Otak pusing ke papan kekunci

img_3469.jpg

Oh wajah wajah gembira walaupun hampir semua dari kami tidak tidur semalaman sebagai persediaan Pameran Latihan Industri Kejuruteraan Kimia 2007/08. Aku salah seorang dari mereka yang hanya bisa lelapkan mata 3 jam sebelum bermula’nya pameran & pemberian markah. Dan, masih mampu tersenyum kerana aku seorang yang kool!

Dua (2) hari tanpa update terkini amat aneh bunyi’nya, tetapi inilah hakikat seorang pelajar di’universiti milik penuh kerajaan Malaysia. Tahun ini tahun terakhir aku berada di’sini. Tahun depan, apa yang terjadi hari akan tinggal memori & senyuman berkelompok seperti ini akan di’rindukan.

img_3420.jpg

Ini Noramin, dia seorang penglipur lara yang sungguh hebat. Jika dia menulis blog, aku pasti semua akan terpegun dengan bait-bait & prosa kata yang dia guna’kan. Jangan ajak beliau berbicara tentang cinta & kehidupan, dia akan keluarkan 1001 falsafah yang tidak pernah di’dengar oleh orang kebanyakan.

img_3419.jpg

Khonisah & Sa’adah, dua orang gadis yang berpraktikal di Sirim Berhad. Melalui mereka, aku tahu bahawa Sirim Berhad bukan sekadar lulus’kan barangan elektrik untuk kegunaan rumah kita semua. Sirim Berhad boleh hasilkan keris tiruan, implan tiruan untuk manusia patah tulang & paling ultimate, Sirim Berhad boleh terima gadis sopan santun sebagai pelatih.

img_3432-copy.jpg

Lelaki berbaju merah bertali leher biru dominan itu bernama Shahir. Dia seorang yang extrovert jika berada di’kalangan lelaki & seorang yang introvert jika berada di’kalangan gadis-gadis. Tetapi, hari ini Shahir menjadi extrovert pada kedua-dua keadaan. Mungkin ini strategi Shahir untuk bisa mendapat dua gadis dalam satu masa. Mungkin.

img_3473.jpg

Saat entri ini di’tulis, kepala aku masih tergoyang-goyang dek kekurangan tidur. Aku mahu tidur. Tetapi, kondisi di’luar sana tidak mengizinkan aku untuk lena. Terlalu panas & aku tidak gemar untuk tidur dalam kepanasan. Tidur seharusnya di’selaputi dengan atmosfera yang sejuk supaya selimut dapat di’gunakan seoptima mungkin & posisi meringkuk boleh terjana dengan lebih selesa. Aku tunggu hujan.

Lelaki ini & Rumpun 2007

Kali pertama aku dengar, Lelaki Ini pada aku sekadar sebuah lagi lagu yang menjadi medan menguji dinamik’nya vokal Anuar Zain. Kali kedua, aku sudah terkesan dengan lirik di’dalam lagu ini. Hari ini, aku ketemu mp3 lagu Lelaki Ini tetapi tidak bisa aku download atas sebab-sebab hakcipta. Dengar’kan di Ireans.com dan kata’kan pada aku yang lagu ini akan hits sekurang-kurang’nya untuk jangkamasa 2 bulan dari sekarang.

Lelaki ini, tak pernah mengenal erti jemu hati’mu…

Kawan-kawan, tiket bas sudah aku beli, cari’lah lelaki berbaju Polo hitam di’sekitar KLCC esok, itu aku. Jumpa di Rumpun 2007!

28 Comments

aku pun pakai polo hitam esok di pudu. wuwuuw…
akhirnya mail update. aku sudah muak komen pada entry yg sama. tahniah atas presentation projek yg berjaya.

ohyeahhhhhhhhh…

oh, aku nampak mail dlm gambar tersebut…. ahahha…
mail kacak bergaya… sapa nampak mail, angkat tgn!!!

Beck datang! ha ha haa.. ta’kesah.. polo hitam pun polo hitam.. boria pun boria la.. janji kool!

