Petronas: Selesaikan Matematik Mudah Ini

Hari ini aku baca Utusan Malaysia dan pertama kalinya dalam hidup aku, aku concern akan apa yang di’peroleh oleh syarikat petroleum gergasi Malaysia ini. Hari ini, keluar laporan kewangan Petronas yang berakhir 31 Mac 2008.

Aku bukanlah tahu luar dalam sistem kewangan Petronas, tetapi apa yang di’laporkan akhbar buat aku terfikir sejenak tentang keuntungan Petronas & kaitan’nya dengan subsidi minyak yang di’berikan kerajaan kepada rakyat’nya.

Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) mencatatkan keuntungan bersih berjumlah RM61 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2008. [link]

Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) membayar RM67.6 bilion dalam bentuk tunai kepada kerajaan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2008. [link]

Adakah ini bermakna Petronas tidak sesen pun menyimpan keuntungan yang mereka perolehi? Malah, mengeluarkan RM6 billion lebih sebagai dividen khas kepada kerajaan. Syarikat apa yang beri untung 100% kepada pihak lain? Oh, Petronas!

Aku tahu Petronas adalah milik kerajaan, tetapi figure yang di’keluarkan akhbar menunjukkan seolah-olah Petronas sebuah syarikat yang tidak menguntungkan pelabur. Atau, memang tiada pelabur asing dalam Petronas. Beritahu aku, aku tidak tahu.

Jumlah subsidi bahan api termasuk bayaran rebat tunai kepada pemilik kenderaan separuh tahun ini bernilai RM10.25 bilion. [link]

Berkaitan subsidi, RM10.25 bilion memang jumlah yang besar. Jika project ke setahun (ambil 2.5 kali faktor), nilai setahun adalah RM25.625 bilion. Sebahagian (besar mungkin) subsidi ini akan pergi ke Petronas, dan akan kembali kepada kerajaan, kan? Jika mengambil keadaan Petronas memberi 100% keuntungan mereka kepada kerajaan.

Jadi, dimanakah letaknya satu keadaan yang memaksa Petronas menjual harga minyak mengikut pasaran semasa? Jika minyak petrol di’jual dengan harga subsidi seperti sebelum ini, keuntungan Petronas mungkin kurang, tetapi duit itu tidak akan melalui kerajaan untuk sampai kembali kepada rakyat.

Popularity: 6% [?]

There Are 29 Responses So Far. »

  1. masih teringat debat kat tv9 tadi… cume 1 jer yang bebetul pasti… kalau harga minyak terus naik.. harga barang pon terus naik… inflasi pon terus …………………

  2. aku suka hujan menteri penerangan. Syabas UMNO!!

  3. 2 kali aku tgk debat tu.Datuk Ahmad Shabery Cheek mcm tak ada point la hujah beliau.byk berkisar ke arah serangan peribadi. DSAI menentang Tun Dr M berkaitan petronas tu bersebab.sbbnya salah guna wang petronas itu sendiri

  4. mmg best debat td ada point terutama point2 anwar, menteri penerangan byk serang peribadi yg tidak dijwb oleh anwar…

  5. kalau DSAI jwb serangan peribadi tu kira dah lari dr tajuk.tp beliau ada selit dlm hujah mengatakan itu semua fitnah.syabas DSAI

  6. aku tgk debat tadi masa ka gym.. ada satu soalan dr panel berkaitan pengurusan penjimatan subsidi.. tapi Shabery jawab dengan membandingkan soal insflasi.. out betul..

    anwar pun ade gak beberapa point kene batang hidung, tp x molek la buat serangan peribadi dlm debat gini.. =) debat yg bagus.. tp kesannya belum tentu..

    *bla bla bla semasa Anwar dalam kerajaan.. berapa kali tah aku dengar..*

  7. Debat tu jelas menunjukkan perbezaan yang amat ketara antara orang yg bercakap melalui fakta dengan orang yang bercakap melalui serangan peribadi…yang pasti semua jawapan dari kerajaan mmg menyedihkan

  8. Bro, if Im not mistaken, Petronas profit in 2008 is 86 Billion, not 61 billion as reported by Utusan.

    Im unsure kenape kite digelapkan dgn bayang2. Mungkin 61billion itu tidak termasuk syarikat2 bawah Petronas, e.g. Petronas Methanol, MISC, Petronas Marine etc.

    Yang lagi aku heran, apesal Petronas tak masuk dalam Forbes? Adakah dorg kuarkan special order kt Forbes supaye jgn terbit pasal mereke? Malu? Segan?

    Ni must read, http://www.noktahhitam.com/petronas-spells-trouble-or-troubled.html walaupun agak lame, tp compare dgn sekarang, tak byk beze pon.

  9. aku x tgk debat tu.. so xleh nak komen pasal debat tu..

    Yang pasal harga minyak tu.. Aku mula sudah terasa penangannya.. Aku as student terkejut gak lak.. Ye la sebab harga minyak naik, habis semua harga buku naik.. wargh..!! giler r.. dari RM60 pergi RM70++.. siot je..

  10. debat tu mmg best. aku tidak menyokong mn2 pihak. cuma aku kecewa, seorang menteri tak mampu nak bg fakta sokongan yg baik dlm hujah beliau. hanya byk buat serangan peribadi. jadah apa ni?

    aku rs menteri tu debat mcm pendebat kedai kopi je. ckp gempak tp takde isi lsg…

    *sedih krn negara aku diperintah oleh org2 bodoh….

