Perokok, suka atau tidak?

Ketika aku sedang berjalan di Forum Cari untuk mencari bahan penulisan untuk Selebrific, aku terjuma dengan satu thread yang membincangkan isu berkaitan kecenderungan wanita terhadap perokok. Soalan’nya ringkas, wanita, suka atau tidak dengan perokok?

Kalau kau stumble seorang wanita di’jalanan, dan kau tanyakan soalan itu, kebarangkalian untuk menjawab ‘tidak suka’ adalah 0.9. Mungkin, dia akan menjawab ‘tidak suka’ tetapi di’iringi dengan jawapan ‘kalau jodoh, apa boleh buat?’. Senang cakap, semua orang mempunyai ekspresi yang kurang senang dengan perokok. Tapi, jauh di’dalam hati, merokok ni satu benda yang kecil sahaja dalam perhubungan. Apa ‘lah sangat merokok jika di’bandingkan dengan perbuatan merosakkan yang lain ye tak?

Mohd Ismail dot Com hari ini, akan membawakan fakta-fakta ringkas yang akan menyokong hujah hubungan negatif perokok dalam perhubungan secara jangka panjang. Bukan fakta-fakta kosong kutipan cakap orang, aku hamparkan kajian saintifik yang di’jalankan di’seluruh dunia.

Pada tahun 1986, Vogt HJ, Heller WD & Borelli S telah melakukan kajian terhadap efek negatif tabiat merokok ke’atas kualiti sperma yang di’hasilkan. Kajian terhadap 333 orang yang terdiri dari 150 perokok, 37 bekas perokok & 52 bukan perokok ini menunjukkan yang membuktikan merokok mampu mengurangkan kualiti sperma. Petikan ringkasan kajian mereka,

There was a small but insignificant decrease in sperm density from never-smokers to ex-smokers and to smokers. Eight smokers (6%) had sperm counts less than 1 X 10(6)/ml, whereas none of the ex-smokers or never-smokers fell into this category.

Satu kajian lain yang serupa juga mengatakan perokok mempunyai kadar peratusan yang agak tinggi dalam penghasilan sperma tidak normal.

Satu kajian lain yang di’jalan secara kerjasama antara National University of Singapore & West China Medical University menunjukkan yang perokok mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk menyebabkan kerosakan DNA dalam sperma.

Cukup dengan perkara yang terlalu jauh dalam perhubungan. Kita lihat pula apa kesan merokok ke’atas diri individu perokok itu sendiri. Yang kita sedia maklum, perokok boleh mengalami pelbagai penyakit sampingan dengan aktiviti merokok secara tidak terkawal. Berikut adalah artikel-artikel yang boleh di’rujuk secara sahih berkenaan kesan merokok ke’atas individu,

Aku menulis entri ini bukan untuk menunjukkan yang perokok atau perbuatan merokok itu adalah sesuatu yang jahat. Tetapi, jika kau benar-benar sayangkan diri sendiri & keluarga, mula’lah perlahan-lahan untuk berhenti. Tiada ruginya kau berhenti merokok. Jika kau wanita, dan mempunyai teman lelaki atau suami seorang perokok, nasihatkan mereka untuk berhenti. Gunakan kuasa seorang wanita untuk memujuk mereka berhenti. Yakin’kan perokok yang merokok tidak kool.

Kau, sukakan perokok atau tidak?

Popularity: 35% [?]

There Are 76 Responses So Far. »

  1. Perokok? Sori..

  2. keh keh keh..
    Aku seorang perokok tegar sama seperti kumprinx…

    -tegar bersama rokok-

  3. Ramai Jugak Perempuan Merokok..Boleh Beri Kesan Kepada Kadungannya..Kan?

  4. “wanita, suka atau tidak dengan perokok?”
    -TAK!

  5. Arghhhhh…..malas nak baca..ahaha…

  6. ai tak kisah pasal merokok atau tak sbb ramai kawan i merokok. tp laki yg i tgh date skrang takkan merokok kalau depan I, walaupon dier perokok. Very sweet

  7. lalala..aku tak suka kalau guna tandas yg sebelumnya digunakan oleh seroang perokok..baunya hancing semacam :D

  8. asal wei?

