Oh! ColorSchemer, harmonisasi

Oh. Harmonisasi warna menjadi mudah buat aku sekarang. Aku bukan pereka laman web jauh sekali hantu grafik, tetapi perisian ColorSchemer sangat-sangat berguna untuk aku bereksperimentasi dengan warna. ColorSchemer secara asas’nya akan memberikan kombinasi warna yang tepat dan tidak bercelaru seperti sesetengah profilus MySpace. Kau juga boleh memuatturun skema warna dari laman web mereka dengan format .cs yang pada mula’nya aku sangka fail untuk di’buka dengan Adobe Photoshop CS.

Jika kau mempunyai sekeping foto atau screenshot sesebuah website/blog, kau dengan mudah boleh mengetahui skema warna yang mereka guna’kan dengan tool PhotoSchemer. Oh aku suka! Jika kalian banyak duit dan mahu menyokong hasil penat lelah mereka yang menghasilkan perisian ini, kalian boleh muatturun dengan harga USD49.99 atau hampir RM165. Jika tidak, kad kredit segera untuk perisian ini ada di’Google. Aku tidak galakkan pirasi, tetapi ya’lah, kau tahu kan?

Dan, oh ya, satu lagi laman yang menawarkan skema warna kegemaran aku adalah COLOURlovers.

Popularity: 6% [?]

There Are 9 Responses So Far. »

  1. kalau diaorang fdaham bahasa melayu, ko sudah dpt satu penyakit mail. ahahhaa… buang url keygen tu wei. sesapa yg berminat, email ko untuk keygen tersebut. jgn letak mcm tu…

  2. aku tak faham sebenarnya apa penyakit yg ko maksudkan… tp yang pasti, keygen tu aku sudah remove.. korang boleh google sendiri.. lebih advanturas..

  3. penyakit kena lawsuit. ahahhaa… elok la remove keygen. walaupun tak menggalakkan, cuba kita jgn mudahkan kerja mereka. suruh mereka cari sendiri. ahahhaa…

    yup, kasik advanturas………

  4. hahaha mininova, demoniod semua ada..hahaha..bukan nak sokong pirate tetapi kita x mampu..

  5. pemikiran dan minat saya masih belum sampai tahap ni lagik, hmmm….

  6. oyeah, aku sangat suka color schemer.. aku dah menggunakannya kira-kira 2 tahun dah..

    Kaler2 pilihan aku di sini yah!

    colorschemer ni pon best jugak
    dan boleh digunakan utk memilih warna-warna cat yg cun (raya dah nak dekat kn),
    dan warna-warna kain utk baju raya ke pon boleh gk..

    usually, aku guna utk design dan juga utk seleksi fabrik

  7. hahaha nanti silap2 blog ini le yg kena saman sebab tlg org ..bahye

  8. yup aku mmg suka perisian ni.. dia banyak membantu aku tika membuat design poster dan laman web

  9. oh ini adalah perisian rupanyer….hehe…kiranya utk membantu dlm GUI aa ni ek…tq..