Penang got almost 20Mb/s internet connection

Semalam melalui Google Reader, aku baca satu entri dari Paul Stamatiou berkenaan masalah sambungan internet US yang mempunyai kelajuan yang lebih rendah berbanding negara maju lain. Melalui artikel di USA Today bertarikh 25 Jun 2007, fakta menyatakan yang Jepun mempunyai purata kadar kelajuan download(muatturun atau muat’turun?) sebanyak 61Mb/s, kau boleh download keseluruhan satu album Ayumi Hamazaki kurang dari satu saat!, Korea Selatan dengan 45Mb/s, Perancis dengan 17Mb/s & Kanada dengan 7Mb/s. Sedang’kan US hanya memiliki kadar kelajuan 1.97Mb/s.

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang prihatin akan suasana internet di’sini, aku teruja mahu tahu berapakah nilai purata kadar kelajuan download di Malaysia. Aku mula’kan acara Googling (mengGoogle?). Tiada maklumat rasmi dari mana-mana pun. Baik. Aku ke SpeedTest.net untuk melihat sendiri keadaan internet di’Malaysia. Berikut adalah beberapa ujian yang aku laku’kan di SpeedTest.net.

malaysia-pakistan.PNG

Ke Pakistan, keputusan download 82 Kb/s, upload 45 Kb/s.

malaysia-uk.PNG

Ke United Kingdom (Hi there!), keputusan download 42 Kb/s, upload 70 Kb/s.

malaysia-japan.PNG

Ke Jepun, keputusan download 1649 Kb/s(1.65 Mb/s), upload 400 Kb/s.

Melalui ketiga-tiga test ini, aku sendiri tidak mampu membuat apa-apa kesimpulan melainkan Malaysia masih berada di era dial-up kerna masih berada dalam lingkungan kadar kilo, bukan’nya mega. Penemuan selepas ini yang mengasyik’kan.

malaysia-stat.PNG

Bila aku terlihat’kan statistik berkenaan ISP(Internet Service Provider) terbaik di’Malaysia, yang berada di atas bukan’nya TMnet atau apa-apa sekutu Telekom Malaysia. Optical Communication Engineering Sdn Bhd dengan kadar download 19+ Mb/s. Woot! Aku kembali ke Google, type in ‘Optical Communication Engineering Sdn Bhd’ and PenangFon?

Okeh, sepanjang aku berada di Pulau Pinang, selama 3 tahun mungkin, aku tidak pernah dengar tentang ISP yang bernama PenangFon. Mungkin aku pernah dengar, tetapi kemungkinan besar juga aku abaikan kerana ‘fon’ di’belakang itu seolah-olah menyatakan company ini sealiran dengan company-company penyedia kad prabayar telefon awam yang lain. Aku paling tak into telefon awam ni semenjak aku kenal handphone.

Ini maklumat paling menarik tentang ISP yang menyediakan perkhidmatan khusus untuk orang Pulau Pinang.

penangfon.JPG

2 Mb/s download & upload untuk RM60 sebulan. Sound nice! Dan, yang lebih mengujakan aku tentang PenangFon adalah, kau tak perlukan sebarang talian telefon untuk menggunakan perkhidmatan mereka sepertimana Streamyx.

Owh, Streamyx, mahu tahu berapa mereka caj untuk talian internet 2 Mb/s download & 384 Kb/s upload?

streamyx_sucks_wtf.JPG

RM 1,188, wtf!

Mak, kita pindah Penang ye tahun depan?

Popularity: 16% [?]

There Are 44 Responses So Far. »

  1. kat penang jer ker.?? kat tempat lain xde ekk..???

    ermm….aku nyer pakej 1mb….fixed ip..tapi derang takkan bagi full 1mb….suku pun tak sampai..humm…

  2. haah.. penang sahaja.. mari ramai2 kita pindah ke Penang!

    ha ha.. aku wonder pulak sekarang, sepatutnya servis macam PenangFon ini molek letak kat CyberJaya.. atau CyberJaya yang perlu pindah ke penang?

