Muzik Malaysia vs. Indonesia, siapa pilihan kita?
- 64
- Add a Comment

Pagi tadi, selepas kuliah satu (1) jam untuk hari ini, aku berjalan ke makmal komputer untuk menyambung sedikit kerja-kerja yang tertangguh dek kekangan perisian yang hanya boleh di’gunakan di’makmal pusat pengajian. Universiti milik penuh kerajaan ini sangat daif dari segi kemudahan perisian kejuruteraan buat kami, tetapi mampu membina pintu masuk universiti yang dasyat. Lesen untuk menggunakan perisian MATLAB dengan fungsi Model Predictive Control hanya ada dua (2) untuk kegunaan seluruh universiti atau dengan lebih tepat untuk lebih 5,000 orang. Dan, pagi ini, makmal komputer pula penuh dengan pelajar Tahun 2, aku rasa’lah berdasarkan beberapa wajah yang familiar. Damn!
Aku berjalan keluar, dan memandang ke’bawah. Tertangguh lagi kerja aku. Dateline makin dekat. Makin menambahkan beban kepala, tangan aku secara tidak sengaja tertempek atas setompok tahi burung yang masih basah. Mencarut lagi aku. Tandas jauh, tangan aku dengan pantas menyambar suratkhabar yang entah datang dari mana untuk menyelesaikan palitan tahi ini. Sedikit berserakan kerana aku sedikit kabut.
Ketika aku mengutip kembali sisa-sisa kertas suratkhabar tersebut, aku terpandang satu headline yang mana frontman Search, Amy memberikan komplen terhadap ke’fanatik’an orang Malaysia dengan muzik dari luar, terutamanya Indonesia. Terima kasih tahi burung, kau berikan aku topik untuk aku tulis. Rasmi’nya, tahi burung bisa menjadi punca idea kita menulis entri, cuba’lah kejar burung-burung di’atas sana. Ha ha.
Radio pilih kasih, atau pilih kehendak peminat?
Amy Search mendakwa radio-radio di’Malaysia, terutamanya yang di’kendalikan oleh pihak swasta, banyak memberi pendedahan kepada muzik-muzik dari luar, Indonesia terutamanya. Menurut Amy, publisiti yang di’berikan oleh pihak radio kepada lagu-lagu luar banyak menyumbang kepada fenomena kesuraman industri muzik Malaysia sekarang. Radio-radio hanya mahu memainkan lagu dari luar tanpa mempedulikan periuk nasi artis-artis tempatan seperti Search.
Menjawab kepada persoalan ini, akhbar harian tersebut menemui 3 orang kuat stesyen radio popular di’Malaysia. Radio Era FM, HOT FM, dan Sinar FM. Era FM menegaskan, mereka memainkan lagu dari luar atas permintaan pendengar, bukan’nya kehendak mereka sendiri. Mereka hanya memenuhi permintaan peminat muzik Malaysia yang berminat untuk mendengar lagu-lagu dari luar. Mereka mendakwa, 80% dari jumlah harian lagu yang di’putarkan di’Malaysia masih hasil karya artis tempatan. Sinar FM bersetuju dengan kenyataan pihak Era FM. Seelan Paul dari HOT FM menyatakan, ini fenomena bermusim sepertimana yang pernah di’bawa oleh Bollywood suatu ketika dulu.
Sampai masa, ia akan berakhir. Ini semua adalah atas kehendak peminat & kami hanya memainkan apa yang mereka mahu. Dan, dalam masa yang sama, tidak meninggalkan artis-artis tempatan. - Seelan Paul, HOT FM
Kata aku…
Amy Search bukan sekali dua tampil memberikan komplen serupa begini di media massa. Sudah banyak kali aku dengar masalah Amy Search ni dengan artis-artis & lagu dari Indonesia. Tak payah la berkias-kias Amy Search, katakan sahaja komplen kau memang di’tujukan buat penggiat muzik Indonesia. Artikel dalam akhbar yang aku baca bertarikh 2 minggu lalu menyatakan seolah-olah fenomena kebanjiran lagu asing sangat tenat. Untuk melihat situasi dengan lebih dekat, aku menjenguk ke carta lagu tempatan yang di’kendalikan oleh Era FM dan HOT FM.
Dari sepuluh (10) lagu yang menduduki carta Top 10 radio Era FM, hanya ada satu sahaja artis dari Indonesia iaitu The Lima, itupun dengan lagu Separuh Masa, ciptaan Edry KRU, masih ciptaan anak tempatan. Tidak’lah terlalu dominan lagu Indonesia dalam carta lagu kegemaran Malaysia.
Sekarang, kita lihat pula kepada carta Top 10 radio HOT FM, yang pernah di’label sebagai radio lagu-lagu Indonesia. The Lima masih ada sebagai salah sebuah lagu kegemaran ramai bersama-sama Ungu dengan lagu Kekasih Gelap’ku. Sekarang kira’kan berapa peratusan artis Indonesia yang mendominasi carta Top 10 Malaysia? Apa sebenar’nya yang di’bisingkan oleh Amy Search? Owh.. Lagu Search tiada dalam senarai.
Solusi
Petang tadi di’dalam kereta, aku mendengar lagu terbaru dendangan Ramlah Ram. Ya! Ramlah Ram membuat comeback dengan lagu baru. Aku lupa tajuk lagu tersebut, tetapi aku rasakan ada unsur-unsur muzik Malaysia yang tipikal dalam lagu baru tersebut. Lagu tersebut kedengaran seperti sekeping piring hitam yang cuba di’mainkan dengan iPod Touch. Come on, keluar’lah dengan idea-idea baru. Lagu-lagu Indonesia bisa berjaya tembus pasaran Malaysia kerana mereka ada formula baru untuk muzik mereka. Walaupun semakin hari semakin tepu irama mereka, tetapi mereka telah berjaya. Search pernah menjadi inspirasi band-band Indonesia sekarang seperti Samsons, tetapi adakah muzik mereka kedengaran seperti Seacrh? Keluar dengan idea baru, itu sahaja yang rakyat Malasyia perlukan.
