Penulisan Blog 101 - Kursus Baru UiTM
- 59
- Add a Comment

Mungkin. Mungkin’lah. Itu cuma cadangan nama dari aku untuk kursus penulisan blog di’UiTM yang mereka war-warkan 2,3 hari ini. Naib Canselor UiTM Datuk Seri Profesor Ibrahim Abu Shah Isnin lalu berkata kepada media,
Baru-bari ini memang ada blogging studies dalam kurikulum kita dan kita akan perkukuhkannya lagi (dengan perkenalkan kursus mengenai penulisan blog). Saya rasa Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media bersedia untuk menjalankan kursus ini dan saya menyokong sepenuhnya cadangan ini kerana sudah sampai masanya kita membantu melahirkan blogger yang profesional dan beretika.
Selepas 500,000 blog wujud di’Malaysia, kini UiTM mahu mewujudkan satu kursus khas untuk mereka yang berminat untuk menjadi penulis blog ‘professional & beretika’. Apa sebenarnya definisi ‘professional & beretika’ menurut mereka-mereka ini?
Perhatian media massa, ahli politik, para ilmuan & masyarakat sendiri tertumpu kepada blog & penulis’nya hanya’lah selepas Pilihanraya Umum Malaysia yang ke-12 lalu. Blog di’lihat sebagai medium penyampaian maklumat kepada rakyat yang memberi impak yang buruk kepada parti Barisan Nasional.
Dahulu, aku memang berimpikan yang penulisan blog ini akan memiliki kursus tersendiri di’mana-mana pusat pengajian yang di’iktiraf. Skop penulisan blog bukan setakat menulis pandangan peribadi & kisah kucing di’dapur. Syarikat-syarikat boleh menulis blog tentang perkembangan produk & perkhidmatan mereka tanpa memerlukan kos pengiklanan yang tinggi. Penulis blog juga boleh bertindak sebagai copywriter kerana mereka sebenarnya lebih tahu bahasa perhubungan yang berkesan dengan pengguna.Dan, ketika ini, penulis blog adalah satu kerjaya yang di’iktiraf.
Tetapi, apabila kursus ini timbul kerana mereka sedar akan kesan blog terhadap kestabilan politik sesuatu parti itu & mereka mahu meletakkan standard (yang bukan-bukan sebenarnya) ke’atas penulis blog, aku rasa kursus ini sangat’lah tidak perlu.
Jika kursus penulisan blog ini benar-benar menjadi realiti, nasib penulisan blog akan sama seperti wartawan yang di’basuh otaknya supaya melaporkan sesuatu dengan telunjuk pihak tertentu.
Dan, sesiapa yang menulis blog tanpa kelayakan kursus dari UiTM ini akan mula di’pandang tidak professional & ketika itu, golongan *konon’nya* professional ini telah berjaya mematahkan lagi satu medium kebebasan bersuara yang di’mulakan oleh mereka-mereka yang ‘tidak professional’.

59 Comments
gie
May 14th, 2008
at 6:59pm
sape yg nak amik…!!degree ke ape tu mael…?
Mohd Ismail
May 14th, 2008
at 7:03pm
entah.. tak sure lagi sebab baru cakap mulut je tu.. tp kalo buat satu degree khas, mmg cilakak la.. aku mahu jadi dekan.. hah ah a
bluecrystaldude
May 14th, 2008
at 7:03pm
Mengarutlah idea ni.. Macam mana hendak mengeksperasikan diri kalau dikekang dengan pelbagai halangan? siap nak guna Sedition Act lagi (yang ditolak oleh Majlis Peguam Malaysia apabila ia dikenakan kepada Raja Petra). Dan sekarang, nak buat satu kos untuk golongan blogger pula.. Memang nampak sangat sebagai salah satu “proses memperkuat akauntabiliti kerajaan” dan bertindak sebagai “watchdog” untuk rakyat…
memang ada golongan blogger yang kurang etika diri apabila menulis perkara tertentu, tetapi, rakyat sekarang dah makin matang dan tahu mana yang betul, dan mana yang salah. Bukannya kami hanya sedap ikut saje.. Adeh.. geram tul aku
Mohd Ismail
May 14th, 2008
at 7:08pm
exactly! semua benda yang mengancam kedudukan mereka akan di’ciptakan pelbagai bentuk penekanan yang nampak sah tetapi sebenarnya mcm harem..
