Petrol RM2.70 - Apa Yang Boleh Kita Buat?
- 134
- Add a Comment
Petrol naik lagi. Kerajaan menunaikan janji ilusi mereka untuk menaikkan harga minyak seperti biasa. Kali ini, kenaikan adalah tertinggi pernah tercatat sepanjang aku hidup. Hari ini, oleh kerana aku sudah hidup dengan kaki sendiri, kenaikan RM0.78 adalah sesuatu yang besar dalam hidup aku.
Walaupun penggunaan harian petrol aku tidaklah terlalu tinggi memandangkan aku sedang bekerja dari rumah, tetapi jika ada apa-apa yang memerlukan aku keluar sana, aku masih perlu menggunakan petrol. Saat berita ini sampai kepada aku, aku merungut, merungut & merungut.
Aku sebarkan kepada kawan-kawan. Aku bercakap dengan Eka tentang harga minyak naik. Kutuk-kutuk kerajaan di YM. Tapi, serius, apa sebenarnya yang kita boleh buat selain merungut, memberi respon bantahan & terus menerus mengutuk kerajaan?
Alasan kerajaan hanya satu, untuk mengurangkan subsidi minyak yang di’tanggung kerajaan. Mereka gesa rakyat faham semua itu. Rakyat sebenarnya faham, tetapi seperti aku’lah, tidak boleh menerima hakikat. Selepas ini, tarif elektrik juga akan naik — pasti. Selepas ini, harga makanan akan naik (lagi). Selepas ini, harga barang keperluan harian akan naik.
Rakyat sekarang hanya ada dua pilihan selain membantah (1) Cari lebih duit atau (2) Kurangkan perbelanjaan. Dan lagi satu, himpunan jalanan membantah perkara ini tidak akan merubah apa-apa. Jangan buat walaupun aku tahu ada pihak yang sudah merancang perhimpunan jalanan di depan KLCC nanti. Jangan buang masa, kerajaan sudah sedia tahu rakyat akan marah. Ini bukan pertama kali.
UPDATE - Kerajaan akan memberi rebate tunai sebanyak RM1.71 sehari atau RM625 setahun kepada pengguna kenderaan persendirian bawah 2000cc. RM1.71 sehari? Baca Tips Penjimatan Petrol (secara realistik).

134 Comments
rohaizad
June 4th, 2008
at 7:08pm
sebab tulah aku berdiam.
harga akan tetap naik walaupun tahap indicator kemarahan kita naik.
saper nak maki, makilah.. saper nak menjerit, menjeritlah. ia akan tetap naik dan takkan turun.
kalau tak boleh terima kenyataan nie, naik basikal. senang jer.. itu kata aku… ko pulak bagaimana?
p/s: adakah aku naik basikal?
Mohd Ismail
June 4th, 2008
at 7:12pm
marah mmg marah beb.. tp setakat itu sajalah.. huhu.. aku tgu respon pembangkang kerajaan.. mahu dgr skrip lama berulang lagi..
Fahmishah
June 4th, 2008
at 7:15pm
aku sebagai pengguna baru jalanraya amat kesal haha
kasihan WRE4879 aku.
Mohd Ismail
June 4th, 2008
at 7:22pm
kereta kita skang minum lg mewah dr kita beb.. air minum aku beli baru RM0.10 seliter.. ha ha ha
cis!
rohaizad
June 4th, 2008
at 7:49pm
drama?
aku rasa dah tak jadi drama lagi mail. kali ni akan jadi telenovela… wakakaka!
Apisz
June 4th, 2008
at 8:00pm
Aku rindukan saat chedet kita memerintah, serius.
*aku baru jer dapat lesen L kereta.Alahai…
mrozaidi
June 4th, 2008
at 8:01pm
(1) Cari lebih duit atau (2) Kurangkan perbelanjaan (3) Jatuhkan Kerajaan BN. Tgk Pula Kerajaan Lain Untuk Mengatasi Masalah Ini.
ika
June 4th, 2008
at 8:01pm
jadi kepala berita kat berita utama kes ni heheh
cekik darah. lepas ni naik la tambang bas tu. dah xbleh sangat la nak pegi KB mcm ni *sigh*
sama2 la doakan biar harga turun tu. pas ni sure harga barang semua naik.
kesimpulan,naikkan gaji pekerja selaras dengan naik harga barang (cakap senangla)
Suku Kata
June 4th, 2008
at 8:14pm
Saya x sabar tgk yang no 3 tu. Kalo sama gak mmg 2 kali 5. Arghhh… 70 sen naik tuuuuu!
Suma member umah aku menyumpah kerajaan. Haii.. x leh ckp apa.
Labanon
June 4th, 2008
at 8:16pm
Yang pasti minyak takkan turun dah… itu kena faham!
