapi Mukhsin & Orked sendiri yang perlahan-lahan masuk ke dalam diri penonton & membuat kita asyik dibuai cerita cinta pertama mereka.

Dalam Mukhsin hanya terdapat 2 lagu sebagai lagu latar (jika tidak silap aku),lagu ciptaan ayah Yasmin Ahmad sendiri,yang dimainkan dengan seluruh krew dipenghujung kredit &sebuah lagu berbahasa Perancis,Ne Me Quitte Pas nyanyian Nina Simone.Kedua-dua lagu ini memberi impak yang bukan sedikit kepada penceritaan Orked mengejar Mukhsin di babak-babak akhir cerita.Tetapi,aku kurang faham kenapa setelah melihat Mukhsin di dalam teksi,Orked tidak lantas turun mengejar.Ah,kanak-kanak lagi bukan?

Ini sesuatu yang penting,jika kau seorang peminat-keras trilogi Lord of the Ring ataupun siri Star Wars,atau juga sedang menunggu filem Transformers,atau juga kau seorang yang malas berfikir,aku nasihat’kan jangan tonton Mukhsin.Mukhsin terlalu ringan buat kepala kau.Ringan sehingga kau akan mengeluarkan kenyataan yang membuta-tuli.

Aku sudah nasihatkan.Aku tidak kata Mukhsin wajib ditonton,tetapi ya’lah,kau faham kan?

29 Comments

aku blom tgk lg mukhsin…
x tau akan tgk ke tak sbb tiada teman utk tgk
huhuhuhuhu

meh la datang penang,kalau ko belanja aku tengok,aku teman’kan..he he

daripada komen2 yang diberi macam best jer. Tapi mungkin tak sesuai dengnan aku. Kerna aku peminat Star Wars n LOTR. Tapi jika diajak oleh seseorang, bisa jugak. Seperti aku layan cerita CINTA bersama seseorang. Heheheheh

mukhsin, gubra, sepet..

ketiga²nya aku belom tonton…malang bukan? :(

aku juga sebenarnya peminat LOTR,aku repeat tengok 3 kali…tapi bukan’lah sampai tak terima langsung filem lain.. tonton la filem ni untuk hiburan ringan,sangat santai,lebih-lebih lagi jika pergi bersama cinta pertama…

shambie ~ advantej tu,start dgn mukhsin then sepet then gubra…he he lengkap sudah

bagus idea anda…
tapi bagaimana saya mahu menonton mukhsin sekarang..di sini tiada wayang..

terpaksa la tunggu keluar dalam cd (bukan cetak rompak punya ye :p)
…adeih

saya terpaksa menangguhkan hasrat untuk menonton citer tersebut… allala

sebenarnya aku merancang nak tgk tayangan hari pertama, tp kerana tanpa teman menengok wayang..aku rasa even cerita kegilaan aku LOTR tu pun jadi bosan. Apatah lagi cerita begini yg pasti akan menyebabkan pawagam di hurungi lalat dan ulat yg menjijikkan.-(insan yg bercanda di dlm pawagam)

nahh..aku cakap sudah…kalau LOTR pun ko anggap buhsan,kubur’kan saja niat nak tonton Mukhsin…nnt ko saket hati..degupan jantung bisa laju..umur kau akan pendek tanpa sebarang punca..percaya’lah..ha haa

aku pun dh tgk jugak..ye benar,santai sgt..smpai kakak2 nyah kt seat depan wat lawak pn kitorg gelak..kihkih…dpt pakej tgk wayang n bergambar…huhu..tu yg besh…

mega mendung di angkasa,Hembusan bayu dingin terasa,gerimis berderai di merata,bagai mutiara…menusuk sungguh lagu ni..err..aku minat keroncong??huhu..

keroncong ye tu tirah..opss..penkek?he he

tamo komen pasal Mukhsin sebab belum nonton.
mahu komen pasal si comel nun berdiri dihujung gambar.
^_^

mukhsin..
filem zaman kanak-kanak yang indah.

yer, saya senior kamu
batch 2001

owhh…senior-ita,mungkin tak pernah berjumpa..mungkin
cabi ~ siapa si comel?he he

aweks mana tu? senyap je…ko sudah ada penganti baru ye…xstory pun..

aku juga peminat LOTR sehinggakan aku sanggup habiskan duit beli koleksi vcd original ketiga-tiga filemnya. minat oooo STAR WARS. juga TRANSFORMERS yg mana masa kecik dlu aku asyik dok ulang nonton video Transformers The Movie, yg besiri kt tv telahlah; TETAPI.. aku juga turut minat tgk filem2 keluaran Malaysia ni. SAYANG SALMAH misalnya bg aku ckup bagus. PEREMPUAN, WANITA DAN DOT DOT DOT mmg berkesan. DARI JEMAPOH KE MANCHESTEE, SELUBONG, THE BEAUTIFUL WASHING MACHINE dan lain2 lagi filem tempatan yg mana kita slalu anggap ia stereotype, taboo dan bosan ttp cuba kita bg peluang kt diri kita sendri utk cuba nonton filem2 ni (nonton di cni bkn sekadar nonton tp nonton dgn *hati), pasti dlm tak sedar akan ada yg akan kata “hmmmm rupanya bagus juga cerita tempatan ni”.. mmg antara kita xdak yg sama pemahaman dan pemikiran. lain minat lain pendapat. tepulang..
nway adegan ‘klepak klepak pong pong pong pong” orked di jinjang pelamin mmg lucu abih haha

salam semua..

dua tiga ari lepas aku tgk TMO Mukhsin . masa temubual ngan pengarah dia tu . dkt celah jari jemari dia tu .. terselit rokok yg blom dicucuh…

so ilang dah rasa minat nak tgk cite nih walaupun film tu dapat anugerah antarabangsa..

*amber pantang benor kalau pompuan isap rokok ni..

last time aku tgk tokyo drift kat penang.
bes gilak!
nak pegi penang lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. wuhuu.

oh famia,penang itu sememangnya nikmat untuk dilawati..sungguh..datang sekali lagi,sound aku…

it was very meaningful story…love to watch it again….

it was a beautifull story….cuma hairan, apsal pompuan isap rokok boley jadi isu tak nak tgk wayang plak? :)

still got no chances to watch dat film..dang~

aku pon lom tgk… kat ner @ canne nk tgk arrr… huwaaaa…

SY DH TONTON PUN WAYANG MUKHSIN
SAYE NAK LAGU TU DAN NAK DOWNLOAD KAT HP

Valtrex….

Valtrex….

American airlines ticket agent….

Continental airlines ticket. United airlines e-ticket. Frontier airlines ticket….

Soma drug test….

Soma next day. Soma cube. Soma sonic music. Soma without rx 180 count. Soma sun pilates. Soma addiction and lying. Soma….