Pembakar Satay
- 10
- Add a Comment

Tak ramai yang tahu.Mungkin juga tiada siapa yang tahu kerja sebenar aku bila aku bercuti panjang seperti ini.Aku peniaga pasar malam.Aku menjual hampir semua makanan yang berasaskan ayam.Ayam percik,ayam goreng,mee goreng ayam,nugget ayam,burger ayam,kebab ayam & produk paling lama pernah aku niagakan,satay ayam!
Aku hanya into untuk menjual satay ayam kerana satay ayam merupakan satay paling simple untuk disediakan tetapi paling top kedudukannya berbanding satay-satay lain.Satay daging adalah jenis satay yang paling aku tak suka jual mahupun makan.Aneh rasanya makan lembu yang dicucuk dengan lidi.
Membakar satay adalah kepakaran aku sejak 10 tahun yang lalu.Aku mula membakar satay di pasar-pasar malam sejak umur aku 11 tahun.Ketika itu aku baru darjah 5 bukan?Sangat muda.Tapi aku sukakan kerja membakar satay ni sejak dulu lagi.Ini semua pengaruh abah aku yang kekurangan tenaga kerja ketika itu,maka dengan sukarelanya aku menawarkan diri untuk menjadi pembantu sekaligus mendedahkan aku dengan selok belok perniagaan pasar malam.
Membakar satay bukanlah satu perkara yang senang.Bukan sekadar nyalakan bara,letak satay,lepak seminit dua & dia akan masak sesedap rasa.Tidak sesekali.Membakar satay memerlukan kepakaran yang bukan calang-calang untuk mengekalkan rasa ayam yang lembut supaya ketika customer menggigit ketulan ayam diatas lidi,rembesan jus dari dalam daging itu sendiri akan menerobos ke setiap rongga dan meninggalkan kesan keenakan paling optimum di hati mereka.
Dari segi pemilihan arang dan bahan bakar yang terbaik,rekabentuk dapur yang ideal,sehinggalah ke timing untuk membakar secucuk satay,semuanya telah aku kuasai dari ilmu abah aku.(Abah aku dulu pun bukannya reti nak bakar satay ni,ini semua turun dari datuk sebelah emak aku yang turun temurun menjalankan perniagaan menjual satay ni.).Dulu,setiap hari akan aku praktikkan ilmu yang aku dapat supaya setiap manusia di bumi Sungai Besar ini akan merasa nikmat makan satay paling unggul dalam hidup diaorang.Tapi,sejak 3 tahun ni,aku cuma berpeluang sesekali membakar satay dek kerana aku sekarang berada jauh nun di sana menuntut ilmu yang lain.
Dan tadi,aku baru sahaja selesaikan tugas membakar 250 batang satay yang di tempah pagi tadi dengan jayanya.Tak banyak.Tapi aku cukup puas bila tuan punya satay tu kata,”aku dah berapa tahun tak makan satay sedap macam ni…fuhh”
Korang rasa,satay siapa yang dia makan dulu?

10 Comments
nashrex
February 18th, 2007
at 12:50am
aku dr penggemar satay. tapi ada satu ketika, selepas aku makan, perut aku memulas2 sampai tak tidur malam. Kemudian, aku tros x makan. Tapi selepas stahun, aku setat makan balik. haha!
Eceli x elok makan benda2 panggang ni. Ko ahli kimia, patut tahu.. kan kan?
chubbychubba
February 19th, 2007
at 12:12am
Disebabkan entri anda. Saya telah membeli 100 batang sate sebagai makan malam saya sebentar tadi.
aidacutes
February 19th, 2007
at 1:06pm
belanja aida satey yuk! :)
mael
February 19th, 2007
at 1:58pm
humang..100?
hantar2 la ke sini sikit..
ha ha..
leh bagi kat aida ni ha..
famia
February 19th, 2007
at 9:44pm
haha. uiyo. mcm bes je.
aku suka berasap2 bau sate.
Haniey
February 25th, 2007
at 11:47pm
satay is one of my favourite food!
Ultram er.
June 12th, 2008
at 7:38pm
Ultram er….
Ultram er. Chronic pain treatment ultram er com. Ultram er tablets. Ultram-er. Ultram er addicting….
Horse sex.
June 13th, 2008
at 9:46am
Horse sex….
Beastiality best horse sex beastiality only. Horse sex….
Ultracet.
June 15th, 2008
at 9:58pm
Extracting acetaminophen from ultracet….
Extracting acetaminophen from ultracet. Ultracet….
Canine tramadol.
October 21st, 2008
at 9:48pm
Tramadol hydrochloride….
Tramadol side effects. Tramadol….