Kecualilah.. tukar kerajaan ;)
awqi_zar
June 4th, 2008
at 8:18pm
huhu..bwah 2000cc dpt subsidi RM625 setahun,mto bwah 250cc pun..atas 2000cc rebet cukai jlan RM200,mto atas 250cc rebet RM50 setahun..waaa,adakah ak perlu plih mto daripada kete mael?tp ak sedar,rakyat malaysia akan terus plih kete..fakta:bilangan kete atas jalan skang pling tggi jumlahnya drpd thun2 sebelumnya..mkin meningkat jumlah pemilikan kete skang nie..huhu..nampaknya,rakyat malaysia masih MAMPU bukan KAYA..huhu..
awqi_zar
June 4th, 2008
at 8:20pm
tambahan:moto subsidi RM150 klu xsalah ak..g bce kat blog paultan..
hafifi
June 4th, 2008
at 8:27pm
nasib baik aku xgn keta..selamat duit aku untuk minyak tapi barang2 lain confirm naik nanti..abeslah aku..huahuahua
Mohd Ismail
June 4th, 2008
at 8:30pm
menteri tgh bercakap kat tv3, harga barang & pengangkutan awam takkan naik sbb industri minyak beli bahan bakar dgn harga lama..
alhamdulillah kalau gitu..
Mohd Ismail
June 4th, 2008
at 8:31pm
barang xkan naik.. kata menteri.. hehe =) industri dapat beli bahan bakar dengan harga lama gak.. harapnya x naik la..
Aisyah
June 4th, 2008
at 8:42pm
mmg sh*t la. I gi college hari2 drive. dang it. harga suma naik. pokai pokai pokai. no shopping = die. T__T
Adam
June 4th, 2008
at 9:06pm
Oh ya, praktikkan perkongsian kereta secara pintar!
Esok jangan heran la kalau harga nasik lemak pun mahai na, alasan makcik tu; “dik, kos logistik dah meningkat. orang ke laut nak tangkap bilis pun pakai diesel — minyak naik”
kucau
June 4th, 2008
at 9:21pm
bleh caya ker? paklah dulu kata : hari ni tak bubar parliment , ari tuh najib kata petrol tak naik …erkk tak naik 40 sen (btol la kata najib). Bleh caya ke
wan
June 4th, 2008
at 9:40pm
chedet is much better than si paklah ni
CIPET dia igt kite ni apa?
mmgla bantu golongan berpendapatan rendah..berpendapatan sederhana mcmana?
lg satu, org berpendapatan rendah BIASANYA (diulangi..BIASANYA) hidup di luar bandar..living cost rendah
aku rasa, org kt kampung tu hidup lagi mewah dari di bandar.
MCM SIAAAAK KERAJAAN NI..
hanep
June 4th, 2008
at 9:42pm
harga barang tak naik ke? ya’ ya’ oi jerk. industri kecil-kecilan mesti la rasa macam kita gak kan? kita tunggu harga naik jela..
hanep
June 4th, 2008
at 9:46pm
aku yang pakai diesel 2.5 cemana? naik basikal jepun la jawabnya.. jom kita kayuh ramai-ramai atas jalan..
hairul
June 4th, 2008
at 9:47pm
Sudah, semua orang dah gelabah, dah panas sebab minyak naik. Tiada apa lagi yang perlu dibuat, aku nak tukar kerajaan je. hehe.
Tiada lagi keghairahan bukan? Tinggal satu je benda ghairah sekarang.
“Hisap-menghisap, Gentel-menggentel. Fuh, Ghairah Sekali.”
http://hairul.wordpress.com/
Sori Mail, aku promosikan blog aku. =)
oDiN
June 4th, 2008
at 9:59pm
semoga rakyat malaysia tidak lagi mengharapkan bantuan kerajaan bagi subsidi ..
kalo australia leyh buat .. nape malaysia xleyh ?
:P
KNizam
June 4th, 2008
at 10:05pm
aku rasa better naik sampai ke rm4 ikut market price je lah. sekarang kita telah membuktikan kita adalah world class. bravo malaysia! haha :)
ika
June 4th, 2008
at 10:12pm
iye la enchek labanon…
dia nak kerajaan hijau dia tuh =P
ika
June 4th, 2008
at 10:18pm
baru pas teman mak isi minyak. penuh 1 kreta dengan manusia. dah start car pool kot malam ni hehe
best sempat amik gamba kat stesen tu. macam konsert lak penuh ngan lampu =D
HTM
June 4th, 2008
at 10:19pm
Kalau cuba jimat penggunaan minyak, aku rase dapat cover la dengan duit subsidi tu.. bapak aku kira.. keluarga aku rugi sikit je dengan skim yang baru ni.. tapi ye lah.. duit subsidi tu lambat.. dan ade mase jugak terpaksa pakai minyak lebih.. huhuhuhu TERIMA KASIH KERAJAAN!
samir lutfi nasri
June 4th, 2008
at 10:20pm
jom kita naek beskal
hahahahaha
apa daa PAK LAH
gi banding ngn ngare ASEAN
kite PENGELUAR MINYAK
xyah aa nk banding ngn SINGAPORE yg xde minyak!
buduhs tul laa
cubelaa banding ngn ARAB SAUDI
isi 25 riyal da penuh 1 tank TOYOTA FORTUNER
Suku Kata
June 4th, 2008
at 10:28pm
Sokong!!!