Dan, aku tak faham kenapa lagu Hai dari Adam boleh menjadi juara carta Era FM, senikata lagu yang haram tak bermotif + susunan lagu yang berterabur. Aku bukan pakar muzik, tapi aku seorang pendengar. Mengkritik adalah kerja seorang pendengar selain memuatturun mp3 secara haram. Ha ha.

64 Comments
Lee Novotny @ LeeUK
September 27th, 2007
at 4:13am
Ramlah Ram has a new song???? Ni nak kena cari nih..pls pls..anyone tell me nama lagu tuh!
Selamat berpuasa semua!
mijie
September 27th, 2007
at 5:56am
ya ramlah ram ada buat lagu baru, aku pun pernah dengar dan tak igt tajuk aper, dan bercakap dgn realiti musik skrg, kenapa nampak seolah2 di banjiri oleh lagu2 dari seberang, ini kerana…pendengar ataupun kita semua dah bijak menilai sesuatu lagu, kebanyakkan artis kita tak banyak menghasilkan lagu2 baru, dan kalau ada pun tidak berkualiti..
sebenarnya aku ni peminat lagu2 dari malaysia, tetapi sedikit kecewa bila tak ramai artis malaysia ingin menerbitkan lagu2 yang baru….kalau kuar pun, lepas tu timbul isu cetak rompak…..yer cetak rompak…….
dr.xero
September 27th, 2007
at 6:38am
setaun satu kluar album tp satu lagu je kluar radio..takkan setaun org nak dgr lagu tuh je[ye ke?..]..camne org nak beli cd kalau org tak tau lagu dlm tuh best ke tak..
pehtu takde kelainan..same jee..dgr lagu nih, centu..dgr lagu tuh, centu…
senang ckp..”lagu ko tak best..taknak dgr…” hohoho..
Fahmishah
September 27th, 2007
at 7:04am
Yiha…kita xleh watpa..mmg lagu indon kadang unik…sker hati la peminat nak dgr lagu pe..macam aku..
duez
September 27th, 2007
at 7:10am
Indonesia selalu menghasilkan lagu yang berbeza.Kreativiti itu ada dan tidak terpengaruh dengan lagu lagu sebelumnya yang popular.Malaysia plak masih terus dengan lagu yang tipikal je,sape nak dengar lagu yang lebih kurang sama je….
shambie adzhan
September 27th, 2007
at 9:10am
ya, aku sangat tak setuju lagu Adam masuk carta..
tak best langsong..
macam ntah pape je liriks nya..
lagu bunyi macam lagu BSB tahun 1999 dulu..
cet..~
kesimpulannya, lagu indon mmg best dan ada kelainan..
tapi lagu2 kita juga best..
tapi kebanyakannya masih guna formula lama (musik, lirik, adunan)
masih kedengaran sama dan lama.. takde pembaharuan :(
rasa aku ramai je artis-artis baru tapi tak menonjol agaknya..
:) sekian, terima kasih!
p/s:aku anti adam, pls
chot
September 27th, 2007
at 9:49am
bukan setakat search je mengadu dombah pasal muzik indonesia ni…sebelum ni wings pun pernah tp akhir berkongsi pentas juga dgn radja….hehehe
mrozaidi
September 27th, 2007
at 9:57am
Hai..Memang aku tidak memikirkan sangat lagu-lagu yang dipasarkan di negara kita. Tidak dinafikan bahawa lagi mereka memang menakjubkan..Sebagai contohnya Kumpulan Dewa dan satu kumpulan lagi..Sapa nema kumpulan itu, lagu dua-dua kumpulan ini memang “power” pun..dan tak disangka bahawa lagu mereka tidak dapat dijadikan lagu jika lirik dibaca secara biasa..tapi boleh jadi lagu..Tidak dinafikan juga dengan komposer dalam negara pun ada yang “power”..Sebagai contohnye..M.Nasir. Loloq dan seangkatan dengannya. Ini yang dinamakan persaingan.. Kenalah “Upgrade” lagu baru supaya jadi best dan menakjubkan..
Tetapi apa yang aku tak puas hati.. Kenapa mudah sangat benteng dalam seni sebegini senang menerima orang luar terutama jiran2 kita..sedangkan artis kita memang sukar nak masuk pasarkan dalam negara jiran..inilah yang tidak adil kepada negara. Kita harus membuat “benteng” sama seperti negara jiran..Tapi entah dah berapa lama dah..Jadi begini..Tapi tak ada plak inisiatif untuk menghalang pekara demikian..Ada kuasa tak nak guna..itulah..Cakap saja pandai tapi pelaksanaan tak tau nak buat..
