Penawar Kanser yang Tidak Boleh Di’Miliki

Malam ini aku sangat kebosanan. Setelah semua’nya selesai. Aku kembali mencari rentak untuk menulis perkara-perkara yang aku suka.

StumbleUpon kini satu ketagihan buat aku. Apa sahaja orang suka, itu yang aku tonton. Lebih seronok, ia boleh jadi sumber trafik yang sangat hebat jika kau seorang webmaster. Trafik bermaksud duit.

Ketika berhibur dengan StumbleUpon, aku di’sajikan dengan video dari Metacafe yang menayangkan klip sebuah berita luar negara yang membuat liputan tentang satu penawar kanser yang sangat berpontensi tetapi tidak punya masa depan. Sebab apa? Sebab penawar ini tidak membawa keuntungan yang besar kepada syarikat farmaseutikal.

Aku, sebagai manusia yang lahir di’zaman Mahathir Mohamad tidak punya banyak masalah dengan konsep kapitalisme. Nak atau tidak, semua orang perlu telan konsep ini lebih-lebih lagi jika kau seorang ahli perniagaan. Tetapi, ini sesuatu yang melampau kerana kanser adalah pembunuh senyap yang membunuh ribuan orang setiap tahun. Di Amerika Syarika sendiri, kanser adalah pembunuh kedua terbesar.

Penawar yang ditemui ini mampu membunuh hampir semua sel kanser ketika di’ujikaji dalam makmal. Walaupun belum di’uji secara sah ke’atas manusia, tapi siapa peduli. Jika penawar ini boleh membunuh sel kanser (hampir kesemuanya), ia perlu di’ketengahkan dan syarikat farmaseutikal perlu melabur dalam usaha mencari penawar kanser ini — bukan sekadar mencari keuntungan.

Antara sebab utama penawar ini tidak membawa keuntungan adalah penawar ini, DCA (Dichloroacetic Acid) tidak di’patenkan. Dalam masa beberapa tahun selepas ia di’keluarkan oleh Syarikat A katakan, penawar ini akan boleh di’hasilkan oleh mana-mana syarikat dan jual (mungkin) dengan harga yang lebih murah. Tiada syarikat yang mahu mengambil risiko kerugian untuk jangkamasa panjang.

Tonton video tersebut di’Metacafe dan beritahu aku jika kau punya kanser sekarang & kau tahu tentang ini, apa kau rasa? (Kanser Spam di’blog aku belum sembuh. Tahi!)

24 Comments

sedikit risau bila sebut pasal kanser ni.
sebab… salah silah keluarga mcm ada.
but then, if i ada kanser (nauzubillah), and tahu tentang penawar tu, hof kos i wanna try! by hook or by crook.

*sambil meminta derma (sorg RM1) dari warga blogger nk tampung perbelanjaan kos rawatan :P*

adakah tujuan kau menerbitkan entri ini kerana kau bengang akan spam di blog kau lalu mencari ubat yang sesuai untuk merawat kanser spam di blog kau.. aduh… berat sungguh.. aku amat simpati.. hehe..

fuh.. elak2 la aku kena kanser.. dah la aku jarang jumpa doktor.. kalau jumpa pon nak mintak mc..

tidak di patern kan? maksudnya tidak boleh dipatern kan? urmm.. susah jugak.. tp ape boleh buat, duit lebih penting dari nyawa skarang ni.. itulah dia, manusia akhir zaman..

*lembab plak nak loading video.. kanser connection aku ni pon tak baik2 lagi.. kata dah anta engineer nak teliti masalah kanser connection ni.. tp takde perubahan pon.. aih..

dunia…dunia…
bila hidup berorientasikan duit, nyawa semakin tiada harga. sebab itulah, aku sentiasa memegang satu pesanan dari doktor yang merawat aku.