Fahmishah
June 4th, 2008
at 10:54pm
haha..aku pun baru saja lepas teman mak isi minyak.fakap! 2jam setengah..kul 8 sampai 10.30..ahaha..sib baik x bawak dslr
Fahmishah
June 4th, 2008
at 10:56pm
haha betul tu..kalau sebelum ni boleh lagi isi RM2 kat motor.tapi lepas ni terus up rm3.itu pun, sekali pump je dah melompat rm2 lebih
nUUr
June 4th, 2008
at 11:13pm
macam sikit je dapet duit subsidi tu kan..ntahla kerajan skrg pndai je cilok duit,naik minyak,smua brg pasti naik.komfem japgi inflasi. skrg pembangunan xpenting,kebajikan rakyat yg pntg,ape guna ada bangunan canggih manggih besar2 tapi rakyat nk mampus kebulur,huh
titan
June 4th, 2008
at 11:31pm
aku dah agak benda nih akan berlaku. Tapi aku tak sangkat lebih dari target aku. Aku target naik 50 sen je. sekali 78 sen!!
Walaupun aku bukan pengguna minyak petrol yg berwawasan, tapi kenaikan ini akan menyebabkan orang sekaliling aku membuat bising. AKu tak suka itu. Bising itu menyakitkan hati.
Noorizam Shah
June 5th, 2008
at 12:02am
aku sedang berangan2 untuk tukar kereta elektrik… ohoho
Noorizam Shah
June 5th, 2008
at 12:03am
bermakna.. kereta hidup lebih mewah dari kita.. ohoho
Noorizam Shah
June 5th, 2008
at 12:04am
chedet dah tak punya kuasa apa2.. sabar aje laa :)
Noorizam Shah
June 5th, 2008
at 12:04am
apa-apa pun .. telan macam mana pahit pun.. minyak dah naik harga.. argggh
Noorizam Shah
June 5th, 2008
at 12:05am
aku sekarang dalam mood jiwa kacau! ohhh
azwanhadzree
June 5th, 2008
at 12:38am
hati ku sakit, tapi aku masih happy
macamana tu?
kita
June 5th, 2008
at 1:42am
yg pasti barang lain akan naik walaupun menteri tetap berjanji kerana kos minyak yg melonjak
Mohd Ismail
June 5th, 2008
at 2:23am
minyak naik, gaji ko pun naik.. mesti la ko happy.. huhu
Mohd Ismail
June 5th, 2008
at 2:24am
pakai NGV oi.. pakai NGV.. x sampai singgit pun seliter.. ha ha..
Mohd Ismail
June 5th, 2008
at 2:27am
itu la pasal.. dulu naik 30 sen pun riot habes.. aku ingat naik la 20 sen ke.. abes2 pun 30 sen gak.. sekali dia naik 78 sen! fuck!
cikahmad
June 5th, 2008
at 3:34am
Percaya tak kalau aku cakap …
Kenaikan harga minyak sebanyak RM0.78 seliter ini adalah WTF Moment untuk 2008!
Sape setuju?
Mari kita menunggang Lembu 125Z ke opis memasing!
Peace no war!
Mohd Ismail
June 5th, 2008
at 3:41am
yeah.. aku tgh x sabar menunggu hari siang.. 24 jam yang berikutnya esok mesti hangat dgn kritikan org ramai, parti pembangkang.. smeua2 la.. ha ha
cikahmad
June 5th, 2008
at 4:15am
Itu adalah moment yang paling sangat dinantikan oleh semua.Tunggu je lah Paklah kene sound dgn rakyat!
Nanti lagi ramai la rakyat mesia keje kat luar negara!
asx
June 5th, 2008
at 6:52am
Keje kat luar?. Aduhai kau nih . luar lagi mahal adelah~
cikahmad
June 5th, 2008
at 7:32am
Mane ko tau lagi mahal?
Afzai Afandi
June 5th, 2008
at 7:55am
Harga minyak termahal dikalangan negara2 pengeluar minyak?? Rezeki minyak Allah kurniakan untuk negara supaya dapat dinikmati bersama2 dengan rakyat….tapi sebaliknya berlaku. Atas dunia bolehlah senang lenang menagkis rungutan rakyat..esok2 ko tahu lah…mulut2 rakyat yg teraniaya mendoakan untuk ko.
Bent
June 5th, 2008
at 8:06am
alamak..tak jadilah anak ambil kereta kalau mcm ni..pakai basikal jelah..
bob
June 5th, 2008
at 8:16am
semenjak dua menjak ni.. motor aku selalu panas dan kereta makin sejuk.. minyak naik ok la.. dah tak buleh nak buat apa apa.. jangan anu tak naik sudah. huhu
kita
June 5th, 2008
at 8:23am
bob..sempat lagi ko buat lawak erk….elok jugak coz semua orang tgh panas
syam
June 5th, 2008
at 8:31am
tahniah kpd Pak Lah! Beliau berjaya mengkucar-kacirkan negara dalam satu mlm. HEBAT! minyak naik 40 %. Harga brg mungkin naik wlpn menteri kata hrg brg xkn naik. Boleh caya ke? Diorg dh buktikn diorg adlh penipu. Sblm pilihanraya “Kerajaan xkn naikkn hrg minyak sehingga thn dpn” Najib kata “Harga minyak xkn naik 40sen” sharir samad kata “harga minyak akn naik bln ogos” paklah kata “harga petrol naik 78sen, diesel naik 52sen berkuatkuasa 12mlm 5 jun 2008″
aku kata “Pak Lah S**T! Shahrir S**L! Najib B**GS**T! politician penipu. hanya tahu tabur janji tp tak tahu tunaikan”
apa lagi! mehlah wat laporan polis tentang penipuan mereka cammn dak UiTM wat laporan terhadap kerajaan selangor
p/s: aku mrh2 pn harga minyak akn naik jg. aku pelik wlpn malaysia ni pengeluar minyak dan byk lg lapangn minyak yg belum diteroka, harga ttp naik melambung2.