Huuuhhh…Luahan hati ni..Sorry panjang plak..
saharman
September 27th, 2007
at 10:15am
Orang akan dengar lagu tu kalau sedap di dengar, kalau lagu tak sedap macam mana nak dengar brother….. kalau Indon buat lagu sedap didengar tu ..jangan salahkan aku mendengarnya lagi pun aku dengar di radio free bukan beli album pun. Buatkan lagu yang sedap telinga aku dengar macam zaman 80 -an dulu wahai Amy Search…….
mrozaidi
September 27th, 2007
at 10:27am
Itu memang tak dinafikan..”Sedap” memang semua orang mahukan..Siapa yang tak mahu sedap..Persaingan tetap persaingan….
sankai
September 27th, 2007
at 11:07am
ramlah ram buat come back.?? demm…cemana aku leh tak tau nie..hehhehe..
neway…aku rasa muzik luar much better than muzik malaysia…
cuba bandingkan search dengan dewa 19…..search lagi lama kan..tapi brapa lagu yang kita tau itu adalah lagu search.?? fantasia bulan madu, isabella…dan beberapa lagi lagu yang muzik dia segenre dengan muzik memang kita tau itu search..
cuba pulak lihat dewa 19….dari ari lasso sebagai penyanyi, hingga la once…banyak sangat lagu utk kita dengar dengan berbagai variasi muzik…..mereka juga berani masukkan element dangdut dalam muzik mereka…
jadi, pikir la cemana pendengar muzik tanah air kadang2 muak dengan muzik dalam negeri sendiri….
Qaiyum
September 27th, 2007
at 11:51am
Rakyat Indonesia Sayangkan Siti Nurhaliza. Hinggakan Mereka Bersumpah Suatu Ketika Dahulu “Ganyang Malaysia, Selamatkan Siti Nurhaliza”. Siti Nurhaliza Adalah Fenomena Di Indonesia Hingga Kini (Jika Tidak Pun Sehinggalah Kemunculan Datuk K). Namun Kenapa Hanya Siti Nurhaliza? Tidak Adam?
Search Juga Pernah Jadi Fenomena Di Tanah Ini Dan Juga Tanah Seberang. Namun Tidak Lagi Kini. Namun Yang Paling Pelik. Pop Shuvit Tidak Diterima Di Negara Sendiri. Mereka Popular Di Jepun & Luar Malaysia. Adakah Telinga Rakyat Kita Gagal Untuk Mentafsir Seni Atau Artis Tidak Tahu Untuk Mengikut Selera Pendengar.
Haha. Mael Taknak Selamatkan Siti Nurhaliza? :D=
sodep
September 27th, 2007
at 12:05pm
aku sendiri memang menggemari lagu lagu dari indonesia… bukan taksub… sebab lagu lagu indonesia memang penuh jiwa di dalam melodi dan lirik… aku mementingkan itu…
bukan kata lagu lagu malaysia takda kualiti… tapi aku menanti corak lagu yang berbeza dari apa yang ada sekarang… komposer sendiri kadang kadang tak tak cuba memperkembangkan karya mereka.. aku takda kuasa sebenarnya nak cakap gitu… tapi cuba fikirkan… bila kita dengar lagu jer kita dah boleh tau siapa komposer nyer… bermakna rentak melodi diorang takda beza pada setiap lagi… mungkin itu yang di katakan trademark kot… tapi tidak pada aku… bosan…
kalau di beri pilihan memang aku akan memilih lagu lagu dari indonesia…
duez
September 27th, 2007
at 12:08pm
Qaiyum…bagus ko higlight kan Popshuvit…aku tak pernah jumpa cd album artis malaysia yang lain kecuali popshuvit di Tower REcord Jepun dan kedai muzik lain…Kenapa sampai tahap derang nk launch album pun kene sampai Jepun?Orang kita ramai yang melihat muzik dari luaran terutama dari fizikal dan cara pakaian penyampai.Padahal muzik itu okay saja
dott-com
September 27th, 2007
at 12:12pm
aku jua suka lagu indon, entah ler bkn memilih tetapi lelagu indon kena dgn halwa teliga aku…aku mmg setuju dgn aper yg ko cakap “Lagu-lagu Indonesia bisa berjaya tembus pasaran Malaysia kerana mereka ada formula baru untuk muzik mereka”. aku rasa pemuzik sana telah jauh kedepan dr kita, dia orang study muzik, study aper yg org nak dengar jd dia org berjaya.
Huhuhu…jeles aku…dari “TAHI BURUNG” pon ko dpt idea menulis entri yg sedap dibaca…..
megat
September 27th, 2007
at 12:40pm
honestly, aku suka mendengar dari mengetahui apa tajuk lagu dan siapa penyanyinya. so, bila aku mendengar, aku suka dengan dendangan lagu tue dan bertanya kengkawan lain… selalunya jawapannya adalah penyanyi dr indonesia!
kesimpulannya lagu-lagu indonesia memang best dan lebih mendalam menyelami jiwa seseorang yang berjiwa seni eheh.
draxter
September 27th, 2007
at 12:51pm
Ye ye, mungkin pendengar Malaysia sudah berasa jemu dengan nada pilihan Malaysia, jadi mereka perlukan perubahan atau kelainan. Sememangnya musik daripada Indonesia sangat berkualiti hasilannya, tengok sahaja setiap video klip yang mereka buat. Apa² pun muzik kita kini dilihat semakin berkualiti berkat persaingan Indonesia?
Mohd Ismail
September 27th, 2007
at 1:01pm
@shambie - ya! aku juga anti-adam… ha ha..