  9. tembak saja perokok ni. mmg dah mampus pun

  10. aku benci perokok, sebab bau asap rokok tu buat aku sesak napas…

  11. Bat malas baca sebab dia suka rokok kot.. *ko merokok ke Bat?* ha ha :)

  12. ha’ah Kumprinx.. sekali lagi aku tgu respon dia.. ha ha =)

  13. perempuan merokok adalah big no-no.. aku tatau nk kata ape tuk perempuan yg merokok.. ha haha

  14. give me five wawa… ha haha =p

  15. ha.. lagi satu itu la, air kencing’nya macam hamjadah.. ha ha ;)

  16. ayah aku merokok, abang aku merokok, adik aku merokok, bestfren aku pon merokok.. dan nenek sedara aku pon hisap rokok jugak(dunhill tau)!

    tolak campur darab bahagi, aku ni di kira perokok pasif… Betul tak?

    nak tak nak, kene hidu gak asap rokok tu ^_^

  17. ingin menjadi perokok atau tidak adalah hak individu masing2.. pada aku kita takde hak nak pertikaikan ape lagi nak tembak bak kate azraai.. hehe..

    Khai ada pengalaman sebagai seorang perokok dan bukan seorang perokok.. khai pernah lakukan research sendiri untuk tahu bagaimana susahnya untuk berhenti merokok..

    bila menjadi seorang perokok, honestly i tell you,
    1. rokok mampu menghilangkan keboringan yang berlanjutan.
    2. rokok mampu memberikan idea2 yang bernas.
    3. jika rasa malas nak buat kerja, lepas merokok mesti rajin.
    4. seronok melihat asap..
    5. lepas makan x berasap, hidup x sempurna.
    6. Rokok akan menjadi satu-satunya perkara yang mampu membuatkan kita gembira jika dalam kebuntuan atau takde benda nak buat.
    7. menukar seseorang dari malas kepada rajin.
    8. takde semangat boleh jadi bersemangat.
    9. dan banyak lagi.. kalau x caya tanye kawan yg merokok..

    ok dalam masa yang sama, semua pun tahu akan bahaya merokok.. kelebihan untuk tidak menghisap rokok ternyata lebih banyak dari kelebihan menghisap rokok..

    bagi aku, kempen TAKNAK, nasihat dan pelbagai cara lagi takkan berkesan kepada perokok tegar melainkan kemahuan dari diri mereka sendiri..

    senang cerita, kalau kerajaan taknak rakyat malaysia isap rokok, haramkan saja kemasukkan rokok ke dalam malaysia ni.. bila takde punca, rakyat pon tak binasa.. nape x leh wat camtu ek?

    tapi jgn sesekali plak cuba merokok.. sbb bila dah cuba, mmg susah nak berhenti.. melainkan korang cukup kuat seperti aku.. ngeee.. ~

    mael, ko merokok kan.. aku nampak aritu dalam toilet.. kakakantoi.. hehehe…

  18. kalau aku seorang perokok, skang ni awek da keliling pinggang.. ha ha.. gadis2 mmg suka perokok beb.. lg kool kata mereka..

    kawan aku ada 2,3 orang yg merokok, point dia sama je ngan apa ko tulis.. ha ha.. paling major, utk release tension..

    *so, skang ni ko merokok ke idak Khai oi?*

  19. yg belum bergelar “perokok”…jgn le cuba² nak merokok…ramai antara kawan² saya yg bukan perokok tapi jadi perokok selepai mencuba hisap sebatang rokok…

    kalo yg mmg dah bergelar “perokok” cubalah kurang²kan dan berhenti merokok…kesian le kat org sekeliling terutama famili sendiri…

  20. saya pon pernah tanya kat membe yg merokok…memang ape yg ko senaraikan kat atas ni sama ngan jawapan yg diorang kasi…nak “melepas hajat” pon nak kena pekena sebatang :D

  21. Merokok Dah Jadi Gaya Hidup Setiap Insan Yang Terjebak. Tapi Aku Sayang Paru² Aku. Aku Tanak Mayat Aku Nanti Mempunyai Paru² Yang Berwarna Hitam. Mempunyai Paru² Berwarna Hitam Barulah Tidak Cool!

