Persediaan Realistik Untuk Bakal Mahasiswa
- 40
- Add a Comment

Ketika saat entri ini di’tulis, aku yakin hampir semua mereka yang memohon untuk kemasukan universiti ambilan Julai 2008 sudah mengetahui keputusan permohonan mereka. Tidak kira’lah samada laluan kau melaui matrikulasi atau terus memohon selepas Sijil Pelajaran Malaysia. Kepada yang berjaya menempatkan diri di’mana-mana universiti, tahniah dari Mohd Ismail dot Net dan kepada yang tidak berjaya, khabarnya ada second intake untuk Oktober 2008. Jangan putus asa, hidup tidak pernah berakhir selagi nyawa ada.
Sebagai seorang yang telah melalui kehidupan di’universiti awam milik Malaysia selama 4 tahun, ingin ku berkongsi sedikit tips persediaan yang realistik untuk seorang bakal mahasiswa yang akan menjadi kebanggaan ibu bapa kelak. Apa yang aku tulis, bukan untuk menakut-nakutkan kau, tetapi lebih untuk memberi gambaran sebenar apa yang aku lalui selama 4 tahun bergelar mahasiswa (sebenarnya, aku kurang suka istilah mahasiswa ni, apa yang ‘maha’nya entah).
- Ini Adalah Jalan Hidup Kau — Selama’nya. Jika kau pilih bidang kejuruteraan, kau akan jadi jurutera, Jika kau pilih bidang masakan, kau akan jadi chef. Jika kau pilih bidang kewartawanan, kau akan jadi wartawan. Jadi, sebelum masuk ke universiti bersama bidang yang kau pilih, pastikan kau bersedia 100% untuk taat setia kepada bidang itu & bidang itu sahaja. Di’universiti, tidak ada jalan untuk kau berpatah balik untuk memilih jalan yang lain. Universiti adalah jalan mati. Walaupun ada kes graduan univeristi memiliki pekerjaan dalam bidang yang berlainan, peratusan’nya begitu sedikit & boleh di’abaikan.
- Komitmen Luar Biasa. Aku boleh kata, di’universiti kau perlu berikan komitmen 300% lebih dari apa yang kau lakukan di’kolej matrikulasi atau di’sekolah menengah. Dahulu, sebelum aku ke universiti, ada orang kata yang universiti adalah tempat yang mudah untuk score walaupun aku goyang kaki. Tahi’lah. Jika kau betul-betul ekstrim super-super genius, itu mungkin betul. Jika kau orang biasa-biasa seperti aku, kau akan merasa sakit sampai ke punggung jika tidak ada komitmen.
- Pensyarah Adalah Kawan Karib. Sebelum aku masuk universiti, aku tidak tahu yang hubungan dengan pensyarah akan mempengaruhi keputusan setiap semester. Bukan secara langsung maksud aku, tetapi secara jangka panjang’nya — jika kau baik dengan pensyarah, kau akan memperoleh input yang lebih berbanding pelajar lain. Jika kau rajin bertandang ke bilik pensyarah & bertanyakan soalan, pensyarah akan mengenali kau & tidak segan silu memberikan input yang orang lain tidak dapat. Jangan terkejut jika hubungan baik dengan pensyarah akan memberikan kau hint soalan peperiksaan yang 100% tepat. Aku pernah alami. Cuba berbaik dengan pensyarah — bukan mengampu, tapi mahukan sedikit ilmu ekstra sebagai bekalan.
- Cari Rakan Yang Boleh Di’harap. Jika kau ingin berjaya, kau kena duduk di’kalangan mereka yang ingin berjaya dan pemilihan rakan adalah satu perkara yang kritikal di’universiti. Di’universiti nanti, kau akan ketemu orang yang cita-cita’nya mahu masuk universiti & setelah masuk, mereka akan sambil lewa kerana cita-cita mereka telah tercapai. Jangan di’harap sangat orang sebegini. Jika boleh, cari rakan yang boleh di’ajak belajar bersama-sama atau bentuk satu study group. Ia sangat membantu.
- Jangan Kedekut Dengan Buku. Jika matapelajaran yang kau ambil memerlukan kau membeli buku teks, beli! Tapi beli dengan bijak, pastikan buku tersebut menyumbang banyak input dan berbaloi untuk di’beli. Jika kurang 20% sahaja dari isi kandungan buku tersebut kau gunakan, beli versi xerox. Buku yang kau beli akan kau gunakan sehingga alam pekerjaan — jurutera di’tempat latihan industri aku beritahu.
