Pemikiran kuning yang baharu
- 173
- Add a Comment

Foto oleh Apam Balik via Kumprinx
Mula’nya, aku tak berminat langsung untuk menulis tentang perhimpunan haram BERSIH yang di’jalankan semalam atas sebab tidak mahu mencemar status kool Mohd Ismail dot Com dengan kisah-kisah picisan. Perhimpunan ini sesungguhnya kisah picisan. Tiada apa yang boleh di’gahkan dengan perhimpunan seumpama ini. Aku tidak nampak sebarang hasil yang pasti dari perhimpunan seperti ini selain pihak polis, FRU, kementerian-kementerian, badan kerajaan & awam perlu keluar dengan laporan bertingkat-tingkat berkenaan perhimpunan ini. Post mortem itu, post mortem ini. Satu hasil yang tidak habis-habis menyusahkan pihak lain.
Kembali kepada asal wahai saudara-saudara kuning’ku sekalian. Satu peraturan asas perlu kau ingat sampai kau ke liang lahad, jika kau mahu suara kau di’hormati, di’dengari, pertama sekali, hormat & dengar’lah dahulu kata orang lain. Tidak susah ‘kan? Penganjur perhimpunan BERSIH ini jelas jelas membantah perintah dan arahan pihak berkuasa (atau Perdana Menteri lebih tepat) untuk tidak mengadakan perhimpunan sebegitu. Jadi, masih boleh’kah kau harapkan kerajaan mahu mendengar suara kau?
Delegasi 10 orang yang masuk ke Istana Negara semalam tidak mengadap secara terus DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Mereka hanya menyampaikan memorandum kepada Setiausaha baginda. Mengikut dengar-dengar aku sebelum hari semalam, mereka mendakwa baginda sudah memperkenan untuk menerima delegasi itu untuk menghadap. Jika benar, kenapa hanya Setiausaha Rasmi beliau yang muncul? Perdana Menteri halang baginda dari berjumpa delegasi tersebut? Tidak masuk akal. Langsung.
Hari ini, bermula malam tadi, banyak blog-blog yang mendukung idealisme ‘Demonstrasi itu Demokrasi’ berbangga dengan laporan media asing seperti CNN, Reuters, al-Jazeera berkenaan perhimpunan ini yang jelas-jelas bertujuan untuk menjatuhkan maruah negara. Kau itu rakyat Malaysia, mengaku berjuang untuk rakyat Malaysia, keamanan & kesejahteraan Malaysia, tetapi mendukung penuh kisah yang memalukan Malaysia & rakyat’nya di’seluruh dunia. Orang seperti kau patut di’bogelkan di’hadapan kamera media asing & di’jentik alat kesuburan’nya.
Seperti kata Beck, perhimpunan seperti ini sememangnya memperjuangkan agenda individu & sesetangah pihak sahaja. Kau jangan lupa, salah satu parti yang terlibat dalam perhimpunan ini, di’tubuhkan hanya semata-mata untuk memperjuangkan pembebasan seorang individu. Jika asas penubuhan pun sudah tidak berlandaskan nasib rakyat & negara, kau mahu harapkan orang-orang seperti ini memerintah negara? Kau hanya bahan untuk semburan gas pemedih mata yang akan menjadi modal besar pilihanraya akan datang. Tahi’lah.
Aku bukan pro-kerajaan. Aku juga selalu tidak bersependapat dengan keputusan aneh mereka. Kerajaan yang ada sekarang jauh dari kesempurnaan dan memang tiada kerajaan yang sempurna di’atas muka bumi ini. Tetapi, apa yang ada sekarang’lah yang membuatkan kau masih boleh bernafas, menikmati rangupnya sekeping roti canai & hangatnya teh tarik di’iringi kicau burung riang di’atas sana setiap pagi. Bersyukur itu kadangkala lebih perlu. Lihat mata isteri, mata anak, mata ibu ayah masing-masing. Itu yang kau perlu perjuangkan & pertahankan, bukan idealisme yang tidak membawa kau ke’mana-mana.
Okay, sekarang pro-BERSIH boleh tembak aku. Dan, jangan lupa gunakan nama samaran dengan alamat e-mail palsu. Itu’kan identiti seorang pejuang. Sentiasa menjadi anonymous yang takut’kan telur’nya di’patuk burung. Peace!

173 Comments
azraai
November 11th, 2007
at 6:28pm
mmg agong perkenankan masuk menghadap tapi dia ke terengganu untuk horse endurance jadi setiausaha peribadi dia ambilkan. dan setiausaha peribadia agong itu adalah… biarlah rahsia.
sejuk
November 11th, 2007
at 6:40pm
aku setuju dengan mail. Pro-bersih ni hanya akan dijadikan alat untuk modal isu pilhanraya akan datang.sedar la akan kesilapan ini.
Huh!! bersyukurla dengan apa yang ada!! mungkin maksud pilihanraya bersih itu adalah dengan memberikan kemenangan kepada pembangkang.hahah jgn mimpi la selagi minda masih dijajah!
Ingat!!mereka yang diluar tu tunggu masa untuk mengambil kesempatan tehadap kedaulatan negara kita ini.fikir-fikirlah waha rakyat malaysia!
Fahmishah
November 11th, 2007
at 7:04pm
kalau nak hantar memorandum pon takkan perlukan kekecohan.cukup dua tida orang yang wakilkan.
CypherHackz
November 11th, 2007
at 7:18pm
Agong pergi perlawanan kuda kat Terengganu if tak silap aku. Yang dorang ni memandai datang pada waktu Agong takde buat ape. Kan penat je yang dapat. Ish3. Aku pun tak faham la ngan dorang ni.
beckzaidan
November 11th, 2007
at 7:36pm
ahaha, mmg anonymous takut kemaluannya dipatuk burung. seperti biasa.
ko menulis lebih mendalam. aku sokong apa yang ko tulis.
orang yg mengikut BERSIH ni juga (bukan semua), kebanyakannya disuap cerita cerita dongeng. tak lebih dan kurang maca cerita ayah pin suap kat pengikut dia dulu, sampai sanggup minum air perigi kotor. lebih kurang sama la idealoginya.
mereka bangga bila berita luar lapor berita ini. suak la diaorang, bila CNN, BBC, al jazeera cover citer berarak dan kena sembur air ni. kalau tgk smlm dlm tv, mcm pesta air kat thailand tu. lebih kurang. suka la, konon org luar boleh campur la nanti, mcm kes kes mahmamah ahli politik ni dulu, amik simpati media luar gak. pelik la. orang malaysia, tapi berperilaku mcm bukan orang malaysia.
yang ketua delegasi ni, datang dengan apa ek? keter mewah masing masing ke? atau diaorang ni pun berarak sekali? dari tempat mual perarakan? kalau macam tu, aku angkat tangan la respek, sbb sure diaorang pun sama sama basah dengan pengikut diaorang kan?
kesejahteraan yang korang kecapi selaam ini, adalah hasil daripada kerajaan yang makan rasuah ni la gamaknya. kerajaan yang tak telus ni, hasil daripada sistem pilihanraya yang tak jujur dan menipu banyak. ahli politik parti pembangkang yang menang pulak, ada agenda lain ke? atau ada pakatan sulit dengan kerajaan skrg?