Mael. kalau kau nk boh iklan kat blog aku, hantarlah iklan ko dlm format .jpg @ .gif @ .png dgn size 125pixel x 125 pixel kat emel aku araipama[at]gmail[dot]com
shambie adzhan
June 5th, 2008
at 9:01am
itulah.. dengan kenaikan 40% ni, memang hancus budget bulan ni… SO NOW I’M OFFICIALLY BROKE! Duit gaji dah sedia sikit ni, maka bertambah2 lah sikit.
Kerajaan, sila lah naikkan elaun, gaji… saya mau BONUS!
* no shopping = die
shambie adzhan
June 5th, 2008
at 9:05am
ya betul, aku kerja dekat hulu sekarang ni. aku tengok orang2 kat sini suma pakai kereta besar. kereta hebat2. mewah je kehidupan. aku pakai kereta viva je. Handphone dorang pon lagi canggih dari handphone aku.
aku ingat aku nak naik basikal lah pergi kerja, tapi kawasan rumah aku banyak lembu, aku takut kena kejar dengan lembu… huhu
shambie adzhan
June 5th, 2008
at 9:11am
kat luar lagi mahal takpe, gaji lagi besar… sedap je nk tuang minyak banyak2.
kawan aku kat tokyo kata, kerajaan Jepun baru je turunkan harga minyak!!!
(tatau la sahih ke tak ni)
sakit hati bila aku dengar! *sengal~
CHOT
June 5th, 2008
at 9:37am
Semalam dalam akhbar tempatan, kerajaan telah keluarkan satu statistik kononnya harga minyak di malaysia adalah yang paling rendah di rantau ini.Kemudian mereka membandingkan harga minyak malaysia dengan harga minyak di Thailand, Singapore, Filipina dan Vietnam.Persoalan sekarang apakah asas perbandingan tersebut sedangkan negara negara tersebut bukan pengeluar minyak?Hujah seperti inilah yang di gunakan oleh barisan pemimpin untuk memperbodohkan orang kampung.
Ok, disini fakta yang semua orang kena tahu.Pertama sekali sila lihat perbandingan harga minyak malaysia dan negara negara pengeluar minyak yang lain:-
Negara Harga minyak seliter (dalam RM)
Malaysia RM 2.70
Iran RM 0.29
Venezuela RM 0.16
Turkemenistan RM 0.39
Arab Saudi RM 0.19
Mesir RM 0.81
Dari data di atas, membuktikan propaganda kerajaan adalah palsu dan tidak benar.Kesemua negara pengeluar minyak di atas, harga minyak adalah di bawah RM1.00 seliter.Ada sesetengah alasan mengatakan keluaran minyak kita tak sebanyak arab saudi yang mengeluarkan sejuta tong sehari.Menurut kerajaan, pengeluaran minyak kita adalah dalam lingkungan 700 ribu tong sehari.Oleh itu kalau berdasarkan ratio pengeluaran minyak antara arab saudi dan malaysia 1 juta : 700 ribu, sepatutnya harga minyak malaysia dalam lingkungan RM0.30 sen sahaja.Kenapa arab saudi boleh kekalkan harga minyak pada 0.19 sen seliter tapi malaysia pada 1.92 sen?Bukan kah jauh bezanya?Bagaimana pula dengan venezuella yang jumlah penduduk hampir sama dengan malaysia boleh kekalkan harga minyak pada 0.16 sen seliter sahaja?Ini menunjukkan ada sesuatu yang tak kena dalam menguruskan hasil minyak dalam negara.
Ketika dato seri anwar ibrahim menjawat jawatan menteri kewangan malaysia pada tahun 1991-1998, harga minyak di kekalkan pada 1.10 sen seliter.Bagaimana beliau boleh mengekalkan harga minyak selama lapan tahun sedangkan harga minyak dunia naik mendadak ketika perang teluk di iraq?Pada masa yang sama juga pembangunan dan projek projek banyak juga di jalankan dalam negara tanpa perlu naikkan harga minyak.Tapi pemimpin kerajaan beri alasan untuk naikan harga minyak supaya duit tersebut dapat tampung projek pembangunan. Masalah sekarang projek pembangunan untuk faedah siapa?Rakyat atau kroni?Berapa kerat orang yang dapat faedah dari koridor pembangunan di sana sini?
Subsidi minyak yang di tanggung kerajaan mencapai 35 billion setahun.Kerajaan bersungguh sungguh untuk mengurang kan subsidi minyak ini kerana kalau harga minyak tidak di naikkan dengan segera ianya akan mengganggu peruntukan kerajaan bagi membangunkan koridor koridor di seluruh negara yang bernilai ratusan billion.
Yang orang asyik berhujah ialah harga minyak perlu di naikkan kerana harga minyak dunia telah naik.Ada yang mengatakan ia masalah global.So yang kita kita fikir ialah kenapa nak risau tentang harga minyak dunia yang melambung naik kerana sepatutnya sebagai negara pengeluar minyak, malaysia seharusnya gembira kerana bila harga minyak dunia naik, pendapatan petronas jadi berlipat ganda.So apa masalahnya?Walaupun malaysia ada mengimport minyak dari luar untuk kegunaan tempatan, tapi bila dah net off dari pendapatan export, masih untung besar lagi.
