Oh Sainstastik! #01
- 35
- Add a Comment
Aku baru sahaja selesai sessi Viva untuk Projek Tahun Akhir yang menandakan secara tidak rasmi aku sudah tamat kontrak belajar bersama Universiti Sains Malaysia (yay!). Lega hati hanya Tuhan yang tahu.
Kepada para Pegawai Sumber Manusia yang membaca blog ini, boleh’lah e-mailkan alamat syarikat masing-masing untuk aku hantarkan resume. Jangan biarkan aku menanam anggur terlalu lama. Bahaya untuk masa depan belia negara dan poket aku, khasnya.
Sebagai mengisi masa yang ada, aku cipta lagi satu siri entri yang akan muncul saban minggu sebagai entri wajib menghiasi Mohd Ismail dot Net. Selepas siri Seleksi Hujung Minggu mengambil slot pada hari Sabtu atau Ahad, Oh Sainstastik! akan mengisi slot pada hari biasa. Oh Sainstastik! secara asas’nya menyediakan berita berkaitan dunia sains & teknologi seantero Bumi yang terkini & menarik untuk di’kongsi.
Aku akan sampaikan dalam satu cara paling mudah supaya ada seorang dua Mat Rempit di’luar sana yang boleh jatuh hati dengan sains. Ini dia, Oh Sainstastik! #01.
Russia (mungkin) menghantar monyet ke Marikh sebagai ujian
Nampaknya, bukan manusia akan menjadi makhluk pertama yang akan menjejakkan kaki ke Marikh. Pemilihan monyet sebagai makhluk Bumi pertama yang akan ke’sana adalah kerana saintis mahu menguji sekuat mana radiasi yang wujud di’permukaan Marikh. Monyet di’katakan mempunyai sensitiviti yang sama dengan manusia terhadap dos radiasi yang kecil atau besar. Projek untuk membawa monyet ke Marikh ini akan berjalan sama dengan projek Mars-500 yang akan membawa manusia ke’sana — yang akan bermula awal 2009. Tetapi, perjalanan ke Marikh tidak akan mungkin bermula sekurang-kurangnya 10 tahun dari sekarang. via Russia tests monkeys for Mars trip - BBC News
Pil untuk menghilangkan dengkur - Saintis
Isteri-isteri yang menghadapi masalah suami seorang pendengkur tegar, kini saintis sedang mengkaji sejenis pil yang mampu menyelesaikan masalah dengkur yang tidak keruan. Pil ini di’dakwa mampu mengawal aktiviti pengaliran udara ketika pernafasan & pembukaan otot yang di’hubungkan dengan otak. manusia. Ujian makmal sedang di’jalankan dan keputusan awal menunjukkan mereka yang mengambil pil ini dalam dos yang tinggi menunjukkan pengurangan sebanyak 50%. Harap’nya pil ini tidak akan ada apa-apa kesan sampingan. Dan, jika pil ini menjadi kenyataan, akan menjadi antara pil terpenting dalam hidup seorang lelaki. Oh ya, perempuan pun berdengkur juga ye tak? via Scientists test anti-snoring pill - Telegraph
Sekarang, kita boleh klon kambing — sekali lagi
Satu teknik pengklonan baru telah di’temui oleh para saintis yang obses dengan Kejuruteraan Genetik ini. Teknik terbaru ini yang jauh lebih efektif berbanding teknik pengklonan Dolly di’katakan sangat mudah untuk di’lakukan dan mempunyai peratusan keberjayaan yang lebih tinggi. Teknik ini secara asas’nya adalah pengubahsuaian genetik pada peringkat awal dengan sel yang telah di’ubahsuai dari sel asal bahan yang hendak di’klon. Mengambil kata-kata Robert Lanza, Ketua Pegawai Saintifik yang menjalankan ujikaji ini, jika kita mempunyai sedikit sel kulit Albert Einstein, sesiapa sahaja mampu mempunyai anak dengan 10% atau 70% sifat Albert Einstein dengan teknik pengklonan baru ini. Satu ketakutan atau kelebihan buat manusia?