@chot - berkongsi pentas kerana apa, kerana sudah tiada show besar utk mereka… ngeh3…
@Lee/Sankai - yeah! Ramlah Ram buat comeback… tgu la depan radio tuk dgr lagu terbaru dia… ha ha.. sedap macam Charlie Chaplin
Mohd Ismail
September 27th, 2007
at 1:04pm
@draxter - sedikit la peningkatan dari dulu… tp masih belum mampu untuk bawak org berduyun2 ke kedai membeli album mereka… masa, beri mereka masa sambil itu kita layan lagu Indon… ha ha
Mohd Ismail
September 27th, 2007
at 1:05pm
@qaiyum - kau aturkan temuramah dengan Pop Shuvit, mesti gempak & tanyakan satu soalan maut untuk diaorg, “di’manakah tahap selera pendengar Malaysia terhadap muzik & kenapa mereka sukar diterima di negara sendiri?”
oh yeah!
aidah
September 27th, 2007
at 2:20pm
ya, saya setuju dengan pendapatkamu. minggu lepas kami baru saja membincangkan isu ini. semememangnya, kebanyaakkan peminat kita gemar kepada lgu indonesia. ini sebab, kita dapat lihat dari sgi lirik, alunan lagu, begitu bernilai dan mempunyai sentimental value. berbeza dengan lagu-lagu di Malaysia yg sering memikirrkan kepuasan penulis dan penyanyi sahaja tanpa memikirkan kepuasan peminat sekarng. Contohnya kita lihat lagu rock, kebanyakkannya sukar difahami, tapi x semua cam tu. ada juga yang best-best sepeti lagu fiq, dan lain-lain. Saya x salahkan stesyen radio, sebab mereka mengeluarkan lagu mengikut citarasa peminat. namun, mereka tetap mendendangkan lagu-lagu Malaysia. x smuanya dipenuhi dengan lagu indonesia.
Kumprinx
September 27th, 2007
at 3:30pm
Sebenarnya, perkembangan muzik di malaysia ni terencat sekitar hujung 80an dan awal 90an dulu disebabkan oleh kekangan dari ‘gomen’. Kualiti muzik jadi down, pastu bila indon masuk, kita dengar sedap. Pastu stesen radio dok pi tabuh main lagu indon je sepanjang masa. Kalau konsert diaorang sponsor tak hengat, dengan nada dering semua ‘On Sam’ ke hapajaddah lagi. Time Search punya show, main kat venue kecik je, sempit. Kita semua konsumer je, kalau dah kena basuh ngan kapitalis akhirnya masuk jugak indon tu. Diaorang dah sedar bahawa produk indon ni laku, jadi diaorang attack ler. Band-band Malaysia bukannya takde yang berbakat, kalau diaorang dapat lebih banyak airplay, takde can la indon nak masuk.
Kesimpulan: Salah gomen.
ye adik-adik.. begitulah 3 sen saya di petang yang lapar ini.
abdfatah
September 27th, 2007
at 4:14pm
apa susah… lagu nasyid lagi tak mendapat tempat di radio2 utama. kalo gitu saya cadangkan buat aje nasyid.fm sendiri atau rock.fm sendiri…. itu lagi bagus dari mengharapkan radio yang dikuasai oleh…. siapa…?
entah laa boleh ke tidak nak buat stesen radio milik mohdismail.fm?
abdfatah.fm? happypeoplemedia.fm? persetankan.fm?
hahaaa… amcam… ada sapo2 yang nak tubuhkan stesen radio blog.fm?
Izzudin
September 27th, 2007
at 4:53pm
ni klau nak donlot mp3 yang buleh didapati bersama lirik dan video… layarilah http://ep3.freehostia.com/ ngehee
duez
September 27th, 2007
at 6:20pm
satu aku nak cuba lontarkan disini….da 3 4 negeri aku tinggal di Malaysia,tapi aku jarang dengar disetiap stesen radio negeri yang memutarkan lagu tradisi negeri mereka.Aku rasa Kelantan paling banyak putarkan lagu tradisi negeri seperti dikir barat,mak yong,serta lagu lagu wayang kulit.Hindustan juga tidak ketinggalan.
Apa pendapat semua?mari mari
omarbahrin
September 27th, 2007
at 11:27pm
mmm masalahnya mengapa muzik kita gagal bersaing secara baik dgn lagu indon dan lagu asing…mengapa muzik kita tak dapat bersaing di pentas antarabangsa?
nk dikatakan ramai antara mereka yg internasional tak paham bahasa melayu…lagu jepun yg ramai x paham pon ramai gak layan…diterima?mengapa perkara ini bole berlaku??
WaWa
September 28th, 2007
at 4:12am
aku cuma layan lagu yang besh je, tak kesah lah melayu malaysia ke atau melayu indonesia. tak payah la amy search nak bising-bising pasal lagu luar masuk malaysia. hoho.
khai
September 28th, 2007
at 5:46am
hoho.. jgn kutuk lagu adam…. lagu Hai tu ringtone aku dah berminggu2 tu.. wakakaka… muzik dia best.. tak berterabur pon.. hahaha…. tapi biasa ar, Adam, tak abis2 ngan lirik yg pelik2…. lagu yg macam bangau oh bangau pon ade… adeh laa!!! tapi ini tidak bermakna aku suke adam…. lol!!!!!
mael, sudah kau maki tahi burung itu, kau berterima kasih pula yee.. gi mintak maaf ngan owner kepada taik burung tu.. cepatt!!! hehee
khai
September 28th, 2007
at 5:48am
oh lupe komen pasal muzik malaysia… sibuk pasal tahi burung plak.. hahaha.. ape pon aku setuju 200% tentang apa yang mael coretkan di atas sana…!!!! tahniah mael kerana membuka mintak busuk amy search tu…..
Satu fakta yg ko lupa sebutkan mael, kenapa lagu indon semakin pemes kat malaysia, jawapannya ada di sekeliling kau… hehehe.. cuba lihat kanan dan kiri.. oh di manakah malaysia yg dulu!! damn!
M A F F
September 28th, 2007
at 5:53am
Salam geng. Aku pun nak join gak dlm entry mail ni.
Sebab aku memang minat lagu2 indon. Especially Dewa.
