Raja Petra bukan penulis blog, bukan!
- 48
- Add a Comment
Tadi, aku berlibur tonton Buletin Utama. Kebetulan ketika aku buka peti ais untuk mengambil sebiji dua kudapan, pembaca berita ada menyebut kenyataan “Penulis Blog di’saman RM 7juta“. Aku tertarik untuk mendengar siapa penulis blog yang di’saman sehingga RM 7juta itu? Raja Petra! Pembaca menyebut Raja Petra di’saman oleh Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr. Nordin & UUM sendiri kerana mengeluarkan artikel berbaur fitnah pada tahun 2006. Turut di’saman adalah pihak Suara Keadilan yang turut menyiarkan artikel fitnah tersebut.
Persetankan artikel itu. Yang aku mahu tegaskan di’sini, Raja Petra bukan seorang penulis blog. Dia adalah pemerhati politik yang menyuarakan pendapat di’laman web beliau. Ops kejap, Malaysia Today juga bukan sebuah blog — tahun 2006, ya, sekarang tidak. Tahi’lah kau media arus perdana. Perkataan penulis blog berulang-ulang kali di’sebut dengan intonasi penuh negatif. Sangat tahi’lah kau penulis skrip Buletin Utama.
Bukan itu sahaja, dalam sidang akhbar, Dr.Nordin dengan bangga’nya menyatakan yang ini adalah kemenangan besar ke’atas penulis blog. Beliau berasa bangga kerana mampu menegakkan kebenaran dengan menyaman penulis blog. Berhenti guna’kan istilah penulis blog boleh? Kau menang ke’atas Raja Petra, Malaysia Today, Suara Keadilan — yang tiada kena mengena dengan blog, dan kau tidak habis-habis ulangsebut kemenangan ke’atas penulis blog.
Baca berita lanjut di’Utusan Malaysia — juga menulis Raja Petra adalah penulis blog. Tahi!
Sekali lagi, Raja Petra bukan penulis blog & Malaysia Today bukan sebuah blog. Noktah.

48 Comments
Razif
March 27th, 2008
at 5:22am
Depa nih mmg musibat. dah tak ada modal la tu. kerajaan kedah bg tiket free tgk bola pun tv3 ni jdkan isu jugak.
Khai
March 27th, 2008
at 6:54am
beliau di saman semasa dan sebagai dia sebagai penulis blog.. dan bagi aku, x salah tv3 or media lain nak sebut dia penulis blog… dimana mungkin tertulis dalam fail2 yang di bawa para peguam..
ini cerita dulu mael bukan sekarang.. dan aku x paham kenapa kau begitu marah media sebut penulis blog.. ya, kita semua punulis blog.. dan bukan semua penulis blog itu bagus + baik atau menulis entri yang releven.. sebagai pembaca, merekalah yang boleh menilai sesebuah blog itu..
pendapat aku je di saat awal jam 7 pagi dan masih belum tidur.. kelas pukul 9 .. oh my !!!
Mohd Ismail
March 27th, 2008
at 7:00am
aku tak rasa dlm dokumen ke mahkamah penuh dengan istilah penulis blog.. defendan & plaintif selalunya merujuk kepada yang di’dakwa & mendakwa.. huu..
aku bukan marah — cuma nak perbetulkan perspektif media arus perdana… bila dia sebut penulis blog, semua kene… org bukan peduli ko tulis pasal apa pun.. huu.. macam amerika blame Islam atas nama keganasan, kita semua umat Islam terasa kesan.. itu contoh besar..
ha ha.. jangan tersengguk dalam kelas dah la ko khai..
Khai
March 27th, 2008
at 7:10am
hehehe, ye la mael, tapi hakikatnya, dia mmg penulis blog kan masa dia buat artikel fitnah tu dulu.. mungkin media patut sebut “bekas penulis blog”… hurm, tapi betul la ape ko cakap tu bila media sebut “penulis blog”, forsure mereka yang “buta blog” akan cop blog itu sesuatu yang negatif dan kita semua sebagai penulis blog akan terpalit tahinya..
alah mael, selalunya kalau x tido macam ni, mmg balik kelas kul 12 nanti la baru aku tidor.. hehehe..
Fahmishah
March 27th, 2008
at 7:34am
ala.penulis blog konon semuannya menyebarkan yang negatif.
padahal kementeria belia dan sukan pon mahu wujudkan blog
haktuih!
kita
March 27th, 2008
at 8:09am
aku sokong ko ismail coz ko memang betul pun..sepatutnya media masa mesti sampaikan maklumat tepat…..kalau tidak ia akan menjejaskan reputasi seperti kita :)
omarbahrin
March 27th, 2008
at 8:12am
aku paham apa yang mael cuba sampaikan…sememangnya media arus perdana skrg ni mmg mencari point….dan sekiranya ada sesuatu isu bole digunakan terhadap para blogger mereka akan gunakan seextreme mungkin…
perkataan penulis blog itu akan diulang berkali-kali….sehingga smua org yang mendengar akan melekat dijiwanya….penulis blog seperti Raja Petra nih….
huhu..
p/s mail jom photoshoot model..
xmindfreakx
March 27th, 2008
at 9:18am
blog adalah web log…er..malaysia today itu web pages or web log?boleh tinggal komen dan trackback,blog la tu….