Icednyior
May 14th, 2008
at 7:43pm
Blogger studies? What the….
Rasa mcm agak mengarut la nak buat benda mcm tu. Its like having ‘diploma utk menulis diary’.
menteil
May 14th, 2008
at 7:47pm
aku nak jadi lecture boleh?
haha..
cam bagus jer…
noris
May 14th, 2008
at 8:14pm
Aku sapot ko mael.
Siapa lagi layak selain kau(untuk blog berteraskan bahasa ibunda)?
Tapi kalau ade blogger hot, kasitau aku.
saya
May 14th, 2008
at 8:26pm
huhuhuhu seksisnyer yg nak ikut kos penulisan blog (sambel menjeling ke atas) :|
Fahmishah
May 14th, 2008
at 9:18pm
bagus juga idea.
dapat mengelakkan sebarang pengganguran.
bekerja dari rumah
wan wma
May 14th, 2008
at 9:21pm
Dah terdesak sangat ke diorang ni?
syamsulariff.com
May 14th, 2008
at 9:34pm
saya nak jadi student..saya nak berguru..yg pasti lecturer itu mestilah seorang wanita..bukan lelaki ok :P hahahah
zool
May 14th, 2008
at 10:13pm
APahal pun aku mesti dilantik sebagai dekan bagi fakulti pem’blog’an.. Kenapa??
1. Aku pelajar UiTM dari tahun 1999 - 2002..
2. Aku satu negeri dengan NC UiTM (Melaka)
3. Aku seorang blogger..
Ha ha ha.. Layak tak aku Mail?? Lu pklah sendiri..
Okay pada pendapat aku kursus blog tak patut diadakan.. Cukup sekadar salah satu subjek dalam pembelajaran.. Memang blog kini telah mula menjadi profession bagi sesetengah orang (contoh Mail)…
Tapi apabila membaca kembali kata-kata NC nampaknya beliau lebih takut pada penulisan blog yang melibatkan politik.. So kita yang buat blog bukan politik tu tak yahlah nak ikuti kursus ni..
firdee
May 14th, 2008
at 10:57pm
mcm membazir jek
Mohd Ismail
May 14th, 2008
at 11:15pm
Kelayakan menjadi pensyarah Penulisan Blog 101
1. Ada blog
2. Menulis blog
3. Menulis blog politik mendukung ideologi kerajaan adalah satu bonus.
Ha ha!
Mohd Ismail
May 14th, 2008
at 11:15pm
blogging ni aku rasa sama je dgn kerja2 lain.. kalo xde passion, mmg xkan jadi sumber pendapatan yang masyuk..
Mohd Ismail
May 14th, 2008
at 11:17pm
janji ko seorang penulis blog, boleh la kot apply jd pensyarah.. ha ha ha.. =)
aku rasa kursus tu nnt patut bagi nama Penulisan Blog Politik Dengan Telunjuk Kerajaan 101.
Ha ha!
