Fenomena Nizar menjadi antara 10 topik hangat di’Twitter membuahkan ilham untuk membawa Malaysia ke mata dunia (cewah!).
Hari ini, aku rasa Malaysia sudah mempunyai cukup pengguna Twitter untuk kita buat apa-apa projek bersama. Lebih 88,000 jika mengikut direktori WeFollow. **update** Tiada angka sebenar pengguna Twitter Malaysia.
Idea aku begini, pada sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-52 tahun ini, kita semua pengguna Twitter di’Malaysia laungkan Merdeka! dengan matlamat menjadikan perkataan ‘merdeka’ menjadi topik terhangat sekurang-kurangnya 24 jam.
Maka, sepanjang hari pada 31 Ogos 2009, pengguna Twitter di’seluruh dunia akan dapat melihat satu perkataan Melayu yang sangat bermakna menjadi bualan hangat.
Senang bukan? Sekarang kita ada lebih 3 bulan untuk mengumpul lebih ramai orang untuk projek komuniti ini.
Mulakan dengan promote Twitter di’kalangan keluarga, rakan terdekat, rakan sepejabat, bekas girlfriend, tukang kebun, penanam anggur, mat rempit, mak andam & pelajar-pelajar universiti.
Jika anda ada blog, tuliskan sesuatu tentang projek ini & cadangkan juga perkataan berkaitan Merdeka yang anda mahu lihat timbul di’Twitter.
Jika anda seorang designer berbakat, aku cadangkan anda reka satu banner khusus untuk ini. Aku akan letakkan di’sini secara percuma.
Dan, jangan lupa untuk follow aku di http://twitter.com/mohdismail. Mana tahu boleh dapat prepaid percuma.
Kredit: Gambar oleh Muhammad Amirull. Terima kasih walaupun aku guna tanpa kebenaran.
Comments
73 Comments so far. Leave a comment below.wah..cadangan yang menarik..nanti aku join skali..huhu
@aman thanks aman.. nk try internet power kat Malaysia.. xkan Nicol David je nk harumkan nama Malaysia.. hehe
Eh.. Idea ni mmg bernas..!! Siyes bernas.. Inilah masa org2 pengguna2 internet malaysia nak tunjukkan kemampuan.. bila lagi nak gegarkan dunia.. ye tak..??
@nikillas oh yeah.. kalo ko kat usm, buat poster A4 tampal kat board mana2.. ha ha..
yes… aku nak turut serta untuk laungan merdeka.
juga aku akan mempamerkan logo ciptaan terkini
sempena Twitter Merdeka 2009…
cayak ar mael… otak hang gelige siot~
*clap-clap*
@kreuger nickname ko kool.. ha ha.. orang lain sibuk2 ke konsert merdeka, kita ramai2 layan Twitter Merdeka 2009.. heh =)
*kalo leh, biar PM kita ikut Tweet sekali..*
bagus idea kamu. saya harap saya ada waktu untuk join :) eh eh dh follow pun kamu bhaha
good idea bro..cepat2 wat banner…lg cepat sampai berita if ada gambar2 ni
Satu idea yg bernas.. akan gue promokan :-)
Idea ni best..
Gua sokong ko..
Gua dah follow ko Mail..
Bley wat tiap2 thn klu sambutan ok..
Better still, dapat sponsor ngn advertise kt tv radio or paper..
Memang historic abis la..
Tunku Abdul Rahman pun bangga..
My RM0.02 oni..
Cheers
@aloqmalai aku harap designer power2 boleh menyumbang jasa bakti.. hehe =) buat blog stripe ke.. aku layan punya
@omecool20 @Ynn thanks! sebarkan pada kawan2 ye.. he he
@mohdnazif thanks sbb follow n sokong projek ni.. kita mula kecil2an dulu.. then kalo rasa ade yg nk sponsor apa2, sgt di’alu2kan.. :) *hidup geek*
jap2….tak paham lah…mcm mana gak nie
wah..siyes ak suke cadangan ni..ak akan sokong 100%..nnt ak wat entri psl ni..hiks..