Lagu diorang memang sedap. lirik puitis giler.memangg lentok la.
rentak pun best. contoh macam dewa ni, diorang memang berani bereksperimen
dengan idea-idea baru. Macam lagu “Dewi” . Rentak best. Eksperimen yang best.
Artis-artis Malaysia pun boleh buat. Kalau buat lagu sedap, orang minat lah.
Tak sedap, tak minat lah.Senang je formula die. :)
beckzaidan
September 28th, 2007
at 10:01am
ahahha… lucu. aku mungkin tak boleh kasik pendapat. sebab deduanya aku kurang dengar.
yang satu tak kreatif, yang satu lagi pulak, pun tak kreatif.
dalam byk byk manusia sini ckp lagu MALAYSIA tak berkualiti, aku, selaku pendengar muzik yang serious dan mempunyai pilihan muzik yang eklektik, muzik INDONESIA adalah tidak kreatif. semuanya sebenarnya hanya satu jenis dan spesyen. terlalu mainstream, cintan cintun… nada nya juga tak berlainan antara satu sama lain, begitu juga dengan seleksi suara yang membawa lagu. boleh dikatakan sudah semakin sama dan sukar dibeza bezakan.
aku setuju kalau korang ckp lagu MALAYSIA baru tak berkualiti, tapi bukan semua. ada la 3-4 kerat. tapi jgn sangkal bahawa muzk malaysia tetap muzik kita, dan kenapa nak agungkan muzik orang luar yang langsung tak ammik kisah untuk mengimport hasil seni negara ini ke negara diaorang. ahahha…
oh, kalau setakat samson, sheila on 7, kerispatih, dewa, padi yang korang dengar, itu semua tersangat sangat lah mainstream dan biasa. band MALAYSIA banyak yang setaraf dengan diaorang, tapi tak diberi kesempatan untuk menunjuk bakat. macam amy search ckp la, ANAK TIRI di bumi sendiri…
agung agungkan la yang orang lain punya, dan lihat kesannya satu hari nanti. kita hanya akan ada 2 artis, SITI dan MAWI. yang lain, semua band band buang indon yang tak terjual di indon tapi dtg cari makan kat malaysia. serious… ahahhaa. korang pasti mahukan ini kan? mesti.. mesti…
mixterr
September 28th, 2007
at 12:03pm
haha.. kecoh je muzik tempatan ni.. tp ape pon indonesia nye lagu unik.. sedap di dgr ! nak buat mcm mane da mmg sedap mcm mee sedap?? kalo nak marah marah la dgn pendgr, kesian radio tu.. m’sia pun ade lagu yg best best gak mcm fabulous cats tu rimas.. hahaha
ezza erisa
September 28th, 2007
at 12:23pm
akupun ada komen pasal ni dalam blog aku..
apa yang tak puas hati sangat dengan lagu indonesia?
amy sendiri pernah menyanyikan kembali lagu indonesia bertajuk ‘Tiada Lagi’ dia terlupa ke???
yang kelakar, yang serumpun begini nampak sgt..kebanjiran lagu US tak pula bising….artis kita tergugat dan dengki pada artis indonesia kerana menyanyi dalam satu bahasa??
lagu indonesia liriknya lebih puitis…dan video clipnya yang menceritakan lagu lagunya pun mudah di dapati di youtube.
rena
September 28th, 2007
at 1:42pm
slalu mcm tu.. yang seberang jugak kita tengok.. yg depan mata.. jeling pun tak
sara
September 28th, 2007
at 2:05pm
kita sepatutnya memberi skongan terhadap muzik tanahair kita..muzik tanahair kita tidak kurang hebatnya..
od3n
September 28th, 2007
at 7:12pm
mael ko jgn lupe bg kad raye kt adam.
kidd
September 28th, 2007
at 7:50pm
hahaha.amy search hanya lantang bersuara kerana kasihankan industri muzik malaysia. dan pendengar yang menjadi nadi industri. malaysia punya banyak rilisan² lunak, cuma tidak diketengahkan oleh pihak berwajib yang bertuhankan denominasi ringgit malaysia. cuba korek dan selam di lubang² & paya underground. maka akan ketemulah anda dengan angkatan pemuzik malaysia yang kualitinya jauh lebih hebat dari ungu, radja dll. buanglah “persepsi buatan malaysia = tidak bagus”.dan era?hotfm?maaf, saluran tidak dilayan. cuba pesongkan telinga anda ke traxx fm, khamis malam jumaat, pukul 11. stesen radio patut sebegini. jadi ruang untuk pemuzik tempatan.
am
September 29th, 2007
at 12:57am
rasanya… cam zaman lagu indon ni dah start jatuh… am sendiri dah meluat dengan lagu2 dorang ni… sampaikan menyanyi malaysia pulak yang terikut2 cara nyanyian anak indon ni… tengok la… sofaz yang tiba2 meletup bila cara nyanyian cam indon… pastu diikuti si tomok pulak…
satu jer lagu indon yang am tak miss tompi la… tapi cara nyanyian tak macam yang lain… selain dia tak popular pun kat malaysia… cuma download kat tenet jer… so sapa pernah dengar tompi… jenis lagu soul/jazz…
delang
September 29th, 2007
at 7:46pm
korang tak perasan ke kebanyakkan lagu indon rentak dia lebih kurang je kan….
macam si AM tu cakap la, bila sofaz naik, dah tentu lagu nye ade bunyi2 cam besa dengar…
sepatutnye komposer buat mengikut selera pendengar kan, bukan syok sendiri…
hehehhee
aku tak kisah sangat lagu ape yang aku dengar sbb semua jenis muzik aku suka dengar dari nasyid hinggalah rock….asalkan melodinya seronok didengar…
sekian
blinkblog
September 30th, 2007
at 5:38am
huhuhu..lame pulak tk jengah sini..download kat multiply pn layan
bob
September 30th, 2007
at 6:43am
huhu.. jual apa yang boleh jual. jangan syok sendiri. bab cakap cikgu aku. “kalau nak berniaga, berniaga apa yang org inginkan (majoriti), jgn berniaga syok sendiri (minoriti)” dunia ni bepusing, era kau amy akan kembali. bukan sekarang tapi nanti..
psycho
October 1st, 2007
at 1:46am
hai… sorry saya ikut menulis di sini. saya tak sengaja lihat blog satu ini.
saya orang Indonesia, asyik juga bahasannya. dan saya dulu pun pernah bahas hal ini bersama teman.
