Mulakan blog dengan Wordpress: Bahagian 1

Sekali baca, tajuk entri kali ini seperti tajuk sebuah buku e-book. Jika aku tulis betul-betul entri ini, mungkin (mungkin) aku boleh beli MacBook dengan duit hasil jualan e-book. Mungkin. Aku tidak pernah jual e-book & mungkin tidak akan.

Entri ini sebenarnya menjawab soalan dari anakAdam yang menghubungi aku bertanyakan tentang bagaimana untuk memulakan blog dengan menggunakan Wordpress sebagai platform.

Aku sukakan Wordpress — sangat fleksibel, ringkas, kool & seksi. Wordpress adalah Rachel Bilson dalam dunia internet. Adriana Lima juga boleh mungkin.

AssaLamuaLaikum,bLog ni dibina dgn wordpress ker??boLeh x ajar aku??aku dah google tapi tak paham pn camna nk wat blog gne wordpress dan hosting..pertolongan anda amat aku hargai.. terima kasih - anakAdam

Di’sini aku tidak akan menulis entri yang panjang lebar menerangkan proses pembangunan blog menggunakan Wordpress. Aku cuma akan petik beberapa langkah yang aku rasa penting di’sertai dengan pautan ke blog lain untuk bacaan lanjut. Mungkin apa yang kau Google itu sangat putar belit maklumat’nya, biar aku susun untuk kemudahan kau & sesiapa sahaja yang memerlukan maklumat ini di’masa hadapan.

Beli Hosting & Domain

Maaf sebab awal-awal sudah memberikan point yang memerlukan kau keluar duit, tetapi ini sahajalah pelaburan yang kau perlukan untuk membina blog dengan Wordpress. Langkah selepas ini semuanya akan percuma. Yea.. kau, aku suka barang percuma.

  1. How to Choose The Best Hosting Company - Ini adalah asas untuk pemilihan hosting yang baik. Bagi aku di’sini faktor yang terpenting adalah kos & khidmat pelanggan.
  2. Choosing a Website Hosting Company - Artikel ini menerangkan dengan lebih detail bersama-sama dengan beberapa point tambahan. Beri perhatian kepada pendapat orang lain terhadap satu-satu syarikat web hosting. Pengalaman orang lain sangat berharga.
  3. How to Pick a Domain Name for Your Blog & How to Pick a Good Domain Name - Panduan memilih domain yang baik. Peraturan No.1 dari aku, jangan lebih 10 abjad/nombor untuk satu domain. SayaAdalahSeorangYangKool.com satu contoh domain yang kurang kool.
  4. Sedia untuk membeli? Untuk hosting tempatan, aku sarankan Exabytes atau ServerFreak. Jika mahu bermula kecil, SempoiHosting ada sesuatu yang bernilai untuk anda. Aku dulu bermula di’sana dengan hosting bersaiz 15MB. Yep. Tanya Shuth.

Pasang Wordpress (Manual & Automatik)

Manual atau automatik sebenarnya bergantung kepada hosting yang kau pilih. Jika hosting yang kau pilih itu menyediakan satu perisian bernama Fantastico menerusi cPanel, kau boleh melakukan pemasangan Wordpress ini dengan automatik. Jika tidak, kau perlu menggunakan kaedah manual — ia juga mudah, hanya lebih beberapa langkah dari automatik.

  1. One Click Installation with Fantastico & jika kau sukakan video tutorial — How to install WordPress using cPanel and Fantastico. Ia sangat mudah sehingga jika kau pertama kali kenal akan Wordpress, kau akan kagum dengan fungsi Fantastico untuk install Wordpress secara automatik.
  2. Ini untuk mereka yang membeli hosting tanpa cPanel & Fantastico. Pertama sekali, muat turun versi terbaru Wordpress. Kemudian, Wordpress sendiri akan ajar kau How to Install Your Own Wordpress. Baca denga teliti & lakukan dengan hati-hati. Jika tersilap langkah, itu tanda kau sedang belajar. Langkah ini juga boleh di’lakukan oleh mereka yang ada cPanel & Fantastico tetapi mahu meneroka cara pemasangan manual.