*aku perlukan kamera baru.. kamera cap ayam aku dah macam.. err.. ayam..

okeh.. aktiviti pra-Rumpun 2007, cari di’mana aku dalam banyak2 gambar.. Beck boleh kasi klue, tp jgn straight sgt.. ha ha..

leks la mael.. aku pernah setgh jam je tido dan xtido pon ade terus gi presentation.. heheh.. yg aweks aweks tu nak peace jer.. aku suke ko ckp pasal Noramin tu.. interview la skit.. hebat erkk 1001 falsafah tu.. ape ape pon gud luck !!

ahaha. aku masih tak dpt green light dari boss aku. sdg buat kerja sampai habis ni. kalau habis kerja, aku maybe tumpang kawan aku gik KL esok pagi. InsyaAllah…

tapi moga moga berjaya la semua dan berjalan lancar. ohyeahhhhhhhh!

korg universiti penuh milik kerajaan yang mana?.. x pernah nampak pun… ;)

standard la perempuan kalau amik gambar.. mana’de nak buat pose lain, habis canggih dah peace tu.. ha ha ;p

di dalam gambar yg terakhir artikel ini. mail mengenakan kemeja kosong berwarna cerah. seorang lelaki bertali leher. tidak berkaca mata. rambut belah tepi. ahahhaa…

apa ni oi, skema sgt ni mail.

eh mail, EKA ckp ko lepas balik industrial training, dia ckp ko makin kurus dan hot. ahaha, EKA ckp ari tu, mcm la aku dah pernah jumpa ko. dia ingat kita pernah jumpa. ahahhaha…

kami adalah jejaka universiti paling perahsia di universiti milik penuh kerajaan ini.. ha ha.. kami low profile tetapi kool!

USM NIBONG TEBAL… huhu…

untuk download mp3 lelaki ini dari anuar zain, ikut link ini, ini bukan spam kerana aku sendiri yang tulis.. ha ha.. Lelaki Ini -Anuar Zain

macam kena je lagu ni ngan tema meneka yang mana satu mail…

Wah. Pertama Kali Mohd Ismail Mempromokan Diri Beliau Di Dlm Blog Ini. Hehe.. Ini Adalah Kerana Rumpun Bakal Memperkenalkan Mohd Ismail Ke Dunia Realiti. Tidak Boleh Semunyi Lagi. Jangan Tetibe Ader Orang Pakai Topeng Amuk Nak Cover Muke Dahla.

Aku Disini Ingin Mempromosikan Bahawa Pada Rumpun Esok Akan Ada Seorang Wanita Mengikuti Aku. Tapi Ini Adalah Pengakuan Ikhlas.. Beliau BUKAN Aweks Aku. Bukan Juga Adik Bukan Juga Sedara Mara. Sesiapa Ingin Berkenalan Dengan Beliau Dipersilakan. Tiada Pantang Larang Untuk Bersosial. Hehehe..
: )=

Bersemangat sungguh tuan punya blog. Aku pun akan ke sana dengan ber t-shirt hitam :)

hoho.. esok dah RUMPUN 07.. moga berjalan dengan havocnya.. sampai skang aku masih belum confirm.. gath ni petang, paginya aku sebagai pelajar Limkokwing kene ge Putrajaya.. lecturer ajak saat saat akhir..

hurmm.. petangnya, kalau ada masa dan sempat ke sana, akan ku hadirkan diri ini..

ya, aku seakan-akan nampak di mana mohd ismail dalam gambar tersebut.. Ya, biarlah rahsia….. tunggu sahaja esok… hihi..

psstt: aku takut je ada orang yang pandai menaip dalam blog tapi bila bercakap, tergagap-gagap dek kerana takut dan gelabah.. elakkan je mail.. hehehe… kalau kau begitu, aku tak mengaku kau rakan blog.. kakakaka…

ya, mail ensem!! elakkan awek aku terpikat je ngan ko sudah… nanti kene belasah ngan aku + Eka .. hihihi

erm, pagi ni aku bgn awal sbb nak pastikan cukup tido before ke rumpun. Aku juga berseragam hitam nanti. Skang tgh fikir mahu merempit atau naik komuter. Argh, letih sungguh bile pemandu aku tiada dirumah..

argh..lagu itu baru jerk aku dl kelmarin. Hadiah utk tukang masak aku. Bersungguh dia meminta, kalau tidak takde nasi utk hari itu. Mengelupor aku mencari demi sepinggan nasi..hehehe

ade aaa…posing gedik2 !!! tu pon slalu

edt83
paparazi

aaaa …bebeck dtg…abeslaaa ramai aa pompuan dtg time rumpun nih..ahahah……

saya nak dengar report RUMPUN plis~ :)

**sedih tak dapat pi. Keje banyak..

skali bas sangkut plak..ehek3..btw..entry psl rumpun dh ade..!!

letih weh…campur ujan lagi…tp apesal panas?

aku ada update sket kat blog aku..ade la beberapa keping gambar nie, yang lain2 tu, jgn lupa kasi tau aku, nak gambar tau

lorr.. kejuruteraan kimia ker? my super duper junior la nieh ek… cool

gua caya la sama lu mael. Antara contoh pemimpin negara masa depan nih! Amin…

mael memang addicted to blog… walau xcukup tido sanggup berkorban untuk rakyatnya.
bagus la.

kata musnazdotnet, mael contoh pemimpin negara masa depan. sokong!