Mohd Ismail
May 14th, 2008
at 11:18pm
..dan membuang masa juga =)
flisterz
May 14th, 2008
at 11:54pm
ah aku menyumpah2 bile bace berita ni kat paper sejak beberapa hari ni. Buat ape nak ade kursus khas utk buat blog. Nanti semuanya stereotipikal kan, mail. ape la yg diorg pikir. aku setuju dengan pendapat ko.
ah x bes!*emo*
adam
May 15th, 2008
at 3:00am
tudia. mungkin lepas ni fakulti aku akan lebih glemer apabila mereka menganjurkan ‘pertandingan blog terbaik bulan ini’. saya cadangkan untuk mail masuk sebagai peserta bebas :)
peluang terbuka kepada penulis e-book untuk bagaimana memulakan blog dan menginstall wordpress untuk menjadi panel penulis buku teks bagi subjek BLOG 101 ya :)
KNizam
May 15th, 2008
at 7:37am
perghhh seksi tuh. haha
MK
May 15th, 2008
at 7:56am
saya cadangkan supaya tajuk “cara-cara mendapatkan pendapatan 5 angka sambil goyang kaki di rumah, tidak perlu kerja lagi” dimasukkan dalam bab 2, terima kasih.
hanep
May 15th, 2008
at 9:51am
tambah kelayakan:
4. memiliki pagerank sekurang2nya PR4
5. ratusan traffic sehari
hahahaha
hanep
May 15th, 2008
at 9:57am
orang takut pada blog politik sbb diorang da nmpk kesan medium blog ketegori tu.
wajar ke buat buat kursus blog ni? ada baiknya jika kursus ni jadi subjek suplementary sahaja, contoh, dalam ko-kurikulum, stakat nk penuhi jam kredit ja. kan?
xmindfreakx
May 15th, 2008
at 12:21pm
aku x sokong la mael….adeh..ade pas nie nak beli hosting,nak daftar free blog,nak upgrade wordpress terkini,kita perlu faxkan or emailkan cert kita..ahaha…x dapat aku bayangkan borang aplikasi itu nanti..
Nama:
Tarikh Lahir:
Ijazah Blog dari:
Mohd Ismail
May 15th, 2008
at 2:01pm
ya.. sgt betul itu.. sape ade blog PR7 ke atas, terus jadi Professor.. hahaha
Mohd Ismail
May 15th, 2008
at 2:02pm
stereotipikal & membosankan.. ha ha.. silap2 nnt, nak tulis blog ada garis panduan & tatabahasa tersendiri..
dan, jadilah blog buku teks online.. ha ha
zooltech
May 15th, 2008
at 2:21pm
hurm…
kerajaan dah mule takut dgn pemberontakan para bloggers…
lps ni dlm kos tu msti ade belaja “etika ketika blogging”
salah satu etika tu:
“Jangan gunakan platform blogging untuk menghentam kerajaan yang memerintah. Pastikn topik dlm blogging sentiasa menyebelahi kerajaan”
hahaha…lpas media krajaan conquer…tiba plak saat bloggers!
-majulah bloggers utk kerajaan-
Qaiyum
May 15th, 2008
at 2:31pm
Wow… Gambar Tu.. Mmmm..
syuxx
May 15th, 2008
at 2:37pm
kalau macamtu, budak sekolah pun dah boleh lah ambik course ni. haha.
sikit lagi nak ke pr4.
zool
May 15th, 2008
at 3:11pm
Setuju…
Apahal nak buat satu course plak..
cikahmad
May 15th, 2008
at 4:50pm
aku kalau dapat jadi tutor pon ok dah!
ajar kelas tutorial pun tak kisah.
Tobat ada sesuatu disebalik kenyataan itu.Dulu blogger adalah macam macam,pehal skrg siap nk ada course lagi.Hakktuihh!
noris
May 15th, 2008
at 7:03pm
Pe brg peserta bebas. Jadi penkritik jemputan la. Boleh tgk mael jd cam Kenny dlm MDG.
noris
May 15th, 2008
at 7:05pm
Jadikan sebagai final project trus. Sape dpt 4 angka, dpt 4 flat dan seterusnya.
Belajar mengkayakan diri secara rasmi.
