Post Mortem Peribadi: Gelombang #merdeka 2009 di Twitter

Bukan’lah post-mortem sangat pun jika ini adalah analisa peribadi. Tidak mengapa, jika kau ada analisa sendiri, boleh tinggalkan di ruangan komentar.

Malam tadi, sekitar jam 10 malam sehingga detik 12 tengah malam, rata-rata rakyat Malaysia yang berada di’Twitter menggunakan #merdeka dalam tweet mereka.

Aku sendiri menjadi sangat aktif untuk bersama-sama dengan mereka untuk meletakkan #merdeka sebagai salah satu trending topic malam tadi. Walaupun tidak berjaya, secara teknikalnya, #merdeka layak untuk duduk antara 10 topik paling menjadi perbincangan malam tadi.

Pada jam 12 tengah malam lebih kurang, ini adalah screenshot yang aku ambil dari Trendistic. Antara bukti #merdeka sebenarnya sudah berjaya menjadi trending topic.

Kesemua screenshot di’sini di’ambil dalam masa yang sama. Aku tidak tahu bagaimana algoritma Trendistic, tetapi graf yang mereka berikan memberikan #merdeka hak untuk duduk di’bawah DJ AM.

DJ AM ketika ini merangkumi 0.16% keseluruhan tweet dunia & graf di’bawah menunjukkan #merdeka berjaya mencecah 0.14%.

Tetapi, Force India yang ketika ini menduduki tangga ke-10 hanya berjaya mencatat 0.07% dari jumlah tweet. Matematik mudah mengatakan #merdeka sememangnya layak mengambil tempat Force India.

Mungkin banyak lagi faktor & unknown variable yang mempengaruhi trending topic. Tiada sesiapa tahu sebenarnya. Untuk mengatakan mereka di’belakang Twitter menapis #merdeka dari naik juga tidak mempunyai bukti & hujah yang kuat.

Apa pun, rakyat Malaysia yang menyertai Gelombang #merdeka Twitter 2009 malam tadi cukup awesome. Beberapa orang seperti KNizam (@knizam94) tweet dari telefon bimbit. Bukan senang untuk berkali-kali taip #merdeka.

Terima kasih semua & kita cuba lagi setahun dari sekarang. Atau, #aidilfitri?

Comments

31 Comments so far. Leave a comment below.
  1. Sempat ambil bahagian lepas terawih hingga 11 malam sahaja..maklumlah kaum ibu kena rehat yang cukup.

    Tahniah untuk semua #merdeka

  2. #merdeka sekali lagi.

  3. tahniah… sekurang-kurangnya perkataan #merdeka menjadi
    trend selama mana sebulan dan selama mane ianya hendak
    digunakan.. hehehe…

    keputusannya = success (salam…salam…)

  4. selamat merdeka semua ^^

  5. ok la tu..1st try..tahon depan kita buat lagi…hehehe

  6. haha lebam aku menaip from e71. memang penat giler. hehe :)

  7. mungkin next year boleh cuba lagi kot.
    memang fun habis. haha

  8. agak sedihla #merdeka tak dpt jd trending topic.. erm.. kite try lagi next time..

    p/s: boleh tahan theme baru ko.. jeles plak aku :p

  9. Aku rasa trending topic tu tak real-time. Dats why #merdeka tak tersenarai dalam trending topic itu. Hehehe…

  10. haha..
    mmg best mlm td..
    1st time aku bersemangat utk merdeka..

  11. Khai,

    Biarpun tak berjaya keluar di trending topic, tapi kita semua tetap rasa berjaya dengan sokongan hebat dari twitterer di luar sana.. Salam merdeka! best betul sambut merdeka kat twitter.. dan ianya akan diteruskan. Tak gitu mael?

    oh ya, template ko pakai ni awesome!

  12. sesuatu yang membanggakan!

    terima kasih kepada semua yang terlibat. itu pun tak secara keseluruhan.

    aku rasa kita patut bikin untuk #aidilfitri pula. erk? #aidilfitri atau idulfitri?

    malaysia’s twitterer is awesome ;)

  13. wawa,

    next year aku join. insyaAllah. this year tak de ransangan untuk buat (walaupun aku ada 700 text percuma yang boleh digunakan). haha.

  14. Saya pun tweet pki hp… Haha… Anyway masa tu meriah giler twitter… Best…

  15. zuls,

    next year jom join! tapi memang best gelombang twitter merdeka ni.. memang patut join lagi.. promosi dari sekarang?

  16. Well, maybe sebab profile aku dh dihilangkan dari simpanan twitter so apa-apa hastag yang aku buat pun xkan keluar. Tapi tak mengapa. At least semangat #Merdeka tu aku dh tunjukan. Member-menber twitter lain pun ada yg tolong RTkan. Haha. Thanks for this event! It was fun and I had so much great time during #Merdeka. Just Keep on #SMILING!

  17. orang merdeka aku tertidur kekenyangan

  18. loq,

    next year kita cube lagi bro
    menjelang raya ni,apekata buat #raya atau #aidilfitri ?

  19. mengingat kan aku yang sudah lama tidak bertweet :)

  20. tahun depan kita kasi gegar habiss habisan,haha.

    mungkin tag merdeka tu nak ditukarkan ke malaysia ke?
    jelas sket kan,hehe

  21. merdeka dari nafsu jahatlah hendaknyer kita semua..merdekaaaaaaaaa

  22. aku lebih suka FB. sama jek. hehe.

  23. not,

    mael…aku cadang buat plak ttg twitter aidilfitri…

  24. tahniah bro.. huhu, aku pun mula2 jer semangat nak join program nie.. pastu dah tatau kemana hala.. haha!

  25. selamat hari raya aidilfitri 1430h
    maaf zahir batin

    Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
    Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
    Suasana hari raya walau di mana pun jua
    Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

Add Your Comments

Required
Required
Tips

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <ol> <ul> <li> <strong>

Your email is never published nor shared.

Ready?