“kurangkanlah ubat hospital dengan mengambil herba-herba asli dari muka bumi Tuhan. Ulam-ulaman, akar kayu dan air zam-zam adalah yang terbaik!”

jangan jadi macam cite I Am Legend dah le. uu takut2.

kanser.. kanser..
memang seram kalo dengar pasal kanser neh…
semua orang berisiko dapat kanser..

nak cegah kanser ni kena amalkan makan makanan yang sihat..
diet kena seimbang.. gizi mesti betul..
senaman penting..
bukan ke orang kate mencegah lebih baik dari mengubati..

wah.. macam pakar kesihatan pulak..

itu la.. kalau aku ade kanser (harap dijauhkan), aku tak kira la dah try belum keatas manusia.. aku rela jadi bahan ujikaji.. kalo berjaya alhamdulillah.. kalo gagal, ye tak ye, aku akan mati juga..

=)

2109 spam untuk 48 jam.. x larat beb nk layan.. huhu.. akismet ni mmg jadah la.. spam lagi la jadah

boleh di’patenkan.. tetapi, mende ni sbenarnya da lama org jumpa.. tp diaorg x try untuk cure cancer.. bila ade saintis terilham nak guna sebagai ujikaji, berkesan plak.. cuma DCA yg ini kene modified sikit..

DCA ni mcm jus oren la.. mana2 company pun leh produce jus oren sbb dia benda da tersedia ada..

yep.. mencegah lebih baik.. muda2 ni la, korbankan makan sedap2 tu.. sekali2 takpe.. hari2 kalo makan minyak sama gula garam.. terkumpul segala mende tak baik dlm badan.. tu jadi penyakit =)

kita adalah apa kita makan - anonym

pergh… gile babeng.. banyak giler…
maklumla.. blog ko kan amat pemes..

Orang muda ni selalu suka sgt test makanan yg aneh2.Nanti sampai ke tua badan pon jadi aneh

ko dah buang defensio ke mael?

aku jarang pegi stumbledupon tuh, hehe

herm tetiba aku teringat cerita I Am Legend… Manusia-manusia tu jadi zombie sebab ubat penyembuh cancer (konon2) la kan? correct me if im wrong..

Ko kata cure ni belum di test pada manusia kan.. heeeeee takut lak aku. kang kalau dah test kat manusia, tetiba jadi macam zombie dalam cerita I Am Legend :p (yeah, too much movies for me)

Itulah risikonya menjadi blogger pop+ular, spammer akan mengekori mu, aku ok je.

Kanser pembunuh senyap, aku sendiri tak tahu kalau dalam badan aku ada sel kanser atau tidak, selalunya dah teruk baru dapat kesan

Ada tak cara mengesan kanser, selain periksa di hospital?

kalau nk periksa sendiri, rasanya xde.. tp utk tahu tanda2 ade kanser.. boleh kot.. langkah selamat, buat pemeriksaan doktor secara berkala =)

oh.. kenapa tak dirahsiakan saja kandungan yg di modify tuh.. mungkin dah bocor? tp kenape ko guna contoh jus oren? hahaha.. jus oren mmg semua org boleh buat.. tp kesedapan dan kualiti nye berbeza kan? cuba implement fakta itu pada DCA ni.. rasa2 boleh tak? ermm.. ape kata ko bukak je syarikat farmasutikal baru :D

owh, biasa lah manusia.
mana dia penting kan nyawa.
dia penting wang uang dan ringgit sahaja.

nyawa kau? aku peduli apa?
tunggu aku kena baru aku rasa.

agak perlahan penulisan ko skang ni mael!?

kanser!? huh bunyinya cam sedap dengar tp mengerikan. duit menjadi taruhan!

yerla derang takut juga melabur tetiba ada pula org diuji menjadi ‘hulk’ uhuhu.

alasan tipikal.. sibuk =) tp insyaAllah semuanya akan kembali seperti biasa.. harapnya =)

kanser, HIV, Aids dah ada orang jumpa ubatnya. Tapi camtula, takleh nak dipaternkan dan dikomersilkan..

hoh dunia kapitalisma…..sungguh dangkal syarikat2 ini

kak wan sokong apa yang titan cakap tu…sebenarnya penawar dan pemulih kanser dan AIDS dah ada …cuma kita tak tahu kewujudan nya….

http://melayu.com/perkampungan/viewtopic.php?t=37397

Leave a Comment