mcm aku ckp kat blog aku, akan ada ahli politik menang bertanding nanti. mungkin sbb nak kasi dia tutup mulut. lepas tu, PRO BERSIH ke apa ke, dia takkan campur punya. sbb agenda dia dah tercapai. pakcik pakcik makcik makcik, akak adik abang yg basah semalam, duduk melangut ke siling rumah la, mencanguk, sbb nasib tak terbela. pemimpin disanjung, dah dpt apa yang dicari. BERSIH LA SANGAT…
dan ketika kekalutan ini, bangsa lain, duduk ketawa tengok org kita main air. membazir bil air betul korang ni…
nasihat aku kalau nak dihormati, kalau berani, jgn jadik pengecut.
biar telus pendapat. jgn main baling batu sembunyi tangan.
sudah la. buhsan aku. politik adalah lawak jenaka hidup.
social value my anus.
farhan
November 11th, 2007
at 7:46pm
komen ko moderate ke?
sapa yg bukan anak jantan sebenarnya disini?
flisterz
November 11th, 2007
at 10:25pm
aku sokong 100% ngan ko Mail.
aku sgt kecewa dengan benda ni.
aku tgk video kt youtube laporan Al Jazeera.. Ya ALLAH ape nk jadi ngn orang2 BODOH ni.
ape diorang bangga sangat ke dengan ape yg dorg dah buat tu?
mencemarkan imej negara sendiri? Puas hati?
orang2 gile yang buat BERSIH ni, bangga ah tgk semua ni kt TV? Bangga ngn ape yg dah jadi?
iskh. Malu aku. Serius malu.
perjuangan huh?demokrasi huh?
tiru ayat Beck skit;
“Sosial value my ass.”
farhan
November 11th, 2007
at 11:05pm
hoho..setahu aku blog ko ni mmg dah lama suka tulis benda2 picisan.cuba cari dlm ni, brp byk artikel ko yg ada nilai akedemik?boleh bilang dgn jari kot..semua dlm ni tak lebih psl hiburan, psl gadgets, psl ads n psl blogging..sorry to say..
ko tulis ni pun sbb semua org duk tgh dalam mood kuning..so utk selari dgn mood public dan melariskan blog, ko pun tulis la psl perhimpunan ni..takpe la..aku resspect pandangan ko..manusia ni pelbagai..tak kata satu aliran je..
kalo ko rasa rally tu tak cool sekalipun, tak perlu la discredit org lain..
satu lagi, pi baca apa ada dlm memorandum tu..nilai ngan otak.jgn jd pekak dan tuli.apa yg kami tuntut bukan la complicated sgt.
http://www.m2day.org/Memorandum_kepada_DYMM.htm
pasti komen ni akan mendapat byk reply..
emptyspace
November 11th, 2007
at 11:08pm
inilah antara orang-orang yang berfikir menggunakan hati dan bukannya otak.. tapi percayalah lebih dari 50% yang pergi tu bukannya tau apa-apa pun.. buat menyemak je
Qaiyum
November 11th, 2007
at 11:11pm
Wa..
BERSIHkan Hati Sendiri Sebelum BERSIHkan Hati Orang Laen..
Tapi Kira Bersih Gak La KL Smalam Lepas Jalan Kena Sembur Air. Tercapai Gak La Sket Objektif. Huhu..
abdfatah
November 11th, 2007
at 11:41pm
huhu… malas nak citer nih… nanti limit bandwitdh pulak tak pasal2 pasalnya….
hahaa… dipatuk burung? burung apa? burung apa? burung apa??? memang kontroversi betul…
bersih sbersihnya hangum memawongiannya kejadiannya…
shutterspeaks
November 11th, 2007
at 11:41pm
hasil latihan di kem digi setelah berbulan-bulan, mereka keluar juga semalam. dpt maksud aku?
Mohd Ismail
November 12th, 2007
at 12:12am
Farhan, kalau aku nak melariskan blog aku, aku tak perlu menulis tentang politik & perhimpunan BERSIH ini.. aku tahu banyak perkara lain yang boleh aku tulis untuk melariskan blog.. aku menulis blog bukan sehari dua.. perhimpunan BERSIH bukan lagi berkisar politik… ini melibatkan pandangan org luar terhadap kita.. melibatkan masa depan yang di’catur di’atas jalan raya…
hek eleh.. kalo print pun tuntutan BERSIH tu, tak sampai 10 muka pun…jika tuntuan BERSIH tidak sekomplikated mana, mengapa perlu himpunkan berpuluh2 ribu orang di’atas jalan raya? mengapa perlu menggadaikan maruah negara? mengapa perlu membazirkan masa hujung minggu org lain bersama anak isteri di’atas jalan raya? mengapa perlu meminta gas pemedih mata? mengapa perlu menimbulkan perasaan takut segenap kuala lumpur?
Malaysia menuntut merdeka dari British, ada Tunku Abdul Rahman kumpulkan 1000 orang pergi menghadap orang atasan sana? Ada?
*pada aku, terkena semburan gas pemedih mata bukan sahaja tidak kool, tetapi memalukan.. tak tahu la kau rasa itu sesuatu yg boleh di’banggakan… manusia ni pelbagai kan? peace!
Mohd Ismail
November 12th, 2007
at 12:13am
ha ha ha.. iklan DiGi tu mmg kene timing…
sejuk
November 12th, 2007
at 12:47am
hahah memang la..betul.belatih bulan2 pakai kostum ketat macam nak gi berenang semata untuk kene tembak ngan air.memalukan betul.betul2 buat perkara ikut nafsu.pikir dulu sebelum buang!!
flisterz
November 12th, 2007
at 12:47am
DUGG!
ayarx
November 12th, 2007
at 1:38am
alamak…aku termasuk blog pasukan biru..betul2 punya karat..polish pun x leh dah..
kira kena tunggu reput jer laa..org cam korang ni bila dah kena kat diri sendiri baru nak sedar..kalau aku laa..aku sokong pemimpin yg x rasuah…kalau ada org yg kata dia x rasuah…dia bleh pimpin..aku maybe akan sokong..sebab pemimpin yg ada tu dah KOMPOM rasuah..yg baru ni..maybe dia cakap betui..maybe korang ckp nanti selalu2 tukar pemimpin nanti negara susah nak maju…kalau korang cakap mcm tu..x payah la election buat 5 tahun sekali..nanti tukar pemimpin susah..
apa nak jadi la malaysia ni..
hakim rasuah
bpr rasuah
polis rasuah
bukti..??? bleh approach pemimpin pembangkang..
tahun depan barang naik lagi…korang org kaya
aku org x kaya..aku risau barang naik..aku pikir..apsal barang selalu naik
pak lah cakap..”jgn naikkan harga barang”..naik serupa tu jugak laaa..
pak lah ckp kena berjimat..gila kot..gaji dah ciput..nak jimat lagi..x makan la..
apa aku nak bagitau kat sini ialah…
malaysia mmg aman..tapi penjenayah bebas
roti canai mmg sedap..tapi harga roti canai dah naik..nanti pas piliharaya..naik lagi..jgn bimbang..mesti naik punya..
qoute “Satu peraturan asas perlu kau ingat sampai kau ke liang lahad, jika kau mahu suara kau di’hormati, di’dengari, pertama sekali, hormat & dengar’lah dahulu kata orang lain” <– sepatutnya pemimpin yg kena amal ni dulu..suara rakyat ada paklah dengar???
ish..xnak tulis panjang2 lagi…tunggu kot2 ada yg nak reply ker..
syahid_zul
November 12th, 2007
at 1:43am
ko lansung xfaham apa2 tentang demokrasi…banyakkan membaca..jgn jadi penulis yg hanya ikut angin media massa yg dikawal..