  11. pe yg aku nmpk dlm debat tu ialah org² tak pandai pon boleh memerintah negara. kepada mereka² yg masih menganggur tu, leh la minta borang. :)

  12. Hoho . Ada yang betul apa yang Shabery cakap . Dia attack anwar sebab anwar attack kerajaan . Its a fair match . But facts yang Anwar bawa , sama dan tidak terlalu teliti . Shabery bagi penjelasan . Cakap pasal serangan peribadi . Dia serang BN , jadi BN serang dia balik . again . satu debat yang menarik . Cuma pergulungan kedua-dua belah pihak kurang memuaskan . mana pantun anwar?. Haha.

    *Orang-orang pembangkang dah mula cari pistol nak tembak aku. =)

  13. apa la serangan peribadi kat anwar time die dalam kerajaan dulu… time die jadi timbalan… kalau die cakap anwar spoil masa dalam kerajaan dulu maknanya BN (kerajaan) time tu la yang spoil… apa hal anwar sorang je yang nak kena tanggung pulak…? aiseh…

  14. @noktahhitam kalo gitu, maksudnya ade la balance 20+ bilion tuk Petronas.. bagusla gitu.. tapi nape diaorg tak kuarkan figure yang betul2? pelik dowh Petronas ni.. untung banyak pun sorok2…

    @sallikin harga buku naik? ha ha.. ape kes? xkan subsidi buku dak2 ipt diaorg x naikkan.. satu lagi pelik..

  15. @syam sama kes masa rancangan Hujah dulu.. pembangkang dtg bawak fakta.. dengan dokumen2 penuh figure menyokong hujah.. wakil kerajaan masa tu, pen pun x pegang.. ape kes?

    @adil politik beb.. politik xperlukan degree pun sebenarnya.. ha ha

  16. Sapa tak suka minyak turun harga beb, kalau ada cara ‘win-win’ situation antara kerajaan dan rakyat, aku sokong 100% minyak turun…sapa tak sokong minyak turun biar dia sorang je beli minyak dengan harga sekarang kalau PR dapat perintah Malaysia dan turunkan harga minyak..he he

  17. @bajet aku sebagai rakyat biasa, masih mahukan BN memerintah sebenarnya.. tp minyak tu, bak kata Dr M, naik sikit2 dah le.. bukan xleh naik.. ini sekali 70 sen, sgt terasa beb..

    yuran sekolah mansuh, tp tiap kali ade acara sekolah (termasuk la exam tahunan), adik2 aku still mintak duit bayar itu ini.. sama je.. makin banyak rasanya..

  18. petronas banyak untuk dekat anak syarikat….yang diluar negara mungkin..

  19. Aku sokong Anwar.

    Noktah.

  20. malam tadi pun hangat jugak pasal benda ni.
    dengar2 hari ni dah kena tangkap lah pulak si anwar tu.

    p/s: lawa lah theme ni. aku plg suka bahagian twittter tu. hehe

  21. Anwar Di Tahan Polis gila babeng.. hantar komando tu tangkap Anwar.. ha ha ha

  22. huhu..pening dah pasal minyak nih..

  23. haha..sape menteri kewangan kita yerk.. :P

  24. kalau nak faham dengan jelas sejelas-sejelasnya, boleh baca full media release petronas (16 muka surat) di:

    http://www.petronas.com.my/internet/corp/centralrep2.nsf/f0d5fd0d9c25fbdd48256ae90025ee04/2b3caac313db597148256be60015256c/FILE/FY2008%20Media%20Release%20-%2015%20July%202008.pdf

    basically, untung bersih petronas RM61 bilion itu ialah untung selepas cukai. untung sebelum cukai ialah RM 95.5 bilion.

    RM67.6 billion yang dibayar kepada kerajaan itu ialah:
    - RM30 billion dividen kerajaan persekutuan (termasuk RM6 billon special dividen)
    - RM20.6 billion petroleum income tax
    - RM5.4 billion cukai korporat
    - RM2.1 billion export duti
    - RM4.7 billion royalti kerajaan persekutuan dan
    - RM4.8 billion total royalti kepada Terengganu, Sarawak and Sabah.

    lain-lain detail boleh dilihat di sini:

    http://www.petronas.com.my/internet/corp/centralrep2.nsf/Src/WebDoc*Investor+Relations+Default/?Open

    harap maklum.

  25. sampai terkeluar kotak link yang aku kasik tu. huhu

  26. @sayuti ok thanks.. skang aku clear yg Petronas ade baki lagi dlm akaun diaorg.. that’s cool!

    *ko HR kan? boleh aku hantar resume kat ko x? he he..*

  27. tak boleh, sebab aku malas tengok resume orang. kalau resume awek ok ah.

    haha.

    sebenarnya, aku sekarang jaga training dan bukan jaga recruitment. lagipon, orang-orang recruitment lebih suka tengok resume yang dihantar online di http://www.discoverpetronas.com.

    harap maklum.

  28. untung ada gross & nett.. bahasa jawa disebut untung kasar & untung bersih..

    GROSS - OPEX = PBIT
    PBIT - TAX = NETT

    opex = op expenditure
    pbit = profit b4 interest & tax

  29. Walau apapun berlaku. Aku tetap harap harga minyak akan turun. Harga minyak naik, semua orang terasa. Orang miskin dan orang berniaga paling terasa.

    Apapun, berdasarkan hujah dan fakta yang DSAI berikan tu, nampak ada peluang yg minyak sepatutnya boleh turun.

Post a Response