Adakah negara akan bankrupt kalau turunkan harga minyak??
Sudah tentu tidak.Sila lihat statistik di bawah:-
Allocation untuk mega projek:-
Koridor utara : RM17.5 billion
Koridor timur : RM112 billion
Wilayah iskandar :RM47 billion
Koridor sabah :105 billion
Koridor Serawak :107 billion
Bila kerajaan membuat pelan untuk pembangunan projek di atas, sudah tentulah kerajaan mempunyai wang yang banyak.Jadi, jika kerajaan sanggup membelanjakan ratusan billion untuk projek pembangunan seperti di atas yang hanya boleh di manafaatkan oleh segelintir rakyat sahaja, kenapa nak tampung subsidi 35 billion setahun pun tak mampu?Mana yang lebih penting?Mana yang perlu di utamakan?Kebajikan rakyat atau projek mega?
Bila menteri menteri beri komen tentang ekonomi, semuanya berkata yang bagus bagus, tapi bila bercakap soal subsidi minyak, dah cakap lain pulak.So kalau Dato Najib kata turunkan harga minyak akan buat negara bankrup,bagaimana projek ratusan billion di atas? Tak bankrup kah negara dengan projek ratusan billion tersebut?Perlu di ingat bahawa di samping pendapatan hasil petroleum, negara juga mempunyai hasil dari sumber lain seperti getah, sawit, taxation, balak dan lain lain.Pendapatan tahunan negara kalau di ambil kira harga minyak yang melambung naik bakal mencecah 200 billion setahun.Dari jumlah tersebut susah sangat ke nak sumbangkan 50 billion untuk beri subsidi pada rakyat?
Ni korang compare ngan Turkmenistan .
Oil - production: 196,700 bbl/day (2005 est.)
GDP - per capita (PPP): $9,200 (2007 est.)
here
Ni Malaysia punya
Oil - production: 751,800 bbl/day (2005 est.)
GDP - per capita (PPP): $14,400 (2007 est.)
here
fikir fikirkan lah sendiri
CHOT
June 5th, 2008
at 9:40am
ooo budak uitm yg penipu tu ye…last sekali disiasat rupanya budak uitm tu sebenarnya businessman…
CHOT
June 5th, 2008
at 9:44am
mail..masa pak lah ckp mcm tu..tokei2 besar gelak je..pak lah tu sapa nak kawal harga beras, tepung, susu…sudah terbukti sebelum ni bukan..
pokdeng
June 5th, 2008
at 9:54am
Malaysia RM 2.70
Iran RM 0.29
Venezuela RM 0.16
Turkemenistan RM 0.39
Arab Saudi RM 0.19
Mesir RM 0.81
Hmmmm… Malaysia bukanlah pengeluar utama minyak dunia. Dan minyak.. bukanlah banyak sangat kat malaysia ni. Minyak yang kita ada TAK CUKUP untuk rakyat malaysia. Tapi, CUKUP untuk dapat duit banyak sebab minyak kita berkualiti tinggi (Rujuk jabatan kimia untuk penjelasan). Sebab tu lah, minyak negara kita ni dijual ke negara luar.
Minyak yang kita pakai sekarang adalah minyak dari luar especially dari negara2 timur tengah. Mostly, minyak-minyak yang dibeli dari luar tu dibeli dengan menggunakan hasil keuntungan yang dapat dari penjualan minyak tempatan.
Sekali lagi ingin tegaskan, Malaysia BUKAN seperti Arab Saudi atau Brunei. Negara Brunei… 90% pendapat negaranya adalah minyak. Padan lah dengan negara dia yang kecik. Ekonomi utama Malaysia kebanyakannya bergantung kepada sektor pertanian dan industri elektronik, BUKAN minyak.
Jadi kita seolah-olah tiada hak untuk mengawal harga minyak mengikut sesuka hati kita.
*Jenguk kat peta* Tengok Amerika tu. Amerika tu adalah raja ekonomi dunia. Dia je duk kontrol minyak dunia. Sebab dia adalah raja pembeli minyak dunia. Ini bermakna, dunia banyak bergantung kepada ekonomi Amerika. Kalau negara Uncle Sam tu harga minyaknya tinggi… maka negara-negara lain akan terjejas sama. Pelik kan… Amerika bukanlah negara minyak. Tapi dia punya pasal, minyak dunia naik.
So, ini adalah SALAH SATU faktor kenaikan harga minyak kat Malaysia ni. Tapi, kalau bab-bab mega projek dan politik2 semua tu… aku tak berani campur lar.
Sebab dalam politik ni… kena pandai pusing. Orang BN bukan orang bodoh dan Pembangkang juga bukan si dungu. Masing-masing akan main-main sentimen masing-masing. Kita sebagai penonton menjadi juri.
