PC Fair 2007: The Day

pc-fair-10.jpg

Jam 0900,”Oit! Siap belum?”, aku tanya’kan kepada Ketua Rombongan, Noramin.”Eh, cepat’nya ko siap.. bagi kami masa..”. Ha ha. Agak dah. Nasib baik aku tetap’kan waktu bertolak jam 0900, bayangkan jika aku tetap’kan waktu bertolak jam 0930. Sesi perjumpaan di’mulakan dengan penyerahan kos minyak, tol & pengangkutan kepada Saifullah. Setelah segalanya selamat, kami bergerak ke stesen minyak berdekatan untuk err.. mengisi minyak. “Mail, berhenti kat sini, perut aku lapar!”, kata Pesa, seraya itu aku menekan brek kecemasan dan melakukan drift ringkas di’hadapan kedai mamak. Perut kami juga perlu di’isi. Roti canai & teh tarik sungguh enak di’nikmati ketika kelaparan. Selepas itu perjalanan berlangsung dengan aman damai di’selangi dengan sessi sembang kosong.

pc-fair-5.jpg

Aku yang sudah ada pengalaman ke PC Fair sedia maklum bahawa di’dalam sana memang tidak ada tempat untuk mengeluarkan duit. Dan, sebelum kereta menyusur masuk ke perkarangan PISA, kami perlu bertemu dengan mesin ajaib bisu tetapi penuh duit. Kami yang banyak cakap ini pun tidak mampu mengeluarkan duit dengan di’cucuk sekeping kad. Duit sudah di’tangan. Barang sudah ada di’kepala. Nafsu sudah bergelojak. Kami melangkah masuk tanpa berfikir panjang. Geek tetap akan menjadi geek!

pc-fair.jpg

Kau tengok sendiri berapa ramai manusia yang ada ketika ini. Hingar bingar di’sini lebih kuat dari Pasar Awam Sungai Besar rasa aku. Peduli apa!

pc-fair-6.jpg

pc-fair-9.jpg

Apa yang terjadi sepanjang aku berada di’bawah ini, aku sendiri dah tak ingat. Aku rasa hampir 5 kali aku pusing tempat yang sama mencari barang yang aku idamkan. Ketika ini, aku punya dua pilihan, satu, aku mahu beli mesin pencetak (printer) dan kedua’nya mencari tetikus tanpa wayar (cordless mouse). Aku ketemu dengan pencetak yang aku inginkan, RM168 dengan free gift.”Jika you tak mahu free gift, sy kasi reduce harga, RM148, sudah baik!”. Ha’ah la. Jadah’nya free gift boleh tolak harga pula. Aku dah cancel mahu beli pencetak. Booth lain lagi la tak boleh blah. Aku sangat teliti dalam soal ini selepas membaca entri Omar.

pc-fair-2.jpg

Kini, aku mahu mencari tetikus. Aku tidak ketemu tetikus tanpa wayar yang menepati spesifikasi seperti yang aku mahu’kan sehingga’lah aku ketemu dengan tetikus keluaran Razer! Aku tahu aku bukan seorang gamer & Razer tiada tetikus tanpa wayar, tetapi aku teruja dengan bentuk badan tikus’nya yang cukup seksi. RM99 aku sudah boleh miliki tetikus pujaan para gamer ini. Cordless! Itu sahaja yang menghalang aku dari mengeluarkan sejumlah duit untuk sebiji tetikus Razer.

pc-fair-3.jpg

Akhir’nya, aku pulang tanpa membeli apa-apa. Tetapi, di satu booth yang promote DSLR, semasa aku test drive D80, ada seorang gadis di’situ yang sangat molek di’jadikan subjek. Aku tarik keluar sedikit DSLR yang di’rantai itu, tokey tu dah buat muka risau, aku fokuskan ke wajah manis yang sedang membelek kamera kompak di’sebelah sana & klik!, perfecto. “Tokey, ini gambar kasi print besar-besar, display untuk buat sample…okey?”. Esok-esok, kalau kalian terlihat mana-mana iklan Nikon terpapar gambar gadis bertudung pink berbaju merah hati, itu gambar aku.

