Fast Update #21: Papadom, Surrogates & KreativeThemes

Alahai, sebulan sekali rupanya aku update blog rupanya. Dengan konsistensi sial begini, aku sangat berterima kasih kalau ada yang masih membaca & mengikuti tulisan di’blog ini. Ayuh!

Papadom: Tidak Cukup Rangup, Tapi Masih Sedap

Bila trailer Papadom keluar di’Youtube buat pertama kali, aku sebenarnya menjangkakan sesuatu yang lebih dari Afdlin Shauki kerana filem ini menang anugerah filem terbaik untuk tahun 2009.

Ini adalah bahaya menang anugerah sebegitu kerana orang seperti aku akan meletakkan harapan agak tinggi untuk kualiti, jalan cerita & lakonan dalam Papadom.

Selamat Hari Raya (Edisi 2009)

Puas juga’lah aku fikir tajuk yang lebih catchy berbanding sekadar ‘Selamat Hari Raya’. Tapi, ada benda lebih baik kita biarkan dalam keadaan asal.

Esok selepas kerja, aku akan bergerak pulang. Ini kali pertama aku bergerak pulang dengan jarak agak jauh & selepas lebih 7 bulan bekerja.

Tahun ini, seperti raya beberapa tahun lepas, aku tidak membuat apa-apa persiapan. Sehelai baju Melayu pun tidak aku beli. Aku akan jenguk almari malam raya nanti — jika ada baju Melayu, itulah baju raya aku.

Post Mortem Peribadi: Gelombang #merdeka 2009 di Twitter

Bukan’lah post-mortem sangat pun jika ini adalah analisa peribadi. Tidak mengapa, jika kau ada analisa sendiri, boleh tinggalkan di ruangan komentar.

Malam tadi, sekitar jam 10 malam sehingga detik 12 tengah malam, rata-rata rakyat Malaysia yang berada di’Twitter menggunakan #merdeka dalam tweet mereka.

Aku sendiri menjadi sangat aktif untuk bersama-sama dengan mereka untuk meletakkan #merdeka sebagai salah satu trending topic malam tadi. Walaupun tidak berjaya, secara teknikalnya, #merdeka layak untuk duduk antara 10 topik paling menjadi perbincangan malam tadi.

Pada jam 12 tengah malam lebih kurang, ini adalah screenshot yang aku ambil dari Trendistic. Antara bukti #merdeka sebenarnya sudah berjaya menjadi trending topic.

Kesemua screenshot di’sini di’ambil dalam masa yang sama. Aku tidak tahu bagaimana algoritma Trendistic, tetapi graf yang mereka berikan memberikan #merdeka hak untuk duduk di’bawah DJ AM.

Salam Ramadhan. Jika Belum Terlambat Buat Kamu

Kita hampir menjengah ke pertengahan Ramadhan & ini ucapan selamat berpuasa rasmi dari aku. Bukan kerana tiada masa untuk update blog, tetapi kekangan psikologi yang orang panggil ‘malas’.

Hari ini genap 9 hari kita semua berpuasa. Percaya atau tidak, Aidilfitri lebih dekat dari apa yang kita rasa. 21 hari bukan lama. Dan, Aidilfitri tahun ini pasti berbeza (untuk aku sekurang-kurang’nya).

Tidak perlu tunggu Aidilfitri, Ramadhan ini sudah aku rasa sangat berbeza. Tarawih berlubang-lubang sebab malas.

Tema Blog Baru

Tema baru lagi untuk blog aku kerana aku rasa blog sudah menuju ke’arah baru. Blog aku bukan lagi blog semi komuniti seperti tahun-tahun lalu.

Aku hampir ketiadaan idea untuk menulis topik yang boleh membawa kepada perbincangan. Alam pekerjaan memang merubah gaya penulisan aku.

Dengan lebih ramai yang aktif di Twitter & Facebook, aku setiap hari cuba simplify pendapat aku dalam 140 characters.

