Proton Persona 2007
- 51
- Add a Comment

Yeah! Kereta seterusnya dari pengeluar kereta terulung Malaysia sudah tiba. Proton Persona adalah nama rasmi bagi model keluaran terbaru Proton ini yang menggantikan pengeluaran Proton Wira. Terato.com, sebuah laman web yang di’janakan oleh manusia penggila kereta, semalam memberikan pandangan pertama ke’atas Proton Persona yang akan di’lancarkan tidak lama lagi.

Gambar di’atas aku ambil tanpa izin dari laman Terato.com. Apa yang aku lihat menerusi gambar yang di’ambil, Proton Persona tidak banyak beza dengan model revolusi Proton, Gen.2. Aku kurang faham kenapa Proton masih menggunakan konsep pakai-part-lama untuk keluarkan model baru. Style crop circle pada lampu belakang & dashboard adalah sesuatu yang outdated. Kini, Proton hanya berevolusi pada model Gen.2, Proton Persona hanyalah model Gen.2 yang di’panjangkan beberapa inci untuk keselesaan pengguna & memenuhi kuota keluaran kereta sedan Proton.


Pandangan sisi Proton Sedan yang menjadi teaser di’awal pengumuman oleh pihak Proton berkenaan pelancaran model sedan terbaru. Hari ini, kau nampak lebih jelas. Marketing yang agak bijak.

Semua gambar yang ada dalam entri ini bukan milik Mohd Ismail dot Com & di’gunakan untuk tujuan pengenalan sahaja. Untuk gambar yang lebih penuh & terperinci, halakan monitor kalian ke liputan khas tengah malam Terato.com ke’atas Proton Persona 2007. Jika mahukan maklumat terpeinci berkenaan aspek teknikal, spesifikasi & pembaharuan ke’atas Proton Persona, Terato.com menyediakan Pusat Maklumat Proton Persona. Kool bukan? Terima kasih Miki!

51 Comments
Rjuna
August 15th, 2007
at 11:12am
Khabarnya PERSONA tu nama lama wira versi eksport, alamatnya berlambak la waja-waja campro tersadai tiada siapa nak beli.
chot
August 15th, 2007
at 11:38am
nampak sgt engineer proton kekurangan idea….mcmana la org m’sia nak beli kalau modelnya lebih kurang sama je…
joerazali
August 15th, 2007
at 12:36pm
terima kasih atas reference anda kepada terato.com dan bagi kami di terato.com kami pasti Proton Persona ini boleh menjadi penjana kegemilangan Proton kembali
azwanhadzree
August 15th, 2007
at 1:09pm
Tiada masalah dengan idea mereka, cuma dari segi kos, ia tak praktikal. Lagipun, menukar design kereta bukan semurah menukar design blog :)
Sebagai anak Malaysia, aku tetap berbangga dengan keluaran proton, walaupun aku kadang2 tidak bersetuju dengan apa yang mereka keluarkan terutamanya WAJA. Neo is cool dan Savvy pula … siapa tak cuba, mana tahu?
Aku pun masih menggunakan Proton cuma tidak pasti bila nak tukar kereta nanti akan bertukar kepada proton atau tidak. Sudah biasa dengan memberi signal dengan tangan kanan, agak kekok bila guna tangan kiri.
Ismail, bila nak gantikan Sally dengan NEO.
musnazdotnet
August 15th, 2007
at 1:56pm
smart gak apa… ho ho… semoga proton lebih maju, gempak dan prosperous…. *oh ya, perodua pon…. Merdeka!!!
Hasbullah Pit
August 15th, 2007
at 2:43pm
Waja tetap jadi nombor satu dilakangan kereta proton.
Walaupun masa dia keluar dulu, orang tak gilakan sangat, tapi hakikatnya, ramai orang beli waja.
salah satu sebab yang aku nampak ialah dia tidak terlalu sporty.,.
ada kalanya orang tua segan nak bawa gen2
Fahmi
August 15th, 2007
at 2:46pm
aku suka proton dulu…sekarang ni proton pun dah kena tekanan politik. tu yang jadi tak suka tu…
Qai
August 15th, 2007
at 2:54pm
Tula. Aku Rase Aku Dah Terpikat Dengan Neo. Kalau Aku Nak Pakai Kete Pasni Aku Akan Utamakan Neo Dulu. Selain Audi TT Idaman Kalbu Aku Nih.
