Friday, August 1st, 2008
at 8:00pm
Menurut jadual tayangan Malaysia, filem You Don’t Mess with Zohan hanya akan mula di’tayangkan pada 21 Ogos 2008.
Terlalu lama untuk aku tunggu dan menyaksikan lakonan Adam Sandler adalah sesuatu yang tidak boleh di’lengah-lengahkan. Terima kasih Rapidshare.
Filem ini berkisarkan Zohan (Adam Sandler) yang di’angkat menjadi superhero Israel yang mempunyai impian untuk menjadi pendandan rambut yang berjaya. Dek kerana bosan dengan aktiviti berperang dengan Palestin, Zohan berpura-pura mati ketika bertempur dengan superhero Palestin, Phantom (John Turturro).
Zohan membawa diri ke kota New York dan bermula’lah liku-liku seorang superhero immigrant untuk menjadi seorang pendandan rambut. Aku beritahu ending’nya sebagai spoiler untuk mereka yang belum tonton, Zohan tidak mati di’akhir cerita.
Di’awal cerita, memang filem ini ada menyentuh sedikit sensitiviti masyarakat Islam kerana hero filem ini di’angkat dari kalangan orang Israel. Tetapi, superhero orang Palestin juga tidak kurang juga hebatnya sehingga mampu membuka lebih 200 cawangan restoran selepas ‘menewaskan’ Zohan.
Moral cerita yang mahu di’sampaikan cuma satu, Amerika Syarikat adalah negara yang selamat untuk di’duduki oleh sesiapa sahaja. Zohan bertemu Dalia (she’s hot!) yang merupakan immigrant Palestin dan juga adik kepada Phantom. Pertemuan mereka mengubah persepsi Zohan tentang perang Palestin-Israel.
Apapun, anggap filem ini satu hiburan semata-mata. Jika kau tidak mahu tunggu 21 Ogos ini untuk mula menonton filem lawak spastik Adam Sandler ini, kau boleh menonton bersama Advertlets pada 12 Ogos ini di’Cathay Cineplex, Damansara.
4/5 bintang untuk Adam Sandler. 4.5/5 bintang untuk Dalia (Emmanuelle Chriqui) dan 3/5 bintang untuk keseluruhan filem. Jika kau bernasib baik, boleh tonton trailer filem ini di’sebelah kanan blog.
Tuesday, July 29th, 2008
at 4:48am
Ini adalah artikel ketiga dalam siri artikel untuk mahasiswa baru. Jika anda terlepas entri pembukaan, entri pertama, & kedua anda di’galakkan untuk membaca terlebih dahulu. Enjoy!
Aku mahu ambil jalan pendek ke’arah pendekatan mulakan perniagaan yang sebenar ketika kau masih bergelar pelajar pusat pengajian tinggi.
Jika kau tanya aku apa faedahnya, aku akan jawab 1) Kau akan lebih tahu mengurus wang & 2) Duit lebih.
Selalu bila kawan-kawan aku menyuarakan keinginan untuk mulakan perniagaan, satu perkara yang di’risaukan adalah mereka akan rugi atau kehilangan wang. Aku ada satu rahsia, kau PASTI akan kehilangan wang dalam memulakan perniagaan. Perniagaan bukan dunia magis tanpa risiko. Kau perlu berani & perlu bermula.
Kita tidak perlu kuat untuk bermula, tetapi kita perlu bermula untuk kuat
Aku senaraikan tiga jenis perniagaan mudah yang boleh kau jalankan dengan modal yang minimum. Jangan lupa, prospek kau adalah rakan-rakan & juga penghuni kampus sekeliling kau. Matlamat kau hanya satu, ambil duit dari poket mereka secara sah. Continue reading »
Sunday, July 27th, 2008
at 1:01pm
Aku rindukan entri Seleksi Hujung Minggu. Kali terakhir aku tulis entri begini adalah pada April lalu. Bagi mereka yang pertama kali membaca Seleksi Hujung Minggu, entri sebegini akan mengumpulkan beberapa cerita pendek untuk menjadi cerita panjang. Let’s go!
Wordpress 2.6 Tyner
Aku baru sahaja upgrade versi Wordpress yang aku guna ke versi 2.6 yang juga di’gelarkan Tyner. Aku menggunakan satu plugin khas yang di’reka untuk memudahkan proses upgrade ini. Aku sangat galakkan kepada mereka yang ragu-ragu untuk upgrade secara manual.
Hanya klik ‘Next’ dan semua’nya akan selesai di’belakang tabir. Kool! Dengar cerita, team Automattic sedang mengerjakan Wordpress 2.7. Tidak tahu tidur atau apa mereka?
LisaSurihani.com — Err.. Lisa Surihani!
Atas kerana Maya Karin akan melangsungkan perkahwinan beliau Ogos ini dan aku memerlukan gadis imajinari untuk watak sampingan weblog ini, maka aku memilih Lisa Surihani sebagai pengganti.