Sebelumnya saya minta maaf bila ada salah kata dari penulisan saya di sini, yang bisa menyinggung perasaan. Sesungguhnya tidak ada niat. Hanya ingin ikut berkomentar.
Saya sebagai orang Indonesia cukup bangga bahwa musik kita bisa masuk malay. tapi di Indonesia sendiri Musik2 Samson, Sheila on Seven, Radja dan beberapa Band lain selalu mendapat cemoohan, termasuk saya. Karena orang Indonesia tidak selalu sama seleranya. Samson mungkin terlalu cengeng, Radja kurang asyik karena penampilan mereka, dan berbagai hal lain yang membuat Band2 besar Indonesia kurang stabil posisinya di mata orang2 indonesia.
Di Kota Bandung di Indonesia, penduduknya selalu pilih2 dalam selera musik, bahkan ketat. Sheila on Seven sempat tidak diterima di Bandung, bahkan Peterpan yang berasal dari Bandung sendiri pun sempat ditolak di Bandung dengan alasan2 tertentu.
Di Bandung, banyak orang lebih memilih lagu yang tidak umum (yang tidak standar).
Bahkan cenderung memilih Band Indy (Independent Band / indy label)
Tadi ada yang bilang soal Siti Nurhaliza, buat orang Indonesia dia itu INDAH, lembut, sopan santun (pokoknya patut di acungi jempol!). Dan dia lagunya ceria. meskipun beberapa sendu dan sebenarnya banyak yang saya tidak tahu tentang lagu2 siti.
Band Exist itu dari malay, kan? di Indonesia dulu sering diputar, hanya saja mudah tergeser, karena Nada-nya Melayu kental. dan itu membuat seolah-olah bersifat kedaerahan. dan tidak meng-global. dan mungkin liriknya kurang asyik buat di indonesia.
Dan Band2 indonesia pun kadang harus merubah beberapa liriknya untuk menyesuaikan, karena di Malay terdapat beda pengertian untuk beberapa kata. betul, kan?
Lagu Jepang (Japan) di Indonesia bisa diterima, karena mereka musiknya “beda”. Dan sekarang persaingan di blantika musik indonesia sangatlah ketat antara Western, Asian dan Indonesian sendiri. Soal Siti Nurhaliza, dia akan selalu punya tempat di Chart Musik Indonesia.
bagi yang ingin me-response tulisan saya, silahkan saja.
bagi yang punya account friendster, silahkan comment ke account saya :
tridhie_psycho@hehe.com
klo mau e-mail silahkan ke :
psychocinetic_orange@yahoo.com
thanx for your attention
bobby
October 1st, 2007
at 2:46pm
saya sunggu merasa kasihan kepada bangsa malaysia…
jadi saya tidaklah heran kalau lagu indonesia disuka rakyat malaysia
memanglah sepertinya bangsa malaysia ini miskin kebudayaan
sampai sampai batik , keris, dan angklung pun di aku sebagai budaya malaysia
bahkan lagu rasa sayange yang jelas-jelas lagu tradisional dari indonesia timur pun turut diaku oleh bangsa malaysia ini…
sunggu saya terkejut ketika menerusi halaman : rasasayang.com
apakah malaysia adalah bangsa yang tak punya rasa malu…
setelah kasus ilegal logging, penyiksaan TKI (tenaga kerja Indonesia), pencurian pulau sipadan ligitan, pencurian batas wilayah di pulau kalimantan, dan pencurian budaya,
saya khawatir kebencian rakyat indonesia terhadap malaysia akan semakin membesar.
kelak jika diadakan polling negara mana yang paling dibenci oleh rakyat indonesia?
maka jawabannya no.1malaysia 2.amerika 3. israel
mulky
October 8th, 2007
at 8:05am
saya orang kat indonesia, hehe bener nggak artinya . Aku dari indonesia. memang banyak kasus yang terjadi selama ini antara malaysia dan indon ( menurut kalian ). Seringkali saya marah, sedih ketika banyak TKI atau orang indon lainnya sering menjadi korban kekerasan di tanah melayu, malaysia. Terkadang menyakitkan memang. Tapi aku sadar itu adalah cases per cases, nggak bisa di generalisir. Kita adalah saudara bukan, paling mirip malah, hehehe. Baik dari sisi rumpunya, agamanya, budaya, bahasa etc. Maka sudah sepatutnya kita tonjolkan kesamaan ini dan kita kesampingan segala perbedaan. Saya percaya kelak bangsa melayu melalui Malaysia dan indon akan maju, menguasai dunia. Bukankah setiap kejayaan memang dipergilirkan ? begitu kata ALLAH, kan? Mari kita sudahi pertengkaran ini, saling menyayangi each other. kami tidak pernah benar benar benci dengan malaysia . We love U, From palembang with love
DENNIS
October 8th, 2007
at 12:33pm
Hello im ne comer here, the problems come arise between malays n indo are malays often imitates or grabs indonesian heritage, such muzik device (angklung), song (rasa sayange from east indo), batik etc and malays often claims that some ilands belong to malays like sipadan n ligitan, ambalat etc. unfortunately, indonesia often and usually weak in diplomacy so the result is malays is the winner. so for malays, be more creative and not just to imitate.