pc-fair-4.jpg

Walaupun, zaman boyband telah lama berakhir, tidak bermakna mereka berempat tidak ada cita-cita & keinginan untuk menubuhkan boyband sendiri. Gambar ini membuktikan segalanya. Aku tidak terlibat. Selepas gambar ini selesai di’ambil, kami bergerak ke kampus induk USM untuk solat Zuhur sebelum mengisi perut sekali lagi di restoran Pelita berdekatan. Cuba teka selepas itu kami ke’mana? Ya, hari masih muda & aku belum ke’temu barang yang aku mahu’kan. Mari kita ke PC Depot!

pc-fair-8.jpg

Ini’lah hasilnya setelah aku tidak ketemu apa yang aku cari di PC Fair. Di PC Depot orang masih ramai seperti aku pergi dahulu, kedai yang satu ini seperti tidak terjejas dengan kehadiran PC Fair kerana aku rasa, harga di’sini lebih murah & pembelian lebih bersistematik. Microsoft Wireless Optical Desktop 700 di’atas aku beli dengan harga RM88. Aku rasa ini’lah set desktop wireless yang termurah di’pasaran & boleh di’harap.

pc-fair-7.jpg

Tidak banyak kelebihan set ini dari papan kekunci & tetikus biasa melainkan set ini adalah bebas wayar. Selalu’nya aku mengalami sedikit kesulitan jika meja aku sudah di’penuhi dengan buku & helaian kertas, maka keyboard aku perlu aku ke’tepikan. Sekarang, jika meja aku sudah mengalami waktu puncak, aku akan selesa untuk melontar keyboard tanpa wayar ini ke’atas katil. Jika kau seorang gamer, set desktop ini bukan pilihan yang bijak, tetapi bagi aku yang banyak menulis dan memerlukan ruang kerja lebih besar & luas, aku memerlukan set ini untuk fleksibiliti.

Selalu’nya, penulis blog mengalami mental block untuk menulis entry, kali ini aku mengalami mental block untuk menulis penutup. Mungkin, mungkin la, di’sebabkan oleh sekarang ini sudah jam 0503. Anggap sahaja entri sudah habis.

40 Comments

Gelak aku melihat aksi boyband.

lelaki berbaju belang rokok ditangan begitu sadis memohon restu untuk berada lebih lama di pcfair.

lelaki berbaju biru seperti kucing yang sedang kemaluan.

lelaki berbaju oren cukup selesa mengankang kan ketiaknya setelah jerih dikerumuni oleh orang orangan di sana.

lelaki berbaju merah teruja mengepit pamphlet sebagai tanda ganti kepada beg tangan yang kekosongan. waduh!!

keyboard dan mouse ko memang gerek gitu.

wah.. aku belum pernah berkesempatan ke pc fair. damn! tapi nantilah, usai semua essays yang aku kena tulis, (gila ah, boleh jadi mental block), aku akan serang PCWORLD kat Botley Road. tengok lah~ haha. (padahal tatau bas mane kena amik). lantaklah. jeles betol aku!

aku kecewa entry kali ini tidak mensisipkan apa yang dipanggil amoi2 separuh bogel..huhuh…adakah tidak wujud di PC fair penang?sehingga tidak dinyatakan oleh mail…huhuh…

ish ish..edt83 itu rupanya yg kau nantikan? search sahaja di google pasti ramai yg letak dalam entry mereka.. :p jgn asyik nak search Cikgu Suraya je

:( kenapa aku tidak boleh komen? sedih sedih dan sedih..aku tak dapat pegi pcfair..aku tak dapat pegi sureheboh..padahal duduk sg besi je..

wireless keyboard ngan mouse tu ok ke bro? dgr cite battery cepat drain.. hmm, teringin gak nak beli..