- Pastikan universiti kau ada sambungan internet. Supaya kau boleh terus membaca Mohd Ismail dot Net & layan YouTube jika bosan.
Ok, point terakhir itu sebenarnya tidak perlu sangat tetapi 5 perkara di’atas adalah sesuatu yang aku alami sepanjang aku belajar di’sini. Kawan-kawan yang sudah bergraduasi atau sudah berada dalam lapangan kerja, ada apa-apa nasihat untuk adik-adik kita yang akan melangkah masuk ke alam universiti penuh indah dalam masa dua bulan lagi?

40 Comments
Zik
May 12th, 2008
at 1:41am
No.6 itu membuat aku berasa sungguh bosan tanpa’nya. Untuk membuat assisnment aku memerlukan’nya. Tapi mujur kolej aku sediakan wireless percuma, walaupun slow dan signal tidak sampai ke tingkat atas asrama. Syukur’lah masih boleh melayari Mohd Ismail dot Net. Nasihat yang diberikat di atasatas no.6 itu sungguh berguna bagi aku. Terima kasih Mohd Ismail dot Net.
Mohd Ismail
May 12th, 2008
at 1:52am
sama2 Zik dan ko sememangnya sudah dalam pusat pengajian tinggi.. =) aku harap ada mende2 kat atas yg jadi kat ko.. hehe..
NMZ
May 12th, 2008
at 2:31am
heh, I love the last pOint ;)
moga bermanfaat untuk kanak2 yang bakal masuk U dan jadi dewasa :)
asx
May 12th, 2008
at 4:36am
Haha , seronok entri ini , Kesian rakan-rakan ku , ramai yang tersangkut dari matrix , ada yang repeat ada yang kena buang , aduh. risau aku .
wan wma
May 12th, 2008
at 6:42am
mohd ismail dah mula mununjukkan ciri2 seorang penasihat yang baik..huhuhu
MK
May 12th, 2008
at 6:54am
no 6 is actually VERY crucial. sungguh-sungguh nye penting. kat USM wireless celcom dapat x mael? aku ada berkira-kira nak sambung kat USM neh
KNizam
May 12th, 2008
at 7:05am
hahah aku suka no 6. pastikan wified sekali all area. hehe
nuarX
May 12th, 2008
at 7:28am
mail…nak tambah sket. nombor 7. kite kena berjinak2 dengan aktiviti kokorikulum samaada yang berteraskan sukan atau pengurusan. crucial tuuu. bekalan esok lusa.
kalau di U lain, ada sumbangkan kpd pointer ek mail ? cuma sape2 yang masuk UIA takdelah kot.
p/s:lari topik… mail, ko punye theme ni beli ke ? bukan ke kalau theme revolution pro kena beli ?
nuarX
May 12th, 2008
at 7:30am
lagi satu, tukar0tukar link bole mail ?
syamsulariff.com
May 12th, 2008
at 7:57am
jgn lupa ada ramai jenis pelajar…
tukang tulis yg original
tukang copy org punya
tukang sebar org punya copy
tukang copy yg orang punya sebaran
tukang bodek
tukang edit org punya assignment
tukang print
tukang buat cover
tukang cari isi kandungan
tukang semak tatabahasa
tukang check ejaan
ish..banyak la plak.. :P
catzer
May 12th, 2008
at 8:20am
Erm sebagai xstudent dlm field yg sama mcm ko aku rasa bukan setakat sakit punggung tp sakit segala-galanya..kekeke.apapun aku rindu subjek chemical reaction, mass control,fluid control, chemical processing..etc…kekekeke
zool
May 12th, 2008
at 8:47am
Memang bukan mudah untuk menjadi mahasiswa. AKu yang bekas mahasiswa ni pun penah terasa apa yang ko rasa.. Tapi ye ke apa ko belajar ko akan keje tu??? Ye ke mail?? Aku tak rasa camtu…
Lu pk la sendiri.
p/s :- Last sekali tu cantek punya ayat.. Promo nampak.. Huhuhuhuhu…
xmindfreakx
May 12th, 2008
at 8:51am
ahaa…seperti syam kata memang banyak tukang kat U..aku pun dulu salah seorang tukang disebut itu..La nie,kerja sambil stadi membuatkan aku buat semua sendiri…tinggal dulu aku tukang kuar duit..aku kuar duit,ko buat semua tugasan.