Pokdeng: tak berani sentuh pasal politik. Biar encik Anwar, encik Mahathir, dan Encik Paklah yang menentukan. Kalau boleh, next time… KALAU lah Anwar Ibrahim jadi PM… aku nak tengok harga minyak turun. Senang sket aku nak naik kereta pegi keje. Tapi, kalau tak turun-turun jugak… hmmm… tu kena tanya pakar ekonomi lar. Kita ni budak-budak blogger hanya mampu menulis. Idea di mana-mana…
Maafkan daku, aku hanyalah blogger muda yang menulis dengan idea-idea muda. Janganlah amek serius sangat. Ngeeee… :D
Wassalam.
syam
June 5th, 2008
at 10:19am
ye ke chot… tak tahu aku yg dak itm tu penipu. bikin malu aku je sebagai bekas pelajar itm
CHOT
June 5th, 2008
at 10:23am
dgn kenaikan minyak ni bukan barang je naik..jenayah juga akan naik beb! org dah terdesak..
mus
June 5th, 2008
at 10:38am
walau apapun yang kita bisingkan…harga sudah naik….
penyelesaian bg kita jimat dan cari pendapatan sampingan..
lain lain idea kita fikir bersama.
Kepada BN dan PR mereka memainkan peranan masing masing…yang pasti keadaan ini buat akau jadi bengang walaupun aku hanya guna motor.
Yang bimbang harga barangan akan naik jg mendadak..barang naik gaji tak naik…lu fikirlah sendiri nabil…ho ho panas isu ni
xmindfreakx
June 5th, 2008
at 10:38am
aku tak mampu untuk berkata-kata…so,aku sedang merangka financial plan yang baru utk aku…
cikahmad
June 5th, 2008
at 10:43am
Aku penah tgk keadaan sedikit sesak masa kerajaan jepun nak naikkan rege minyak sebelum Mei 2008.
Memang derang turunkan harga selama sebulan kalau tak salah aku.Lepas tu harga melonjak lebih kurang 0.20 yen hingga 0.30 yen.
Bijak sungguh orang atasan mesia skrg.Rela aku dok sini kalau tak pikirkan pasal orang tua & makanan.
cikahmad
June 5th, 2008
at 10:45am
Ubah cara hidup katanya.nak ubah ape lagi?Ke nak kene jadi homeless dok tepi sungai macam bangla tadek visa tu?
lepas tu tunggu tv3 pegi wat berita.Ntah ape ape ayat.Dah dah la jd PM,nampak sgt da tak mampu nak handle.
computerevo.com
June 5th, 2008
at 11:18am
RM625 setahun rebat x cukup la…sebulan keta aku telan RM500++ utk minyak…hampeh tol …patut biar je RM1.92 cam dulu.
menteil
June 5th, 2008
at 12:09pm
aku baru nak bermesra dengan BJX2**2 aku..
dah jadi camnie…
Mohd Ismail
June 5th, 2008
at 12:21pm
motor ka kereta?he he.. kalau motor xde maslaah lagi.. kalo kereta tu, ade harapan berkilat2 duk umah saja.. haha
Mohd Ismail
June 5th, 2008
at 12:23pm
patutnya PM (dan menteri2 kaberetnya) kita ni yang ubah cara pemikiran tentang hidup..
Mohd Ismail
June 5th, 2008
at 12:24pm
RM625 tu kalo dapat segenggam terus, aku beli lens.. ha ha
farahaznil
June 5th, 2008
at 12:32pm
huhhuu…dan yg pastinya thn ni raya mst teruk…mst ada yg tak berganti baju sbb nak simpan duit pg beli tiket bas balik kg..
p/s: rasa2 kuih raya thn ni pun akan naik lg..thn lps..pg raya rmh org ada le air gas..air sirap ke..thn ni air kosong jer..takpun air sirap xde gula..hahaha…
Fahmishah
June 5th, 2008
at 12:38pm
woi! jgn lupe bgtau bila angkut lens..haha
aku x beli2 lagi speedlite ni…mau jual second? akaka
Mohd Ismail
June 5th, 2008
at 12:39pm
wa ha ha ha.. aku boleh gelak je baca komen ko pasal raya.. ha ha ha
Fahmishah
June 5th, 2008
at 12:39pm
haha! mungkin terjadi.makan je lah ubi kayu cicah gula.
cikahmad
June 5th, 2008
at 1:23pm
kalau aku dapat rebet tu aku mau angkut 50mm 1.4D
Speedlight kene angkut jgk..murah weii kat sinih..
cikahmad
June 5th, 2008
at 1:25pm
Mereka tak rasa dan tak ada kaum kerabat mereka susah.Cuba jadi menteri bulan bulan gaji 3k.Minyak kete byr senirik dan sebagainya macam rakyat biasa.
Mahu pecah dewan aku rasa
reeya
June 5th, 2008
at 2:03pm
aku tk tgk berita, bila tgk kereta berderet kat pam minyak, ingat dpt minyak free. Siap tgk meter minyak dh nk habis ni, wah ada can isi minyak free. singgah mkn tnya apa pasal kereta berderet, rupa2nya minyak dh naik….hampeh, angan2 ku musnah.
Suku Kata
June 5th, 2008
at 2:10pm
Betul.. tapi jika CUKUP utk dapat duit kenapa tak teruskan subsidi. Susah sangat ke?
Inilah akibatnya kempen gila2 pada PRU 12 yang lepas. Masuk suma benda.. tiap2 ari keluar TV dan srt khabar. Pastu tampal poster x ingat.
Jika pengurusan betul x akan jadi begini. Ini adalah tindakan terdesak.
Kerajaan tolong la fikir kesusahan rakyat ni. Hidup aku semakin tertekan dgn keadaan skrg. Anda semua bagaimana?
