Muzik: Anda Download atau Beli?

Reddit hari ini penuh dengan pertikaman lidah tentang status perkongsian file yang sering di’anggap sebagai tindakan lanun (piracy). Bermula dengan gambar ini, sehingga’lah konklusi terakhir yang lebih serabut.

Soalan pertama, berapa orang di’sini yang membeli muzik yang ingin di’dengar? Tidak kira’lah dari kedai atau dari GuaMuzik , iTunes atau Amazons. Ada?

Aku akui aku berhenti membeli muzik sejak aku kenal internet. Ketika sekolah menengah (Tingkatan 3), aku ada almari khas untuk aku simpan koleksi kaset yang aku beli saban minggu. Aku tidak mampu beli CD.

Berbalik kepada soal perkongsian file samada ia sama dengan jenayah cetak rompak atau tidak, aku suka untuk anggap bahawa file sharing TIDAK SAMA dengan jenayah cetak rompak.

Mereka kata file sharing mengganggu periuk nasi artis atau pemuzik. Bagi aku, perkongsian file adalah sama dengan promosi secara mulut-ke-mulut yang di’lakukan secara percuma oleh peminat muzik.

Katakan hari ini aku dengar lagu baru *New Boyz. Aku rasa lagu tersebut perfect untuk selera aku, aku akan kongsikan dengan kawan-kawan lain. Jika 10% mereka mempunyai selera yang sama, kemungkinan juga mereka akan kongsikan dengan orang lain. Efek tersebut akan berterusan.

Kesan’nya kepada pemuzik? Jika mereka beruntung, akan ada antara kawan aku akan membeli album mereka. Paling kurang pun, nama New Boyz akan kembali naik & mereka akan mendapat lebih show, penajaan & undangan muncul di’televisyen.

Pokok pangkalnya sekarang, pemuzik perlu tampil dengan muzik yang berkualiti dan boleh di’terima ramai.

Lihat Indonesia. Muzik yang mereka mainkan di’terima dengan baik oleh rakyat Malaysia tetapi aku yakin, album mereka bukan terjual sehingga mencecah double platinum. Album yang mereka hasilkan bukan sumber pendapatan utama.

Apa pendapatan utama mereka dari Malaysia? Penajaan & konsert. Sheila on 7 sahaja telah muncul di’Malaysia sebanyak 7 kali.

Kau, adakah akan terus download lagu atau akan mula membeli muzik secara online dengan sah? Kita sudah ada GuaMuzik sekarang.

*New Boyz bukan band favourite aku. Harap maklum.

41 Comments

Aku akan terus mendownload Mael..lebih senang, duk umah sambil pakai boxer pun boleh download..he he:-)

Paid or Free..?? Mestilah amik barang free kan..

Tapi pendapat aku la kan.. sharing tu x salah.. selaagi sharer tu x amik kesempatan dengan meminta duit dari downloader.. Itu dah kira macam jual CD cetak rompak.. Ambil keuntungan dari pihak lain.. sharing ni cam xda untuk kat siapa2..

Kalaulah sharing itu menjadi satu kesalahan, websharing cam rapidshare, megaupload, mediafire dan macam2 lagi akan bungkus.. Nak dengar lagu..?? Baik aku dengar dari radio sahaja dari membelinya di kedai.. Hahaha..

download r besh~
pastuh bleh trus masuk lgu kat MP3 handset.. =)
bli kat guamuzik..??
x minat lar cik mael oii..

download lagi senang..
tak penah pon beli cd.. hehe..

aku pon ada kongsi lagu untuk orang download..

Salam,

Artis zaman digital buat duit bukan dari jualan album. Tapi hasil jualan mobile content eg. ringtones, caller ringtones, merchandise, concert etc etc.

Kalau hasil kerja bagus, confirm masyuk punya. Tapi kalau tak bagus, jangan salahkan lanun cetak rompak, atau artis luar datang sini, atau menteri tak buat kerja, atau radio tak main lagu, atau dua belas juta alasan lain.

Jangan marah aaa…

malaysian love freebies. so, most of malaysian download songs illegally. nowadays not just songs but movies, tv series etc are been downloaded too. i think everyone loves pirated stuff even though they do not admit it. hehe.

cd tu ape??kaset tu plak ape??? hahahhaha

sharing bukan dgn tujuan keuntungan, ok apa!?

ia boleh disamakan dgn istilah “undang-undang dicipta untuk dilanggar” hu3.

lama tak pegang kaset dan CD mwahaha.

ya. dengan ade nya file sharing tu, artis tu dapat promosi percuma. Kalau org tu suka artis tu, die akan pergi ke show atau ape2 event yang berkaitan, and nama artis tu mudah dikenali di mana-mana je. Mmg org kita agak sukar beli CD semua ni. and aku nak tgk lama ke tak GuaMusic tu bertahan. hehe. Aku tak cakap aku support.
Tapi kalaulah kita boleh tiru mentaliti sesetengah orang luar, yang akan download free, then kalau mereka suka, mereka akan beli secara sah, sebagai tanda support - itu sebenarnya lagi bagus.