YA!mungkin beberapa org akan bersetuju dengan ko sbb derang jgk mcm ko hanya menilai dr mentaliti yg telah terbentuk begitu, dari kaca tv rtm,tv3…aku xsalah ko dan puak2 yang seangkatan dgn yang selalu menulis tulisan “atas angin” untuk menyedapkan hati…
aku xsalah ko kalo ko rasa ko dah btul sgt dan ko dh hebat sgt…1hari ko akan mengakui apabila ko dpt lihat yg mana benar yg mana silap…
nick name aku ni adalah nick name aku yg official..
email aku juga yg official dan korang boleh berdepan dgn aku kt mana2 korang suka…berhujjah secara professional dan jgn seperti org bodoh…dripada hujjah kita tahu tahap mentaliti…namun aku xnampak apa2 hujjah bernas dr tulisan ko yg nih…
maafkan kalo aku xsebulu…;)
syahid_zul
November 12th, 2007
at 2:17am
KHAS BUAT PENULIS BLOG INI DAN PENG”AMPU”NYA(PRO/AMATUR)
Ada mata — pandang
Ada telinga — dengar
Ada mulut — diam
Ada tangan — garu
Ada kaki — goyang
Ada otak — pandai
Ada akal — pakai
Ada bijak — gadai
Ada mata — pejam
Ada mulut — kunyah
Yang remeh
Dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh
Dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Buatlah
Buatlah
Buatlah tak tahu
Buatlah
Buatlah
Buatlah tak tahu
Rela jadi tunggul
Rela jadi patung
Tunggu dilelong
Suruh angguk — angguk
Surug geleng — geleng
Oh pujilah aku
Ampulah aku
Senang hidupmu
Ada tangan — tadah
Ada maruah — campak
Yang remeh
Dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh
Dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Biarkan
Biarkan
Biarkan berlaku
Biarkan
Biarkan
Biarkan berlaku
Ada mata — pandang
Ada telinga — dengar
Ada mulut — diam
Ada tangan — garu
Ada kaki — goyang
Ada otak — pandai
Ada akal — pakai
Ada bijak — gadai
Ada mata — pejam
Ada mulut — kunyah
Yang remeh
Dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh
Dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Buatlah
Buatlah
Buatlah tak tahu
Tepuklah
Tepuklah
Tepuklah tanganmu
Biarkan
Biarkan
Biarkan berlaku
Biarkan
Biarkan
Biarkan berlaku
Biarkan
Biarkan
Biarkan berlaku
Biarkan
Biarkan
Biarkan berlaku
omarbahrin
November 12th, 2007
at 2:20am
kuning…huh..aku rasa mmg tak patut berlaku…byk cara yg bijak boleh diambil…tapi tak apa…next time cuba lagi langkah yg bijak k…:D
syahid_zul
November 12th, 2007
at 2:23am
Dude, ko xfaham…
Dari sesimple tuntutan itu byk implikasinya…
Jangan ko xbaca apa yg berlaku dlm p/raya 2004 dlu..Penipuan yg plg besar dalam sejarah PRU..Oh,lupe plak..ko ni just tgk tv3 ngan rtm jer..sbb 2 mentaliti masih lg 3rd world mentaliti…
Len kali bile byk duit tu jalan2 sket tgk negara luar dan dgr apa org luar ckp ttg mlesia dan “demokrasi”nya..
Jangan jadi bodoh semangkuk dlm negara sendiri..ops..ko xbdoh sbb aku rasa ko “sedang” membuat kajian2 lain utk menjustifikasikan “keyakinan” ko ttg apa yg ko faham ttg demokrasi…
aku harap ko akan nampak kebenaran 1 hr nnti…
sejuk
November 12th, 2007
at 2:47am
betul tu.pembangkang tak akan puas hati selagi mereka nak menang.macam ni la.apa kata pembangkang buat kerajaan langit dulu. tgk dan belajar cara2 mentadbir daripada ayah pin..hahahaha kepada yang berkenaan jgn marah. kate nak telus dalam media.hahahahaha sendiri makan pengat sendiri mau ingat la kawan!!
cukup setakat ni.tak perlu provoke. time PRU nanti pilihlah yang maner berkenan dihati. ikut hati mati
PEACE!!
gundam
November 12th, 2007
at 3:17am
Orang yang bodoh adalah orang yang tak tau apa-apa pasal sejarah dan suka memberi komen mengikut naluri sempit memasing. Tepuk dada tanya selera!… Yob!jangan baca buku teks sejarah sekolah tu jer….. cecampor sikit ngan orang-orang tua. Tapi bukan le jenih yang sesat plak!
bitter
November 12th, 2007
at 3:43am
hehe bes komen2 kat sini… aku taktau nak komen ape sgt tapi aku nak reply sket pasal isu rasuah.. i think pade pendapat aku, rakyat sendiri yg menyebabkan mende tu jadik utk kepentingan dieorg sindri.. contoh biznesman tepakse melayan rasuah politik sbb nak bizness dieorg maju.. org yg kene saman bayar rasuah kat polis sebab takmo baya saman yg belipat2 kali gande lebeh mahal.. so i tink it takes two to tango….
byk rakyat wanna fight for justice…and i tink no hal dgn mende tu sbb if kite ikot our country’s history pun..demonstration might be a form of democracy… but considering our current corrupted government ni pun, years ago was an act of demonstration..how sure r we that kalo opposition rule nanti it wont be the same thing over n over again?
pasal media blackout kan.. aku rase dis is a must in any country.. total freedom of speech wont bring us nothing but harm in the future…
oh aku agree gak ngn omarbahrin.. “banyak lagi cara yg bijak yg boleh diambil!” n gatherin in big numbers menjeret2 tepekak2 dekat tempat2 public on a weekend is a big no-no!
leLabu
November 12th, 2007
at 9:08am
uikss.. panas jgk ni walaupun dah kena sembur air..
peguam berarak pun gomen bleh buat tak tahu, ni kan plak rakyat marhaen yg niaga burger, repair kapcai, tulis blog, cuci kereta, tebar roti. oh, sedapnya roti canai!
mail, bersedia untuk hidup sebagai dewasa dan meninggalkan menara gading itu, dan moga lebih dewasa. jgn campur politik yang haru BIRU itu!
beckzaidan
November 12th, 2007
at 9:18am
ahahah. aku macam nak tergelak guling guling tgk komen komen org yang cakap diaorang ni bijak pandai dan PRO. ahahhaa…
sikit sikit media massa, sikit sikit media massa.
aku tak tgk tv dan baca berita aliran semasa pun…
aku baca harakah. tapi entah la. tak masuk la.
