Mulakan Isnin Dengan Lebih Bermakna

Ketika kau sedang membaca entri ini, hari sudah pun bernama hari Isnin minggu ketiga bulan April. Masa berlalu begitu pantas, kan? Jadi, bagaimana hujung minggu kau yang sudah, seronok melayan televisyen 28′ atau melayan terik matahari & awan berjalan di’luar rumah? Apa pun yang kau lakukan di’hujung minggu sudah, hari Isnin adalah hari paling penting dalam seminggu untuk kau mulakan apa juga tanggungjawab dalan kehidupan seharian.

Samada kau seorang pemotong rumput, seorang tukang sapu, seorang tukang masak, seorang pelajar, seorang pekerja di KLCC, seorang kerani sementara, seorang jurutera kimia, seorang ahli bomba, atau seorang majistret, aku persembahkan 5 tips untuk memulakan hari Isnin yang kita miliki saban minggu dengan lebih bermakna.

Bangun awal, ucapkan selamat pagi

Aku akui aku bukan manusia pagi (morning person) yang senantiasa bangun menikmati matahari pagi. Dan, keadaan ini sebenarnya satu cabaran buat aku untuk bangun pagi — buat mereka yang sejenis dengan aku juga (gimme five yeah!).

Sebagai menepati matlamat untuk bangun lebih awal di’hari Isnin, aku biasa’nya akan tidur lebih awal dari biasa & berusaha untuk membuka telinga kepada alarm telefon bimbit aku. 90% usaha aku akan berjaya. Peratusan berjaya akan lebih tinggi jika seseorang menjanjikan sarapan yang sedap jika aku bangun awal.

Kelebihan - Kau akan mampu melakukan kerja dengan siap lebih awal dan punya banyak masa untuk perkara-perkara menyeronokkan yang lain. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan produkviti sepanjang minggu. Mahu tahu bagaimana untuk bangun awal tanpa alarm telefon bimbit atau jam?

Hubungi orang yang tersayang

Ambil 5 minit masa yang kau ada setelah kau bangun awal pagi, hubungi orang yang paling penting dalam hidup kau. 5 minit sahaja. Orang itu boleh jadi mak, ayah, adik terdekat, kawan sepejabat, kekasih gelap, kekasih hati atau kucing kesayangan. Tanyakan khabar dan kisah hujung minggu mereka. Biarkan mereka bercerita secara ringkas buat hiburan ringan untuk kau di’pagi hari.

Sebelum mengakhiri perbualan, katakan yang kau sudah mahu pergi kerja (kolej, kuliah etc.), atau memulakan sesuatu yang penting untuk seminggu itu dan minta mereka doakan yang segalanya akan menyeronokkan. Percakapan 5 minit itu pasti akan berakhir dengan sesuatu yang bermakna buat kau sebagai semangat sehingga Jumaat tiba — mungkin lebih lagi.

Kelebihan - Kuasa sokongan dari orang tersayang adalah lebih kuat dari penangan secawan Kapal Api. Cuba’lah. Silap hari bulan, kau bukan sahaja akan sampai ke bulan (sila tonton iklan tv Kapal Api), malah ke’hujung barisan planet (tu dia metafora).

Kemaskan ruang kerja

Setiap dari kita semestinya mempunyai kawasan kerja sendiri yang kita akan duduk untuk jangkamasa yang panjang. Untuk menjamin keselesaan membuat kerja di’pagi Isnin yang selalunya menjanjikan timbunan tugasan yang bukan alang, aku sarankan kau & diri aku sendiri untuk mengemas kawasan kerja yang ada.

Buang apa yang tidak patut. Susun semua barangan keperluan yang kita gunakan dengan teratur — supaya apabila di’cari, semuanya ada. Bersihkan persekitaran dari segala macam habuk. Jika kau terlebih rajin, beli’lah wangian mengikut kesukaan dan gantikan wangian yang ada. Berikan sesuatu yang baru buat minggu tersebut.

Kelebihan - Kawasan kerja yang mudah di’akses & tidak berserabut secara langsung akan membuatkan kita bersemangat untuk bekerja & meningkatkan produktiviti. Dan, kau juga akan ada ruang untuk membuat sepah untuk sepanjang minggu, kan?

Dengarkan sesuatu yang baru

Bila kali terakhir kau mendengar sesuatu yang lain dari selera muzik kau? Carikan sesuatu yang baru untuk halwa telinga sepanjang kau melakukan kerja. Jika kau mempunyai senarai muzik di’dalam komputer yang sering di’ulang putar, apa kata jenguk’lah ke laman-laman web yang menawarkan muzik dari selera seluruh dunia.