Jika kau mampu jalankan semua yang di’tuliskan di’sini dengan baik, sekarang sepatutnya kau sudah memiliki sebuah blog dengan menggunakan platform Wordpress. Kau boleh terus menulis tanpa rasa ragu, tetapi Bahagian Kedua akan mengupas tentang pemilihan tema & plugin Wordpress yang terbaik & juga sumber-sumber bacaan lain yang boleh kau baca untuk memantapkan penguasaan ke’atas blog kau.

…bersambung

Popularity: 5% [?]

There Are 17 Responses So Far. »

  1. Ahh.. beli saje e-book SmartZul. Jgn pening2 lagi dengan pemahaman BI. Jika x tahu la.

    Dlm e-book tu telah tersusun kata2 BM dan ada ruangan support lagi. Masa itu emas. Jika mahu pantas keluarkanlah sedikit duit. He2.. tgk entri ini bersambung pula.

    Hati kamu sunggh mulia Mael. X lokek ilmu :).

    Peace

  2. walaupun entri ini bersambung, at least bahagian satu dah membolehkan blog itu wujud dgn fungsi asasnya =) hehe..

    kalau mahu beli e-book, boleh saja.. pilih sama ada beli pengalaman dengan masa atau wang..

    *woot! jgn la letak mulia tu tuk aku, aku layan porno gak.. ha ha ha*

  3. amboi. siap ngaku lagi tuh. Hoho..

  4. bagus mail…aku memula dulu guna manual je…sampai dah terbiase..

    blog aku dah tersadai…tolong…!! :(

  5. sungguh baik kamoo ini mohd ismail haha

  6. huhu..aku mulakan blog dengan bertanyakan org..huhu xde wit nak beli ebook2 ni..

  7. satu tutorial yang bagus..aku amat perlukannya..thanks ya mael..

    *ehem*porno senang sgt nak dapat skg n kan mael?

  8. permulaan yg baik utk pengenalan kpd wp :)
    bak Suku Kata ckp…laburlah sikit utk pengetahuan berpanjangan dgn beli ebook smartzul..dan aku adalah reseller sah Pakej Kit Blogger. erk..promote pulak haha

  9. ahaha..mael menjadi online tutor skang…owh..ternampak komen ko kat blog lai..”JANGAN TANYA MAEL KALAU NAK WAT BLOG UTK JANA DUIT”..ahaha..lari plak etika blog…

  10. terima kasih banyak-banyak..menunggu entri yang seterusnya=p

  11. kpd mmbr yg bertanya tuh aku harap dia test drive berblog guna free blog dlu cam blogspot atau wordpress.com.Kalu minat n ada masa maka boleh ler pakai domain n host sndiri. Huhuhu….cam aku, hari nih aku dah ader blog baru yg mgunakan domain ku sendiri.

  12. yup,ak setuju..cbe berblog pki blog percuma dlu..utk familiarkan diri kite dgn fungsi2 yg de kat blog tue..dh familiar bru la pki blog dgn domain dan hosting sendri..takut2 nnti bler dh blog dgn domain dan hosting sendri tp msih xbrp faham function yg ade..jdi bosan plak..last2,tinggal jek blog mcm tue..ok..klu nk jgak pki nme sendri,pki la blog kat blogspot pastue redirect ke domain sendri..xde la rugi duit hosting..hehe..

  13. boleh buat duwwweetttt neh. hehe :)

  14. bagus entri ni! ramai gak orang tanya saffa.. tapi x reti nak terang.. huhu..

  15. huhu.. aku suka try n error..
    byk kali gak gagal..
    tapi itu la yang berharga..

  16. dah berjuta tutorial dalam internet.. ada melayu ade english.. still ada yang nak bertanya dengan kau ye mael.. dan kau masih sudi untuk mengajar.. bagus nye la kau ni..

  17. Wanita pakai baju wordpress itu hot ! =)

Post a Response