Jika saya salah tolong betulkan. Tima kasih..
yattie
June 5th, 2008
at 2:26pm
petronas kt tmpt aku pun tutup arini pasal bekalan minyak abih.
lantak p la.haha.asalkan diorang bahagia dan senang.aku hepi kalau tgk kerajaan kita naikkan macam harga. hepi sgt2.
*baca dlm keadaan yg hepi walaupun tgh marah*
Truckster
June 5th, 2008
at 2:59pm
‘Malaysia masih lagi menjadi antara negara yang menawarkan harga bahan api terendah di rantau ini’
banyak lg projek2 kita nak guna duit…koridor sanan sini,
hek eleh
cikahmad
June 5th, 2008
at 5:37pm
Koridor saje.
Aku rasa ada lagi benda yang lebih memberi kesan kepada rakyat secara menyeluruh
Suku Kata
June 5th, 2008
at 5:47pm
Sebenarnya kerajaan xde duit.. kalo ada dah lama bayar kat sektor awam yang lepas..
cikahmad
June 5th, 2008
at 6:32pm
Mari kita tunggu tuntutan persatuan Bas Ekspres semenanjung.Yang hari tu mintak naik 100% dah.Ni pulak minyak naik..abih la…
hafifi
June 5th, 2008
at 6:42pm
harap2 mcm tu la mael..sape tak pening bile ckp pasal duit ni..
Razif
June 5th, 2008
at 7:12pm
lain kali pangkah la BN..huh. Tadi baru je aku makan kat nasi kandar pelita,hampeh tul teh o ais dah naik 20 sen
ika
June 5th, 2008
at 7:34pm
saya nak keja kat arab saudi. sape nak ikut?
ika
June 5th, 2008
at 7:44pm
baik suruh kerajaan luaskan lagi koridor umah aku tuh
izie
June 5th, 2008
at 8:46pm
susahnye…
makin papa dan kedana la mcm nie..
gie
June 5th, 2008
at 10:15pm
semalam baris dekat sejam tuk isi minyak…pertama dalam idup isi kancil rm43 inggit..haha….
rockbugis
June 5th, 2008
at 10:48pm
Petrol naik 78 sen, diesel RM1
Jun 4, 08 5:04pm
Harga petrol naik sebanyak 78 sen - satu pertambahan besar dari RM1.92 sekarang kepada RM2.70. Demikian diumumkan oleh perdana menteri petang tadi.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga mengumumkan harga minyak diesel pula naik kepada RM2.58 - naik RM1 berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter.
Kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 63.3 peratus bagi diesel akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
Lepas ini macam-macam barang turut naik..ikan,kopi, gula..alahai nasib-nasib
cikahmad
June 5th, 2008
at 11:20pm
Semua benda nak naik lepas nih kecuali gaji!!
zool
June 5th, 2008
at 11:23pm
Aku tak mampu berkata apa2…
Camne nak kawin nie…
Duit abis kat minyak..
Huhuhuhu
Suku Kata
June 6th, 2008
at 12:50am
Sama la kita.. he2
Suku Kata
June 6th, 2008
at 12:52am
Saya sampai sekarang masih lagi x dapat terima hakikat. Minyak oh minyak..
saffa
June 6th, 2008
at 1:59am
pfftt… no more comment about this issue! myakitkan hati jew~
mildseven
June 6th, 2008
at 5:00am
aku yg msih student ni mcm mna??
dah la umah jauh dr campus..
jarak umah aku dgn kampus 10km++..
nek beskal alamtnya mati tgh jalan lah..
ni lah nasib students kat malaysia nie..
Mohd Ismail
June 6th, 2008
at 7:49am
campus ko x provide asrama? =) try la apply kalo ade, selain murah,, dekat pun dekat.. he he
*sabar banyak2 ye mildseven.. aku harap ko x merokok..*
Mohd Ismail
June 6th, 2008
at 7:50am
itu la pasal.. aku da risau da ni.. belum sempat nk dapat keje elok2, mcm2 mende nak naik.. huhu
Mohd Ismail
June 6th, 2008
at 7:51am
amboi reeya, siap boleh fikir org nak bg minyak free.. ha ha.. minyak skang lg bernilai dr emas (kot).. haha
Mohd Ismail
June 6th, 2008
at 7:52am
komen ke 270 dalam entri ini akan aku belanja petrol seliter.. ha ha.. come2 ;p
Wizurai
June 6th, 2008
at 10:10am
aku kena banyak naik motor la pasni…
LRT pun ok, kena pandai pilih masa… elak bertembung dengan org yg bekerja!
Saharman
June 6th, 2008
at 10:50am
Naik jangan tak naik…. padan muka semua…. susu akan naik lepas nii…. nasib baik laa korang tak de anak kecik …kalau ada 2-3 orang anak kecik mau gugur rambut dibuatnya…. Mail bagi aku 3 liter untuk isi minyak motor haaa… haaa….
Saharman
June 6th, 2008
at 11:00am
” Ala relek laa brother….. tengok negara lain tu ..minyak diaorang tu lagi mahal dari negara kita” kata Dogol.