For amy serach be wise, if u think ur music is good to be listened i do believe more radio stations whether in indo or malays will play ur music. once again BE MORE CREATIVE. It’s just wise man said “MENEPUK AIR DI DULANG TERPERCIK MUKA SENDIRI” budayakan rsa malu untuk menjiplak dan mnegambil hak kebudayaan orang tanpa izin. untung kamu orang serumpun dan mayoritas muslim kalo tidak dah lama malaysia ni kita perangi. PEACE MEEEEEN………….(KALAU TERSINGGUNG BERARTI BENAR ADANYA. WHATEVER UR COMMENT…..)
beckzaidan
October 8th, 2007
at 1:56pm
ahahhaa… lawak.
saya juga berasa kasihan kepada org org indon seperti kamu yang punya pemikiran yang cetek. kecuali mulky yg punya otak untuk berfikir. jgn generalisasikan sesuatu. tidak benar kalau seorang melakukan celaka kepada kamu, kamu menuduh dia dan masukkan sekali bangsanya. itu racist. persis gerakan holocaust nazi.
yang dibincangkan dan menjadi persoalan di sini adalah pilihan muzik indon dan muzik malaysia, di corong radio malaysia. kenapa perlu dibangkitkan isu keris, batik, angklung, tanah, sipadan dan sebagainya. itu bukan isu yang dibangkitkan di sini. tidak ada niat atau nawaitu pun penulis artikel dalam membangkitkan hal-hal tersebut. jangan jadik racist.
seperti kata mulky, kita serumpun, senusantara. gempa kamu di sana, orang di sini rasa juga. merana kamu di sana, kami juga terasa di sini. apa jua pun, kita sama-sama merasa. kenapa perlu dikucar kacirkan isu isu yang tidak berkaitan dibangkitkan di sini. kamu-kamu semua jangan main provokasi. ini bukan blog politik pun.
aku jadi pelik, isu muzik, sudah tukar jadi isu pembencian bangsa. dan kamu-kamu boleh ckp kamu kasihan sama bangsa aku? aku yang kasihan sama bangsa kamu. kerana memiliki anak bangsa seperti kamu…
red_raccoon
October 8th, 2007
at 3:46pm
pikiran kami ga cetek koq…kami kreatif.kalian yang cetek.bisanya cuma nyontek doank…!!!mikir donk…!!!
-indonesian-
beckzaidan
October 8th, 2007
at 4:19pm
ala, esok esok, lagu rihanna umbrella ela ela eh eh tu pun korang kata korang punya. kan kan? ahahhaa…
-true malaysian-
bali
October 8th, 2007
at 4:21pm
hai saya bali.
antiplag
October 25th, 2007
at 4:21pm
just one word, be more creative, no plagiarism, then your music will conquer the world!!! that’s how it goes… don’t believe it? Ask P.Diddy or Justin Timberlake.
bitterpill
October 27th, 2007
at 1:12am
ehem.
creative? original?
http://www.youtube.com/watch?v=xV-ggxMqyAI
azah
October 27th, 2007
at 9:54pm
ape lg nak dikate, aku pown pilih muzik indon la…
kreativiti mereka tu best la…
kitorang ni perlu muzik yg berbeza,
bosan aku dgr muzik cam search etc…
video klip msia pown x bagus kurasa, xde kualiti,, huhuhu…
wahai artis2 tempatan, x perlu la ko berselisih hal ehwal ni, just belajar jer la dr artist negara jiran kita tu… indon memang best,,,
i love indonesia
October 31st, 2007
at 2:12pm
saya pikir malaysia perlu banyak belajar moral(jgn hanya banyak protes)
kamal
November 10th, 2007
at 11:22pm
not all indonesian songs are good, latest songs by melly sucks big time, ungu’s kekasih gelapku is limpid, kalah rock kapak. But, i do like some. please la radio m’sia don’t just play these songs. banyak jugak artis malaysia yang bagus apa.
andi
November 13th, 2007
at 5:01pm
I agree with you, kenapa muzik harus dipertentangkan antara satu negara dengan negara lainnya. Bukankah muzik itu universal?tidak mengenal ruang, batas dan negara. Berbicara muzik sama saja kita berbicara mengenai selera.. yah I mean tergantung selera oranglah.dari mana asalnya itu tidaklah penting untuk dibahas kecuali orang2 yang tidak mempunyai jiwa seni atau tidak tertarik dengan muzik.
cute
November 14th, 2007
at 12:45pm
gimana ci………..pemusik malaysia tuh mondol semua sihhhhhhhhhhh
giliran lagunya ga laku nyalahin seniman indo……….
makanya kalo mau laku ya bikin lagu yang enak donk………….
jangan cuma bisa protes…………..
malu maluin……………………..
dah bikin lagu gak becus………………
njiplak lagu orang………………
dimana kreatifitas mu wahai seniman MALINGSIA ..mondolllllllll
jibang……………….
aLaN_17
November 14th, 2007
at 12:50pm
whoy,,,,,
yang namanya seni tuch harusnya jadi alat pemersatu dunia,,,,,,,
bukan malah jadi boomerang antar ras bangsa dan juga negara,,,,,,
sebenarnya kedua pihak harus saling menghargai karya seni masing2,,, karena sebenarnya seorang seniman sejati adalah seniman yang dapat berapresiasi terhadap seluruh karya seni,,,BUKAN HANYA MILIKNYA SENDIRI!