  22. lol. mmg la. rokok ada nicotine.

  23. memang la azraai.. tu aku x nafikan.. mmg benda tu membawa kepada ketagihan.. sbb tu aku cakap perokok tegar mmg susah nak berhenti..

    dan alasannya seperti yg aku senaraikan di atas.. and benda tu mmg betul.. tak hairanlah, peguam, pensyarah atau mereka yang berilmu juga ada yang merokok.. bukan mereka tak tahu itu bahaya..

    mael, aku part time sahaja… hahaha.. bila aku rasakan mahu 9 perkara yang aku senaraikan tu..

    psstt: komen aku ni cam nak kasitahu merokok tu bagus plak kan? hahahaha…

  24. perokok macam tu mmg bodoh.. aku sokong… kalau dah berfamily, kot nak merokok pon, pergi luar rumah.. dalam toilet pon jangan kalau boleh.. lepas tu basuh le tangan.. ni tidak, main tibai je nak pegang anak, pegang isteri.. busuk taw tak!!

  25. cubalah kalau manusia dicipta mempunyai dada yang ‘transparent’… aku jamin 100% rokok takkan laku lagi.. hahaha…

  26. wanita, kata je tak suka perokok… dapat pakwe / suami perokok, langsung diam membisu… kuasa wanita time ni umpama habuk rokok je… dah ramai yg aku saksikan…

  27. “bila dah cuba, mmg susah nak berhenti”

    tak setuju!!! Hehehee.. yg lain semuanya setuju :P Hm… mungkin sbb tgk org jugak kot. Ada yg try n error pastu stop la. Ada jugak yg try n error n kekadang isap kekadang tak. Hohoho.. mcm2 ada org kat dunia ni beb.

    Soalan bro mail wanita suka atau tidak dengan perokok? kalau sy perempuan la kan, sy pilih kurang suka. Sbb ada jugak si perokok tu tak suka dgn tabiat merokok tu. Jadi sy amik keputusan kurang suka. Tp keputusan sy akan berubah jadi tak suka kepada perokok tegar yg tak reti nk stop.

    Arwah pakcik sy meninggal dunia disebabkan oleh ROKOK. Hati dia hitam legam dan pecah. Hm.. tepuk mulut tanya nk rokok ke tak!

  28. wowowowo.. rilex bro.. rilex… :)

  29. ok la tu hisap rokok.. takla seteruk remaja yang suka minum arak, amik ecstasy, hisap ganja, hidu ice, hidu gam.. hehehehe..

  30. itu yg aku kata perempuan sebenarnya x kesah sgt pn sebenarnya ngan perokok walaupun kata tak suka.. =p

    *itu namanya Hipokrasi Terpimpin*

  31. Dah Jadi Macam Tabiat Lak

  32. itu namanya cinta melebihi segalanya.. kalau kau dapat awek yang nak clash hanya kerana kau isap rokok, lambaikan sahaja bye bye kepada dia.. pirahh!!

    rokok = anytime dengan kehendak, boleh berhenti..
    cinta = tiada tolok bandingannya.. oh indahnyaa…

    tapi pesanan penaja, kot ye pon awek dah x kisah nak merokok, cuba elakkan merokok depan dia.. skurangnya, show ur respect to her.. gi la jamban mana2 pon kalau nak isap..

  33. HITAM?? PECAH??? … tett tett tett (999), hello polis, engko ke tu, gi haramkan rokok cepat.. aku x kira.. ko polis.. peoples always right.. lol ”

    betapa x bestnya mati kerana rokok…

  34. aku passive smoker yg agak tegar……….