@atokk Twitter akan track word yg menjadi sebutan ramai setiap masa.. contohnya hari ini, satu Malaysia tweet tentang kemenangan MB Nizar :) so keyword ‘nizar’ menjadi Trending Topics dalam Twitter..
kita nak ulang dengan perkataan ‘merdeka’ pada 31 ogos ini.. jika belum ada account Twitter, boleh register kat http://twitter.com/signup
ok2 paham dah…hahaha…Mohd Ismail…aku dah lama follow ko..@vanillaais….aku try wat banner tu..hahaha
1stly aku dah follow ko fazrewl…
2nd aku sokong sgt2 buat projek nie… Terkenal Malaysia dimata Dunia.. he he…
tanya skit, sekarang dah rajin update blog kembali ye… dah ada internet kot kat umah… he he…
great idea… ok mari kita kumpul ramai2… bg org puteh blajar pekataan baru!
ok, idea yang bernas. akan turut serta. :)
Mail… aku rasa #wefollow tu number of visitors, bukan users from Malaysia or those with #malaysia tag.
Twitter users in Malaysia aku rasa masih kurang drp 10,000. Kalau lebih pun, still kurang byk drp 20K. More accurate estimate mungkin from twittercounter atau twitterholic.
be-a-magpie pun ada count on number of users mentioning “malaysia” – masih rendah… tapi, aku rasa 2009 ialah tahun twitter boom kat sini, maybe up to 100K users or more, and 1M users by end of 2010.
@wonojo thanks for the info (tp twittercounter tunjuk cnn biggest twitter user, @aplusk xde dalam list..)
yg penting malaysia da ada cukup base utk bawak apa2 keyword ke top 10.. :)
jgn lupa tweet merdeka 3 kali nnt.. cepat sikit naik’nya.. ha ha
Nak try buat banner! Apa saiz dia?
bijak bijak…mmg bagus idea ko mael…pasti akan ku turut serta… =)
kalo ikut WeFollow, kita ada 177 pengguna twitter jer..wakakaka
http://wefollow.com/tag/malaysia/page8
mari kita laungkan merdeka ramai2 nanti..pasti dunia akan terkejut..join jgn x join…
idea yang bagus..
boleh di join…..
anyway, napa tak guna Malaysia jer terus.?? jadi nama Malaysia pun jadi hot trend…
Satu idea yang menarik mael.Aku sokong sepenuhnya. Takkan malam merdeka asyik nak lepak disko je kan..so marilah bersama-sama hangatkan Malam kemerdekaan di twitter.
fantastik, idealistik, aku sokong usaha murni ini,
traffic jammed la inet malam merdeka nanti.
huhuhu..
mana janji-janji nak belanja kitaorang…lupakan kampung halaman taman permainan kah di depan perpustakaan kampung kita?
kami mau bikin reunion, mohon sponsor dari kamu yang maha besar gajinya…heheheh
Cool gile enche ismail ni. Nanti saya promoto kat Connection.my sekali ya?
cadangan yang baik..
menarik. macam nak join buat banner. dan of cos akan join time merdeka nanti. heeehee :)
idea yg sgt bernas.
aku berminat nak join.
nak gak try wat banner :)
@amirez thanks.. kalo ade banner, nnt roger ye =)
@sya okeh sya.. tgl2kan la nick Twitter.. leh kami follow.. =)
@mrahfa letakkan byk kata2 manis kalo feature kat Connection.my.. ha ha.. welcome!
@khairulkusayang (haha!) insyaAllah smpai masa aku balik kampung halaman tercinta.. kita lepak depan library sg besar ramai2.. heh
You never lack those creative idea do you? =)
OK kool!! skarang ini cadangan dari kau.. boleh mulakan kempem mael.. hehehehe..
ko kena create group FB sekali ni mael. hehe baru la powerrrrr
Salam bro.. ok.. aku dah hebahkan pasal perkara
ni kat blog aku.. thanks~
*back-link and credit for the brilliant project you’ve made~
oh lupe nak kasik tau.. banner dah siap.
sekali dengan promotion blog hang kat sini:-
http://azmanishak.com/2009/05/mohd-ismail-twitter-merdeka/
terlampau teruja dengan idea hang ni… aku dah ajak
member lain utk turut serta~
TQ
idea yg bernas tuk kaki blog..
tahniah bro..
