New to blog, where to start?

834496_83826128.jpg

Penulis blog baru kebanyakan’nya akan memikirkan dari mana mereka harus bermula untuk mendapatkan trafik. Tak kurang juga yang berpendapat bahawa mereka hanya perlu menulis dan tidak perlu melakukan perkara lain, dan trafik akan datang dengan sendiri’nya.

Aku dah berjumpa beberapa kes begini yang pada aku satu pendapat yang hanya merugikan masa. Di’sini ada beberapa teknik yang aku sarankan untuk mendapatkan trafik untuk blog baru sekaligus mendapat pendedahan di’tengah-tengah kelompok penulis blog yang timbul entah dari mana. Blog di’Malaysia semakin banyak, mesti kalian tidak mahu tenggelam & terus hilang bukan?

  • Aktif di’forum - Walaupun aku sendiri kurang into dengan aktiviti berforum ni, tapi aku tak boleh nafikan yang forum adalah satu sumber trafik yang kuat jika kau aktif & rajin berkongsi. Di’Malaysia, forum yang aktif & bisa memberikan trafik penyegar mata adalah WangCyber.com. Kebanyakan mereka di’sana juga adalah penulis blog selain penulis e-book. Jika blog kau cukup menarik, orang-orang di’forum akan melekat di’blog kau dengan tempoh lebih lama.
  • Tinggal’kan komen - Lawat ke’blog orang lain & tinggalkan komen yang bernas. Ini penting, jika orang yang membaca komen kau di’blog orang lain & berminat dengan cara penulisan & penyampaian kau, mereka tidak akan kedekut untuk menyumbang sedikit tenaga untuk klik link ke blog kalian. Pasti’kan kau tinggalkan komen dengan berhemah & punya relativiti yang tinggi ke’atas apa yang di’bincangkan.
  • Bina hubungan - Ini aku pernah bangkitkan dahulu dalam ruangan Tanya Mail! menjawab soalan berkaitan hubungan dengan blogger & pembaca. Wujudkan hubungan yang erat & tampilkan diri dengan lebih kerap di’blog-blog yang menjadi tumpuan ramai dengan meninggalkan komen. Lama kelamaan orang akan mula berkata,”Wahh… mamat ni ada kat mana-mana seh, siapa dia eh?” Dan, kau akan dapat satu klik dengan cara begini.
  • Iklan’kan blog kalian - Ini memerlukan sedikit pelaburan tetapi mempunyai pulangan yang bukan sedikit dari segi trafik. Ketika Mohd Ismail dot Com membuat pengiklanan di’WangCyber bulan lalu, blog ini menerima ramai pembaca baru yang asal’nya datang sana. Tanya’kan pada Fawari, bagaimana efek iklan ‘I Hate Mohd Ismail!” kepada blog beliau. Sila tanya & jika ada sesiapa berminat untuk melakukan perkara serupa, hubungi aku.
  • Get list in Box of Fame - Ha ha. Apa yang aku perlukan katakan lagi? Box of Fame menempatkan 10 link ke blog komentator yang paling aktif. Dengan format baru yang di’ubah kepada mingguan, Box of Fame memberi peluang kepada semua untuk berada di’dalam sana dan mendapat sedikit cinta dari pembaca di’sini. Kau, yang membaca sehingga ke’baris ini, lawat-lawat’lah 10 blog di’atas sana, mereka penulis blog & komentar yang hebat-hebat belaka.

Nah, mulakan sekarang & kejarkan populariti yang sememangnya kau perlukan untuk survive dalam dunia menulis blog Malaysia yang semakin membesar ini.

Popularity: 10% [?]

There Are 41 Responses So Far. »

  1. “Tak kurang juga yang berpendapat bahawa mereka hanya perlu menulis dan tidak perlu melakukan perkara lain, dan trafik akan datang dengan sendiri’nya.”

    ada betulnya fakta itu. namun pelawatnya pasti rata2nya dari enjin carian yang kemudiannya tidak datang lagi.

  2. Aku setuju kerana kebanyakan yang datang ke blog aku …eerrr..blog anak aku tu datang dari komen di blog kau dan yang sewaktu dengannya. Setidak tidak nya dapat la anak aku tumpang populariti kau. Mungkin yang tulis blog dan tak promosi tu hanya suka suka untuk diri sendiri kot.

  3. mari tanya aku. haha.

  4. beberapa minit tadi aku ada hal. so, sekarang baru boleh komen betul-betul.

    dari pemerhatian aku, bila seseorg blogger nak mengiklankan blog mereka, ada satu yang perlu diambil berat. iaitu kemampuan mengupdate blog setiap hari. hoho. serius. pastikan dalam satu bulan anda membayar untuk mengiklan blog, anda meng-update juga blog anda. ini utk menjamin pelawat2 yg dtg utk dtg lagi. sekian.

  5. betul…cara tukar link ko ngan wawa adalah unik…mungkin kita patut buat juga di mana ko patut letak i love csankai-dot-org dan aku akan letak its ok..i love u too mohdismail-dot-com..hahahaahhah…nampak sangat gei…tapi berkesean…ha ha ha..

    p/s : gurau jer kay….;P~

  6. bunyi2 gei tu dah ade dah tu..tapi kira ok jgk kan..yg penting think out of the box..kalau nak kata info ngan tips bloggin kat net mcm2 dah org buat..org kongsi siap jual lagi ilmu2 tu..tapi semuanya bergantung pada diri masing2 betul tak?

  7. haa.. tu la. dia sikit lagi mahu letak i love u mohdismail.com. haha.. tak bole la kan, nnt jadi gosip. mohd ismail dot com kan fofular. :D

  8. hehe, ni nak komen dah ni, tapi kesibukan melanda diri. Tapi jangan riso blog akan teruskan jugak, tukar-tukar link bleh mael?

