Penapis air Dean Kamen — canggih & berguna
- 11
- Add a Comment
Aku suka untuk membaca & dengar tentang teknologi yang mampu mengubah kehidupan manusia dari susah kepada senang. Bukan dari senang bertambah senang — terlalu kapitalis bunyi’nya. Dekan Kamen (Dean Kamen) dari DEKA Technology telah mencipta satu penapis air yang mampu menapis apa sahaja jenis air untuk menjadi air bersih yang selamat untuk di’minum — walaupun 50 gelen air kencing. Turut mengujakan adalah teknologi yang di’gunakan dalam mesin itu sendiri bukan terdiri dari teknologi membrane atau ada sesuatu yang menjadi bahan tapisan untuk menapis bahan kotoran dalam air. Dan, mesin penapis air ini juga bebas dari bahan kimia.
Sekarang kau dengar’kan misi’nya — 1.1 billion manusia seluruh dunia hari ini akan akhiri hari mereka tanpa meminum air yang bersih, DEKA Technology berhasrat untuk mengeluarkan mesin ini dalam jumlah yang banyak dan tempatkan di’seluruh dunia di’mana 1.1 billion manusia yang tidak mampu menikmati air bersih. Dengan langkah itu, 50% penyakit yang ada di’atas muka bumi ini dapat di’hapuskan.Ini kool! [via Gizmodo]

11 Comments
awqi_zar
March 23rd, 2008
at 9:08pm
erk..air kencing ditapis jadi air minum..jadinya air najis menjadi air mutlak ker?apakah hukum air tue mael..meh tny ustaz zaharuddin yok..ak de bce satu artikel ttg air..mereka buat perbandingan berapa byk air yg diperlukan untuk sesuatu makanan/minumam..tak salah ak..utk sebotol air berkarbonat perlukan beberapa gelen air!pergh kau..kering air kat sungai2 tue..huhu..jadi,hargailah air walaupun ia air kencing kau..hoho..mmg ptut ade penapis tue..
DeKaN
March 23rd, 2008
at 10:50pm
Cool. Bukan sahaja kebolehannya, tapi nama penciptanya jua. :p
wanwma
March 24th, 2008
at 12:38am
kalau air kencing tu dah bertukar zatnya menjadi air mutlak ia halal 100%. Sama juga dengan kejadian air arak. Asal Anggur-Halal, bertukar jadi arak-Haram (najis), Bertukar pula jadi cuka- Halal. Perkara ini dah pn disepakat oleh ulamat. Namun, tanyalah ustaz2 yg lebih arif utk mendapatkan kepastian.
Rjuna
March 24th, 2008
at 3:03am
Kat Malaysia sekarang setiap rumah mesti ada penapis air sendiri, Air paip di Malaysia sebenarnya kotor.
Tapi macam mana nasib orang miskin? Terpaksa masak air direct dari paip
Mohd Ismail
March 24th, 2008
at 3:33am
aku, percaya lagi dengan air dr vendor machine (RM0.10/liter) dari air paip yg aku masak sendiri.. hehe =)
*air direct dr paip sbnanya xde la kotor mana.. org dulu minum air sungai — bersih mana la pun, rileks je..*
Mohd Ismail
March 24th, 2008
at 3:34am
mesti ko terbayang Kamen Rider kan? ha ha h aha
Khai
March 24th, 2008
at 5:14am
camana pun dia tapis, air zam-zam juga air yang paling bersih dan suci di dunia ni.. kan mael kan?
hurm.. tapi dia cakap mmg mudah.. orang2 yang x dapat air bersih pon boleh minum.. itu kalau diorang nak letak free.. kalau nak letak tapi charge jual or servis cam cipan, ape kejadahnyee.. miskin bertambah miskin la sampai nak minum air kotor pon dah x mampu…
harharhar…
pssttt: tahu la dah guna screamyx.. asib update blog je keje dia ,,, hehehe..
Khai
March 24th, 2008
at 5:16am
air dari vendor machine tu aku percaya, tapi jgn terlalu percaya sbb ada machine yg dah bertahun takde orang nak service.. service amik duit dalam tu ada la selalu.. sampai bila bukak, penapis dah x rupa penapis.. berlendir.. berkeladak tebal.. muntah ~~~
air paip plak, bagi aku, even masak camana pun, aku tetap takkan minum.. sbb aku x yakin.. ya, mmg boleh bunuh kuman bila dia menggelegak, tapi jangan lupa air paip yg disalur kerumah kita, ada banyak sangat karat dari besi paip.. boleh hilang ke karat kuning tu dengan cara pendidihan…
mael, sila jelaskan..
titan
March 25th, 2008
at 2:46pm
aku pakai penapis yang lain. Abah aku beli yang baru. so yang lama aku tibai la. janji air tu bersih.
awqi_zar
March 25th, 2008
at 4:25pm
oh..terima kasih wanwma utk maklumat..
skupang
August 14th, 2008
at 3:24am
Khai.. Ko x pernah minum kat kedai ker?? teh tarik yg mamak buat tu rasenyer dia guna penapis ker?