Mulakan blog dengan Wordpress: Bahagian 2
Ini adalah entri sambungan untuk Mulakan blog dengan Wordpress: Bahagian 1. Jika kau belum membaca bahagian pertama tersebut, sila berbuat demikian untuk mengelakkan kekeliruan peringkat tinggi. Sebarang aduan pening kepala tidak akan di’layan.
Di bahagian pertama, kau sudah memiliki satu blog dengan platform Wordpress bersama-sama dengan fungsi asas. Kau sudah boleh terbitkan entri yang pertama tanpa perlu buat apa-apa yang lebih advance. Bahagian kedua ini akan cover dua perkara penting dalam membangunkan Wordpress mengikut kehendak dan keperluan sebuah blog tersebut — plugins & themes.
Apa itu Plugins?
Ini adalah definisi aku sendiri yang aku faham tentang apa itu Wordpress Plugins. Jika ada mana-mana pakar Wordpress yang mahu memperbetulkan definisi aku, aku alu-alukan. Plugins untuk Wordpress adalah satu cara untuk menambah beberapa fungsi yang tiada dalam senarai fungsi asas Wordpress. Katakan kau mahukan blog kau hanya boleh di’akses oleh orang tertentu, maka kau boleh gunakan plugin Members Only untuk tujuan tersebut. Dan, sebenarnya, plugins boleh buat apa sahaja yang terimajin dalam kepala. Cuma perlukan sesuatu yang betul untuk tujuan yang betul.
- 8 Plugin untuk Wordpress yang aku guna - Senarai 8 jenis plugin yang aku gunakan untuk Mohd Ismail dot Net. 8 jenis plugin ini sangat penting untuk menggalakkan penglibatan pembaca dalam perbincangan & memberi ranking yang baik dalam enjin carian.
- 20 + 1 Must Have Wordpress Plugins - Senarai yang bagi aku sangat lengkap jika kau mahukan blog kau menjadi mesra pengguna & juga mesra enjin carian. Senarai ini lebih up to date berbanding apa yang aku gunakan.
- Wordpress Plugins Directory - Di dalam direktori rasmi Wordpress ini, kau boleh jumpa hampir apa saja plugin untuk apa saja tujuan yang terimajin. Hanya perlu rajin cari.
- How to Install a Plugin - Panduan umum bagaimana menggunakan & mengurus Wordpress Plugins.
Mendapatkan plugin yang betul-betul memenuhi keperluan yang kau mahukan memerlukan satu proses try and error yang boleh bertukar bosan jika tidak sabar. Tapi, sepanjang proses tersebut, kau pasti akan belajar macam-macam perkara yang tidak di’duga. Yeah!
Wordpress Themes
Part paling aku suka dalam siri artikel 2 episod ini. Aku dan Wordpress Themes sebagai ada satu hubung kait obsesi yang tidak keruan. Dahulu, sebelum aku gunakan Revolution Theme dari Brian Gardner ini, setiap hari aku akan rajin mencari theme yang lebih kool untuk di’pakai seterusnya. Kalau kau sudah lama di’sini, kau tahulah. Wordpress Themes secara asasnya adalah penentu bagaimana blog akan kelihatan di pelayar internet. Nama lain bagi theme adalah template & skin. Yang penting ia seronok untuk di’teroka.
- 83 Beautiful Wordpress Themes You (Probably) Haven’t Seen - Jika kau baru bermula, aku sarankan kau gunakan mana-mana theme percuma sebagai learning curve untuk memahami struktur sebuah Wordpress Themes. Senarai dari Smashing Magazine ini aku rasa lebih dari cukup. Google jika mahu lebih — di’jamin tidak sesat. Baca How to Install a Wordpress Theme sebagai satu panduan umum.
- 100 Premium Wordpress Themes - Jika kau punya wang lebih & mahu di’lihat sedikit lain dari orang lain, aku cadangkan kau beli mana-mana dari 100 senarai Wordpress Themes versi premium yang di’jual secara eksklusif.
- 100% Custom Design - Ini pilihan untuk mereka yang betul-betul mahukan kelainan dalam mempersembahkan blog mereka kepada umum. Kau boleh tentukan sendiri bagaimana & apa yang boleh di’lihat menerusi pelayar internet. Untuk tujuan ini, aku cadangkan Flisterz, XeroXaven, AisyahRozi, Bat, Ikram Zidane atau Bob untuk perbincangan lanjut. Apa yang mereka lakukan ke’atas Wordpress adalah wow!
Tamat artikel ini bermaksud kau sudah memiliki sebuah blog lengkap yang di’jana oleh Wordpress. Sekarang terpulang kepada diri kau bagaimana untuk mencorakkan’nya supaya tampil menarik & lain dari yang lain. Untuk bacaan lanjut kepada mereka yang mahu mendalami bidang penulisan blog secara serius, aku saranlan ProBlogger & DailyBlogTips — elakkan JohnChow kalau boleh, beliau sudah sesat.
Popularity: 6% [?]
Comment by hafifi on 8 June 2008:
thanks mael..info yang pnting untuk aku..klu ade masa, ceritalah sikit pasal Joomla..:)
Pasal theme, ko mmg gempak la mael..yang ko pilih sume kool..
