Friday, October 3rd, 2008
at 7:01am
Kalau nenek aku tahu yang aku sambut raya hari kedua dengan movie marathon, mesti raya tahun depan tiada ketupat palas untuk aku.
Aku tonton 3 buah filem hari ini, semuanya di’pawagam. Tiada Rapidshare atau Torrent.
Aku tonton Deception, Senario: Episod 1 & Eagle Eye. Dalam ketiga-tiga filem ini, aku pilih untuk ketengahkan Eagle Eye.
Kalau kau tonton Transformers, pasti kau kenal Shia LaBeouf. Dalam filem tersebut, Shia adalah remaja lelaki tetapi dalam Eagle Eye, beliau menjadi seorang lelaki (Jerry Shaw).
Eagle Eye mempunyai sekurang-kurangnya 50% lebih aksi berbanding Die Hard 4. Boleh aku katakan Die Hard 4 + Osama bin Laden = Eagle Eye. Continue reading »
Wednesday, October 1st, 2008
at 11:38pm
Aku cuba untuk keluar dengan tajuk entri yang lebih baik dari sekadar ucapan Selamat Hari Raya, tetapi seperti kata satu iklan suratkhabar hari ini, ada sesuatu yang tidak perlu di’ubah dari fitrahnya.
Selamat Hari Raya semua!
Ketika aku menulis entri ini, perut aku sudah penuh dengan nasi himpit segera & rendang tradisional air tangan mak aku. Sedap weh makan sambil layan takbir raya.
Tahun ini aku tidak merancang untuk kemana-mana kerana mahu menggunakan cuti pendek aku sehabis baik dengan berehat. Sabtu ini aku perlu kembali bekerja.
Di’kesempatan ini, aku ingin meminta maaf kepada semua yang mengenali aku secara peribadi atau melalui blog ini atas semua salah silap & ketelanjuran aku. Jika ada kata-kata atau penulisan aku yang menyinggung perasaan, maafkan aku. Aku masih manusia biasa.
Aku juga maafkan semua orang. Jika kau ada berhutang duit dengan jumlah yang besar, baik kau langsaikan supaya boleh aku membeli iPhone dari Singapura. Atau, Blackberry Curve dari Maxis. Kedua-dua’nya sudah masuk wishlist aku. Yummy!
Dan, apa kau buat depan komputer ni? Pergi beraya’lah!
Tuesday, September 23rd, 2008
at 7:42am
Petang tadi aku keluar tepat 5.15 petang kerana sudah kebosanan belajar tentang mikrocip & hukum-hukum pengeluaran berskala besar.
Aku menuju ke tempat letak kereta dengan hati yang berbunga-bunga kerana waktu kerja sudah habis.
Sampai ke kereta kesayangan aku, kereta sebelah buat tahi. Berduri-duri hati aku jadinya. Tiada sivik agaknya pemandu yang satu ini.
Rapat. Kurang 1 kaki pintu kereta aku boleh aku buka. Tayar kereta makhluk Tuhan tersebut terang-terang makan line yang membahagi dua kereta. Buta apa.
Aku ambil sekeping kertas, aku tuliskan satu nota nasihat.
Kepada Tuan Kereta,
Sila Park Kereta Anda Dengan Betul Lain Kali. Jangan Susahkan Kereta Sebelah atau Kereta Anda Akan Terbalik.
The Hulk
Aku selitkan pada wiper dan kemudian berusaha mengecilkan badan untuk masuk ke’dalam kereta. Nasib aku berpuasa, kalau tidak pasti maki hamun aku hamburkan.
Aku rasa aku ada sedikit calarkan pintu belakang kereta tersebut. Padan muka.
Monday, September 22nd, 2008
at 6:57am
Sebagai peniaga pasar Ramadhan (yang mana fakta yang kalian tidak tahu), aku perasan yang dua minggu kebelakangan ini, mereka yang boleh di’kategorikan sebagai peminta sedekah semakin aktif.
Awal dahulu, hanya ada seorang pakcik cacat penglihatan yang tiap hari akan kami hulurkan makanan sebagai juadah berbuka. Kali ini hampir setiap ruang kosong, pasti ada tangan dengan kole kosong.
Aku jadi naik hairan bila yang datang akhir-akhir ini sangat sempurna sifatnya & nampak kuat untuk melakukan apa kerja sekalipun. Mereka datang dengan anak-anak kecil & beg besar. Bukan ringan semua itu.
Aku sedih bila melihatkan ada anak-anak kecil di’heret sama untuk meminta sedekah. Comel pula tu.
Tadi aku tunduk bertanyakan sesuatu ketika berjalan mencari makanan.
“Adik sekolah lagi?” Di’gelengkan kepala sambil mata melihat orang ramai mengharapkan kasihan.
Aku tak bertanya lanjut kerana aku tahu ada orang yang arahkan adik itu untuk tidak bercakap dengan orang tidak di’kenali.
Aku tinggalkan adik itu dengan harapan duit dalam kole itu menjadi 100% milik dia & boleh di’gunakan untuk membeli makanan & ilmu. Bukan pihak lain yang mengeksploitasi sifat pemurah rakyat Malaysia.
Sunday, September 21st, 2008
at 11:19am
Mulai dari minggu ini (mungkin), kalian akan terima entri yang bukan-bukan kerana aku sudah tidak punya masa untuk melakukan kajian sosial mendalam sebelum menulis. Fikiran sangat terganggu dengan bunyi bising. Menulis blog masih pekerjaan paling champion dalam dunia.
Kelmarin, aku ke pusat membeli belah baru di Bandar Perda. Dengan niat untuk membeli hadiah hari jadi seseorang. Tapi, tiada matlamat apa hadiah mahu di’zahirkan.
Tuan badan sebenarnya sudah bagi hint tentang hadiah yang di’inginkan. Tapi masih aku perlu berfikir dua kali. Dalam pada itu, aku berharap apa yang di’inginkan ada di pusat membeli belah yang raksasa itu.
Malangnya tiada.
Aku jadi buntu. Aku antara manusia yang benci untuk membeli hadiah untuk orang lain. Bukan kerana kedekut, tetapi memilih hadiah untuk menggembirakan hati orang lain bukan senang. Silap pilih, lain tafsiran jadinya.
Aku lebih prefer kalau boleh bawa tuan badan bersama dan pilihlah apa yang di’ingini. Senang.
Tetapi akan hilang elemen suprise yang sangat (sangat) di’gemari oleh kaum yang satu ini.
Tetapi juga, elemen suprise itu akan tiba-tiba muncul kalau hadiah yang di’inginkan itu tahap super-fabulous. Contoh’nya Mini Cooper S atau koleksi minyak wangi terkini Chanel (No 5 misalnya). Kan Chika?
Malam esok aku akan hulurkan hadiah yang aku beli. Tidak seberapa tapi aku masih mengharapkan ia berbaloi.
Sekarang ini, aku suka meletakkan entri fresh di OhBulan! kerana format’nya yang santai & membuang masa ramai orang. Dan, proses menulis entri kebanyakkan’nya Copy & Paste (secara bijak).