sangat tak masuk…
sudah la. takde sapa akan puas hati. KUNING akan tidak puas hati selagi orang lain tak faham idealogi KUNING. dan orang lain juga tak puas hati selagi KUNING tak faham idealogi orang lain pulak.
so apa lagi. jom KLCC minggu ni, kita riot kuning lawan orang lain? panggil CNN, BBC, al Jazeera, bernama, harakahdaily, dan macam macam lagi. kasik satu duniaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nampak… itukan tujuan yang sebenar…
selagi certain pemimpin tak menang dan tak dapat apa yang diaorang mahu, selagi tu la semua org terima rasuah bagi mereka-mereka ini.
selagi tu la sistem kerajaan dan pemerintahan tak telus.
aku pun diaorang tuduh terima rasuah kot.
kaya la sangat aku ni…
kaya sangat sebab makan duit rasuah…
and satu lagi, demokrasi itu, diperintah mengikut suara majoriti.
kalau ikut nilai yg hadir hari tu, x10 pun, masih bukan majoriti.
dan tolonglah, kamu tidak bercakap untuk aku.
politik, amat lucu…
azraai
November 12th, 2007
at 9:20am
betul tu. ramai menyemak jer.
faerrin
November 12th, 2007
at 9:21am
aku sokong ayarx…
mmg susah nak basuh mereka yg sudah berkarat nih..mmg aku selalu tak menulis pasal benda2 poltik ni, .tapi aku selalu pikir pasal mase depan, sbg rakyat aku dah pun rase susah payah, ptptn kena bayar balik x pe lah..tapi kenapa perlu interest?? kan ke riba’..lagi pun ape lah sgt kalau di free kan saje wang proses perkhidmatan tuh..bayar saje tanpa interest..
barang naik..sampai bile?? bosan tahu tak..tol naik..tahun depan naik lagi..sampai bile?? mmg barang akan sentiasa naik..tapi tak de ke care tuk tangani masalah tu..kite ade petronas..tahu berapa banyak duit petronas kerajaan sedut?? tahu berapa banayak duit petronas pemerintah dah kaut..msuk poket mane?? ade ke di agihkan ke rakyat??..kalau diagihkan..da lame minyak kat negara kita ni murah..
projek mega super raksasa..koridor selatan, utara, timur dan terbaru di sabah..berapa billion itu semua?? mahu kerajaan tanggung beban hutang yg melampau?? uhhhh…mmg kita tak rase susah sekarang..tapi..generasi akan dtg bagaimana? projek tu mmg ade nilai strategik dan positif..tapi kemana duit2 yg banyak itu mengalir..lebih ratusan billion tahu..dan masalahnye projek tersebut di lancarkan serentak..uhhhh…kite tunggu dan lihat saja..
DEB yg dilancarkan pade RMK2 (btolkan aku kalau aku silap)..adelah rancangan yg punya strategi serampang dua mata..mahu hapuskan kemiskinan, mahu susun masyarakat..dan antara matlamat utama mahu capai ekuiti 30:40:30 dlm pengagihan ekonomi..tapi kita sekarang da 50 tahun merdeka kawan, kenapa sampai skang kita, org melayu masih tak capai2 ekuiti 30% dlm pegangan ekuiti tersebut, mane duit yg banyak tu pergi?? mane silapnye??
aku tak mahu tulis panjang2..kite duk kat negara sendiri..tapi kita seperti merempat..kao dapat point aku?? perhatikan sekeliling kawan, jgn hanya disogok dgn janji2 manis..kite kena ambil kira semua..perhati semua..
salam..peace!!!
beckzaidan
November 12th, 2007
at 9:44am
ah ah, aku pun kalau gik memang nak buat menyemak je. seronok siut. ramai ramai camtu. tengok bola pun stadium tak tentu penuh camtu (kecuali kalau brazil atan man utd datang main). feel kat stadium dah ada, ada pakai baju KUNING, MERAH, seragam sama la. ada FRU, polis. perghhhhhhhhh… tambah plak ada main air, gas pemedih mata. wow, mcm main kat san siro siut.
perarakan maulidur rasul peringkat kebangsaan pun tak happening mcm hari tu, walhal untuk memperingati NABI SAW. tapi untuk agenda sesetengah orang tertentu, ramai plak, xyah suruh pun. xde sijil penyertaan plak tu, elaun aku tak tau la, dpt kot. dapat cuti tak hari ini?
fikirkan…
ayarx
November 12th, 2007
at 10:09am
apsal la korang asyik ckp politik amat lucu..nmpk sgt bodoh korang ni..politik ni seruis isu sebab benda ni tentukan kerajaan..tentukan hala tuju negara.kalau korang anggap keadilan tu perjuangkan Anwar,maybe.tapi korang kena igt sapa Anwar sebelum ni..org no2 laaa…org no2 pun kerajaan bleh buat mcm tu..kalau kita yg rakyat ni..jadi pencacai pengangkat najis laa..aku tanya korang la..kenapa Anwar tu x disabitkan kesalahan rasuah..pasaipa pakai isu liwat..sebab xdak bukti utk kesalahan rasuah..so..terpaksa la mereka2 bukti yg xdak..
100 ribu tu ramai laa…korang ni mmg bodoh betui la..
sebelum ni ada org ckp..
“mengapa perlu himpunkan berpuluh2 ribu orang di’atas jalan raya? mengapa perlu menggadaikan maruah negara? serah memorandum..gi 2-3 jer dah laa”..
sekrg ni korang ckp plak.
.”and satu lagi, demokrasi itu, diperintah mengikut suara majoriti.kalau ikut nilai yg hadir hari tu, x10 pun, masih bukan majoriti.”
memang korang ni x berfikir laaa..
BERSIH ni tujuan nak menuntut pilihanraya yg bersih..sekrg ni mmg pilihanraya x pernah gagal dibuat..tapi perlaksanaannya penuh dengan rasuah..SPR bukan badan bebas..tapi kerajaan yg control..
semua media tempatan,bpr, hakim,polis dikontrol oleh kerajaan..so kat mana pembangkang nak mengadu kalau ada benda yg x betul dlm kerajaan..???
kalau betul la kerajaan sekrg ni ada “guts” dan “kool”
bagi peluang pembangkang masuk tv..kalau ada apa2 isu..tanya pendapat kedua2 blah pihak..jgn..edit,cut semua percakapan..pastu bagi rakyat nilai..
hehehe..mesti kerajaan sekrg ni takut…org melayu ckp “xder telor”..
duez
November 12th, 2007
at 10:10am
bro…cakap jangan sembarangan.Ingat kerana mulut badan binasa.
Noorizam Shah
November 12th, 2007
at 10:12am
menarik artikel hari ini… i like it! yeahh :D
duez
November 12th, 2007
at 10:14am
bro,ada point yang kau sampaikan,dan aku terima.tapi satu sahaja,tidak kisah kita dipihak yang mana,jika berhujah atau ape sekalipun,gunakan ayat yang bijak,tulis dengan bijak.Peace!!
syahid_zul
November 12th, 2007
at 10:26am
DIAMMMMM>>>>>>>!!!!!!!