Jom Support Barangan Buatan Malaysia Walaupun Tak Semua Buatan Malaysia. Janji MALAYSIA!!!
Yeehaa.. Merdeka! Merdeka!
iejal
August 15th, 2007
at 3:09pm
awat gelap gambarnya… saja lah nak kasi suprise tuh… hehehehe
lempeng
August 15th, 2007
at 4:23pm
insyallah…..x lama lagi aku order nih…segala kekurangan gen2 dulu dah pon disettlekan….lagipun proton baru ni 1.6 ..daripada beli myvi rasanya berbaloi beli kete ni….:)
Hasbullah Pit
August 15th, 2007
at 4:40pm
Proton dulu la banyak politik. Zaman tengku mahaleel.
Sejak CEO baru, ada banyak improvement. Terutama sekali dari segi kualiti.
Siapa ada call centre baru.
abdfatah
August 15th, 2007
at 5:23pm
oh peroton yang mempersona kalbu. meh kita order untuk hadiahkan kepada mael. dah tentu mael akan gembira bukan kepalang… dapat kete free…
yeahaaaaaaaaaaaaa….
Mohd Ismail
August 15th, 2007
at 5:27pm
ha ha.. sally mungkin ta’akan berganti sekurang2nya beberapa tahun dr sekarang… aku sukakan Proton aku yang ini.. sangat sayang! ha ha
yaa.. semuanya kerana kos.. aku rasa mereka ada idea yang brilliant, yang menjadi masalah di’sini cuma pelaburan ke’arah itu.. tiada yang berani mengambil risiko.. :)
Mohd Ismail
August 15th, 2007
at 5:31pm
penyebaran maklumat itu penting bukan.. cuma aku harap kau’orang yang gerek di’sana tidak marah aku manipulate gambar yg korang amik.. he he ;p
*harap-harap’nya.. hujung minggu ini mungkin aku akan jalankan test-drive.. ha ha.. harap-harap’nya
mixterr
August 15th, 2007
at 5:59pm
alahai.. aku kurang berminat la.. model gen 2 ni.. Proton perlu berfikir lebih matang lagi.. design putra dan perdana adalah lebih baik.. ini gen2 plak.. design yg gonjeng.. lagi cantik wira aku.. buat la putra baru.. neo sedan ke?? btol tak??
mcm ne nak support buatan Malaysia kalo hati kite xminat.. dan barangnye xmemuaskan pengguna..
amik myvi jela..
azwanhadzree
August 15th, 2007
at 7:01pm
takpe, kita tanya wakil advertlets nanti. mana tahu mereka mahu menaja mohdismail dengan sebuah neo.
cepat … berangan!
abdfatah
August 15th, 2007
at 10:28pm
mana mungkin mael menukar kereta kesayangannya itu. jasanya tetap brnilai tinggi buat mael..
kenapa perlu berganti? tiada galang gantinya…
edt83
August 15th, 2007
at 10:58pm
aaa design je update….yg lain2 tu mcmane?lagipon design bukan mantap sgt pon..haha…aku denga2 proton nk merge ngn volswagen…tp vw nk 60%…SHARE…so…nak ke proton trima?VW takeover proton????
muhdzahari
August 16th, 2007
at 2:24am
lecturer saya bagitahu proton persona adalah proton wira yang dieksort ke europe..masa eksport tu pun logo bulan & bintang diubahsuai sebab tak sesuai dengan negara europe yang bukan Islam..