    ;p

  3. wa, very interesting info..awak membuka banyak minda mengenai kajian ini…nie yg rasa cek nak dok kat penang la laa nie jugak..hehe

  4. sebelum gempa kat taiwan tu, speedtest ni ping server kat SINGAPORE(time tu malaysia masih bergantung pada server singapore)

    lepas gempa tetiba muncul plak Penangfon nih

    speedtest ni pandai pilih server, dia tak pilih server TMnet yang baru kat KL tuh, dia pilih Penangfon haha

    huhu kabel Fiber Optic tuh, memang laju gila la,

    bila la streamyx nak tukar kabel kuno dia yek

  5. dah lama ade dah.. cme xde publisiti

    owh encik mael, lepas link dah tukar page, link ke page neutronics dah xde ye.. adess.. sedih :(

  6. owh ye? baik-baik.. sy naik’kan sekarang juga.. la la laa.. siapa lagi mahu tukar link? ;p

  7. hehe… :D mekasih

  8. wow bro… laju amat berbanding tmnet yg sux ni. aku try tgk service area ,kalo-kalo tempat aku masuk skali..haha. minta maaf la.

  9. wah penemuan yang bagus. tahniah Mail :)

  10. Kenapa tak pernah dengar pasai PenangFon nii. Dah lama wujud ka? Tak de promosi pon.

  11. owh.. ramai juga ye tak pernah dengar.. ha ha.. orang PenangFon, kalau baca ini, sila sertakan e-mail supaya aku boleh hantar invoice untuk entri ini.. pengiklanan berkesan!

    ha ha

  12. penangfon dah lama mail, mslh nyer bukan smue penang ader…byk kat condo jer…tmpat2 org mewah…lg 1 yg penting..dia nie pakai fiber optik…tmpt2 lain mana ader pakai, smue still pakai copper dr TM lg

  13. “Speed of service is on best effort service”

    mesti smue org faham maksud nie kan? streamyx pon mcm nie

  14. mmg laju fiber optic, nak tukar 1 msia? tunggu laa bertahun2 lg laa jwb nyer…

    xpon kalo ader pak arab sanggup nak melabur tukar

  15. ha ha.. koman2 pun jauh jauhhhh lebih murah dari streamyx..

  16. okeh najib, nanti lepas grad kita sewa condo sebijik kat georgetown.. molek untuk aktiviti menorrent.. ;p

  17. tunggu laaa berapa tahun lagi nak boleh guna yang lebih laju… errr time.com macam mana pulak bezanya dengan streamix?

  18. hahaahaa baru hang tahu mana yang lebih baik… sebenarnya streamix takder saingan yang lebih power lagi… jika penangfon lebih maju lagi pada masa depan dah tentu seluruh negara akan dapat internet yang laju…

    maka time itulah mereka akan kalut…

    tunggu kalut dulu laaa…

  19. pasni kalo penangfon tu dah meluas,atau akan wujud pahangfon ke,xde la aku donlot utk sebuah album dlm 5jam lebih..serta bil2 tmnet aku pun xde la mencecah 100ringgit lebih :(

  20. good research bro…xterfikir plak aku utk kaji benda2 mcm ni..

  21. Aku yang penduduk Pulau Pinang ni pun taktau..Mentang-mentang la aku ni tergolong dalam status perantau..huhu..

  22. rajin kamu buat research yah!
    bagus!

  23. wow…lagi satu penemuan hebat dari ismail, tahniah. Kat penang je ke ade servis tu, aduuu.

    Streamyx baru perkenalkan pekej 4mbps kan, tak tahu la aku hebat takat mane.

    berminat lak aku ngan internet laju2 ni. Buleh share ramai-ramai.

  24. Hi too~ ;)

    Oh.. ni research yang semalam tu ye.

    Maksudnya, streamyx ni kalah dengan penangfon lah ye? Aih.. buat malu TM aje la streamyx nih.