Truckster
May 15th, 2008
at 8:27pm
aku masih mencari2 pejaddahnya kaitan gambar gadis seksi membaca buku…dgn course baru uitm berkaitan blog..
adakah lecturernya seperti yg digambarkan itu??..kalo bergitu aku berminat untuk sainup join sekaki…tanpa ragu2
menteil
May 16th, 2008
at 1:50am
wah..
yang nie susah sket nie..
takper la..
bleh tipu dalam resume..
huhu..
awqi_zar
May 16th, 2008
at 2:21am
haha..dh xde kos laen ker mael..mkin mengarut2 lak ak tgk..
so,camne nk pilih pensyarah nnti?
ak xtau plak U laen kat dunie nie de kos utk blogger ker?
huhu..ntah la..
lpas de kos utk blogger..wat kos utk make money online plak..
mmm..pendapat ak la..blogger nie mcm ilmu(pengetahuan)..ko nk amal,amal la..kne ade passion la jgak..
klu x,bersawang la blog..haha..
ape2 pun,gud luk..
p/s: die paham ker blogger tue ape?mmm..
p/s/s: ak tgk mkin rme yg dh menulis(apa2) terutamanya melalui blog..dan mkin rme yg membaca melalui blog..
asx
May 16th, 2008
at 3:34am
Apa sudah jadi lah . blogpun nak ada syllabus ke , haha .
melayubuntu
May 16th, 2008
at 7:23am
mcm2 derang nih..
titan
May 16th, 2008
at 10:02am
hehe..keje gila aku rasa. Siapakah la yang akan jadi lecturer subjek tu ek..
CHOT
May 16th, 2008
at 10:20am
aku sokong apa yg ko ckp tu mail…kita akan tiada kebebasan jika setiap penulisan blog diberi arahan oleh org lain.
uner
May 16th, 2008
at 11:11am
lepas nih, makin ramai la akan ada blog sendiri.. sesiapa yang dah lama tu, makin senang lah mencari audience, dan yang but duit tu, makin mudah kerja..
fendyzaidan
May 16th, 2008
at 2:09pm
tgk tgk. kena tapis lagi komen aku. demm. booooooooo mail
Mohd Ismail
May 16th, 2008
at 2:27pm
beck, komen ko xde dlm tapisan.. aku tatau ke’mana pegi komen ko.. huu.. mintak maap.. aku rasa ade menteri da campur tangan dlm blog aku.. ha ha
*ko tulis komen panjang2 lg ke?*
fuxane
May 16th, 2008
at 7:05pm
urmm.. nanti dah jadi tak best nak berblog sbb org yg belajar tulis blog smpai amek khusus khas akan kata blog merekalah yg terprofesional dan teretika. huhuhu
bob
May 16th, 2008
at 7:05pm
- adakah ini satu subjek baru bagi pelajar sains komputer atau IT, dan berapa kredit hour nya?
- adakah subjek ini dapat mencelikkan minda rakyat malaysia?
- adakah subjek ini mampu membangunkan ekonomi malaysia?
- adakah setiap syarikat swasta atau kerajaan akan mempunyai jawatan baru yaitu seorang blogger?
aku rasa elok lu’orang perkemaskan subjek-subjek IT di U mahupun Kolej² swasta. Jadikan mereka yang benar-benar celik IT dan keluarnya mereka sebagai seorang pelajar IT yang berwibawa dan juga mereka tidak gugup memegang jawatan-jawatan IT yang tersedia ada pada ketika ini.
Ajarlah mereka supaya tidak belajar sekadar untuk mendapatkan sekeping SIJIL! Tetapi ajarkan lah mereka bagaimana nak menghormati nilai ilmu dan praktikalnya kelak.