gie
May 12th, 2008
at 9:16am
hati2 dengan kawan rapat….kisah ni terjadi kat aku..kawan rapat,last2,dia lah musuh dalam selimut…padah kene hentam sampai berdarah….
zen
May 12th, 2008
at 10:38am
sekiranya point no6 begitu crucial bg zik & kbanyakan pelajar. aku pla lain citanya, dizaman aku belajar dulu…nak connect internet kena beli kad pastu dail sendiri - takde wireless2 nih..
bebudak U zaman skg mmg untung ler
zen
May 12th, 2008
at 10:39am
pasal copy mengopy besa ler - bukan semuanya rajin & jujur dlm belajar nihh……
titan
May 12th, 2008
at 10:43am
Haha. Itu semua betul. Cam same je pengalaman kita mael..
musnaz
May 12th, 2008
at 11:52am
Satu tip tambahan dari aku. kat ‘U’ ni lah tempat kita berhoyeh-hoyeh dengan best dan hedonismnya (macam2 kepala dan ragam leh kita jumpa dan kenal)… cuma kalau kita bersuka-suka sebelum assignment disiapkan atau sesuatu subjek itu mesit difahami atau dikuasai; NAHAS LOH! (nahas awak)
p.s: aku adalah antara orang yang ‘nahas’ itu, hu hu. nyesal.
Mohd Ismail
May 12th, 2008
at 12:36pm
ngeh3.. sekadar berkongsi Wan oi.. =) mana lah tahu berguna tuk seorang dua yang nak masuk u, esok2 boleh passing kat org lain.. =p
Mohd Ismail
May 12th, 2008
at 12:37pm
hehe.. aku bergerak aktif ko-k ni awal 2 tahun je.. lepas tu bz & rasa x bawak makna sgt.. =p kalau kat usm sini, ada syarat 1 unit wajib dr ko-k.. x efek sgt pd pointer, tp wajib..
p/s - yep.. aku beli & rabak sikit poket aku.. tp xpe.. aku puas.. hah a
Mohd Ismail
May 12th, 2008
at 12:38pm
bila ko listkan semua ni, baru aku perasan yang aku punya bakat yang byk rupanya masa dlm u dulu.. ha ha ha
Mohd Ismail
May 12th, 2008
at 12:40pm
ko rindu apanya Katz? kesusahan’nya atau kelam kabut nak antar esaimen’nya? he he =)
*ko ingat lagi x semua tu kalo di’tanya.. aku da samar2 da ni..*
Mohd Ismail
May 12th, 2008
at 12:42pm
ermm.. USM kejuruteraan sama USM induk ada.. USM kesihatan aku x sure la plak.. =) tp USM Kejuruteraan sini, bilik 24 jam di’sambung ke internet..
Mohd Ismail
May 12th, 2008
at 12:46pm
ha ha ha.. ayat ko sedikit saiko aku.. =) mmg nampak mcm aku xkan keje dlm bidang aku belaja.. tp.. tp..
p/s:- biasa la tu Zool.. promosi tidak tahu malu.. haha
Mohd Ismail
May 12th, 2008
at 12:47pm
oh ye? ko upah org lain buat esaimen ke? haha.. abes kool!
Mohd Ismail
May 12th, 2008
at 12:49pm
aku sebenarnya risau kot2 pengalaman aku berbeza dgn org lain & tips ni xleh pakai.. tp nampaknya respon byk kata sama.. he he
maka adik2, tips ni boleh di’aplikasikan 100%.. haha
niegy_luv
May 12th, 2008
at 2:03pm
memang realistik.. =)
tyme mule2 msuk uni dulu..
nk pegi konsultasi ngan lectrer pon mls..tpi bler dh taw benefitnyer..aku mmg kipas habis r lecturer2 aku yg baik2 blake tuh!!?? hhaahahha….
suffer weh kalo x bg komitmen pnuh ngan stdy.. bleh ptah urat kntut!!?? plus..membr2 tuk buat xsignment sumenyer hampeh..
yelar nk wat research pon mls,dhlar nk gna PC pon xtaw.. main game xpert dah plak..sabor jolar~
p/s::xkan nk dudk kat unversty ngan kenangan terindah je kot..mst ade phitnyer gak..!!?? itulah asam garam khidupan yg smentara nie.. chewah~
niegy_luv
May 12th, 2008
at 2:04pm
yeah sye stuju ngan kamu “gie”..
bleh merana jdinyer..
am
May 12th, 2008
at 2:35pm
laa.. theme ni ada dalam simpanan am… 3 serangkai… tapi memang mari punya theme… cantik…
noris
May 12th, 2008
at 3:26pm
Haha. Aku pun baru perasan. Aku ingtkan zaman uni aku h ambar tanpa menyumbang ape2 peranan.