    Patot lah sakit benar aku download cite Emil Emilda kat YouTube tempoh hari, mase kat KK. Haha.. Kat sini, aku klik je.. kurang satu minit, dah siap.. :D

  25. Huhuhu, mael, aku biasa guna menda nih… Ko cuba check line UTM, hehehehehehhe….

    Apapun mael, aku tak tunggu yang kat home punya connection. Aku suka mobile broadband. Kat mana2 boleh online…. Bilalah kita nak dapat internet berkelajuan tinggi menggunakan broadband tecnology… macam kat US ni Americas Largest & Fastest Mobile

  26. biasa guna yang mana? speedtest atau penangfon.. he he ;p

    aku tahu azhar, ofis kau punya internet yang super laju.. ha ha.. *mintak sikit boleh?

  27. ko kat penang ye bat? belah mana? kalau nanti aku balik sana.. kene jumpa ni.. ha ha ha..

  28. hikhik.. banyak’kan sabar yattie.. sesungguhnya kita duduk di’malaysia.. ;p

  29. huuh, giler laju nih..gamaknyer stemix nih dengar ke x entah rintihan customer diye nih…

    Camanerpon, ni aku nk sher list of malaysia isp..
    http://www.redesignmalaysia.com/isp

  30. asal ah, pada aku nama penangfon tuh x komersial langsung. tak broadband gitu. apahal pun, yg pentingnya, dia lebih laju. harap2 x sux jugaklah.

  31. takkan nak pindah ke Penang…
    bg je cadangan PenangFon tu luaskan market dia ke seluruh Semenjung…
    oh ya, memang tak pernah dengar pun pasal PenangFon… mereka xde buat tahap dewa ke?

  32. aku dah tau lame dah pasal PenangFon ni.. tp x sampai sini wat pe.. huhuh

  33. malas dok penang…naik kapchai burok pun kena tol..

  34. guna 3g boleh kot? kalo tak pakai line telefon. maka cadangannya untuk penangfon. agak2 boleh tak dengan 3g? boleh laaaa…. boleh laaaa…

  35. mana ada sehebat streamyx.

    One time Service Activation Fee of RM40.00, and Installation Charges of RM80.00
    Media Converter for RM450
    3 Months Deposit

    mahal gak awal-awal. biasa ah fibre optic.

    ohh lagi satu, aku tak rasa dorang nih ada international bandwidth sendiri. so sama gak la sharing ngan tmnet nih.

    aku cakap korang ah, kalau ramai orang pakai, kalau semua orang pun download warez serentak (p2p), gerenti lembab lah. takde beza ngan tmnet

  36. Bertuahnya org Penang dapat pakai Fibre Optic

  37. huhu…aku dok penang pn x pnh guna servis ni lg…sbb x meluas lg..

    kebanyakkan’y diorg sediakan utk penghuni apartment disebelah island..tp mmg laju

    besh2 :D

  38. KL pon ade, MetroFON.

    Ni result aku,
    http://www.speedtest.net/result/147903509.png

    Dulu time aku check ISP utk rumah baru, MetroFON antara considerations gak. But, tak cukup duit utk deposit maaa.. But it all, ia yg paling berbaloi.

    =)

  39. TMNet anak syarikat TM tapi memalukan…

  40. hahaha…tmnat kat kawasan aku support 512 je..

  41. biasalah anak syarikat, tetapi takkanlah stemix nak duk diam aje kalo ada komen psl mereka. mungkin sekarang tidak tetapi ada usaha untuk mmpertingkatkannya pada masa depan.

    itupon kalo ada peningkatan laaa… jangan peningkatan bil aje yang banyak dah laaa…

    waahahahaa…

  42. ade fiber optic gak kat Penang, http://www.penangfon.com

  43. murah seh… tempat makan pon sodap…hummm mari2! pindah :))

  44. haha… sampai mau pindah ke penang? tempat tinggal ok. tempat makan ok. apa lagi, jom kita padatkan penang dengan komunity bloggers mael punya blog…

    jom pindah…! pindah ke talian yang lebih laju menderu… takkan streamix nak duk diam je…