Jom gelak sakan dengar Pak Zam kita jawab soalan al-jazeera
Pak Zam di al-Jazeera
Ajib
November 12th, 2007
at 11:14am
diorang bukan merusuh tak pasal2, tapi dah buat ini itu tak bagi, nak buat mcm mana lagi? Korang tak rasa fru, polis tu jadik alat kerajaan? kalau fru polis yang start main sembur2, mana tak jadik huru hara. tengok bola ribu2, tak kena sembur air, tak kecoh pun… Banned sini, banned sana. nak bagi pihak pembangkang masuk tv1, tv2 tv3? tak pernah pun aku rase, nak bagi buat debat? tak berani jugak, nak publish harakah? tu pun dah kena sekat sikit2, So ape salahnya dengar pendapat pembangkang, pendapat kedua-dua belah pihak, tak salah pun nak mendengar. Kalau betul sangat pembangkang tu memang tak bleh pakai, ok la, kita tolak la. Kita kasik balik tampuk pimpinan yang TELUS MULUS skang ni memerintah semula. Tapi at least kasik la peluang diorang nak tunjukkan. Ni tidak asyik kena sekat manjang, hangin jugak depa, kata demokrasi kan? Bukan demonstrasi bawak parang, pistol, mesingan, bom sumer pun. Kita pikir banyak sudut, jangan satu aliran je ikut, kalau betul kita ikut, kalau salah tak payah, jangan menonong je ikut.
http://www.harakahdaily.net/bm/
Mohd Ismail
November 12th, 2007
at 11:20am
aku tak moderate komen.. cuma komen dengan link akan masuk untuk memastikan tiada spam.. that how Wordpress works.. teruskan menulis komen… ini kan negara demokrasi.. go on… tulis sehingga hati aku menyokong bulat ideologi kau.. peace!
beckzaidan
November 12th, 2007
at 11:27am
tgk tgk, tak lawak ke? lawak la……..
lucu amat…
Mohd Ismail
November 12th, 2007
at 11:32am
1. Barang akan naik sampai bila-bila. Ini bukan apa yg kerajaan tentukan. Ini banyak bersangkutan dengan trend ekonomi global. Kita duduk di’atas dunia. Banyak negara. Banyak situasi ekonomi. Jangan fikir Malaysia terasing dari kesan yg berlaku di’seluruh dunia.
2. FYI, minyak petrol yg kita pakai hari ini, kebanyakkan’nya bukan datang dr negara kita sendiri. Minyak kita mempunya darjah API yg tinggi & nilai yang jauh lebih mahal. Petronas import minyak yg lebih rendah nilai’nya untuk rakyat Malaysia. Take note, Petronas adalah sebuah SYARIKAT, bukan’nya organisasi kerajaan. Apa milik Petronas, bukan milik kerajaan. Petronas masih banyak tanggungjawab lain selain nak hulur senang2 duit kepada rakyat Malaysia. Mereka ada research, ada universiti, ada tanggungan biasiswa, ada loji yg nak di’maintain, ada pekerja yg nak di’bayar…
Mohd Ismail
November 12th, 2007
at 11:35am
ko tengok Beck, dalam banyak perenggan aku tulis, bahagian mana aku tulis tentang duit? sekali masuk komen… harga petrol la, barang naik la, rasuah juta2 la…
lucu…
sejuk
November 12th, 2007
at 11:36am
lagi lawak biler tgk orang kene sembur ngan air pakai baju kuning time cuti rehat..hahahaha usaha lagi
Ajib
November 12th, 2007
at 11:42am
agaknye semua yang terjadi ni korang anggap lucu / lawak memanjang. ntah tak paham aku. Bagus la tu. Teruskan dengan lawak2 yang lebih lucu. Diorang ni suke gelak.
sejuk
November 12th, 2007
at 11:49am
memang lucu pun ajib melihat gelagat pak ketayap dan makcik yang redah hujan semata2 perjuangan yang ntah hape2.tak bersyukur langsung!
Manok
November 12th, 2007
at 11:49am
yes! tercapai la impian budak2 kuning bodoh ni nak setarap dan seprofesional mat saleh kan? tak pun, at least sama dengan indonesia la
apekebende entah yang dorang tak puashati sangat!
beckzaidan
November 12th, 2007
at 11:53am
ahaha. itu pendapat aku. sbb mmg lucu pun. politik selalu dimainkan oleh pak lawak yg hebat. bermuka muka, bertalam dua. yang kesiannya, org org yang mengikut dengan taksub. dan ada hati mahu ckp aku bodo. terima kasih.
inilah yg dikatakan demokrasi kot.
aku rasa, kalau nak puaskan hati semua orang susah. aku sokong man utd, ko sokong arsenal, orang lain sokong chelsea. mcm ni la lebih kurang.
takkan ko nak mengaku ckp bini ko tak lawa, kan?
(ini ungkapan quote dari orang, aku tak ingat siapa)
mesti idealogi ko lagi hebat dari orang lain.
idealogi orang lain semua berkarat.
teruskan. lucu la.
Ajib
November 12th, 2007
at 11:58am
Aku cool je. sekali ada mak ayah, sedara sepupu sepapat, duia ipar die yang yang pakai ketayap yang join Bersih. Kena sekali kat diorang la agaknye, tak reti bersyukur, berjuang ntah pape. Eh betul la lawak jugak kan? Tapi aku rase diorang takdehal, tak kira sape join bersih consider as lawak jugak agaknye. Huhuhu. Disebabkan diorang ni dah tak boleh terima dah pandangan, so apa kata kita layan je la dan kita iye kan aje semuanya sambil makan roti canai. Peace on Malaysia.
sejuk
November 12th, 2007
at 12:03pm
memang peace pun kecuali mereka yang inginkan kekacau macam tempoh hari…
beckzaidan
November 12th, 2007
at 12:05pm
gelak je la. tapi jgn gelak kuat kuat. nanti diaorang marah.
gelak dalam hati je la.
negara demokrasi…
Ismail Md Isa
November 12th, 2007
at 12:30pm
Untuk sekian kalinya….
Aku tak lagi rasa kool melawat site ni..walaupun sebelum ni aku bangga punyai nama seperti kau…..
Usiaku jauh lebih senior dari kau… aku amat malu jika junior2 sebaya kau punya fikiran sealiran seperti ini.. hidup cukup nak tengok muka mak ayah kau, nak makan roti canai & rasa kehangatan teh tarik… Kau rasa selesa!!! Tunggu la…
Untuk nak rasa semua tu… tak perlu jadi pejuang ugama dan bangsa pun boleh dapat (malangnya jika semua anak jantan melayu ada rasa selesa begini…)
Aku juga tak 100% sependapat dengan mereka, tapi aku hormati orang yang berani bangun memperjuangkan kebenaran… kalau asyik rasa nak selesa, malu takut foreigners pandang rendah dengan apa yang kita lakukan…. jangan jadi melayu! Apa selama ini Melayu hidup selesa sangat ke… selama ni bukan Melayu pandang kita ni hebat ke… mungkin kau hanya topeng melayu tapi bukan melayu..kau Me-Layu!!!!
emptyspace
November 12th, 2007
at 1:00pm
dalam isu politk sebegini jgn bangkitkan isu perkauman la.. lagi buruk tau tak..