Comment by syuxx on 8 June 2008:
ya, johnchow sudah sesat. aku pun tak tahu apasal dia dah makin byk merepek sekarang. haha.
themes mmg menjadi sesuatu kegilaan. i wish i was born with that such talent untuk create something macam yg aisyahrozi, flisterz, xeroxaven & ikram zidane buat. haha.
Comment by asx on 8 June 2008:
hak2 . tunggu aku buat entri pasal buat blog guna joomla .
Comment by hafifi on 8 June 2008:
dah wat nnti gtau la..aku nk gak tau pasal joomla..:)
Comment by Hairul on 8 June 2008:
Mail, nak tanya sikit. =)
Semua plugin tu untuk wordpress update berbayar saja ke? Untuk wordpress percuma ni, takde ek?
Aku ingat nak gunakan 8 plugin yang kau guna tu? Aku try cari kat bahagian widget tu, tapi takde la. Widget ngn plugin tu lebih kurang sama je kan? kan? Aku tak tau ni….hoho
Comment by Wizurai on 8 June 2008:
WP ada berbayar ke? hosting berbayar ada le.
plugins ni utk yg download WP dari wordpress.org saja.
Comment by Jehan on 8 June 2008:
Bro, aku bace blog ko dah lame, tapi hari ni baru semangat sket nak komen. Hehe.
Nak tanye ni. Camne nak integrate Digital Cert (cam VeriSign) ke wordpress eh? Install gitu je ke? Ke nak kene ade plugin? Sebab nak adjust untuk E-commerce pakai wordpress. Ade cert, kire org yakin sket la nak beli.
Bole tolong guide?
Comment by Apisz on 8 June 2008:
Mail, jujurnya, kau rasa blogger ngan wordpress mana lagi senang nak cuztomize theme nyer ek?
Aku pernah ada dulu blog wordpress tapi dah terkubur sebab aku langsung x reti nak tukar theme nyerk.Pikir nak buat satu blog melayu kat wordpress nih.
Aku teramat menyampah ngan ‘comment form’ blogger.Heh..
Comment by hafifi on 8 June 2008:
aku pun menyampah gile..klu tak slap aku ade coding klu nak tukar comment form mcm wordpress punye tp hanya untuk tmplate classic..
Comment by Mohd Ismail on 8 June 2008:
plugins boleh guna utk Wordpress yang ko host sendiri.. =) kalau pakai blog kat Wordpress.com, mmg xboleh nk install2 plugin =)
Comment by Mohd Ismail on 8 June 2008:
Jehan, setakat yg aku tahu la, xde lagi plugin tuk integrate Digital Cert kedalam Wordpress.. lagipun, xde blogger yang nak pakai mende tu rasanya..
lain kalau kau buat e-commerce ke, blog yg kene bayar-baru-boleh-akses ke.. =)
try carik org yg biasa pakai digital cert ni.. http://www.wangcyber.com aku rasa ramai =)
Comment by Mohd Ismail on 8 June 2008:
aku vote wordpress sbb aku dah hampir lupa camne nk customize Blogspot.. =) he he.. blog wordpress.com sana mmg payah la nak customize theme dia.. dia bg kita usik css file je.. lain gitu je la.. =)
*sama la kita Apisz, aku cenderung utk x tgl komen kalo kat blogspot*
Comment by Suku Kata on 8 June 2008:
Mael TQ… info yang bagus. Bila mau buat e-book? Ha2.. :)
Comment by Suku Kata on 8 June 2008:
Ye la kat blogspot mcm x mesra pelawat je. Malas nak bagi komen.
Comment by hafifi on 8 June 2008:
itulah, aku dah tak sabor jadikan mohdhafifi.com warga wordpress..
Comment by zool on 8 June 2008:
Walaupun aku tak sehebat blogger lain tapi aku tetap berbangga dengan blog aku…
Tak lama lagi jadi tenaga pengajarlah ko mail
Comment by riezer on 8 June 2008:
Aku ni newcomer dalam bidang blog ni. Cantek jugak blog ko ni. Isi pun ok. Anyway salam perkenalan. Kalau minat bola jom la ke blog aku.
http://amirulcyber.com/bola
Comment by titan on 8 June 2008:
bukan john chow je. ramai lagi yang dah sesat. Haha..
Comment by oDiN on 9 June 2008:
jgn luper promote cara2x nk duit dgn berblog .. skrg blog nie is the next big thing kt malaysia sbb ramai terpengaruh dgn ada blog .. leyh wat duit ..
ko bukan unofficial duta utk josh lim ker ? :P (advertlets)
Comment by Mohd Ismail on 9 June 2008:
salam kenal Riezer =) tgk nama domain ko, teringat masa mula2 aku nk letak nickname, aku nak letak nick MailCyber.. ha ha =) sekali Google masa tu ade org pakai la plak.. entah kampeni provide email mana..
eastmail pun sama.. hujung2 pakai la nama sendirik..
Comment by Mohd Ismail on 9 June 2008:
ha ha.. kalo aku duta la kan, da ribu2 da aku buat ikut blog ni =)
aku nnt nk tulis bagaimana utk TIDAK BUAT DUIT dengan blog.. biar semua yg nak menulis blog utk duit kecewa patah hati.. ha ha ha
Comment by asx on 9 June 2008:
Owh . sudah pasti . dalam fasa pertama sekarang . tunggu ya! =)