Nakheel Tower - KLCC Akan Nampak Kecil 10 Tahun Lagi
- 37
- Add a Comment

Kumpulan manusia yang sama membina pulau buatan manusia terbesar di Dubai kini merancang untuk membina satu lagi mercu tanda penuh ikonik untuk Dubai — bangunan pencakar langit tertinggi di’dunia.
Berapa tinggi yang mereka rancang? Lebih 1 kilometer tinggi & ratusan tingkat. KLCC kebanggaan Malaysia hari ini hanya 0.452 kilometer dengan 88 tingkat. Kalau di’letakkan menara KLCC di’atas satu sama lain pun masih belum menyamai apa yang sedang mereka rancangkan.
From our perspective, we are building a tower that’s going to be over a kilometre in height. This is a complete iconic development. It may be the tallest. - Christopher O’Donnell
Jadinya sekarang aku mempunyai satu lagi sebab untuk meletakkan Dubai sebagai tempat yang aku mahu kunjungi satu hari nanti. Apa yang ada di’sana sekarang sudah cukup menakjubkan aku.
UPDATE! Di’sebalik kemegahan bangunan & kemajuan Dubai, Ghaith Abdul-Ahad membongkar konsep penghambaan moden di Dubai.
“What life? We have no life here. We are prisoners. We wake up at five, arrive to work at seven and are back at the camp at nine in the evening, day in and day out.”

37 Comments
smaelz
October 6th, 2008
at 11:33pm
byk gila perancangan utk mengatasi kehabisan minyak, supaya sumber pendapatan x ilang..
Mohd Ismail
October 6th, 2008
at 11:35pm
tp sebenarnya, org2 dubai sedang mengalami kenaikan kos sara hidup yang gila2 tinggi.. =) *berharap mereka ada plan utk tu jugak*
pelukispelan
October 6th, 2008
at 11:37pm
negara pengeluar minyak, bertambah dahsyat la dubai pada masa akan dtg.
ika
October 6th, 2008
at 11:46pm
meh kita g sesama nak..
sy pun mmg dari dulu lagi nak pergi dubai tu heheh
kalau ikutkan hati nak jugak beli 1 pulau kat the world tu tp akaun bank tak mengizinkan XP
Kujie
October 7th, 2008
at 12:08am
berlumba menjadi yg terhebat.
nikillas
October 7th, 2008
at 12:38am
Tapi kalau tgk dalam tv.. Dubai ni mmg lawa seh.. Dia punya building mantap².. X berserabut plak tu.. Bangunan setinggi 1 Km..??!! Tinggi tu… Terjun gerenti mati..
NoktahHitam
October 7th, 2008
at 1:06am
Gile. tingkat 53 Petronas Twin Tower pon dah goyang mcm haram, inikan pula ratusan tingkat.
Buat tower tinggi2, dorg tak pikir evacuation plan ke? Fire exit nak turun tangge? Kerje gilo
Rizal
October 7th, 2008
at 1:24am
evacuation plan? setiap level ada parachute…wakaka…
erm, klcc masih dalam rekod kot…menara BERKEMBAR tertinggi….
asx
October 7th, 2008
at 1:42am
Dubai . Sangat lawa . Serius! . Tapi biasalah , cost of living agak tinggi .
musnaz
October 7th, 2008
at 3:20am
apa pon, KLCC tu masih memegang tahta bangunan BERKEMBAR tertinggi dunia kan? hmmm, correct me if i’m wrong, ewahhh! :)
wan
October 7th, 2008
at 4:59am
apala korg duk bangga sgt.kiamat dh dekat dah
twin tower pn bergoyang cm harem *sbb angin & ikut engineering-nya..itu bkn nye mslh
inikan menara yg berkilometer bagai?
hmmm,
KNizam
October 7th, 2008
at 7:27am
giler ah. aku rasa setiap 50th floor ada heli pad. senang nak evacuate nanti. haha
patah kaki wooo nak jalan kaki beratus2 tingkat tuh. haha
shaxx
October 7th, 2008
at 7:30am
bangunan makin tinggi tapi maruah (terutama sekali orang2 arab) di mana? ahahahaha… asik kena ikut cakap orang barat jer…
bd fabregas
October 7th, 2008
at 8:38am
sume berlumba2 nak jadi yg terhebat.. jgn kebajikan rakyat yg digadaikan sudah la..
titan
October 7th, 2008
at 9:54am
kalau bangunan tu runtuh atau jadi apa-apa. aku tak hairan. bangunan tinggi tu, bukan takat gayat lagi, kompem tak stabil..
Kene sekali gempa bumi kat situ lebih dari 5 skala ritcher. Habisla..
Hanep
October 7th, 2008
at 6:34pm
ramai sedara aku pegi sana ikat kontrak pembinaan. memamg diorang kaw2 pembangunan kt sana..
kooreen
October 7th, 2008
at 8:34pm
gila tinggi..aku nak naik pokok dokong belakang umah pun gayat ni tinggi hingga 1km..ilmu tinggi mencakar langit tiada gunanya jika kebesaran Allah tak mampu digapai..
zool
October 8th, 2008
at 7:10am
Aku tak minat melawat kawasan2 camtu…
Tak tenang.. Baik aku pegi melawat Sagil ( masa tak ramai pengunjung)..