Manok
November 12th, 2007
at 1:01pm
so apa yang ‘menegak’nya dengan apa yang budaya kuning tu buat? boleh spesifik?
dalam Islam kita diajar untuk bersederhana, so apa lagi yang kurang sampai korang buat rusuhan bodoh camni? IMHO, rusuhan, tunjuk perasaan = tu absolutely bukan budaya islam!
nak jadi orang islam, belajar PRODUCE! pung pang sana, pung pang sini, MANA?? MANA PRODUK TERKINI ORANG MELAYU ISLAM KAT MALAYSIA NI? hari-hari pegi tengok konsert, tak kira konsert bodoh pun pergi. ni time orang rusuhan pun pergi. aku yakinlah, dari berpuluh ribu yang pergi, dalam sepuluh orang je yang faham dan tau apa dorang buat. yang lain? sama je kepala hangguk!
neutronics
November 12th, 2007
at 1:01pm
bagus.. biarkan org2 begini basah.. cube kau biarkan taiko2 BERSIH tu jadik government, bolehkah Malaysia menjadi aman damai tanpa sifat perkauman? Diorang ni x ubah macam beruk2 yang cuba menjadi manusia..
sekian…
Manok
November 12th, 2007
at 1:04pm
betul sesangat. dah tak suka dok Malaysia, gi la dok Indonesia sana, dorang pun suka gak tunjuk perasaan tak bertempat ni. Tak pun gi ke negara timur tengah, hari hari bakar bendera. Apa yang dikejar pun tak tau.
Dalam Islam no 1 penting tu ILMU, without it, korang merusuhla macam orang sewel sekalipun, tetap dok tang tu jugak.
dorang ingat Islam tu untuk orang Melayu je ke agaknya
Ajib
November 12th, 2007
at 1:05pm
wuuuu……….marahnya die. dari isu kaum, pastu agama, pastu ape lagi nak bertekak lepas ni? Orang islam cakap elok2 ye.. bukan marah2 ye abang-abang sekalian. Marah-marah ni tak cool dan bukan budaya dalam IsmailDotCom (Ye ke?) Dah daftar undi ke belum? dah cukup umur ke belum? toksah nak gado2, pilihan raya mai nanti, kita pangkah je sapa yang kita rase betul dan TULUS MULUS SUCI DALAM DEBU. Amin… Anggap je Deja Vu. huhu.
Manok
November 12th, 2007
at 1:13pm
sebenarnya tu jalan terbaik, masa pilihanraya, UNDI. jangan jadi hipokrit, kerja dengan kerajaan, pung pang kutuk kerajaan tapi hujung bulan nahhhh tadah tangan mintak gaji. Dah tak suka, pegi la kerja sama NGO sana kan? masa undi korang undi sapa?? BN?? APsal?? Takut kena buang kerja kalau orang dapat tau korang undi PAS ke misalnya??
Aku memang Islam, tapi aku ngaku aku takde la baik sangat. Tapi at the same time, aku pun bukan macam sudah diberi betis nak peha macam certain people tu. Dari buat perhimpunan macam ni, baik buat perhimpunan ala FOWA tu, ada gak faedah untuk Malaysia akan datang.
Huh!
beckzaidan
November 12th, 2007
at 2:37pm
setuju…
jgn ckp canang je. tapi bila ngundi, pangkah lain…
xde sapa nak puas hati. selagi tak dpt benda yg diaorang nak.
lumrah alam.
musnaz
November 12th, 2007
at 2:39pm
hantarlah memorendum pakai email.. kan lagi senang? layan YM ke… ho ho
Qaiyum
November 12th, 2007
at 2:42pm
Oh! Nasib Baek Malaysia Bukan Korea Utara. Nanti Nak Buat Entri La Pasal Korea Utara. Hmm…
beckzaidan
November 12th, 2007
at 3:01pm
xleh. media massa tak nampak. kena perarakan juga, baru best. baru dpt cover CNN, reuters, BBC, al jazzera…
jembalang
November 12th, 2007
at 3:08pm
Buat la macm mana pun..di liang lahad pun bukannya tanya tentang politik..dia tanya apa? Jawab la sendiri…..
sejuk
November 12th, 2007
at 4:42pm
perarakan yang sia-sia!!
marshallqai
November 12th, 2007
at 6:03pm
uitt mail…hot gile ko punya blog neh…
emm..ni lak pandangan aku selari dengan apa yang aku belajar..
nak aku masukkan teori sosial ke tak?
rasa tak perlu sebab manusia itu kehendaknya pelbagai…
rasa aku perhimpunan bersih adalah satu kewajaran bagi mereka yang ingin mendapat perhatian. kita kena tahu bahawa kerajaan takkan mengambil tindakan yang drastik seperti wat sekatan jalan raya, pasang fru dari 4 unit sekitar kl kalau apa yang nak dilakukan oleh BERSIH sesuatu yang mempunyai kepentingan kepada negara.
memanglah ada yang kata takat hantar memorandum 2-3 pun boleh, tapi harus ingat, proses tuntutan sesuatu perkara mempunyai sokongan dan bila ramai yang menyokong tuntutan itu maka ia pasti akan menjadi satu perkumpulan besar. bila besar barulah kerajaan akan mula sedar akan tindakan dan mewajarkan tindak balas kepada arahan itu.
harus diingat, ada yang kata ’sosial value my ass’…tapi adakah anda sedar bahawa hidup anda sendiri adalah bersosial…sosial itu adalah kehidupan..politik itu juga kehidupan, jgn anda kata anda tak berpolitik…kerana, anda cuba pengaruh kawan juga adalah nilai politik…anda yang tidak memandang dunia dalam sudut ini akan berkata “political like shit’. anda meminta sesuatu dari sesiapa sahaja dan mengiyakan pendapat kawan juga adalah nilai politik.
benarkan saya menegur sebahagian besar mahasiswa kita yang dibutakan dengan ilmiah kampus semata-mata. Prof. Diraja Ungku Aziz sendiri merasa mahasiswa sekarang hanya lebih mendengar, mengiyakan, dan menerima tanpa ada penilaian dan analisis.
dalam blog mohdismail.net ini rata-ratanya mereka yang celik it dan mahir di dalam bidang s&t…saya ni cuma golongan biasa…lihat malaysia dari dunia luar..lihat politik malaysia dari mata orang yang teraninaya, baru anda dapat buat keputusan.
bawah ini, ingin saya khabarkan buat difikirkan
1. kebnykan konsert yang melalaikan, melekakan anak muda dengan hiburan , dengan arak di kiri dan kanan mereka, diberikan permit oleh polis untuk berkumpul, tetapi berlainan bagi mereka yang berkumpul menuntut keadilan, disembur dengan air, dengan gengaman dan laungan keramat, hanya untuk seketika, dipukul, dihalang,
soalannya : adakah ini digelar negara islam yang berdaulat, mana maruah kita ?