Jika sebelum ini kau berminat dengan Ramlah Ram atau Sheila Majid, apa kata kau rancakkan sedikit tempo muzik yang ada dengan mendengarkan Kanye West & John Legend, atau apa-apa genre muzik yang bisa membuatkan hati kau teruja. Jangan pula kau cari New Boyz.

Kelebihan - Keterujaan kau untuk mendengar muzik baru akan terbawa-bawa ke’dalam kerja. Ketika itu, hanya ada muzik baru & kerja yang kau harus siapkan.

Senyum kepada dunia

Buat semua orang gembira dengan senyuman di’pagi Isnin. Tidak kisah’lah jika hari itu kau di’cop sebagai seorang yang menang loteri di’hujung minggu, yang penting kau perlu beritahu dunia, lebih-lebih lagi rakan-rakan di’sekeliling kau yang kau amat bersemangat untuk memulakan Isnin dengan lebih bermakna.

Senyuman di’pagi Isnin juga akan membuatkan kerja kau dengan orang di’sekeliling menjadi lebih mudah kerana mereka tahu kau berada di’dalam mood yang baik & bersedia melakukan kerja dengan lebih sempurna. Kool bukan?

Ok, sekarang sudah Isnin, jika terlambat untuk aplikasi apa yang aku tulis di’sini — esok juga boleh. Seperti biasa, tiada apa yang terlalu lambat untuk di’mulakan.

44 Comments

liat jugak hang ni mael nak bangun pg.aku lain sikit,matahari nak kluar baru datang “malam” aku

hahaha..aku suka hail Amir ..lagu dia best2.Aku pulak jenis bangun pagi..bangun pagi terpaksa..Mail, berapa rate pengiklanan kau tu..

*tak boleh give me five*

Start Your Morning With A Smile….
itulah tagline aku.. hahaha..
member aku pun kekadang jeling pelik kat aku sebab aku senyum pepagi..
dgn selamba aku menjawab.. “mulakan pagi anda dengan senyuman”
dia akan terus tersenyum diam… (^_^)v

~~ awal2 pagi dah hantar komen.. ish3..

pagi2 la baru sesuai anto komen…

huhu.. sampai hati ko x kasi dengar lagu new boyz.. isk isk… dengar lagu new boyz lagi baik dari menonton porno dipagi hari taw… hahahaha…

pe pon mael, thanks for da info.. i like it..

Aku mmg jenis yang suka bangun awl pagi, dan perkara ini telah menyebabkan kwn2 aku yg seangkatan dengan kau rasa tak senang! sebab aku suka buat bising supaya diorang bangun! Muahahaha…

tu lah, kalau dapat bangun pagi, dan tak missed solat subuh berjemaah, 1st takbir, selama 40 hari berturut-turut, maka akan terlepas lah kita dari sifat munafik (kalau aku tak silap lah), maka beruntungnya lah kita kan? hu hu… giler ah! naper ah aku tak mampu buat lagi ek? adeh

aku pun kategori liat jugak bangun pagi :),,,tapi bila kita dah ada komitmen lain ler jadinya.contoh dulu aku belajar n liat nak bangun tapi sekarang dah kerja so wajib bangunlah nak pergi kerja.elok bangun pagi coz murah rezeki

bangun pagi dan senyum! :)
aku kalau bangun pagi lambat, satu hari tuh aku akan jadi kelam-kabut..hohoh
sekarang nih tiap-tiap hari kne bangun awal sebab kol 6.45 pagi dh masuk kerja…huhuh

kenapa lambat sgt ko bg tips nie mael… dah baper kali isnin dah nie..heheeh…

anyway.. aku rasa membantu gak ler tips utk isnin hari nie, walaupun aku baca entry ko nie dah pukul 10!

yeah..give me five dude!!??
ahakss…
nice tips… =)

Ko buat ke Mael hubungi orang yang tersayang tuh? tak caya lah

Tapi saranan ko yang lain ada betulnya juga, senyum, dengar muzik baru, kemas meja semua aku dah buat, tang bangun pagi awal dan telepon orang tersayang tuh jenuh

Mantap Ah Mael.. Ko Leh Bukak Konsultan Dah Pasni Bagi Membantu Manusia Lain Yang Sentiasa Tidak Terurus.. Teruskan Kemantapan Ko Mael Dalam Mendidik Masyarakat. Hehehe.. :D=

aku gemarkan “cover version”. kau ade nk rekomen ape2 lagu cover version….? suke melihat kreativiti. lagi bagus kalau cover verison. ad lib disertakan….

