Pacheye.com - Satu lagi website artis kita!


Kenal sama Pacheye?Ermm..Pacai?Pernah tengok Bila Larut Malam kelolaan Afdlin Shauki?Ermm..tak mengapa lah.Pacai ni dulu salah seorang anggota kumpulan Ekamatra masa zaman kegemilangan rock kapak area 1980-an.Aku jamin la sekarang ni dah tak ramai nak layan lagu Ekamatra,orang Malaysia sekarang lebih kenal Peterpan & Samsons,tapi serius,lagu Ekamatra memang layan.

Ok.Sudah.

Aku cuma teruja dengan website mamat ni yang apa ye..ermm..berseni.Menggunakan flash yang sangat ringan sehingga koneksi internet di kampus aku yang sangat slow ini mampu loading satu lagu dalam beberapa minit saja.Ringan bukan?Pacai dalam perancangan mengeluarkan album solo tak lama lagi.Yang menariknya,dalam website Pacai,korang diberi peluang untuk terlibat sama dalam pembikinan album solo itu.

Pertama,korang boleh pilih sampel lagu yang diberikan,dan korang bebas untuk mix up balik lagu tu mengikut citarasa korang,kalau Pacai berkenan,arrangement baru yang korang buat itu akan menjalani proses akhir untuk dimasukkan sebagai salah satu lagu dalam album solo itu nanti.Kool kan?

Kedua,kepada mereka yang berhatikan seni berjantungkan kreativiti,ada satu lagi part lain yang korang boleh contribute,layout album.Korang akan diberi satu kanvas kosong dan beberapa option,banyak sebenarnya,brush & color untuk korang contengkan.Mana-mana artwork yang berkenan di hati Pacai,akan juga dimuatkan dalam album solo itu nanti.Kool kan?

Satu lagi perkara menarik, Pacheye.com telah memenangi silver award(Best Use of Web-brand Building) pada DMAM Awards 2006 dan bronze award(Digital Website) pada Kancil Awards 2006.

Go to Pacheye.com dan dengarkan lagu Sandiwara.Layan!

“jelingan’mu menikam’ku bisanya terasa panah arjuna..tak berdaya lemah seluruhnya..hilang pertimbangan’ku…aku dan mereka hilang haluan..mungkin itu yang kau mahu…sandiwara yang kau mainkan sungguh merbahaya…sungguh merbahaya…”

8 Comments

mmg dasyat website dia la…aku mmg skit2 layan ekamatra dulu…

ekamatra nyanyi lagu apa ya?
ha ha…
pusara di lebuh raya?

saya juga menggemari Ekamatra. Apa ya ada satu lagu itu, tajuk entah apa saya tak pernah ambil tahu, tapi lagunya sedap, air mata boleh terkeluar. Betul!

memang hebat la website dia tu..
maklumat pon padat..
memang berbaloi la apa yang dia hidangkan kepada pengunjung.

ekamatra ada kuarkan satu album je, tajuknya `satu tekanan irama’. diaorgnyer influence drp yngwie malmsteen. aku minat diaorang nyer instrumental.memang tangkap leleh..simfoni untuk gadisku pun best giler.time tu aku baru jek darjah 6 tapi layan giler beb ekamatra..lead=shahrul, bass=pacai..memang respek abis kat diaorang ni!

Hi guy,
Terima Kasih kerana melihat dan mendengar karya saya, I really hope u guys enjoyed it as much as i do making it with my team.
Thanks much!

whoa..pacai datang sini beb…
sama-sama abg pacai…
he he..
tapi serius ar..
lagu abg pacai sedap-sedap…
tak sabar tunggu full album..
:)

Prescriptions that contain ephedrine….

Cow licks ephedrine. Ephedrine extra ephedrine faq. Prescriptions that contain ephedrine….