@nikillas radio pun bosan gak skang.. ha ha.. kalo sebulan tu, kurang 10 je lagu baru.. lain semua main repeat.. =) *dlm kampus pakai mirc lg?*

@menteil dvd movie pernah aku beli.. he he.. download lama sgt =) *the dark knight*

@mystrique salam =) wonder gak selalu kat tv yang hantar ON ke 32XXX tu, mmg betul artis punya eh? takut tokey mana main sebat je buat ringtone.. ha ha

@sya aye.. long live pirate!

@flisterz contoh plg baru Malaysia ni, Hujan la.. lagu bagus (selera org), main sempoi, ade attitude.. org datang show.. da ade mp3 kat hard disk, still beli cd tuk autograf.. rezeki di’situ.. =)

@megat bawah meja aku ade kaset Limp Bizkit.. nak pegang? ha ha.. *gua dulu layan Limp Bizkit.. ganazzz! ha ha*

aku sangat berharap aku boleh jawab soalan ko ni dari segi undang-undang multimedia. tapi tu next year baru aku plan nak ambik. haha. so aku komen dari pandangan seorang biasa.

download muzik samalah macam tonton filem (sebab aku tak berapa dengar muzik). macam, kau nak sangat tengok cerita tu, tapi sebab dvd tak keluar lagi, maka kau cari kat torrent. lepas dah tonton, dan suka sangat cerita tu, bila dvd dah keluar, boleh je beli. kualiti pun lagi baik.

atau kau share satu cerita ni kat youtube. kau tak ambil apa-apa komisen pun dari mana-mana pihak, share je. bila lain kali, pengarah filem sama hasilkan filem baru, orang yang dah tonton filem yang dihasilkan sebelum tu kat youtube, dia akan, eh pengarah ni lagi lah. dia buat filem best, pergi tengok kat cinema lah. haa.. bukan macam promosi ke tu?

macam nenek aku kata, sharing is caring. yeah!

@WaWa kalo ikut undang2, mesti x sah punya mende ni.. melanggar hak cipta paling koman pun.. =)

RIAA tu la yg paling aktif banteras mende2 ni.. Muxtape.com pun kene tutup, bukan boleh download pun, streaming je..

ko nk jadi peguam wawa, cuba la manipulate sikit undang2 tuk kami.. ha ha ha

*kes filem yg ko kata tu, kebanyakannya gitu.. tp bg aku, aku lebih tgk pelakon dr pengarah.. ha ha*

ahaha. manipulate? kau ni. aku baru nak jadi lawyer, kau da suruh aku manipulate itu ini. kalau aku jadi politician, kena manipulate apa agaknya. haha.

haha, aku kata tu, konon2 utk filem hollywood. kalau malaysia, err.. tengok pelakon. kalau dvd cite omputih, kat atas cover dvd tu kdg2 ada tulis nama filem yang pengarah tu arahkan dulu (yang berjaya jadi box office.). hoho.

btw, 5minit.com tu, ko punya ke?

hehee….download lagi senang r….
tp if confirm dlm 1 album 2 ade
banyak lagu bez baru aq beli…if not nti beli mahal2 tp
lagu yg bez 1-2 jer….mbazir jek….

aku? aku download dan sharing.

ntah la bro. serba-salah jugak. tp, at the end, sbb xde duit, terpaksa download gak. but, i really want to buy their album. hehe.

baru teringat tentang mirc kat kampus.. masih lagi bertahan sampai sekarang.. kalaulah sistem sharing ni xda.. mesti rakyat kat kampus mati kebosanan.. dapat kongsi2 file.. ada seorang tukang donlod tegar pun dah cukup dah.. aku pulak..?? tukang sharing mp3 je sebab itu je yang mampu aku download dan share.. hehehehe…

lagu tu sedap ke tak aku tetap sokong lanun cetak rompak.nak marah?? marah lah…
mael, dah tak ada cth lain ke selain new boyz…benci aku.memanjang new boyz

wah. statement ko telah mengingatkan aku pd zaman sekolah dlu.. sanggup pegi ke Petaling Street semata2 nak cari CD lagu favret.