ok je.. tp ko kene biasakan diri dengan mouse dia.. he he :) aku rasa la, wireless ni feel dia lain sikit.. *tentang bateri, lama atau tidak tahan’nya, aku akan tetap beli battery charger..;p

komen yang ade URL mmg akan kene tahan kejap.. he he.. usah risau la lain kali kalo komentar tak keluar.. aku akan approve selagi bukan spam.. kan? :)

ha ha.. aku tak tahu la kenapa kali ni aku segan nak amik gambar amoi separuh bogel. mgkin sebab ramai budak usm kot..ermm.. mungkin… esok saja!

haaa.. serang la PCWORLD.. boleh buat liputan rasmiterus dari sana.. kan kan? dan gambar kau di’sana juga..

*sila’lah balek mesia.. balik la.. balik la..

takpe2..aku ingat kau dah block aku :( next time aku tak buat dah..takde niat nak spam pun..tapi taktaula kehadiran aku disini dianggap spammer (erk..dan dan feeling lebih)

entah’nya.. ha ha.. takde siapa yang datang sini sebagai spam.. aku tahu tu.. :) cuma’nya kes2 tertentu sahaja yang akan mengalami kesukaran.. ;p

Hehe. Saper2 nak cordless mouse aku? Ada dua aku tak guna sebab menyusahkan. Masa nak memang la tergila2. Dah dapat last2 tuka gak yang wired one. Huhu.

pc fair oh pc fair? saya pun nak try pi pc fair jugak. dengar citer je pasal pc fair. jenguk je belum lagi…

wahaaahaaa… gua punya komen dah lepas dari kompaun. lepas nih bleh laa komen bertalu2 lagi dengan lebih berhemat…

moga mael tetap berbahgia dengan geeknya yang terkini itu… mouse remote takder ker?

mael tak guna skrin sentuh ke? sentuh je dan sentuh je… sentuh skrin je…

hahaaa… kena sekat jugak yer yang ada URL? baguslah kalo gitu… moga lebih berhati2 lepas nih untuk membuat komen.

pengalaman telah mengajar segalanya, dan ternyata komen yang bertalu2 memberikan kesannya yang tersendiri…

wahahaa… gumbiranya hati dapat komen bertalu2 lagi, tapi tidak lagi sekerap sebelumnya.

huhu..komen bertalu2? kalau pakai wireless keyboard tu..kita taip laju2..sempat ke dia nak kejar? ntah2..kita dah abis taip..dia baru kuar sparuh :p

serius aku xpnah g pc fair..
ramai giler manusia kat situ ek..

kalo belum pergi pc fair memang patut kena pergi. kalo nak kira ramaiiiiiiiiiii… tak terpergi jawabnya. dan jangan lupa sediakan syiling yang secukupnya untuk beli makanan ringan… wahahahaaaa

Mail, kenapa bila aku bukak post in one page baru nampak gambar nya. Tapi kalau aku di main page kau, hanya dapat lihat pc-fair-10.jpg dan pc-fair-5.jpg, tiada gambar

Adakah disebabkan oleh plugin yang kau masukkan tempoh hari?

Sama walapun aku gunakan IE.

meroko itu haram dan berdosa..

moga2 berhenti merokok..

Tak bermesempatan pergi , tahun lepas pergi lat JB dgn Kluang (tempat aku) tak beli apa². Teringat zaman belajar PCFair PWTC, sesak dan penuh gila.

huhu…ismail suda segan2 mengambil gamba amoi pc fair…sia2 3 bas dihantar untuk entertain ko mail..ajhahah…aku lenguh kaki nih…miahaha..nnti aku wat entry pc fair kl plak ek..ahaha