  35. aku plak,tak isap rokok..mungkin akan cuba,walaupun dah dapat lesen besar oleh bapak aku ketika usia 17 tahun…hahaha…

  36. polis ke nk kena haramkan? hehehe.. Para ulamak dan fuqahak dh lama keluarkan hukum rokok dh. Kan? kan? :)

  37. itu ada aku dgr perkara itu.Tapi mengapa ada imam yang masih merokok?

  38. satu perkara yang sama dengan yang aku sudah lama perhatikan diluar sana.

  39. cool bro!!

  40. awek dan rokok.
    mana satu mahu didahulukan.nafsu cinta atau nafsu rokok?

  41. Dulu ye. Tapi disebabkan kuasa pempuan. AKu berhenti. Bahaya tul kan diorang?

  42. tak sopan a wanita hisap rokok…kita paling tak suka wanita hisap rokok

  43. MB Kelantan penah cakap apa tuh pasal orang merokok, kalau tak silap lebih kurang gini lah ayat die

    “perokok diumpamakan seperti haiwan yang tidak berakal…”

    what say U?

  44. a little bit harsh but it’s the truth. haha. dah la wei merokok tuh. macam nak bunuh diri je aku nengok. ala, apa alasan pun - kalo nak isap, isap lah jugak. dah terlantar atas katil spital baru nyesal. kui3.

  45. huhu hak masing2 kn…kalo tak mo bau rokok g dok dlm gue..yg tak merokok blom tntu baik lagik..buat2 bagus plak..walaupon aku bkn perokok..aku dok dkalangan perokok… bior la kt diorg weh…nti kerajaan takdak dpt duit cukai rokok yg tinggi..huhu

  46. anggap saja ini tanggungjawab sosial aku terhadap masyarakat.. nnt kang di’kata plak aku asyik menulis benda2 lagho.. =p

  47. aaaa.. agak kasar jika di’umpamakan begitu.. tp itulah, pandangan org berilmu ni xleh gak di’abaikan ye x?

    *hidup Nik Aziz!*

  48. tgk tu.. titam berhenti merokok sebab perempuan.. ha ha ha.. kool la ko Titan~!

  49. huhu aku tak kate ko..tp aku agak tak suke bc komen2 diorg yg di atas tuh.agak hipokrit..haha kt kn warge kampus engineering n skul kimia yg baik…hakhak…weh mael tak wat topik ‘hot’ yg jd kt kmpus nh ke..huhu

  50. Merokok ni bukan setakat melibatkan diri kita je tapi orang lain yang tak berkenaan pun terbabit sama..
    Terpulanglah pada masing-masing…

  51. hehehe.. tu mmg la dari segi agama.. ada yang cakap haram.. ade yg cakap makruh.. entah la.. sbb bagi aku si penghisap rokok ni rasa ada kebaikkannya merokok dan dah tentu, semua tahu ada keburukkannya..

    orang yg x merokok mmg dengan mudah akan cakap, ” bodoh betul di perokok ni.. buang duit and bla bla bla..” … tapi yg merokok lain pula pandangan mereka.. dulu aku pon cukup menyampah dengan orang yg merokok.. tapi sekarang tidak.. sbb aku tahu kenapa dia merokok.. hehehe…

    rokok ni masalahnye, kalau haram pun, orang melayu pon ade jual.. sbb benda tu tak kuat dia punya rasa “haram” tu…

  52. itula dikatakan, nak isap rokok, gi toilet ok.. hehehe..

    pssttt: mael, model gambar di atas tu, tak tumpah macam ko jer.. hehehehe…..