Kau, mahu klonkan siapa? via Now we have the technology that can make a cloned child - The Independent

Saksikan pelepasan Karbon Dioksida secara live di Breathing Earth dan lihat berapa banyak Karbon Dioksida di’lepaskan oleh seluruh dunia. Pemanasan global adalah sesuatu yang benar-benar terjadi. Habis sahaja kau membaca entri Oh Sainstastik! ini, seorang rakyat Malaysia meninggal dunia & 4 bayi baru di’lahirkan.

35 Comments
Tech Blog
April 15th, 2008
at 9:45pm
Seorang rakyat Malaysia meninggal dan 4 bayi baru dilahirkan..Wow..Orang kita sangat subur..
Mohd Ismail
April 15th, 2008
at 9:55pm
statistik September 2005 kata gitu… aku yakin skang lebih subur — dengan adanya ubat lelaki kuat merata2 tempat… ha ha
KNizam
April 15th, 2008
at 10:21pm
wahhh tahniah! buat phd ke ek ?
sallikin@nikillas
April 15th, 2008
at 10:30pm
Krooooooh~~~~~ Krooooooh~~~~~~
hoh…??!! aku dengkur ke..??
camne la kita nak tau kite dengkur ke x selagi xda org bagitau yg kita ni berdengkur…
~~ engko dah abes eh blaja kat USM neh.. aku masih ada 2 tahun lagi… wawawa…
wanwma
April 15th, 2008
at 10:32pm
semoga kau pun bertambah subur dengan seleksi terbaru ni. hohoho
KNizam
April 15th, 2008
at 10:33pm
eh comments aku tadi hilang la. uwaaaaaaa
Mohd Ismail
April 15th, 2008
at 10:51pm
tgu ko kawen la.. x pun ko suh rumate ko berjaga, tgk ko tido berdengkur ke tidak =)
*yeah! sudah2 la tu belaja.. penat da ni.. haha*
noris
April 15th, 2008
at 11:02pm
Ya betul!
Bangga rasenye menjadi orang yang subur.
Mohd Ismail
April 15th, 2008
at 11:03pm
ops kejap.. ko da ade produk ke Zeman? he he =)
muhdzahari
April 15th, 2008
at 11:14pm
kesian pulak kat monyet tu..agak2 awek monyet tu pegi tak? tak la sunyi..haha!
Mohd Ismail
April 15th, 2008
at 11:16pm
ikut jangkamasa, diaorg perlukan 500 hari tuk pergi-balik dr marikh… lama tu siot.. kalo kita pergi pun, mahu gersang… ha ha ha
Tech Blog
April 16th, 2008
at 12:45am
500 hari..?? Aku tidak boleh terima. Pasti aku angkut sekali orang rumah. 500 hari adalah sangat lama bagi orang yang mudah gersang seperti aku..
Razif
April 16th, 2008
at 3:56am
baru nak abis ke…aku otak berkarat dah ni
khai
April 16th, 2008
at 7:11am
nice.. satu lagi tarikan untuk aku selalu ke sini..
monyet ke marikh? bagus la idea diorang tu.. biar la monyet yang jadi “bahan” kat sana.. hantar manusia kang mati sia sia plak.. tapi kalau betul perlukan 500 hari untuk ke sana, kalau aku jadi manusia bertuah untuk menjadi yang pertama ke sana, tak hingin aku pergi hai.. mati kering awek aku kat bumi ni nanti.. harhaharhar…
Err, mungkin pil sebegitu harus dijual di kedai2 seperti penjualan panadol dan pil2 pening kepada yg lain.. amanlah dunia tidurku…
Errr, aku nak curik sel Kristin Kreuk la.. mana la tahu dapat buat anak muka macam dia, silap2 terjatuh cinta aku kat anak sendiri.. wahahaha…. huuu, mintak dijauhkan…
Errr, karbon diokside. Mael, tolong jgn kentut lagi. Sila sendawa sahaja untuk membuang angin… Kui3…
khai
April 16th, 2008
at 7:16am
isk isk.. kecian dia.. gersang…. hahahaha
omarbahrin
April 16th, 2008
at 8:32am
“Bahaya untuk masa depan belia negara dan poket aku, khasnya.”
huhu…mail bakal mengikut jalan sufiah? ahakss..
