Penamaan Semula Langkawi: Langkawi Permata Kedah

Hari ini, kerajaan negeri Kedah menamakan semula Langkawi sebagai Langkawi Permata Kedah sempena sambutan Jubli Emas Sultan Kedah. Apa perlunya & signifikan dengan sambutan Jubli Emas Sultan Kedah?

Aku sukakan Pulau Langkawi walaupun seumur hidup aku baru dua kali aku ke’sana. Jika di’beri pilihan untuk hidup di kepulauan, aku akan pilih Pulau Langkawi. Penukaran nama Pulau Langkawi kepada nama yang lebih panjang tidak akan membawa apa-apa faedah.

Aku membantah penamaan ini bukan kerana kerajaan sekarang adalah pembangkang, tetapi kerana nama Langkawi itu sendiri.

Selepas ini, Le Tour de Langkawi akan di’panggil Le Tour de Langkawi Permata Kedah. Ironman Langkawi akan menjadi Ironman Langkawi Permata Kedah. Sangat tidak kool!

Walaupun aku bukan anak kelahiran Kedah, penamaan semula Langkawi dari pandangan aku adalah karut. Jangan harap aku akan gunakan nama Langkawi Permata Kedah. Langkawi tetap Langkawi.

16 Comments

aku tidak pernah ke langkawi.. tapi jika nama langkawi diubah dan semua acara yang berkaitan dengan langkawi akan diubah.. maka betullah ape yang ko katakan.. sungguh tidak cool.. hangat pun tidak.. makin hangit adalah..

wow, makin panjang lah pulak.
macam mana lah tourist nak sebut nanti. haha

tunggu lagi 3 tahun , tukarlah nama . haha.

buruk sungguh nama itu….kalo gelaran tu ok la….tapi kalo nama…really scuk..

dah lama tak pergi. paling last, masa umur 10 tahun dulu..

boring giler wat nama panjang2. byk lg perkara lain yg boleh dibuat selain memanjang nama tempat yg pendek. :)

Agaknya tiada ker pembaharuan lain yang kerajaan boleh buat?

*tiada SPM misalnya…hahah

pas ni tentu negeri lain pun nak ikut tukar gak…kalau kita nak isi apa2 form tentang address tak muat lah jawapnya

x perasan aku url ko dah bertukar. hehe

entah la .. penukarannya hnya membazir waktu je dan uang je.. signboard sume kne tukar.. membazir!!

@KNizam tak tukar domain pun..pindah server je.. sekarang semua da selesai =) alhamdulillah…

haha..lepas nie budak-budak sekolah sumer tau ar langkawi tue kedah nyer..

dulu kecik-kecik dulu ingat langkawi penang nyer..haha

a’aa..lagi panjang lagi susah nak sebut, tulis dan ingat. diorang patut ikut bharian, zaman dah berubah,dunia dah maju.

by de way, cantik rumah baru nie. patutlah lama metenen nye. cool

aku orang kedah..baru saja tau pasal nih di sini…aku rasa hanya pada nama…macam DO RE MI. kalau suka panjang sebut saja yang panjang..tapi mahu ringkas..silakan…mungkin anak2 generasi akan datang akan lupa asal Langkawi dan Mahsuri..MUNGKIN???

@adib sejarah akan tulis begini, “pada 2008, kerajaan PAS Kedah menukar nama Langkawi sempena Jubli Emas Sultan Kedah..” x signifikan langsung…

haha..kerajaan PAS gak kena bantai.. :P

Leave a Comment