2. anda merasa selesa kerana anda tidak dibimbangi oleh keadaan. kerana anda bukan sebahagian dari mereka yang tertekan. cuba anda fikirkan mereka yang tertindas, anda bangga kerana lengkap segalanya, tapi bagaiman anak orang miskin yang perlukan biasiswa tapi orang atasan makan rasuah guna duit yang sepatutnya untuk anak orang miskin itu. tidakkah anda kasihan.
soalannya : benarkah anda rela ini berlaku ?
3. anda tidak merasa beban minyak, bekalan makanan, kerana anda belum berkeluarga, dalam tahun ini cuba anda senaraikan berapa banyak perkara yang naik, berapa banyak yang turun,
soalannya : sedar atau tidak anda ?
4. kehilangan kedudukan sebagai universiti terbaik dunia sudah membuktikan bagaimana kesinambungan keilmuan mahasiswa di malaysia ini. saya bukan menyalahkan mana-mana pihak. tapi ibarat kata pepatah. kalau tidak kerana angin, masakan pokok begoyang. anda fikir sejenak dengan ilmu yang ada.
soalannya : apa tahap kita ?
kesimpulannya, anda punya hak untuk bersuara bagi semua rakyat malaysia, cuma bersuaralah anda sebagai seorang yang BERILMU, kerana ramai mahasiswa kita CELIK, tapi minda kemasyarakatannya DIBUTAKAN
SEKIAN,
wassalam
KHAIRUL ANUAR BIN MOHD ARSHAD
B. Int. Affair Mgt. (Hons)
marshallqai
November 12th, 2007
at 6:29pm
ape yang ko merepek ni..
ko tak paham tentang politik ko diam tengok sudah.
belajar sampai masuk u, tapi fikir macam orang kolot,
pembangkang mahu check and balance, tu amalan demokrasi, yang salah depa tegur la. yang hang duk merapik ayah pin pasai pa lak?rugi malaysia ada yang orang fikir macam ko ni. nak habiskan ptptn duit rakyat, tapi fikir tahap macam tu, macam mana orang nak respek kat ko?
marshallqai
November 12th, 2007
at 6:37pm
kau hanya pandai berkata-kata, tapi satupun kata kau tak bermakna,
kau hanya pandai ketawa riak, tapi satupun ketawa kau orang tak gelak
kau hanya pandai membanding tara, tapi satu pun bandingan kau boleh dipakai
kau hanya pandai menulis kutuk, tapi satu pun tulisan kau menjadi ilmu kepada orang lain
kau hanya pandai menjengkelkan orang, tapi satu pun jengkelanmu itu buat seribu orang menyampah denganmu
marshallqai
November 12th, 2007
at 6:42pm
ingatlah..kenapa Allah jadikan kita di muka bumi ini
antara tugas
1. memakmurkan alam
2. menjaga hubungan sesama manusia
3. mentadbir bumi dengan bijaksana
4. menjalankan tugas selari dengan tuntutan Allah
kau tak faham maksud politik, sebab tu kau berkata begitu,
sebab dalam Islam itu sendiri mengapa memilih pemimpin yang terbaik itu perlu,
politik tu meluas, jangan sempitkan fahaman orang lain dengan apa yang kau tahu sahaja.
marshallqai
November 12th, 2007
at 6:43pm
kalau sia-sia tak payah la penat-penat polis tunggu awal-awal dgn trak fru sampai 4 sekali jalan, baik duk opis hari minggu..
maknanye ape?
bende tu penting la.
marshallqai
November 12th, 2007
at 6:46pm
memang lumrah alam, tapi fikirkan bagaimana kita mengaturnya, sebab dalam hidup kita ada dua macam keputusan
ya atau tidak
benar atau salah
mahu atau tidak
adil atau zalim
n sebagainya…bila kau pilih satu, maka satu lagi kau tinggalkan, n yang kau tinggalkan itu untuk orang lain…renungkan
marshallqai
November 12th, 2007
at 6:47pm
pemikiran singkat
beckzaidan
November 12th, 2007
at 6:47pm
haha, lawak siut… ini pun lucu gak ni…
aku rasa, ko belajar tak habis siut kat universiti.
aku sampai SPM je…
tak pandai mcm ko…
pelik, kalau kata kata aku tak bermakna, apsal ko layan…?
aku ketawa, aku tak undang orang lain ketawa.
membanding tara itu proses hidup aku,
dan tidak kena mengena ngan hidup ko
aku pun tidak harap tulisan aku jadi ilmu orang lain,
kerana aku bukan bijak pandai universiti macam kau,
tak kisah la orang menyampah dengan aku,
tapi aku tak menyampah dengan orang.
dan lagipun, aku peduli apa…
ko bukan ada kena mengena dengan hidup aku pun…
badut sarkas la ko…
anonymous adalah faggot
yg takutkan kemaluannya dipatuk burung gagak.
kecik sangat kot…
marshallqai
November 12th, 2007
at 6:48pm
hai bro qaiyum…ingat lagi sama rumate mail di zaman matrik dahulukala…hahaahah..akulah orangnya
beckzaidan
November 12th, 2007
at 6:49pm
pemikiran ko best sgt la kot. ahahhaa..
int affair kena la pikir international…
lucu
Insan
November 12th, 2007
at 6:55pm
En marshallqai, kita taip banyak2 kat sini, nanti kena gelak je nanti. diorang cakap lucu politik ni. Geli hati dan lantas berguling-guling gelaknya. Memang dah tak boleh terima dah, Yang diorang nampak semua sia2 dan nak cari glamer. Memang dah singkat pemikiran, takbleh wat ape dah. Biarkan diorang ni dengan dunia dia orang. cepat puas hati, hidup dah selesa dan tak tau langsung apa benda disebalik “Malaysia amam makmur dioang ni”
marshallqai
November 12th, 2007
at 7:02pm
aku berkata kerana aku memandangmu sebagai anak bangsa..dan aku tak mahu penilaian aku negatif pada anak bangsa aku sendiri…
bila kau bertulis begitu, maka, orang akan berfikir lain terhadap diri kau..maka berfikirlah sebelum menulis, kerana melalui tulisan, tamadun boleh dibina dan boleh juga diruntuhkan..
salam perjuangan.
marshallqai
marshallqai
November 12th, 2007
at 7:04pm
pasal aku fikir international la nak orang seangkatan sebarisan dengan aku berfikiran international..takkan nak fikir gaya domestik je bang?
fahamkan diri sendiri sebelum melihat dunia
marshallqai
November 12th, 2007
at 7:17pm
terima kasih insan,
biarlah sedikit perubahan, pasti ada yang memahaminya..
biarlah sedikit diterima, pasti ada yang menurutnya
biarlah sedikit pujian, pasti ada sokongannya..
marshallqai
November 12th, 2007
at 7:21pm
orang yang suka bangsanya lemah memang suka gelak
vangardx
November 12th, 2007
at 8:04pm
huhu..kalau sembang pasal politik..mesti panjang2 kan..patutla cikgu aku cakap..sape yg pandai berdebat boleh jadi ahli politik :D ap2 pun..aku suka membaca :D
Ajib
November 12th, 2007
at 8:05pm
Aku rase macam dah Aman Malaysia dah ni? Sumer dah cool down ke? bagus la tu, benda pun dah lepas kan. Amin………
sejuk
November 12th, 2007
at 8:22pm
hahha dah la..benda pun dah lepas.so kepada geng kuning,mulakan la yang baru.kepada yang masih nak mencari maklumat teruskan la usaha anda. seperti kata anda, malaysia kan demokrasi.cume nak bgtau sebelum bertindak tu fikirkanlah, jgn ikut hati dan perasaan. Kite ada akal untuk menentukan bagaimana caranya untuk kite terus aman dan nagara terus berdaulat tanpa campur tangan orang luar.fikir ok semua.