tp drp sokong lanun cetak rompak tu, baik aku donlod kn? huhu

pendapat kita serupa.. kewl!

download ke, sharing ke, cetak rompak ke. its still piracy. piracy = making or distribution (sharing) of copies without the permission of the rights owner

tp utk I, download je la semua - music, movie, tv series. I love rapidshare. hihi!

file sharing bg aku sgt laah tidak salah….klu seorang artis tu berbakat dan bagus xde efek pon kt periuk nasik dia klu org pass pass lagu dia kt tenet…mcm aku laa…aku suka kt aidan hawken…walaupun aku dh donlot lagu-lagu dia kt limewire aku beli jugak cd dia sbg kenang-kenangan…ha ha

aku prefer untuk download.. kalo btol2 mahukan yg berkualiti, baru aku beli.. tp bukannya banyak duit nak belikan? duit tuh perlu disalurkan pada pelbagai benda yang lebih penting. Muzik ni, aku kurang minat.. tp kalau filem, aku lebih menyokong yg ori dgn menonton wayang.. tp bengang gak kalo citer tu sucks.. more support for industri malaysia.. aku tau bertapa susahnya org yg terlibat dlm pembuatan sesuatu hasil seni tu.. tp dierang kene pk ape yg peminat mahukan.. jgn main bedal utk keuntungan semata2..

komen aku cam lari tajuk je.. sori la mael! haha

mael, blog ko takde rss utk komen ke?

aku minat new boyz! bwek!!! waahahaha.

percubaan komentar 1,2,3.. yay! Fivio dah ada server baru..

@mrkay ada je.. he he.. tambahkan /comments/feed kat belakang url blog aku =)

@mimirosli wah.. bagus la kalo awk buat gitu cik mimi.. =) kalo aku jangan harap.. ha ha.. kalo lagu tu best, aku akan carik download full album sampai dapat..

nak daftar kat guamuzik tue agak leceh, so gua akan donlot..haha

music ibarat belog. hendak copy atau curi. semestinya sy sbg owner bagi je kalo nak. koh3x!

aku ingat lagi zaman2 kegemilangan napster dulu2 kan. aku salah seorang yang kaki dload la kat situ. hehe :)

CD² original yang aku beli ialah Linkin Park.Dari ‘Hybird Theory’ sampai ‘Minutes To Midnight’.tak salah bagi aku untuk download,kalau aku rasa album itu sangat bagus aku akan beli albumnya :)

mana2 lagu yang aku suka. Aku pasang kat blog aku. Tanda sokongan dan promosi diorang. Kalau orang tak suka takpe. Janji aku tak jual mp3 tu secara tak sah..

of coz aku akan terus share file..
sebab bagi aku
sharing is caring..
bukan pjualan album masalahnya..
kat luar negara..
artis dapat duit byk dari show n penajaan,pengiklanan..
sykt msia harus sedar akan hakikat ini..
dan mberi ruang utk artis kita diiklan..bkn band2 luar

Dalam satu album tu, hanya 1@2 lagu saja “lagu pembunuh”, rugi juga nak beli…bukan mahal.

Download ini kita boleh pilih mana yg kita suka, tak kiralah sharing ke

Tiap org diri sendiri untung, kan..hehehe

@KNizam ko sempat merasa Napster free.. he he =) aku kenal2 internet da wujud Rapidshare..

@M-I-N aku ade kaset Linkin Park yang first + special edition dia.. he he

@mirlme ermm.. itu la yg artis kita kene ubah.. jangan bergantung pd hasil jualan album semata2.. =) anggap album sebagai promosi diri..

ya..dulu ada napster..pastu ada lagi satu dua file sharing…sharing tanpa bayaran xper,jangan kenakan bayaran..ibarat aku beli CD ori pastu kasi kau pinjam untuk didengar…ok la tu

ori la beb.. aku cuma beli cd ori kelly clarkson sahaja.. yg lain download la..

Mustahil lah org nak gi beli kalo ada yg free.. tp kalo inginkan kualiti dan terlalu minat dgn artis tu.. mestilah beli..

almaklumlah aku pendownload dan pengupload lagu.. ehehe.. tp aku upload lagu yg aku sukaje..

kdg-kdg sebab sharing lagu ni la..lagu ni meletup dan barulah keluar radio!! artis patut berbangga dgn usha pengupload.. ehehe

aku tak pernah beli kaset or cd lagu coz aku tak minat sgt dunia hiburan :)

Leave a Comment