Hasbullah Pit
August 16th, 2007
at 3:09am
Bagi aku tak payah la…
sodep
August 16th, 2007
at 7:52am
nak request untuk hari jadi nie… wahahaha… dah mula berangan dah…. bak kata azwanhadzree
adila
August 16th, 2007
at 8:28am
Proton oh proton…
tak silap baru-baru ni den ada dengar berita pasal keta proton yang berlambak-lambak tak terjual…reason why???sebab orang kita dah boring dengan model proton yang statik jer…kualiti hampeh tapi mahal…orang ramai pertikaikan…lebih baik beli keta yang import, dari keta nasional tapi sebenarnya umpama lintah darat…
ni pendapat orang ramai masa temubual tu la….
mixterr
August 16th, 2007
at 10:01am
betol tu aku setuju 99% .. pk pk kan la proton..
adila
August 16th, 2007
at 10:31am
tq mixter…kembang semangkuk :)
nampaknya gen2 dah dapat baby dah…
nanti turn den la pulak…bulan oktober…
p/s-dont forget to take part in my blog contest…something special waiting for you…
eda_edot
August 16th, 2007
at 10:43am
cantik juga persona tu… tapi iswara aeroback aku sapa nak beli… timbang kati aje… nak buat second car lak, menyemak aje kat depan rumah.. nak bagi anak, kecik lagi…lama2 x payah le aku pegi haji, asyik bayau kete aje… fikir2 dulu.
orang
August 16th, 2007
at 11:14am
proton car macam… aku pun tak mahu cakap..
macam gen 2 saja…
proton enginner tak idea tapi masih mahu keluar kereta baru tapi tak banyak ubah…
kreatif a bit lah kawan…
Noorizam Shah
August 16th, 2007
at 12:36pm
relek relek hehehe.. ku telah jatuh cinta dan ter’pesona’
manchurr
August 16th, 2007
at 12:50pm
weyy! kawan aku la yg kat terato.com tu.. dia marah kat ko la wey sbb ko edit gambar tu… penat2 je dia wat watermark beso terato.com tu huhuh ko main edit je.. hehee
p/s: nasib baik ko bg credit :P lagipun dia dah comment dah tu.. joerazali..
beckzaidan
August 16th, 2007
at 1:13pm
aku nak keter proton mcm mitsubishi evo IX…
takpun subarau impresza STI WRC 2007…
takpun, VW Golf GTI…
takpun, HONDA JAZZ…
bila ek proton leh buat keter keter camtu?
tu je…
azraai
August 16th, 2007
at 1:34pm
saya mahu Audi Q7
azraai
August 16th, 2007
at 1:35pm
Golf GTI rocks
ahmad
August 16th, 2007
at 2:10pm
yang penting negara kita dah ada kereta sendiri untuk dimegakan kepada negara lain waupun tak sama taraf.Malaysia Boleh!!Terima kasih buat Negara
mail
August 16th, 2007
at 2:12pm
Proton dahulu ngan kini jauh bezanya
muhdzahari
August 16th, 2007
at 2:28pm
nape proton yang selalu kena kutuk? haha
perodua tak de pon..
proton kena belajar ngan perodua ke ni?
edt83
August 16th, 2007
at 2:56pm
mm aku ske time tengku mahaleel ade..
abdfatah
August 16th, 2007
at 3:41pm
perodua? perodua memang besssst laaaa…. nak borong perodua daaa…
zanna
August 16th, 2007
at 4:24pm
ha la..xcun sgat kn..sama je cam gen2,xbyk bza pn…
lain kali idealis ler skit…imgnsi cmrlang tu pnting..sblum wt pape..heheee
baru dpat kuar kn idea pwer gilerrr..
wt ler cm mitsubshi evo ker..x pn,bmw mta helang tu..kn ker cun tu… klu leh..aku nk bbrape bjikkk!!!! lalalaaa
Hasbullah Pit
August 16th, 2007
at 4:50pm
Kasi la peluang pada new management ni,
quite imposible kalau nak buat brand new design dlm masa setahun.