  53. ye ye betul tu rokok bukaknya tujuan untuk nampak kool…tp merokok boleh menghilangkan tension,

    aku bawa satu situasi ye;

    “seorang lelaki telah putus cinta, frust menonggeng,then kebetulan dia perokok, lepas tu apa yg dia buat?? nangis??no….then lelaki itu membeli 3 bungkus rokok dan habiskan ia dalam satu malam…”

    kesimpulan nye merokok boleh mengelakkan dari bunuh diri dan sebagainya bila putus cinta”

    “KATAKAN YA PADA MEROKOK”

  54. aku memang perokok, aku suka merokok,tp ke arah berhenti merokok, bila dah kahwin nanti,sape kata susah nak berhenti merokok?

    cuma katakan YA ataupun TAK sahaja, anda pasti BOLEH

  55. Setia Abes. Sanggup Berkorban Demi Aweks.. HEhe.. Bagus Bagus..

  56. Betul. Ramai Yang Telah Membuktikan Mereka Berjaya Berhenti Rokok. Termasuk Bapak Aku Sendiri. Ayuh! Jangan Bakar Duit Anda. Lebih Baik Duit Tu Kita Sedekahkan Or Buat Amal Jariah. Bolehla Jugak Duit Tu Nanti Selamatkan Kita Daripada Dibakar Api Neraka Ye Tak?

  57. itu perkara yang patut difirkirkan kaum wanita itu sendiri.. hehehe.

  58. kalau rokok hidup tu macam mana pulak? aku macam penah dengar lah…. huhu

  59. same la dengan syia.. kalau laki tu hisap rokok.. dh tak masuk dlm list ;)

  60. ha’a bagi kesan tapi syia tak tahu la kan.. mostly syia jarang nampak pompuan yang asalnye kuat merokok.. bile pregnant selalunye dorg stop.. kesedaran nak jadi ibu kut

  61. ha? ye ke? x tahu pulak.. tapi kalau x flush pun bau jugak wahha

  62. rokok hidup?? maksudnye?

  63. aku juga seorang perokok tegar. Pernah cuba berhenti sampai sanggup ke hospital untuk dapatkan khidmat nasihat. Tapi, aku tidak berjaya!! ade ke pelawat blog ni hisap rokok hidup mail?

  64. haha..mungkin ada aku rasa!Syia tak tau ke ape rokok hidup?Sila tanya kepada mereka yg berkenaan.

  65. Kalau kata merokok itu haram …Tapi kenapa ada juga orang jual rokok..jangan amik sensitif sangat.hehe

  66. Aku tak hisap rokok!!! he he…. :)

  67. aku memang super anti perempuan hisap rokok…!!! Buruk betul rupanya….

  68. mmm…itu mungkin pasal tengah date… Cuba bila dah…mmm ops kawin…harapnya camna ek…

  69. Merokok ibarat membakar duit dan menjemput penyakit

  70. Mail

    aku dulu adalah perokok tetapi dapat mengikis tabiat itu apabila aku terpaksa memikirkan antara makanan yang perlu aku hadam yang lebih mengeyangkan dan rokok yang mengisi dadaku dan minda dengan penuh khayalan. Tapi sayangnya aku memilih makanan sebab itu aku chubby sekarang hahahah

    ROKOK *myth : nampak macho bila dihisap :D kebenarannya perutku lebih *macho sekarang

  71. aku vote for rokok haha

  72. Rokok di UK sgt la mahal. Sekotak marlboro merah berharga £5.50 (lebe kurang RM35.75 sekotak)dan makin meningkat tiap tahun. Tp tabiat merokok tetap x kurang. Beli tetap beli. Isap tetap isap.

    Btul kata ko mael, awek makin ramai bler isap rokok. Aku x rasa macho. Perut aku x macho. Awek suke pada perokok. Dan perhatikan di jalanan, awek skang pun makin ramai yg isap rokok.

  73. cool ape nye… lg cepat aku mati… hohohohoho

  74. KATAKAN XNAK PADA ROKOK YG BENGKOK….HOHOHO

  75. perokok?naik lori.
    ceh padahal ayah ak pon isap.hehe
    wa kool ajer.da biase.
    tp sdri merokok,nowey

  76. yeah, I’m an anti-smoker. but my dad smokes. only not in front of the family. and.. bf pun dpt yg smoker. and dia mmg tak berani smoke depan I sbb I akan grab that cigarette and take a puff. and dia akan marah gila kat I and buang that rokok away. hahaha. sib baik not a heavy one. and he’s trying to stop now for the better future, he said. hahaha.