Netlynx: Broadband terbaru dengan koneksi 10Mbps

**lihat gambar di’sini

Urut dada tu dulu bro. 10 memang angka yang sangat besar untuk nilai kelajuan koneksi internet di’Malaysia. Apa yang di’tawarkan oleh Time dotCom cukup besar rahmat’nya buat pencinta dunia internet yang saban hari berdoa semoga ada perkhidmatan lain yang lebih laju berbanding perkhidmatan internet dari err.. kau tahu la kan?

Netlynx, perkhidmatan internet jalur lebar terkini di’Malaysia dari Time dotCom yang menawarkan pelbagai pakej dari koneksi internet *2Mbps sehinggalah kepada koneksi internet *10Mbps. Aku seperti tertinggal sesuatu apabila membaca tawaran Netlynx ini. Ya! Tiada angka yang di’ikuti dengan ekstension Kbps. Terima kasih Tuhan. Netlynx menghilangkan *legasi Kbps dari mukabumi Malaysia yang mana masih di’gunakan oleh err.. kau tahu la kan?

**lihat gambar di’sini

Berita awal yang di’sampaikan oleh salah seorang ahli forum Lowyat, setakat ini perkhidmatan Netlynx hanya wujud di’Damansara Perdana. Tapi, siapa peduli bukan? Sekurang-kurang’nya aku tahu yang secara perlahan-lahan, monopoli akan di’pecahkan & kita semua akan tersenyum girang menikmari internet yang super-laju. Jadi kawan-kawan, Pulau Pinang atau Kuala Lumpur menjadi destinasi?

Mendengar alunan Like I Love You dendangan Justin Timberlake jam 4.08 pagi sangat mengasyikkan.

*merujuk kepada kadar muat’turun

Popularity: 10% [?]

There Are 29 Responses So Far. »

  1. eh, orang pertama komen upernye..
    hurmmm… bagus ar… RM79 = 2mbps??? oh!!!! indahnya dunia…
    bagusnya jika tmnet gulung aje tikar tu… hehehee…

  2. site die simple sgt..tak detail la..huhuhuhu..

  3. nak buat mcm mana kan, skrg ni internet kt mesia masih lagi di di monopoli…..harap2 lepas ni, rakyat malaysia ada pilihan selepas ni…

  4. boleh tahan murah dia. Streamyx klu RM77 baru dpt 1mbps. Tapi hopefully service dia ok la.

    Kat penang, ada satu lagi broadband yg dipanggil PenangFon klu tak silap. Service lg murah dr Streamyx, tapi dari beberapa kwn aku yg guna PenangFon, service dia lagi hampeh dr Streamyx. Selalu down.

  5. Demmit, 10Mbps..Aku area Bandar Tun Razak, ada dia tawarkan untuk wireless tak? Err, tak mengapa, nanti aku periksa sendiri..

    Aku guna 3G yang serupa koneksi EDGE, apa kes?!!

  6. Hidup Redesign Malaysia! Hidup Josh Lim! Hahahaha..

  7. xkuar iklan secara besar besaran pun….

  8. tapi utk aku yang berada di luar KL dan Penang ni mungkin ngambnil masa utk menikmatinya….ngeeee….

  9. kalau kita bersyukur…. Allah akan tambahkan lagi nikmat… kompom, yeah! syabas netlynx! macam hotlink ngan fordlynx pulak bunyiknye!

  10. aku kembali.
    teringat nostalgia lama mula2 langgan internet. dial-up. Download satu lagu, satu hari. Atau dua hari. Atau aku bengang, aku cancel lepas separuh.

  11. Mesti TM tergugat & fight harga punya.
    Kita tunggu bila WiMAX siap, insyaAllah lebih banyak tempat boleh dapat high speed kan.

  12. pergh ni baru betul WOW -(tagline vista *and vista suck) haha MASA UNTUK BERUBAH, tunggu dia sampai ampang je kemudian terus aku tukar dari streamyx yang tak reliable!!

  13. wow. jauh gile beza harga utk 2MB tu.
    harap2 netlynx sampai keseluruh malaysia lah.
    jangan stay kt kawasan2 tu je eh :)

  14. Alhamdulilah..penantian ku berbaloi.. kau tau la kan? :D :D

  15. CEO TimeDotCom adalah Dato’ Baharom Salleh, CEO TM Net sebelum Michael Lai. Kedua-dua CEO ni lari dari TM Net sebab tekanan orang atasan.

    Michael Lai sekarang di Green Packet.

    Celcom ada 3.6 Mbps. Tak mahu cuba.

    Tapi akhirnya Time guna jugak Internet Backbone yang paling laju ada di Malaysia sekarang. Buat tahun 2002 tapi 2007 baru utilize.

  16. boardband fiber optik hanyalah mimpi buat diriku.. aku sunyi.. hohohohoho

  17. mm…10mb dekat 500….perghh…laju koneksi…laju duit mengalir…bila nk dpt laju tp murah aa…ajajaja…

  18. tp korg spe yg pakai strimik or lain2 tuh…konfem ade agreement at leasr 1 and 1/2 year contract kan…ahahha….rugi aa camni…

  19. aku nk 50mb pulak…ahahaha…jgn 10mb tp torrent blok sudah…tak guna broadband tuh…:P

  20. hahah bila da ade saingan …konfem streamyk akan jadi murah dan akan try utk wat yg terbaik…ni yg menguntungkan pengguna…ahahahah…tp tggu smpi ada pesaing baru nk mantap ke?

  21. jika tawaran tu sampai di Johor.. aku la antara golongan pertama yang akan subscribe…

  22. ermm aku rase netlyn nie takkan sampai kat seluruh mesia ismail sebab

    1) last mile connections are still controlled by TM
    2) economically not feasible to expand to whole malaysia becoz of current monopoly by TM and relatively low malaysian net penetration
    3) when the demand is high although their connection is up to 10 meg/sec but the international is still small and expensive
    4) the viscous cycle continue until nationwide WIMAX is introduced and cutting TM monopoly era

  23. Kenapa pulak Time tak promasi package ni…. mungkin sebab masih testing kot?

  24. hai semua…saja nak info..
    saya dah bersalin…baby girl. kalau nak tengok gambar baby girl cute saya tu lawatla blog saya yer.

  25. takpe la aku tunggu yg internet gune plug jer…

  26. produk TIME ni dah lama ada, sebelum aku psg Stremyx lagi… cuma limited jek… Lembah Kelang pun belum semua dapat… tu yg leceh…

  27. Wah,baguslah ade alternatif broadband…hang memg kuat surfing yer??
    byk info dapat, sambil2 surf, photography pn leh tahan gak..
    good job bro…dgn adenye netlynx, lagi aktiflah blogger2 malaya.

    :)

  28. wahh! thx for the info! harap2 cepat la sampai Shah Alam hahahaha.. lame aku x masuk sini mael.. cantik la theme ngan header baru ko nie.. rasa nak curik je.. hehe xpe la. aku bz. nanti aku curik.

  29. hoh.. shah alam streamyx dah molek da… netlynx ni patut bawak masuk ke kampung2 ye x?

    ha ha ha.. sila la curik, aku izinkan…