Perempuan, hati & akal

Semalam seperti hari kebiasaan, aku menjenguk ke Digg dan kau tahu, pergi ke Digg dan melihat apa yang berlaku seluruh dunia adalah sesuatu yang menyeronok’kan. Manusia hari ini macam-macam. Lebih macam-macam dengan wujud’nya mereka yang berjantina perempuan.

838672_33033366.jpg

Zoliad! menyeranaikan 9 perkataan yang paling kerap di’gunakan oleh kaum perempuan kepada kaum lelaki. Tidak di’nyatakan di’dalam tajuk, tapi aku tahu itu adalah perkataan yang selalu aku terima, dulu. Dan, kadangkala hari ini. Aku dengan pantas copy link ke page tersebut & sebarkan kepada semua rakan yang aku kenal di’dalam kampus ini. Aku dapat banyak respon yang bersetuju & tidak kurang juga yang tidak bersetuju. Tetapi, respon yang ini menarik perhatian aku.

Gadis : Ermm.. mostly true.. but
Gadis : Ini selalunya terjadi kepada couple.. sebab apa kan..
Gadis : perempuan kalo bercinta, fikiran dia akan jadi lain..
Gadis : mereka lebih cenderung untuk berfikir dengan hati.. bukan dengan akal
Aku : kenapa nak berfikir dengan hati?
Gadis: itu sifat semulajadi, Tuhan dah jadikan macam tu.. tak boleh ubah..
Aku : ok.. skang u tahu yg u akan berfikir dgn hati bila bercouple, kenapa tak ubah?
Gadis : ubah camne? itu dah sifat semulajadi…
Aku : itu bukan semulajadi.. look, kalau u tahu u akan masuk longkang kejap lagi, u akan buat apa?
Gadis : jangan lalu dkat longkang…
Aku : haaa.. sama la kes dengan ini, u cuba la jgn berfikir dgn hati… fikir dengan akal..
Gadis : tp itu dah lumrah semulajadi perempuan.. Tuhan da jadikan begitu…
Aku : jatuh longkang juga lumrah… still boleh elak apa…
Gadis : perempuan lain… benda ni tetap akan jadi wlau apa pun kita buat..
Aku : u tahu x? berfikir dgn hati itu sama dgn sifat pentingkan diri sendiri…
Gadis : bukan pentingkan diri, perempuan cuma mahu perasaan dia di’jaga…
Aku : ha ha… habes kami? lelaki-lelaki ni siapa mahu jaga?
Gadis : apa-apa la…
Aku : *rujuk perkataan ke-8, u dah guna walaupun u bukan couple i…
Gadis : u ni kan…
Aku : ha ha ha haaa…

See? Perempuan memang komplikated. Flisterz juga menulis tentang ini, dan seperti aku, #8 adalah senjata paling kami benci, aku dapat satu semalam.

Iklan : Rumpun 2007, perhimpunan muhibbah penggiat aktiviti berorientasikan internet, anda datang? Daftar’kan diri anda di’laman rasmi Rumpun 2007. Jumpa di’sana.

37 Comments

owh you dont like #8 ka??
haha its a way of saying ‘Fak U’ but in a nice way..
like “watevaaaa”, talk-to-the-hand mode!

macam gaya malas nak layan gitu..
aku kalau org tu byk2 tanye (bende irritating), pastu kacau aku buat keje ke.. kene la no8 tu :p disertakan dengan kerutan dahi dan jelingan mata yang sinis!

lalala don’t hate me :)

p/s: nak join Rumpun tp aku ada test 22/08..aku cuba squeeze schedule!

Sib baik Tuhan jadikan aku lelaki - pandai elak drpd jatuh dlm longkang. Kuih3.

kemana pergi semua orang hari ni, cuti sakan. aku kira kau menang dgn tawa kau di akhir perbualan itu :-p

ha ha.. kita lelaki mesti sentiasa menang.. kan kan? *hari ini semua org bercuti sakan.. :)

yaa memang komplikated sungguh dan sukar nak faham dan sukar nak jaga hati memasing… jaga diri sendiri aje laaa… hahahaaa..

memang cuti sakan laaa… esok hari isnin dan hari ini adalah public holiday… esok kerja semula laaa untuk hari isnin…

Perkahwinan itu bukan untuk mencari kesempurnaan pasangan anda TETAPI perkahwinan itu adalah menyempurnakan kehidupan kita, sebab itu Allah memberikan kita pasangan yang saling lengkap melengkapi…. eeehhhhh!! betul ke tajuk nii.

haha die terperangkap dengan kata-kata sendiri. smart :D

oooo pompuan camtu ek.. lebih komplikated.. kene simplify kan dieorgnye equation supaya senang kita handle..

longkang kecil …tarak apa2. luka pun sikit jer

kalau jatuh longkang besar…boleh lemas

perempuan ni mcm bunga mail…kena jaga pun mcm bunga gak…

kalo longkang masa banjir memang tak payah nak jumpa. terjerumus laa jawabnya… wuahahahaa.