Menteri penerangan yang dah pencen mengharamkan iklan rokok dan artis yang memaparkan rokok…

dekat sana padat mcm kl tak? kat kl nie nak amek gambar pun susah..bila org berasak2..aku dah taktau mana satu pembeli mana satu promoter :p

vangard…aku gi gk td…tp betulla..pembeli ngn promoter pakaian lebih kureng jek..huhu…

wahahaa… semuanya termenung lantaran tak dapat memborong semua gadget yang ada lantaran tak cukup bajet.

apohal pun potongan harga tetap menarik perhatian untuk menjadi pembeli yang cukup tertarik untuk membeli di pc fair yang terdekat di area sini…

akan kutunggu kemunculan pc fair itu…

Wah bestnya ,,
nak tunggu bila PC fair nak sampai kat Melaka..
tak sabor rasanya,,.. banyak benda nak beli nie..
he he he.. cam berduit je..

haha..tau takpe..ni tgk gadget ke tgk “gadget” dua maksud yg berbeza tu..(erk..lepas ke komen nie nanti?) ape2 pun memang padat la..mcm takde kesan pun 2event serentak pcfair ngan jomheboh..

huhu…PC Fair KL Report da siap utk chapter 1…ngan gambae2 skali kt blog aku.hahah..’angel-angel’ komputer nyer gamba aku lom upload lagik..ahahah

hahha.. aku kan dah ckp PC fair xbest.. serabut ade la.. wah semua brg baik tu n mahal.. speaker altec lensing, dell flat screen dan wireless optical dekstop!! RM88?? murah la plak, dulu aku tanye mahal tu??

fuh, shopping sakan nampaknya Mael nih (+ window shop)… bagus, inilah contoh pengguna bijak…. bijak… bijak…..

aaa brg xde aa murah sgt…huhuh..logitech kibod+mouse wireless (guna bateri) RM110…pendrive plg murah rm35-38 …perang LCD juga menjadi2..22 inci rm869 camtuh aa..ade lcd 17inci rm460++ jek…huhuh tp x branded aa

keyword’nya disini.. yang penting harus kool.. ha ha :)

pc depot agak murah beb.. tiap minggu ada je barang baik jatuh harga gilababeng… :p

marilah duk penang..

satu nasihat aku Zool.. sebelum pegi PC Fair, ko buat survey dulu harga barang2 ko kat kedai2 biasa.. buat list.. survey dua,tiga kedai.. walaupun mungkin ko akan berjimat puluh2 je dgn cara ni.. tp ia tetap berjimat..

cheers!

dari komen korang berdua, aku terfikir adakah satu hari nanti, kerajaan akan mengharamkan blogger dari memaparkan imej orang merokok di’post.. aku akan tunggu saat itu!

ha ha

dilarang merokok dah jelas. jadi sebarang paparan ke arah merokok memang tak boleh dan memang tak boleh kecuali nak bagi contoh bahawa cara merokok itu memang tak kool… wahahhaaa

merokok memang tak kool…

Haramkan rokok kat blog aku sokong,
jangan blogger dilarang merokok…itu dah tarik kebebasan individu.

Mungkin…kalau blogger dilarang merokok, separuh blog di Malaysia tidak dapat dikemaskini sebab idea tak datang..muahahaa

hahah.. kl pon cool.. ade low yatt ngn imbi.. xpe nanti aku tanye.. bape keybot mcm ko…heheheh ..yerla sane mmg murah.. kereta sane murah ke?? eh itu langkawi..

Haramkan rokok kat blog aku sokong,
jangan blogger dilarang merokok…itu dah tarik kebebasan individu.

Mungkin…kalau blogger dilarang merokok, separuh blog di Malaysia tidak dapat dikemaskini sebab idea tak datang..muahahaa

tak kesah la kerajaan haramkan ke benarkan, rokok tetap HARAM dalam agama islam..

takkan la nak jadi orang yg takutkan kerajaan tapi tak takutkan ALLAH

di manakah model separuh bogel mempamerkan barangan gajet-gajet canggih terkini? oh, aku sudah buta atau BenQ kau tidak mahu mengambil gambar mereka :-p