Hujung Minggu Ini

Aku sudah siap mengambil cuti Jumaat ini untuk terbang ke Langkawi. Hari ini pun aku sudah ada satu perasaan jakun dalam diri kerana ini’lah pertama kali aku akan terbang dengan AirAsia.

Pergi bersama seorang teman & ini akan menjadi perkara paling gila aku buat dalam jangkamasa yang panjang.

Bercuti ke Langkawi dalam bulan Ramadhan bukan sesuatu yang aku biasa idamkan.

Salahkan AirAsia, mereka letakkan harga tiket termurah pada tarikh tersebut. RM63 untuk seorang pergi & balik. Aku beli tanpa sedar.

Sambutan hari kemerdekaan tahun ini tidak akan semeriah tahun-tahun sebelumnya kerana H1N1. Tidak mengapa. Semangat dalam diri itu yang penting (jika ada).

Kepada mereka yang ada di’Twitter, sila letakkan #merdeka di’hujung tweet anda sepanjang dua hari ini. Jika kena cara, dunia akan ucapkan selamat hari kemerdekaan ke 52 buat kita. Ayuh!

Review Filem Minggu Ini: District 9

Boleh jadi Mohd Ismail dot Net tidak lama lagi bertukar jadi blog pengkritik filem. Heh. Dan, minggu ini, aku tonton buah tangan terbaru penerbit tersohor, Peter Jackson — District 9.

Filem ini masuk dala kategori sains fiksyen yang sedikit tidak kena dalam situasi sekarang. Kita tahu Transformers asalnya dari kartun Transformers. Begitu juga G.I Joe, trilogi Spiderman, Star Trek, The Dark Knight dan filem seumpamanya.

Semua filem tersebut telah lama wujud dalam diri kita sebelum di’terjemah ke layar perak. District 9 di’bina dari satu idea yang original, tulen & baru.

Tidak berdiri atas jenama yang di’bina seperti filem sains fiksyen lain, District 9 tampil gah dengan pembukaan bernilai USD13 juta. Lebih dari apa yang penerbitnya jangkakan.

Jumlah kutipan itu hampir dua kali ganda berbanding pembukaan filem berjenama besar, G.I Joe. District 9 adalah filem epik 2009.

Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan makhluk asing yang terperangkap di’tengah bandar Johannesburg. Kapal angkasa yang membawa mereka mati secara tiba-tiba.

Manusia berjaya membawa ‘rakyat’ kapal angkasa itu yang mencecah berjuta ke’bawah & selepas 20 tahun, mereka mengalami dilema.

District 9 adalah kawasan di’mana makhluk asing ini di’tempatkan. Oleh kerana rupa mereka, manusia gelarkan mereka sebagai ‘Prawn’.

20 tahun adalah tempoh yang begitu lama & konflik mula tercetus antara manusia & makhluk asing ini. Konflik tidaklah begitu besar, tetapi menuntut pemindahan District 9 ke lokasi baru.

Wikus Van De Merwe di’tugaskan untuk mengetuai misi memindahkan jutaan Prawn ini ke’tempat baru & di’situlah bermula segalanya.

Aku mahu kau tonton untuk tahu apa kisah sebenar dalam District 9. Kekaguman aku berada pada tahap maksima sepanjang filem ini di’tayangkan. Setiap saat, setiap minit akan ada aksi dan babak yang tidak terbayang atau pernah wujud dalam filem lain.

Satu yang menarik dalam filem ini adalah barisan pelakon’nya. Tiada seorang pun yang aku kenal, lebih-lebih lagi hero’nya, Sharlto Copley. Tetapi, lakonan’nya memang tip top. Aku jamin tidak lama lagi nama beliau akan tersenarai dalam pelakon A-list.

Seperti bagaimana aku tonton filem lain, aku cuba mencari flaw dalam filem ini & aku boleh katakan susah untuk aku kesan. Tidak seperti Transformers: ROTF yang seperti kain di’makan machine gun. Megan Fox masih hot bagaimanapun.

Tulis banyak pun tidak guna, berapa pun harga tiket kau bayar untuk District 9, ianya tidak setimpal dengan filem sesempurna ini. Pergi tempah tiket & tonton.