Pandangan pertama, Rotatee

Jika anda membaca entri ini pada hari Isnin, selamat memulakan minggu anda dengan senyuman. Jika anda sedang bekerja, sila lakukan kerja dengan penuh berhemah. Hari Isnin adalah hari paling mengasyikkan dalam banyak-banyak hari, ‘kan? Jadi, penuhi ia dengan perkara yang lebih produktif.

Rotatee, sebuah perkhidmatan online yang menawarkan platform mudah untuk pemilik website/blog/forum untuk rotate iklan yang ada di’sesuatu spot. Oh ya, perenggan awal tadi memang tiada kena mengena langsung dengan entri kali ini. Jika ada yang perasan, untuk 24 jam yang lepas, ruangan iklan di’kolum paling kanan di Mohd Ismail dot Net bersilih ganti antara Advertlets & Nuffnang. Itu hanya’lah eksperimentasi dari aku untuk melihat keberkesanan Rotatee.

Rotatee sangat bagus untuk di’gunakan bersama Advertlets & Nuffnang yang secara kebetulan mempunyai saiz banner yang sama. Aku cuba untuk berekspirementasi dengan banner 468 x 60, tetapi Nuffnang tiada banner dalam saiz tersebut. Dengan menggunakan Rotatee juga, ia boleh mengurangkan sindrom buta iklan di’kalangan pengunjung setia. Jika iklan yang sama di’sesuatu tempat untuk jangkamasa yang lama, peratusan untuk pengunjung tidak perasan akan iklan yang ada adalah tinggi. Penyelesaian’nya, gilirkan iklan yang ada menggunakan Rotatee.

Dan, aku sebenarnya tidak sabar untuk menulis baris yang satu ini. Oleh kerana Rotatee masih dalam peringkat percubaaan, maka sesiapa yang mahu menikmati Rotatee perlukan kod jemputan khas dari pihak Rotatee. Shrihari.S dari Rotatee dengan berbesar hati memberikan kod jemputan khas untuk 200 pendaftar awal dari Mohd Ismail dot Net. Masukkan kod jemputan ‘maelkool‘ dan kau sudah boleh merasa sedikit jus Rotatee. Tunggu apa lagi?

Selamat hari Isnin kawan-kawan!

38 Comments

ok! invite code tak boleh blah! hahahahaaha.. papepun, aku dah register. thanx.

ko mesti tak caye kan mula2? ha ha ha.. cukup 40 orang taip kod tu, konfem aku kool.. ha ha

dah daftar abang mael.

Ok. Aku dah daftar. Memang yang kene invite je leh masuk. Hoho..thanks maeil aa..

sindrom buta/rabun iklan dikalangan pembaca semakin menjadi..nasib baik ade rotatee :D

Mantap a mael ko skang. Nnt akan aku iklankn web aku dlm laman web ko. Memandangkn nnt iklan tuh akan silih berganti, xde diskaun ke diberi? Ahahaha.

Web ko skang makin lama makin hangat ngan pelbagai info terkini yg munasabah. Aku rs x lama lg jd Wikimael la web ko.

Wikimael.

Gile ah dingdong. Aku rase blog ni dah capai tahap forum. Sume mende ade. Info, duit, hadiah, awek bertudung biru dan yang paling mahal, Tanya Mail!.

hohohoo menarek2… boleh cuba ni…walaupun aku terpaksa menipu dengan memperakui meael kool….. hohohooh

wahhh hari isnin yg indah & kool…

okeh, mau daftar dan cuba…

dah lame aku cari service begini. thanks mail. kali ni, mail btol2 kool! :D

Apa Lagi Kelebihan Lain Mail…

terima kasih…kita memang dah lama teringin services macam ni…

Ni kalau aku pasang kat blog aku ni, nanti Nuffnang cemburu, seraya memecat aku dari kelab eksklusif Glitterati

aku nak rotate iklan apa erk..kekekek

ko taruk je apa2..hahahaha

ha ha.. xpe la kalo gitu.. bagus jugak kalo ko jaga status Glitterati tu.. mana lah tahu esok2 ade advertiser besar kan? :)

haah.. ko rotate gambar ko sendiri pun xpe.. kool jugak! ;p

Ko memang penuh dengan benda baru mael.Kool!

Em…tak berapa paham lagi makhluk apa sebenarnya si Rotatee ni..tapi aku dah register dah..huhuhu..nanti aku berkenalan la balik dengan si budak Rotatee tu!

konsep dia simple Wan, ko ada satu space, dan ko ada banyak mende nak display, solusinya, guna Rotatee utk buat sistem penggiliran.. :)

hahaha. selama ni mael tak diiktiraf kool lah ek? hahahahahahaa.. yes yes! :P

Tak pasti kalo nuffnang atau adverlets akan approve benda nie

eh saya pun nak cuba jugalah. hehe :)

Ooo..cam gitu! Paham dah! TQ!!

wow.. nampak cool sekali.. hehehe.. elehs, ye la ye la, mael mmg kool…. dah cukup 200 ke, nak apply gak.. hehehe tq mael.. aku percaya dgn setiap benda baru yg ko review’kan.. :D

saya sudah pon menaip “maelkool” dan resultnya…saya sudah sukses mendaftarkan diri di rotatee…kool gak menda nih…thnx 4 da review mael…

kalau kita pakai ni… status nuffnang still Glitterati tak?

hoho..solusi yg kool..harap2 smpt lg register d bwh mailkool

dengan segera aku bertindak….

segera ke??

Nice, thanks for the info.

Satu soalan.
Oleh kerana iklannye silih berganti, adakah pendapatan setiap iklan akan diseparuhkan?

Erk, skema nye ayat saye

rotate penyelamat mata buta pengunjungku.. hehe

aku rasa kan, rasa2nya lah kan. mcm tak. hurm….

of coz le tak kan..

er… rasanya dah boleh paham2 sendiri.. bila dah selang seli, so pendapatan pon selang seli ntuk kedua2 belah pihak..

tapi benda ni cam best ek.. kalau guna untuk rotate header theme pon mesti leh gak ni..

pandai Khai.. memanipulasikan fungsi yang ada.. ha ha

*entri latest aku, aku menjadi ahli Glitterati kerana Rotatee.. ha ha*

ermmm..bagos gak ader mender nih..haha maelkool..thx