Buduh!
zen
May 17th, 2008
at 1:39am
aku merasakan apabila semua manusia kat malaysia berblog maka akan bercambah masalah Google unt megatasi antaranya masalah berikut:
1- duplicate content - xelok unt SEO
2- Blog scrapper - longkokan penulisan SPAM yg dimonopoli rakyat Malaysia terutamanya pelajar UITM yg amik kursus tuh.
bermacam lg aku rasa yg belum terpikir lg masalah tu nanti.
yg paling penting aper para2 graduan tuh nak keja nanti……..
megat
May 17th, 2008
at 9:55am
pada mulanya nampak macam menarik course blog nie. tapi apabila ia dipecahkan dalam bentuk silibus sudah pasti ia nampak semakin tidak menarik.
kebebasan menulis sudah pasti akan disekat atau mungkin akan terjadi penulis blog profesional harus ada “paper” tertentu utk laksana penulisan blog profesional.
aman
May 17th, 2008
at 6:00pm
kalo ada keje lecturer kosong, bagitaw aku..huhu
ahib0205
May 17th, 2008
at 10:26pm
mael… jaga2.. blogger bila2 leh jd mcm RPK. walaweh..
khai
May 18th, 2008
at 1:19am
aku rasa, kursus penulisan blog tak berapa effective.. kursus nak cari duit kat internet, aku rasa lagi bagus kalau ada.. betul tak?
Mohd Ismail
May 18th, 2008
at 2:23am
semua.. semua kursus yang ada kat universiti sekarang memang bertujuaan utk mengajar kita carik duit.. masuk, belaja, keluar, kau kerja & dapat wang.. =)
itu’lah sistem kita sebenarnya..
Mohd Ismail
May 18th, 2008
at 2:24am
RPK tu mulut’nya berani sangat.. haha.. berani buat berani tanggung ye tak? =)
yg terkena tempiasnya (kalau ada), kita2 ni la blogger2 biasa.. yg x sentuh telur kerajaan..
Mohd Ismail
May 18th, 2008
at 2:49am
sedikit update di ruangan komen.. ha ha.. aku sibuk.. minggu depan ada NRIC di USM, walaupun tidak terlibat, aku akan ke’sana utk menjenguk2.. =)
masih belum bekerja tp aku sibuk.. =)
Wizurai
May 18th, 2008
at 9:32am
berapa agaknya yuran untuk subjek ni? UiTM mesti murah je kan?
oh, tanpa kursus pun ramai yg telah berjaya… dan yg pergi kursus belum tentu boleh berjaya… lihat saja yg ada sijil, diploma, degree etc…
saffa
May 19th, 2008
at 12:28pm
ada2 je.. *geleng kepala*
Aisyah
May 19th, 2008
at 5:33pm
this is by far, the most ridiculous course I’ve ever heard of. I mean, it’s just a freaking blog, for god’s sake. where people say whatever that they want to. i repeat, whatever they want to and it’s the readers who are playing the role in choosing good blogs to read.
tak tahu la kenapa, rasa mcm sedikit insult terhadap bloggers yang tak ada ‘degree’.
computerevo.com
May 20th, 2008
at 7:17am
Wow! Menarik betul subjek ni. Masa aku di universiti dahulu aku ambil subjek E-Commerce je. Kalau dapat belajar subjek Penulisan Blog ni, gabung pulak dengan knowledge E-Commerce yang dah belajar dulu, memang mantap la kerjaya sebagai blogger.
Roslan Isa
May 22nd, 2008
at 2:06pm
Moga usaha ini terhasil. Ia adaptasi teknologi menurut norma dan falsafah pendidikan kita.
Mneraik idea itu apabila direalisasikan. Moga prosuder mahu dapat iktiraf MQA diluluskan. Pihak sarjana di Universiti pun pasti mahu silibus blog menjadi pilihan pelajar dan etika menyampai berita lebih berkesan dan qualitatif.
Saya cuma mahu uarkan beberapa blog yang dibuat syarikat mengikut jabatan masing-masing.
ptsmarketing.blogspot.com
ariefhakim.blogspot.com
novelpts.blogspot.com
ptsgraphic.wordpress.com
http://www.komik-m.com
uitm's student
November 30th, 2008
at 6:12pm
damn..
come on Ibrahim Abu Shah, stop embarrassing UiTM!! If you want to write “academic journal” and publish it in internal publication (and proud with it), go ahead, but please stop giving such statement that every body will laugh at us (UiTM’s students)