Menarik sekali cadangan ni, saya mau join juga! Harap2 waktu tu Celcom Broadband OK. Ada masa saya buat post kat blog!
Serius bro. Aku sendiri tak terfikir idea ni. Tahniah lah untuk kau. Dan aku sudah semestinya akan turut serta.
Nice idea bro, nanti aku promote kat jomphp…insyaAllah kalau ada idea aku sumbang banner gak nanti ;)
ok. Akan join secepat mungkin.
Wah menarik ni, akan ku hebahkan kepada semua rakyat jelata kelak.
nanti aku join gak bro..tungguuuuu…
enche ismail, post anda telah di-featurekan di Connection.my.
http://www.connection.my/mrahfa/blog/119/
Selamat berjaya dengan projek anda ini!
thanks mrahfa :) he he.. harap makin ramai join projek ni nnt.. *boleh masuk testimonial entri blog ko tu*
Aku menyokong penuh apa yang ko suara kan Mael.
Kalau ada apa apa yang boleh dibantu,tangan ini sedia diberikan.haha
Dan juga akan aku hebohkan kan nanti dengan satu tulisan diblog.
Yeahh!
INi group pengguna twitter malaysia kat FB.Aku da buat.hehe
bagde untuk twitter merdeka 2009. sila ke http://sejuk.viere.net.my/2009/05/26/twitter-merdeka-2009/ dan donwload badge disana,thanks, saya sokong twitter merdeka 2009!!
cantik gila ikon Twitter Merdeka ko buat beb.. ha ha :) terima kasih beb.. aku akan pakai..
thanks bro..saya mesti pilih :)
nak promot kat bebudak USM la.. hehehe.. nak tengok.. ada sambutan ke tidak..
Rakan-rakan, Kempen Twitter Merdeka 2009 di http://www.adamroslan.com/twittermerdeka/
aku akan sisipkan diblog aku. :)
Mael, Aku terlalu ego untuk guna twitter…Nak guna tapi tu le…ego aku menghentikan jari-jemariku untuk akses…
oh aku suka idea ni. nanti aku ajak mak andam deret rumah aku ni join sekali :)
bgs idea ini..keep a good job..
visit my blog skali…hehe
great idea! i join sekali! and spread the words~~
Buat something yang boleh mengujakan pengguna twitter bagus jgk ni.
Dapat limited tshirt twitter merdeka edition ke..hehe
waa menarik! tp aku baru dgn twitter, apa perlu aku buat?
AJ ada dapat berita pasal ini.. Rupa-rupanya ide dari hang rupanya En. Mail.. Bagus3x… sokong sangat-sangat :-)
Lets Join Merdeka-Twitter :D
Idea best.. Jom laungkan Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!
hihihi..
Tanda sokongan aku untuk Kempen Mulia ini..
http://justkhai.com/blog/kempen-twitter-merdeka-2009/
Thanks..
hehe. should i promote bende ni kat blog aku jugak ke? hehe. we’ll see later.
anyway, kalau nak wallpaper merdeka 2009, jenguk2 la ke blog. :P
aku pun dah nak mula promote pasal merdeka ler
aku setuju…
jom buat. jom jom. bru best.
dah join juga twitter merdeka.. blogged at http://zulseffort.blogspot.com/2009/08/twitter-merdeka.html
wah meriah sambutannya. tengok pagerank page ini sahaja dah naik PR2 hu3.
aku sudah sambut gelombang tersebut!
Aku pun manyambut dan menyokong gelombang ni.
Ada buatkan list kalau saper2 nak isi #Merdeka!
http://zulseffort.blogspot.com/2009/08/promosi-twitter-merdeka-senarai.html
satukan bangsa kita
menyokong kempen ini #merdeka.. sila usha dan follow http://twitter.com/pge46 kalo berminat!! #merdeka
sayangnya terlepas sudah..