  9. kita kena kaji apa kemahuan org yg dtg pada blog kita..baru mendapat tempat di hati org..hihi

  10. hahaha… dua² dok I love U tu yg jd gosip…
    nanti akan timbul, “I tak pernah pun cinta dia…”
    hohoho…

  11. wah! sungguh padat dan tepat nasihat Mael tuh! Menusuk kalbu saya yang baru je nak jinakkan blog saya tuh (berjinak2 dalam dunia pemblogan) Thanx sangat! Oleh itu saya amat berminat nak buat iklan yang stail ‘I Hate Mohd Ismail’ tuh la, he he, tq

  12. kena kompaun lagi ke nih? rasanya kena hadkan lagi. limited komen yang bertalu2… hahaaa… tau takper laaa. komen yang bernas laaa yang bleh memberikan manfaat dan idea kpd orang lain untuk terus menulis…

    ada yang dah try seodigger dot com tak? bleh try cari senarai keyword yang akan membantu anda dalam menghasilkan penulisan… itu salah satu caranya laaa nak tahu apa yang orang ramai cari dalam internet dan membolehkan blog anda ditemui…

  13. Mmg kena banyak belajar ngan mael nie, segala cadangan amatlah berkesan n senang dipraktikkan..
    Mari kita belajar beramai-ramai..

  14. Aku harapkan komen je sebab aku jarang berforum. Miaahaha..

  15. huhu dlu…aku slalu ke blog2 …promote blog sndri..secara tak langsung dapat aaa membe2 baru…skrg ni mcm malas…da bizi kot…ahahah

  16. oh ya…adakah dengan menjadi antara top komentar disini akan menyebabkan blog saya di kunjungi orang ramai?

  17. tenkiu mail!

  18. Tips nak suruh orang komen kat blog kita ada tak?

  19. ko wat perduan..sapa banyak komen dapat duit ka, handphone kah, kreta kah…bersepah org nak komen….hahahahahaa……

    bagi aku, yag penting kontent utk pembaca..kalu topik tu menarik, biar satu ayat ko letak pun org komen sampai 5 6 muka surat…ehehehehh…

  20. mail,

    apa kata tajuk entri ko pun ko buat dalam bahasa melayu?

    cadangan aja… nyatanya ko boleh buat bodoh aja dengan cadangan ini.

  21. jawapannya, yes! untuk bulan lepas, masa nama aku kat top komentator tu, banyak gile trafik dari mohdismail.com. tapi, anda perlu pastikan blog selalu (baca: setiap hari) diupdate. jangan jadi mcm blog aku. dah berhabuk dah. haha.

  22. betol ckp sankai. buat peraduan. haha. tapi tips lama yang masih berkesan, di penghujung entri taip satu soalan untuk merangsang pembaca berfikir dan menjawab.

  23. memang patut pun… kalo tgk nav kat atas tu semua dah tukar ke Bahasa kecuali home…
    kat footer yg powered tu la…

  24. aku ade nak tambah skit mael, join juga mybloglog atau blog catalog iaitu blogger community.

  25. yeah betol tu, masukkan plugin stats ke.. kite kaji ape kemahuan org dan mereka suka bace apa..

  26. bkn sidebar paling kanan tu mybloglog ke?

  27. tapi aku x suka komen yg tak berkualiti..kadang2 org masuk sebab nak komen saja tanpa baca entri..malas betul

  28. haha..itu reader la Wizurai…jgn harapkan org nak join komuniti blog kita..kita sendiri kena bergerak..

  29. bayangkan kalau kat blog mael pon dapat traffic tinggi..bagaimana pula kalau JohnChow buat review blog kita..hahahaha abis bandwith woo

  30. hahah ye ke…aku masih menunggu impak menjadi top komentar nih..ahaha…

  31. hahaha… sekali ko masuk sini, ko reply komen 10 sekali gus jadi la top komentator…

  32. hahaha nampak sangat gila popular sapa yg mahukan menjadi top komentator…

  33. betul…betul… aku perlu 100%’kan blog ini dalam Bahasa Melayu.. terima kasih buat Nuzul Hayat & Wizurai.. heh!

  34. di’awal kemunculan MyBlogLog, ia menjadi lubuk trafik buat penulis blog seluruh dunia.. sekarang kemungkinan lebih efisien untuk mencari kenalan yang menulis dalam topik yang sama.. err.. aku menulis topik apa ye?

    *think…think…

  35. ha ha.. itu menyepam.. sila jangan salahkan aku jika ada yang di’tapis tanpa sebab.. Akismet sangat gila, spam tulen boleh lepas, kdg2 komen korang pun boleh masuk sana..

  36. yeah btol itu reader shj.. kite kenalah rajin bergerak.. sekali kau berada di hot community, trafik ko lebih baik dr hari semalam.

  37. hye..dari yang aku bace dari sini aku dapat blajar sket care menulis blog..dan care2 nak tarik orang msk ker blog kiter..tq..dan jempot ker blog aku yer bro..komen la sket..aper yg ptt atau x kat dalam blog aku..mudah2an aku dapat memajukan dir aku nih lagik..

  38. hahaha..pernah terjadi di mana semua komen pada blog aku disekat oleh Akismet..mula-mula fikir tiada pelawat..sekali tgk pada bahagian comment si akismet yang bijak sudah terlalu rajin sehinggakan semua komen disekat.

  39. encik ismail.boleh beritahu plugin apa mu pakai untuk edit komen?hihi

  40. dia dah bgtau la… cari je dlm ni…

  41. huhu…spamming…tak mungkin…akismet slalu tapis akunyer komen…tak caya cek aa mail..:P