Kalau diorang betul2 buat brand new design, makan tahun nak siap. lepas tu testing lagi.
bug fixing lagi.
kalau diorang buat cindai boncai, cepat keluar, banyak bugs, korang gak komplen.
bila dah tak laku, proton rugi, korang gak komplen macam mana rugi.
dulu masa SRM aka neo lambat keluar sedikit drpd jadual asal, Dr.M dah bising kenapa lambat keluar, walhal delay beberapa bulan tu lah yang menyebbakan hampir tak dengar pasal “Satria Neo problem”
Diorang guna model savvy sebaik mungkin, savvy takde problem, just design sahaja tak cantik, tapi savvy 2007 adalah antara kereta yang aku teringin.
dipendekkan cerita, semua proton selepas 2007, boleh beli tanpa ragu2
amirul
August 16th, 2007
at 6:52pm
ehmmm,,,memang bosan arrr tengok pic ni,design dier,,nak2 lampu belakang yang hodoh tue,,not acceptable,hahahah,so shame…design larr cantik sikit…harga dah cantik tapi barang tak cantik camaner??
draxter
August 16th, 2007
at 6:57pm
Proton dikatakan menghasilkan keretanya dengan kualiti yang rendah. Perodua bukannya pengeluar kenderaan, adalah memasang produk Daihatsu. Syarat utama untuk menjadi pemasang adalah perlu mengubah sekurang² 60% keadaan asal kereta asal. Sori kalau tersilap.
draxter
August 16th, 2007
at 7:02pm
Ye, Proton sebaik mungkin akan memberikan keyakinan sepenuhnya pada model² ini dan akan datang. Savvy Sedan dan MPV. Penghasilan satu model baru sudah perlu memakan 5 tahun dengan perbelanjaan modal yang sangat tinggi. Tak pe sabar je. Semoga berjaya Proton.
azwanhadzree
August 16th, 2007
at 9:27pm
berangan .. jangan tak berangan . ahaks .. apa-apa pun bermula dengan angan-angan.
Sodep, kau datang di Rumpun nanti?
Irdzra
August 16th, 2007
at 9:43pm
hurm..macam gen 2 je…
Hasbullah Pit
August 17th, 2007
at 12:30am
Syed Zainal CEO proton sekarang kan bekas operation manager perodua.
edt83
August 17th, 2007
at 12:50am
aku da tgk…mm..live kt proton edar td..mmg updrade dr gen2…hehe..design je lain ..enjin mmg campro..upgrade dr campro lama…jimat minyak..dalm 12sen sekilometer..iye ke nih..hguhuh…tp bonet die mmg masyuk ..besar weh..ble masuk 2-3org…mntap..:D..cdplayer mantap..blaupunkt !!!
khai
August 17th, 2007
at 1:30am
ala..redha je la .. this is malaysia.. berpuluh tahun lagi baru leh jadi macam jepun… kan kan??
nengok dari bidang animasi pon dah cukup… huuu
Jayce Ooi
August 18th, 2007
at 6:06am
Hmm… Rupanya sama saja dengan Gen2. Tak boleh pakai le. :P Gen2 banyak masalah…
zerylll
August 21st, 2007
at 7:22pm
Saya dah tgk life dan dah duduk kat driver sit,
First impression saya tertarik, tapi interior design biasa2 aje dan ruang dalam agak sempit berbanding wira, anyway bonet mmg luas, bila tutup pintu bunyi padat la beb tu yang syok hahaha. Lagi satu rim 16 inci beb gempak tu.. harap2 tak under performance la. Tapi mmg best la negoknya.
Hmm kalau nak beli tu saya kata 70% saya akan beli la, harga boleh tahan gak dan mampu beli.
So saya recomment la gak Persona ni.
Caya la walaupun panjang beberapa inci aje dari Gen2 saya impressed.
xuraa
August 23rd, 2007
at 3:16pm
huhh..terkejut gak aku tgk proton persona,,sebijik mcm gen2,neo pun same gak.nape still guna patern lampu yang sama? design la lampu yang baru.ayooo
sue
August 24th, 2007
at 10:14pm
apa2 pong komen korang…my b dah booking…emmmm x sabarnye…jgn jeles arrrr
ejam
August 24th, 2007
at 10:50pm
ok lah beb, klo bikin lg mesti power punye ah.aku mesti beli ah