pokoknya,,,, buat seniman INDONESIA “sabar yach,,, aLaN teu koq perasaan kalian,,,”
buat seniman MALINGSIA “jangan gitu dunk,,,, khan kita semua harus saling menghargai terutama HAK CIPTA karya seni seseorang”
cantik mustika
November 15th, 2007
at 9:37am
tahi lalat?!! MasyaAllah…kasar banget ya?!!
aku dan sodara-sodaraku di indonesia aza nggak pernah menghina musisi asal malaysia..
kalo di indonesia nggak ada lagu malasyia…karena musisinya nggak pernah buat lagu trus dipromosikan disini…
buktinya banyak penyayi malaysia disambut hangat di indonesia….
lana
November 16th, 2007
at 5:49am
Hi, gw orang Indo, gw setuju dengan pendapat Kamal bahwa sebagian lagu ciptaan artis2 mainstream Indonesia sekarang ini udah nggak asik lagi. Tapi asal tau aja, orang Indonesia sendiri nggak segitu fanatiknya kok sama artis atau band2 mainstream ini. Yang gw perhatikan justru orang2 Malay malah jadi peminat yg lebih fanatik terhadap mereka dibandingkan orang2 Indonesia sendiri.
Dewa, Sheila on 7, Peterpan itu udah nggak terlalu dianggap lagi di Indonesia. Samsons dan Ungu juga orang mulai bosan. Radja, waduuhhh asal tau aja ya, banyak penggemar musik Indonesia yang jijik, pengen muntah sama band ini. Maaf kalau omongan saya ini berkesan kasar, radja dan kangen band dianggap sama kampungan dan noraknya dengan band2 otai Malaysia.
Selera musik orang Indonesia cepat berubah. Band dan artis di Indonesia sangat banyak, persaingannya sangat ketat. Tidak semua yang ngetop di Indonesia bisa diterima oleh selera musik Malaysia, sebaliknya mungkin banyak lagu yg tidak suka di Indonesia lalu oleh penyanyinya diekspor ke Malaysia, malah dipuja2 oleh orang Malaysia (misalnya lagu2 Acha dan Irwansyah). Yang jelas selera kita berbeda, perkembangan musik kita berbeda.
Yang saya perhatikan, produser musik di Malaysia kurang berani bereksperimen memasarkan pemusik yang punya kreatifitas dan inisiatif baru. Mereka tidak berani ambil resiko (risk), karena takut jualannya tidak laku. Produser musik Indonesia lebih berani ambil resiko memasarkan musik2 dengan nuansa baru. Itu sebabnya musik di Malaysia terasa membosankan.
Semar Mendem
November 19th, 2007
at 4:47am
Podho Kurang Kerjaan, Isok’e mung ngomong thok, Jancukan Kabeh ( Semua yang komnetar kurang kerjaan, bisanya cuma ngomong doank, Jancukan Kabeh )
Ayoo pada kerja semua, bangun negara masing-masing, Amy Search Gate’l, Amy Search Kere ( Enggak Punya Penghasilan ) akhirnya protes, Makanya jadi Orang Itu Harus Usaha Donk….. USAHA USAHA jangan cuma bisa mengeluh Doank.
Cuma lagu saja diprotes, Life Must Go On Dude…..
Jancuk’an Kabeh…..
cha
November 26th, 2007
at 8:02pm
emang lagu indonesia paling keren….
huhuhu kasian bgt deh malingsia…yang iri setengah mati ma kita2 yg kreativ….
bwt malingsia
jgn suka maling karya orang yah….
rinary
December 7th, 2007
at 7:42pm
Ya ampyuuun..gw setuju yang dibahas musik, so stick to it guys! Janganlah terpancing sama isyu2 lain, warga Malaysian juga ga semua tau tentang isu yang bikin hot kuping kita di sini.
Gw cuman mo bilang, berkenaan dengan muzik…kita saksikan nanti di Asian idol, gimana? sejauh ini gw liat selain Mike Mohede dari indonesian idol, memang Jac dan Mau yang suaranya keren abis.
BTW Jac itu penyanyi OST Highschool musical2 ya? gw kira itu penyanyi Amrik keturunan India..
Liat sana-sini ajang Asian Idol juga udah jadi ajang caci-maki di forum2 , heran deh… moga2 ntar pas pembukaan pesertanya bawain lagu One Vison-nya Queen deh… biar pada sadaaar, sadaar… Muzik is a universal language
Mau berantem? sok kita berantem di forum politik.. oce?? peace y’all!
**perdamaian..perdamaian..ada yang cinta damai…tapi perang makin ramai. Bingung ku memikirnya…..(this is Indonesian dangdut song…ok..)
lana
December 10th, 2007
at 8:44am
Mau berantem? sok kita berantem di forum politik.. oce?? peace y’all!
**perdamaian..perdamaian..ada yang cinta damai…tapi perang makin ramai. Bingung ku memikirnya…..(this is Indonesian dangdut song…ok..)
salah man, itu bukan lagu dangdut. Aslinya lagu kasidah, jadul banget tuh, jaman TV cuma ada satu stasiun, TVRI dan acara musik paling top cuma aneka ria safari, jaman gw masih balita tuh. Nah jaman dulu aja kita udah bikin lagu dengan lirik dahsyat kayak gitu, jadi wajar aja dong kalo jaman sekarang kita bisa lebih kreatif lagi.
INDO RULES !!!! heheheh
marshallqai
December 10th, 2007
at 2:13pm
apa apaan sih??
udah2 dgn kreatif…