Rupe -rupenye aku silap. Banyak watak yang dipegang.
Antagonis pun antagonis la. jnji rock.
zool
May 12th, 2008
at 4:02pm
AKu bukan apa Mail memang banyak member aku yang berkecimpung dalam bidang lain.. aku nie kira nasib terkena gak dgn bidang aku..
Tu pun merayu belas ihsan….
Kalau tak mungkin aku masih jadi tukang lap lantai rumah Datuk …….
Bukan psiko tapi ‘U’ tu hanya medium untuk mengenal kehidupan dan jangan terlalu bergantung dengan sehelai ijazah tu… Cari idea bro..
lagi satu..
Bukan kebanyakan ‘U ‘ block youtube kan?? Aloha..
pensyarah kawan karib.. kalau jadikan pensyarah musuh?? lu pklah sendiri…
nuarX
May 12th, 2008
at 4:17pm
aku offer jadi tukang print kan assignment orang. bile orang tanye berape kena bayar ? aku cakap berape2 jer. dieorang bagi 5 inggut tuh untuk 20 page. orait tak ? hehe.
ko try la, tapi kalau orang bayo 20 sen je jgn salahkan aku yek.hehe.
btw, thanks sbb add aku mail. good luck.
nuarX
May 12th, 2008
at 4:20pm
am beli ker ?. aiseh. sume dah ade theme gempak2 ni. mesti power ni. kalau 3 serangkai mesti lagi mahal…
asx
May 12th, 2008
at 4:45pm
Haha . Ada yang mahu internet? .carilah aku! . dengan router Belkin , firmware dan gateway yang aku buat sendiri . Untungnya sangat lumayan . Sebulan rm30 . 15 orang mendaftar sama aku. Total up kan semua lah! . Heks.
menteil
May 12th, 2008
at 5:06pm
yang paling penting..
jangan kedekut ilmu..
saling bertukar ilmu..
baru la bez
saffa
May 12th, 2008
at 6:15pm
Wah! best.. thanks for the tips! *wink*
rohaizad
May 12th, 2008
at 10:19pm
harr…harr..harrr
1. Mail, ko buat aku tersengih sorang-sorang la di malam yang indah ini.
2. Ko jugak buatkan aku mengimbas kembali segala kenangan masa aku study kat Melaka dulu 9 tahun lepas.
3. Ko akan alami satu lagi jalan “sesat” lepas ni Mail. So pastikan ko cari “alamat” hidup yang betul lapes nih.
4. Selamat berjaya Mail. Dan kalau ko rasa ko tak jumpa “alamat” tu, jadilah macam aku … yeee haaaa!!!!
catzer
May 13th, 2008
at 4:15pm
kekeke,insya-allah ingat..maklumlah aku ni budus skit jadi kena belajar dan berusaha 300% lebih dr org lain. Namun sygnya ilmu tu aku simpan jerk sampai skang. :D
megat
May 14th, 2008
at 1:56am
entri yg amat menarik!
maklumat berguna kepada mereka yang bakal menduduki kehidupan seorang pelajar. pengalaman yang dikongsi bakal dijadikan petunjuk kepada mereka.
hebatnya sebuah blog yg penuh informasi.
time aku dulu mana ada semua ni uhuhu.
cikahmad
May 15th, 2008
at 5:23pm
Masa zaman U jugak,sila perhatikan dengan sebaik baik nya segala perjalanan sistem gerak geri manusia sekitar dan sistem pengurusan semuanya.Kau boleh dapat manfaat darinya.
Mael aku mungkin sedikit lain pengalaman dari kau.Banyak yang aku tak lalu seperti org lain di bumi Malaya.Aku tak merasa nikmat itu.Ahh!