kongsi ya rakan2….

ini adalah entry yg terbaik dari ko mail…

aku kdg2 cam ko gak.. ha ha..dah terbalik da dunia kita ni ye tak? =)

ko xpe.. da ade bini.. lain la kami2 yg masih bujang trang tang tang ni… =)

nnt lama2 kawan ko boleh terikut dgn gaya pagi ko.. senyum itu sedekah ye tak =)

aku harap ko jadi rumate aku, supaya aku boleh sntasa bangun pagi… hah a..

mak aku pun selalu cakap gitu.. tp biasa la, aku anak yang degil.. *ketuk2 pala* iskk…

uih.. MiMi kerja apa masuk 6.45pagi? gila ding dong awal… ha ha..

*kalo aku la, entah kene buang keje gamaknya… ha ha*

aku xyah call, sbb org yang tersayang skang duk ngan aku.. *winks2* ha ha

*gimme five Rjuna.. ha ha*

kau dgrkan Fall Out Boys cover lagu Michael Jackson - Beat It, try carik kat YouTube.. mentarek.. =)

jadinya, lepas ni akan banyak lagi entri2 begini… haha.. =)

“dunia kita” terbalik takpa,jng jalan terbalik sudah la..mesti pelik kan

bagus…aku ping dikemudian hari…aku masih lagi dalam keadaan ketat sekarang…satu soklan mael..berape lame kau perlukan untuk menulis artikel semantap ini..? aku,entri merapu pun mengambil masa yang lama…haha…kau buat tutorial ke,ape…haha…bagus tak cadangan aku tu..? :D

Assalammualaikum,

‘Senyum seindah suria,
Yang membawa cahaya,
Senyumlah dari hati,
Duniamu bersemi.’

Ingat tak lagu ni? Zaman 90′an dulu…Slalu main kat tv1,tv2.. Inilah kali pertama ana tinggalkn comment di sini. Status ‘Silent Reader’ dah xde dah…Btw,syabas mohdismail!

alamak, skrg dh petang ni..tak pe lah. aku tukar isnin kpd selasa, bley?

nonton porno dipagi hari baru tiada gangguan.

**layan porno lg bagus dr layan new boyz

huhhu.. gnotok la mael.. dh ptg ni.. nk lelap jap ok tak? :P semua tips tu kalo cuba memang jamin ada life beb.. ras yakin jek.. paling jelas kalo meja stdy ku sepah, ha alamat tak lama la stdy tu… huhuhhu

minci ari isnin..tak puas rehat ari ahad..

“Ketika kau sedang membaca entri ini, hari sudah pun bernama hari Isnin minggu ketiga bulan April.”

betul…dan lagi seminggu lagi saya sudah mulakan skola balik dan menyambut hari lahir saya
hehe

info yang sungguh menarik sekali
terima kasih

senyum kepada dunia??hehe:) bila aku senyum je kawan2 kata “aiii, ceria ari ni, ade ape2 ke?”itulah yg sllu tejadi bila aku senyum..::-)

hmm… cool la tips2 ni. boleh diamalkan. saya especially suka kepada senyum pada dunia itu. huhu

heheh..bagus2..
isnin je ke? hari2 len xle?
:P

hari isni,hari yg paling frust sekali lepas cuti dua hari.
;-)

belum terlambat. So, senyumlah selalu!

hari lain boleh juga.. bergantung pada hari apa kau memulakan minggu tersebut.. ye tak? =) nak apply hari2 lagi la bagus…

hari paling frust? itu la yg kene amalkan tips2 ni… he he.. =)

ai Niesa!

Aku mulakan senin aku dengan perkara agak malang!Sebab aku da biasa bangun lambat masa cuti semester,langsung aku boleh tak sedar senin hari tu dah ada kelas.Jawabnya,,burn disitu!Adeihhh

hanya dengan membaca entri ini sudah terimaginasi ketenangan dan keseronokkannya. olahan penuisan semakin bergaya mael.

p/s : male sekarang sudah jauh berbeza dari mael yang ku kenali dulu (semasa menulis kisah cinta). mael skang lebih bersemangat!

agak terlewat ‘masuk’ kat sini tapi..ok lah tu!…
hari isnin?aku paling suka hari isnin sbb dpt jumpe kawan2 kat ofis…klu org lain liat nk g keje hari isnin,aku lak terbalik…suke sgt sbb aku boring tkde kwn2 nak bercakap dua hari cuti tu..

entri kamu ni same ek ngan sumone blogger tuh..

Leave a Comment