Peace!!
delang
November 12th, 2007
at 8:31pm
knp perlu beribu2 orang utk anto satu memo tu?
ni pandangan aku je, orang penah cakap politik lebih kurang macam dipasar mlm, pembeli A mahu membeli baju la katakan, datang pula si pembeli B, pembeli A sudah hampir utk membeli baju itu, tetapi pembeli B menghalang dengan pelbagai alasan dan dalih. Akhirnya pembeli A tukar fikiran dan tidak membeli baju tersebut. Setelah pembeli A berlalu pergi, pembeli B tadi sebenarnye berkenan jugak dan terus membelinya tanpa fikir panjang. errrmmm….apa-apa je la.
shafril
November 12th, 2007
at 8:35pm
salam,
satu pendapat yg bernas dari marshallqai. Buat pengetahuan saudara Ismail, Petronas directly owned by the govt 100%. MUNGKIN benar juga apa yang di katakan oleh Prof. Diraja Ungku Aziz “mahasiswa sekarang hanya lebih mendengar, mengiyakan, dan menerima tanpa ada penilaian dan analisis” :) peace
delang
November 12th, 2007
at 8:48pm
huh aku baru terbaca komen marshallqai, memang sungguh bernas skali.
aku sokong marshallqai…
CHIKA
November 12th, 2007
at 9:01pm
Org malaysia memang berbudi bahasa, memang lemah lembut. Sebab tu barisan politikus senang buat keje. Maksud aku, ketika berjenaka… mungkin para pemerintah boleh berkata… “Depa ni senang ja. Kecik tapak tangan, nyiur depa tadahkan..” Dan aku tak nak… bila aku mati nanti… ketika disoal oleh Izrael apa agamaku.. aku TERjawap pulak Islam Hadhari.
Dan…
aku bukan puak penentang beridentiti rahsia.
delang
November 12th, 2007
at 9:18pm
mungkin ini lah akibat apabila sore rakyat disekat2 atau pendek kata tiada langsung.
mungkin berarak/demo dll jalan kepada sore rakyat
marshallqai
November 12th, 2007
at 10:23pm
thanks n kredit tu all yang membaca komentar saya..
yang penting bagi kita adalah kesedaran, penilaian berasaskan kepada ilmu yang diperluaskan.
memungkinkan seseorang berkata benar, dia akan membait dahulu
memungkinkan seseorang menyahut seruan, dia akan berfikir dahulu
memungkinkan seseorang berjuang seriring, dia akan bersiaga dahulu
memungkinkan seseorang lantang bersuara, dia akan bertafakur dahulu
elreymarshalqai*7
CHIKA
November 12th, 2007
at 10:43pm
WAKTU WARNA KUNING BERSEPAH, ENGKAU SEMBUR SURUH BERAMBUS.
NANTI ALLAH TARIK NIKMAT WARNA KUNING BARU TAHU MERABA DALAM GELAP.
HAHAHA (ni bukan jenaka)
selamat malam, MARSHALLQAI ! Sila.. sila.. teruskan usaha memberi kefahaman kepada yang belum faham.
amer
November 12th, 2007
at 10:58pm
Aku setuju kerajaan selalu memanipulasi fakta sebenar untuk menjaga kepentingan diri sendiri dalam media massa. Walhal *kebanyakkan* keadaan sebenar adalah sebaliknya. Kebanyakan kita di sini hanya menyokong berdasarkan apa yang dilihat dari kaca tv surat akhbar yang kononnya sahih walaupun kita sedia maklum tiada yang sahih sebulatnya selain alQuran.
Sedangkan teori pendaratan di bulan boleh dipalsukan *sila rujuk analisa-analisa yang sahih, dimana suatu ketika kita(saya) kagum, tapi setelah terlewat puluhan tahun kini baru tersebar kisah ini. Aku tidak ingin Malaysiaku *negara islam* mengikuti jejak ini memalsukan kebenaran untuk kepentingan diri. kalau mahu kekal dalam pentadbiran sekali pun tidak perlu menindas kebenaran. Jelas jika ini mereka mampu lakukan terang-terangan, perkara lain jauh dari fikiran kita mungkin mereka mampu, siapa tahu. Anda? Dimana negara kafir pasti bergelak ketawa melihat kebodohan kita yang tidak ubah seperti mereka walaupun berstatus Islam..
Mereka yang membantah sebenarnya kurang tahu, tidak perlu dimarahi. Aku tahu perasaan mereka, tidak mahu kalah. Mahu dirinya betul selalu, fitrah manusia tidak mahu dilihat salah. Jangan fikirkan keegoisan, fikirkan nasib hari akan datang.
YA korupsi kini di tahap tidak dapat diubat. Maka kita memerlukan lonjakan seperti ini *rusuhan terkawal* bagi membuka mata mereka yang kurang sedar. Bukan tiada jalan alternatif yang “bijak”, tetapi mereka seboleh mahu menutup peluang itu jika diminta melalui prosedur sekalipun, adakah kerajaan akan membenarkan perkara ini menghakiskan kuasa mereka.mesti ditolak awal-awal cadangan itu..bukan pembangkang terdiri dari kalangan bodoh belaka tidak tahu prosedur, ada jurutera teraniaya oleh sikap pilih bulu, bekas naib perdana menteri yang tahu apa yang terjadi sebenarnya lalu dituduh liwat dan dimana kita ketika itu siapa kita hendak mengadili jika kita tidak mengetahui… Walaupun aku tidak sepandai mana bercakap secara berdepan. aku harap ini dapat membuka sedikit perhatian. kebenaran akan terbukti suatu hari nanti. lewat atau cepat terletak pada sikap kita.peace!
CHIKA
November 12th, 2007
at 11:19pm
ketika perhimpunan karat biru… engkau nampak rambut-rambut palsu yang tinggi, rambut-rambut emas mengalah paris hilton engkau semua tak hina. Bila pak-pak serban, pak ketayap dan makcik-makcik hijab labuh keluar KL… semua pakat hina.
Agnes Monica mai KL, PussycatDolls mai KL, Inul mai KL… segala macam orang kenamaan sambut. Look, kita tahu semua artis ni datang menyatakan dengan jelas mereka nak buat konsert. Mereka cuma carik makan. Kita pon iyakan. Dia nak buat konsert. Tak ada niatpon dia nak rosakkan akidah kita.Kita terima.
To be applied kepada peristiwa BERSIH. Mereka dah nyatakan. Dan jelaskan, mereka berjuang untuk keBERSIHan pilihanraya yang akan datang. Tapi kita kata, mereka ni berjuang untuk sesuatu yang entah apa. Mereka ni sebenarnya niat nak mencetus propaganda.
Seriau aku. Yang maksiat kita anggap ketenangan. Yang nak perjua