Untuk menghargai kehadiran Lisa Surihani sebagai watak sampingan blog ini, aku telah tanpa segan silu membeli domain LisaSurihani.com dan menjadikan’nya sebagai laman web tidak rasmi aktress yang di’katakan (di’kalangan wartawan) sebagai pengganti Maya Karin ini.
Lisa Surihani adalah beauty with brains. Dan, beliau adalah seorang (bakal) peguam. Jika mahu menyaman aku atas sebab menggunakan nama beliau sebagai domain, aku sedia ‘berbincang’. Lisa, aku tunggu!
Pautan Pilihan 27/7/2008
Work enough to support yourself, and if needed get a new job or second job to make enough to support yourself. Never stick with a job that doesn’t pay enough to support yourself no matter how much you work. — 71 Things You CAN Do To CHANGE Your Life
Sebenarnya, dalam peristiwa yang lalu, sekurang-kurangnya dua orang menemui saya dan membuat pengakuan mereka telah diliwat oleh Anwar. Tetapi mereka tidak sanggup membuat lapuran ataupun menjadi saksi dimahkamah. — The Anwar Debate
The simple truth is that you’re unhappy because you’re comparing your circumstances. You may be comparing to a previous time when things were better, or to a time in the future when you expect things will be improved. — Why People Are Unhappy
Most things you fear will never actually happen. - Worrying won’t Get You Anywhere
Saturday, July 26th, 2008
at 3:42pm
Ini adalah artikel kedua dalam siri artikel untuk mahasiswa baru. Jika anda terlepas entri pembukaan & entri pertama, anda di’galakkan untuk membaca terlebih dahulu. Enjoy!

Aku sangat berharap ada orang beritahu aku tentang ini ketika aku mula-mula masuk ke universiti dahulu. Sehingga ke hari ini, aku bukan seorang yang pandai dalam berkomunikasi, tetapi tidak bermaksud aku tidak langsung berkomunikasi.
Kelmarin (atau minggu lepas), aku terdengar temuramah Awal Ashaari dengan wakil dari majikan & Jabatan Buruh berkenaan dilema graduan yang menganggur. Salah satu punca kenapa majikan tidak berkeyakinan untuk mengambil graduan adalah kerana kemahiran komunikasi mereka.
Menurut wakil dari pihak majikan itu, graduan kita bukan’lah tidak berkualiti, tetapi ketika dalam sessi temuramah, mereka tidak mampu menyampaikan idea & pengetahuan mereka dengan berkesan. Paling ketara, gagap.
Gagap ini menurut pandangan aku berpunca dari kurangkan aktiviti melibatkan percakapan dengan orang di’luar lingkungan kenalan kita sendiri. Apabila berada di’hadapan mereka yang tidak kita kenali, air liur habis bertabur, tetapi satu perkataan pun tidak habis.
Universiti adalah satu kawasan yang padat dengan manusia. Kau mempunyai peluang untuk bercakap dengan sesiapa sahaja untuk mengasah skill bercakap dengan orang lain. Cara paling mudah untuk berkomunikasi dengan orang tidak di’kenali adalah senyum.
Aku, bukan orang yang suka tersenyum tetapi aku mula belajar untuk senyum kepada orang asing & hasil’nya positif. Kau harus cuba. Senyum boleh membuka peluang untuk kau kenal dengan lebih ramai orang kerana orang lain akan yakin untuk berkomunikasi dengan orang yang tahu untuk senyum.
Bilakah kali terakhir anda tersenyum kepada orang yang tidak anda kenali?
Friday, July 25th, 2008
at 2:59am
Ini adalah entri pertama dari siri artikel untuk mahasiswa baru. Jika anda terlepas entri pembukaan, jangan lupa baca terlebih dahulu. Enjoy!
Untuk berlaku jujur, semasa aku mengisi borang secara online memasuki IPTA dengan memilih Kejuruteraan Kimia, aku ada kurang 25% idea tentang apa itu sebenarnya Kejuruteraan Kimia.
Faktor utama yang mendorong aku memilih kursus ini adalah kerana pensyarah-pensyarah bujang (wanita) di’sana kata aku boleh pergi jauh dalam bidang berkaitan kimia dek kerana prestasi aku di’matrikulasi. Kata-kata perempuan cantik, siapa boleh sangkal, kan? Oh masa muda & mentah.
Aku tidak anggap tindakan aku sebagai satu kesilapan kerana aku tetap graduate on-time & keputusan di’atas purata bersama sekeping sijil dekan.
Aku mula mengesan minat aku adalah ketika tahun kedua pengajian. Aku mula sedar yang aku akan bekerja untuk memberi kekayaan kepada orang lain — bukan’nya diri sendiri. Maka, dari situ aku perlahan-lahan mula mencari alternatif kepada kecenderungan aku yang tidak mahu bekerja untuk orang lain.
Sejak dari hari itu, aku mula melakukan pelbagai perkara sebagai eksperimen tentang apa aku boleh lakukan untuk terus hidup selepas bergraduasi tanpa perlu bekerja untuk orang lain. Aku nekad. Continue reading »