Fahmishah
October 8th, 2008
at 9:20am
Walaupun KLCC tak turun takhta, tapi masih memegang gelaran TWIN aka KEMBAR.
catzer
October 8th, 2008
at 1:26pm
betul tu ckp ko fahmi..aku sokong..kita boleh pertahankan istilah twin tu..kekekek
chuckiesd
October 8th, 2008
at 4:45pm
Banyak skang projek mega di buat di Dubai…yang aku pelik..dubai buat projek mega tu dalam satu masa…banyaknyer duit deorang…
affuan
October 8th, 2008
at 5:08pm
shh.. jangan bising. nanti orang dubai tu nak buat yang twin plak, haru. hahaha.
Mohd Ismail
October 8th, 2008
at 11:36pm
@NoktahHitam aku sampai skang xpernah naik klcc tu.. teringin gak rasa goyang dia camne =) *engineering makin maju rasa aku..*
@KNizam aku rasa diaorg akan letak in-building train la kot nnt.. ha ha
Mohd Ismail
October 8th, 2008
at 11:41pm
@wan xde nak bangga apa.. bukan kat Malaysia lagipun =) cuma berminat nk pi tgk majunya engineering skang ni..
@fahmishah Tun Mahathir pun ade bantai cakap gitu masa wartawan mintak komen pasa Taipei 101 =)
cikahmad
October 9th, 2008
at 12:29am
Kalau pun Nakheel Tower menjadi bangunan tertinggi dunia satu masa nanti,kita perlu kembali kepada asas (back to basic).Apa tujuan sebenar pembinaan tersebut?Adakah untuk mendapat nama atau sebaliknya?
Safety & Stability.
Kita mampu membina bangunan setinggi mana pon kerana kemajuan teknologi.Tapi kenapakah dana yg digunakan itu tidak digunakan utk membantu para umat yg lebih memerlukan?
Riak & Bangga tidak kemana dibandingkan dengan kebajikan kepada yang memerlukan.
razif
October 9th, 2008
at 2:59am
betul tu cikahmad.akhir zaman..mcm ni le.
**aku sudah buang semua porno2 dr laptop aku..huhuh
affuan
October 9th, 2008
at 9:56am
aiyak! haha.
musnaz
October 9th, 2008
at 10:12am
baru aku teringat… bangunan dok tinggi-tinggi ni alih-alih ultramen sumer jadi ketot je la nampaknya… depa suma rata-rata baru dalam 60 meter tinggi jek, hu hu
dinzz85
October 9th, 2008
at 2:11pm
Perghhhhhhh.. camne tu
1 km. boleh ke buat bangunan camni..
101 kat taiwan tu pun skang dah terasa bergoyang..
ni kan plak tggi gini..
gila pe.. kalau tggi 1 km la kan..
aku teropong dari atap umah aku pun leh nampak bangunan ni..
hahah
Mie
October 9th, 2008
at 6:54pm
Cuba bayangkan jika tahun2 akan datang Dubai kehabisan minyak.
cyza
October 9th, 2008
at 11:02pm
Aku pun macam ko la Mael…
Aku nak ke Dubai dan rasa tidur kat Burj Hotel… 7 star tu…tapi tak tau la berapa USD aku habis nanti
Mohd Ismail
October 10th, 2008
at 1:12am
@musnaz ko boleh teringat ultraman plak.. adui! ha ha
@mie aku mcm kurang percaya minyak akan habis.. tp ta’tahulah fakta sebenar dia camne.. dunia ni maha luas..
Mohd Ismail
October 10th, 2008
at 1:14am
@zaki o hai lama x nampak.. =) selamat hari raya.. aku sebenarnya xde bermimpi pun nk tido hotel 7 star ke apa ke.. cuma nk berada kat sana.. tgk dgn mata kepala sendiri canggihnya kejuruteraan skang ni..
..semuanya tercurah ke Dubai.. shit!
johnny ong
October 10th, 2008
at 2:57pm
setuju dgn commenter yg pertama. negara uae akan kehabisan minyak mentah dlm masa 10 thn dan rancangan utk membangunkan industri-industri yg lain semakin hebat
tidak mengejutkan kalau uae akan melancarkan projek-projek yg lagi hebat dari ini
cyza
October 10th, 2008
at 8:26pm
apa kata kita plan dan target utk ke dubai bersama…mana tau in 3-4 years time ke…? just an idea…
atau buat rombongan ke sana
khai
October 11th, 2008
at 5:20pm
satu lagi khidmat Dubai menyumbang kepada petanda dunia nak kiamat..
mijie
October 18th, 2008
at 3:28pm
aku doaakan semoga impian ko untuk ke dubai tercapai, dulu aku berpeluang ke sana dua minggu, dubai memang cantik dan marvelous, pergi jgn tak pergi mael