Oh,cinta itu prisma tiga segi
Seorang lelaki,kata’kan saja A,meminta seorang perempuan,kata’kan saja B,mencari seorang calon isteri buat anak saudara’nya.kata’kan saja X.Si X adalah seorang lelaki,yang sedang menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi awam yang kurang terkemuka.Aku ulangi,si X adalah seorang lelaki.
Persoalan yang bermain di sini,lelaki jenis apakah yang terlalu penakut sifat’nya meminta pihak ketiga mencari jodoh untuk diri’nya sendiri.Aku,aku’lah.Tak mampu untuk faham lelaki jenis begini.Senang untuk meminta bantuan pihak ketiga.
Si X ini mungkin tidak tahu,atau terlalu naif dalam soal cinta & perhubungan.Bagi aku,suatu hubungan itu akan utuh jika kau kenal pasangan kau melalui mata kau sendiri,bukan’nya mengikut telunjuk pihak ketiga yang mengatakan si polan binti polan ini baik untuk kau.Kahwin’lah & kau akan kekal sehingga ke akhir hayat.
Si B adalah seorang perempuan yang belum berkahwin & semestinya belum tahu hujung pangkal sebuah perhubungan,dan kau minta dia mencari jodoh untuk kau?Oh,tolong’lah Tuhan.Mereka ini desperado mungkin.
X,kau akan kenal pasangan kau dengan pesongan perspektif pihak ketiga.Apa yang baik,apa yang buruk,semua’nya akan terpesong di situ.Kau akan percaya apa sahaja sikap’nya melalui pihak ketiga.Kerana pihak ketiga sunguh-sungguh mahu kau dan dia bersatu.
Dan,hidup’lah kau sepanjang hayat atas telunjuk orang lain.Biar’kan orang-orang disekeliling kau cemburu dengan pilihan hati pihak ketiga.Biar’kan.Kau akan bahagia.
Popularity: 6% [?]