oleh itu cubalah memahami perempuan yang telah and miliki itu dengan sebaiknya… kalo tak faham jugak? buat dono aje laaa…

dulu aku tgk citer ape ntah die kate;
“our (man) job is NOT to understand them (women), but just to love them.”
kalo tak silap aku le..haha!

sebab pompuan komplikated lah kita kena nikah ngan depa, hidup ke akhir hayat, baru tau, komplikated ke dak! yeah! *Mael dan rakan2 bloggers bujang yang lain, NIKAH LA CEPAT! hu hu….

cinta tiada makna jika tidak memahami.. tanya Beck!ha ha :)

jika nikah & kahwin itu semudah membeli set chicken chop di kfc, aku da kahwin 4…

*isteri ko komplikated x mus?

ha’ah.. betul ckap ko, mmg mcm bunga.. makin kembang makin komlikated teknik penjagaan.. ;p

abdfatah, jika kita buat dunno & diaorg boleh kool, itu takpe..

alhamdulillah, walaupon beliau complicated tapi saya dah dapat memahaminya…. chewaaahhh!

Haha. Ye ye je ko Musnaz. Wakaka.

aku suka quotation itu~ *sweet* hahah

sama ar kita…hehehe

aku biase kene ayat2 yang diberikan tu dan senjate terbaik adalah gunekan balik kat diorang hehe

ya… yaa kena fahami dengan sebaiknya jika nak menjadikannya sebagai teman yang boleh di harap dalam kehidupan anda… saling faham memahami antara satu sama lain…

mael dah fahami ke si dia yang bertudung biru itu?

maka jika tidak kool akan melayanglah pinggan mangkuk yang siap sedia tersimpan cantik dalam almari… adesh.

ada juga yang sampai bila2 tak faham pasangan masing2… alahai…

tu yang best tu. complicated..buat laki2 makin tercabar

perempuan kene jaga mcm jaga telur?? bile usik jer mudahla retak??yg ade pasagan, ko berjage jage ..

aku da serender la nak jage perempuan ni?? die yg nak putus die yg ungkap?? bila lelaki berserah pada takdir yg die ingin putus?? sekarang die tercari cari kembali?? ape sebab nya…?? dulu benci la tak pandai la, pentingkan diri la..

argh.. jage budak kecik lagi mudah.. bagi susu senyap…

tapi lelaki tetap kool.. alhamdulillah dpt lupakan die sekarang..

aku nak carik wanita yg pkai akal?? ade ke? bg aku?? hahah.. bile xde sunyi la plak.. uhuhuh

tercabaryer.. tahniah buat ko.. hehe aku da tahan 3tahun.. cukup la.. :P

mmm..ayat tu..ade yg aku pakai pon…adakah aku naluri perempuan?ataupun influenz dr awek2 skeliling ku?

putus cinta kah anda? ;)
udah lumrah..manusia dijadikan berpasang-pasangan!

you can live without them, but you CAN’T live without them… betul tak?

ala.. biasala tu pompuan.. ayat tu mmg biasa.. betul kata gadis tu, perempuan akan buat apa sahaja bila dia dah betul-betul sayangkan lelaki itu… dia tak guna akal tapi guna hati.. hehe.. aku ada pengalaman ini tapi tak perlulah aku ceritakan di sini… hurmm..

ape pon perangai mereka, kita perlula terima.. benda normal la tu… daripada kalau nak couple yg sama ngan perangai kita, itu dah lain.. itu dinamakan, couple yang songsang!! kakaka..

you can live without them, but you CAN’T live without them..

aper da bg la kesimpulan sekali?ape yg ko maksudkan ni..pening aku..

argghh carik membe membe je .. leh hidup seronok gak..

aku da serender la nak jage perempuan ni??

huhu tanpa perempuan/awek pon anda boleh hidup kan.. (refer to : you can live without them)

tapi

hahah.. bile xde sunyi la plak.. uhuhuh

sunyi pulak kalau takde awek (dalam erti kata lain jeles tgk orang lain dating~)
(refer to : but you CAN’T live without them)

haha maaf kerna memeningkan anda~ :)

ha ha.. baca dua kali aku faham da ape shambie ckap’kan.. ha ha :)

tekanan perasaan? ha ha.. perempuan rasa aku 24 jam ade tekanan perasaan.. mungkin.. mungkin itu la yang menyebabkan mereka cenderung berfikir dengan hati..

*lagi2 time period.. ha ha ha

perempuan…kadang2 mudah dibaca perasaannya…kadang kala…amatlah susah dipahami sehinggalah tersalah paham..

so belajarlah memahami…sesungguhnya itulah perkara yg plg baek..

ouh itu mcm ka.. hahahha

silap faham dan jelus yang berpanjangan akan menjadikannya seperti filem haru-biru… wahahaa…. tension laaa dengan kekomplikatedan yang tidak berkesudahannya itu…