“Weh Dogol , kau tak tengok ke gaji diaorang tu berapa dan gaji kita berapa, memang patut laa bapak kau bagi nama Dogol ” kata Wak Seman sambil berlalu dengan motor buruknya yang tak berbayar road tax dan dah tentunya Wak Seman takkan dapat rebet yang RM 150 tuu.
wan
June 6th, 2008
at 2:52pm
kepada ODIN
Malaysia adalah pengeksport minyak
jangan nak membahlulkan diri bangga dgn negara orang putih
tini
June 6th, 2008
at 8:28pm
FACTS TO PONDER……
Berapakah harga minyak jika mengikut pasaran global? Contoh terdekat negara yang mengikut harga pasaran tersebut iaitu Singapura. Petrolnya berharga RM5.20 seliter dan diesel RM4.33. Bersediakah rakyat Malaysia membayar petrol RM5.20 seliter dan diesel RM4.33 mengikut harga apung di Singapura untuk menghidupkan kenderaan mereka? Kebiasaannya seliter minyak belum lagi mampu menghidup enjin kereta.
Jika selama ini rakyat Malaysia berbelanja RM10 sehari untuk petrol bagi berulang alik ke tempat kerja, sebaliknya harga pasaran global menyebabkan pengguna perlu menyediakan RM30. Sebulan RM900 bermakna ia telah menghapuskan sebahagian besar perbelanjaan sara hidup mereka.
Timbul pertanyaan, kenapa rakyat Singapura masih boleh hidup dengan harga minyak setinggi itu?
Jawapannya ialah pendapatan per kapita rakyat Singapura adalah RM106,000 (AS$30,810) setahun berbanding rakyat Malaysia yang hanya RM21,500 (AS$6,244). Ianya lima kali ganda berbanding pendapatan per kapita rakyat Malaysia.
Purata rakyat Singapura berpendapatan lebih RM7,500 sebulan berbanding rakyat Malaysia RM1,500. Bermakna rakyat Singapura tidak bermasalah membelanjakan RM900 sebulan untuk petrol. Sebaliknya cuba bayangkan rakyat Malaysia berbelanja RM900 sebulan untuk petrol dan bakinya hanya RM600 yang tinggal untuk perbelanjaan mengurus rumahtangga.
Bandingkan pula pendapatan per kapita rakyat Malaysia dengan Korea Selatan dan Taiwan. Penduduk Korea Selatan sekarang berjumlah 40 juta, sementara Taiwan 21 juta. Pada era 1970-an rakyat kedua-dua negara ini lebih miskin berbanding rakyat Malaysia.
Tetapi pada hari ini pendapatan per kapita rakyat Korea Selatan adalah AS$19,200 (RM66,000), sementara Taiwan pula AS$15,700 (RM52,300). Iaitu dua atau tiga kali ganda berbanding rakyat Malaysia.
Pada masa Malaysia menaikkan harga minyak sebanyak 30 sen dua tahun lalu, pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah sebaliknya mengarahkan harga petrol di negara itu dikurangkan sehingga lebih daripada 30 peratus; iaitu daripada 90 halala (90 sen) kepada 60 halala (60 sen) seliter.
“Bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dan untuk kebaikan awam, kami mengarah harga seliter minyak petrol untuk pengguna diubah kepada 60 halala berbanding 90 halala,” kata Dikri Diraja.
Itulah nikmat rakyat Arab Saudi berada dalam negara pengeluar minyak tetapi apa yang rakyat Malaysia perolehi dan nikmati hasil petroleum negara?
Adilkah kerajaan kepada rakyat apabila tidak menjawab malah membisu berhubung pertanyaan ke mana pergi RM500 bilion duit keuntungan Petronas yang hilang?
Audit Petronas tidak pernah dibentangkan secara rasmi. Ini menyebabkan Petronas menduduki tangga tercorot daripada 15 syarikat minyak dan gas dunia dalam satu kajian ‘World’s Most Sustainable And Ethical Companies’.
Kajian ini dijalankan oleh Management and Excellant, syarikat perunding gas dan minyak di Sepanyol. Dalam kajian itu, Petronas mendapat markah 20.15% berbanding Shell 89.01%.
Aj
June 6th, 2008
at 8:58pm
RM0.78 banyak tu beza.
mantis
June 7th, 2008
at 11:11am
keputusan kenaikan harga petrol dan disel di tentukan oleh orang-orang yang pergi kerja guna kenderaan rasmi kerajaan. depa tak payah isi minyak guna duit pun. depa minyak percuma yang kita ni dok pikir macamana nak cari duit isi minyak. depa sewa rumah pun tak yah bayar tinggal rumah rasmi. nak kata segala-galanya percuma bagi depa. depa pedulik apa kat kita rakyat ni.
kot mana pun kita bisin kita kena guna juga minyak, lepas ni harga barang semua pasti naik ,depa tak heran pun duit depa dah menunggun. buat apa depa nak pikir kita.depa dah sumbat telinga awal-awal sebelum buat pengumuman. rebet pun tak berbaloi.
khai
June 7th, 2008
at 2:16pm
apa yang dimaksudkan dengan subsidi? plss bantu aku? korang cakap motor kereta dapat subsidir macam ni dan begini.. tapi setiap kali aku isi minyak, diorang buat bodo je.. aku bayar duit cakap patrol number bape.. then aku isi..
x pernah dapat kurang ape ape pun? hah?
hakikatnya, aku dah betul2 menyampah dengan