* gurau je ni oii
Qaiyum
April 16th, 2008
at 9:09am
Hoh.. Tapi Mampukah Mail Menyaingi Kejayaan Sufiah? Sama²lah Kita Saksikan. Hahaha..
musnaz
April 16th, 2008
at 9:13am
cayalah mael! tahniah kepada ko yang maju setapak lagi sebagai problogger!
catzer
April 16th, 2008
at 10:53am
mael kan dah glamer awal2 lagi..kkekekkeke
angel_baik
April 16th, 2008
at 11:19am
jadi la blogger sepenuh masa :)
gie
April 16th, 2008
at 2:17pm
ape perancangan ko…wei…aku tak habis lg…tgh pulun wat kerja ni…adoi..tak tdo malam aku….menaip kat keybod gune dahi…hahah…mael…ko nak part time ke…?tolong siapkan kerja aku..minggu ni aku submit….mau tak :D
oDiN
April 16th, 2008
at 2:21pm
Aku ingin klon mohd ismail !
supaya semua blogger di malaysia dapat sorang satu dan berjaya melariskan blog masing 2x (dan KAYA akibat klik tanpa henti advertlets and nuffnang )
huhu
(it’s a joke .. but take it as a compliment will ya .. )
cikahmad
April 16th, 2008
at 3:29pm
500 hari..lama gila weii!Tapi ko rasa berapa agak agak kos untuk itu semua?
cikahmad
April 16th, 2008
at 3:32pm
menaip camane yer pakai dahi..lenguh jugak tu nak tekan backspace..haha
Mohd Ismail
April 16th, 2008
at 3:38pm
blogger sepenuh masa? belum masanya lagi kot.. aku enjoy keje menulis blog ni, tp nak gak merasa kerja saket pala ye x? =)
kita tgk camne…
Mohd Ismail
April 16th, 2008
at 3:39pm
ha ha.. ko nak klon aku then jual ye? haha… ye aku amik sbagai compliment.. =) thanks oDiN
Mohd Ismail
April 16th, 2008
at 3:44pm
ko nak langgan aku OB? nak? aku kira murah2 je… haha ha..
*gila apa kerja jadi Sufiah..*
Mohd Ismail
April 16th, 2008
at 3:46pm
entah la weh.. yg penting mmg akan berbillion2 dollar.. aku cuma terpikir camne ngan bahan bakar diaorg nnt.. lebih setahun tu nak berjalan.. =)
Mohd Ismail
April 16th, 2008
at 3:47pm
Itu lagi satu hal, kalo sel anak kita di’modified dgn cara gini, apa hukumnya eh? pening la pala ustaz2 ni nanti.. =)
cikahmad
April 16th, 2008
at 3:54pm
Sila lah cuba untuk mendalami lagi jiwa raga seorang problogger wahai mael…chem eng tu part time dan blogger fulltime.Erkk..boleh terima ke cadangan aku?
CHOT
April 16th, 2008
at 4:31pm
dah habis belajar..lepas ni bole la menembak!
hanep
April 16th, 2008
at 5:25pm
agak2 klu diorang bekal awek2 cunz korang nk pegi x? hahah~
muhdzahari
April 16th, 2008
at 7:04pm
lecturer fizik aku penah bgtau, ruang agkasa tu vakum, so bile guna newton law, kapsul akan sntiasa gerak sbb xde geseran..sori mael, jd klas fizik lak..
lalalaa..(muke xbslah)
Mohd Ismail
April 16th, 2008
at 7:22pm
ha’ah.. betul jugak.. cuma kene ade bahan api tuk berlepas je la ye tak? ha ha.. wokeh! mari ke marikh!
titan
April 17th, 2008
at 2:22am
seorang rakyat Malaysia meninggal dunia & 4 bayi baru di’lahirkan. Oh. Siapakah yang meniggal itu?