Wizurai
March 27th, 2008
at 9:19am
relax la… biarlah TV3 nak cakap camtu… dia tak tau kuasa penulis blog besar mana… boleh gulingkan sebuah kerajaan apalagi nak guling sebuah TV3…
dulu ramai blogger dari pembangkang hentam TV3, ni la masanya dia nak hentam balik blogger…
org cakap TV3 ni berat sebelah, pro kerajaan, selalu je nampak benda yg tak baik kat TV3… tapi dalam yg tak baik banyak jugak benda baik yg diorang buat, tapi org pandang sebelah mata… camtulah jugak dengan blogger, ada yg cite benda baik ada sebalik nya…
bagi aku, takde apa² lah…
Tech Blog
March 27th, 2008
at 9:19am
Kebanyakan pegawai kerajaan jumud dengan persekitaran luar dan suka meninggi diri mengatakan mereka labih baik dari orang lain tanpa sebab musabab yang bernas dan jitu.Aku agak pasti sekiranya dilontarkan maksud “blogger” tu sendiri kepada diorang, pasti diorang tidak mempunyai jawapan yang tepat.
Media massa juga perlu dipersalahkan kerana tidak membuat research yang cukup serta melontarkan fakta berbaur provokasi terhadap penentang kerajaan.Mereka bersikap seperti itik. Depan “kepala” angguk-angguk cakap yes, belakang “ekor” goyang-goyang cakap no.
hafifi
March 27th, 2008
at 12:00pm
mail..ko buat lah satu entri kutuk TV3..ade brani??
Mohd Ismail
March 27th, 2008
at 12:31pm
itulah pasal.. nak sebut xpe, sekali dua dah la.. nape pekerjaan penjenayah yg selalu masuk tv tu x sebut byk2 kali.. biar buruk semua kerjaya kat mesia ni.. tahi lah!
Mohd Ismail
March 27th, 2008
at 12:33pm
“jumud dengan persekitaran luar” ya aku sangat setuju… ha ha.. pelik la diaorg ni.. jawatan bagus, gaji tinggi — konon da abes baik.. masyarakat yang biasa2 ni dah x di’pandang da..
Mohd Ismail
March 27th, 2008
at 12:34pm
aishh.. tgh kutuk la ni.. seb baek aku nak berlapik2 gak.. ha ha.. aku tgu ke org tv3 terjumpa entri ni.. *gila populariti activate!*
hafifi
March 27th, 2008
at 1:01pm
ha ha…anda ditahan! aku orang TV3..huhu
Mohd Ismail
March 27th, 2008
at 1:13pm
ha ha.. sungguh ko org tv3 ni? sampaikan salam aku pd penulis skrip berita mlm td..
ha ha
PeneRockers
March 27th, 2008
at 1:17pm
Ah aku terfikir mungkinkah penulis berita itu tidak tahu apa itu blog atau tahi kambing…
mrozaidi
March 27th, 2008
at 1:19pm
TV3 Tu Macam Tahi.. Nak Cakap Benda Yang Betul Aje.. Untung Besar Tak Pernah Derma, Mintak Lagi Adala.. Semua nak Mengampu Kerajaan..
hafifi
March 27th, 2008
at 1:37pm
hehe..aku bukan orang TV3 lorr..xde mkna jadi warga TV3, mcm mrozaidi ckp…pandai mengampu kerajaan je…
KiMiE
March 27th, 2008
at 1:45pm
aku setuju ngan razif..mmg takde modal langsung…
KiMiE
March 27th, 2008
at 2:04pm
En. Mael..apa kata en. wat stesen TV sendiri..leh kitorang tengok..nyampah tengok tv pro kerajaan ni…banyak dusta dari benar2 belaka..aduh..
Noorizam Shah
March 27th, 2008
at 2:17pm
sebenarnya, isu yang dimainkan adlah menggambarkan pihak pembangkang adalah manusia yang paling buruk dah huduh sekali. editor besar akhbar perdana memang suka main isu-isu macam nih. politiking!
Mohd Ismail
March 27th, 2008
at 4:27pm
ha ha.. kalo aku bukak stesyen tv sendiri, nnt penuh porno plak… lagi haru.. ha ha
kril
March 27th, 2008
at 4:59pm
aku dah lama tak tengok buletin utama, especially segmen berita dalam negeri. tapi ada pengecualian jika nor azlina redzuan yang membaca berita. heh..
dekan
March 27th, 2008
at 5:28pm
Hehe.. ni start ngan mahathir ni guna sekatan ke atas media pembangkang. Aiseh. Last-last semua blogger salah lak. Orang tv3 eh.. ha.. ni ade jiranku org TV3. Pembaca berita sukan buletin pempuan. :p
titan
March 27th, 2008
at 5:36pm
ai..belajar tinggi tinggi. Beza blog dengan website macam tu pun tak tahu? Belajr dengan anuar ibrahimla diorang..Camanala leh menang saman tu..
shaz
March 27th, 2008
at 10:23pm
uish..banyak tu smpi 7 juta..kaya jap UUM..haha..erk..jgn smpi cik mohd ismail lak kne saman nnti..hehe..:P
Rjuna
March 27th, 2008
at 11:38pm
Blog ko dah macam laman web aku tengok, ko sekarang penulis laman web kan hahaha, Blog vs Laman Web, sama je kan?
Nampaknya kerajaan BN mahu menakut-nakutkan penulis blog dengan melabel penulis blog gemar menfitnah,
eh kalau kita takder rm7 juta nak bayar, apa akan jadi? Mufliskah, dipenjara kah?
rizal
March 27th, 2008
at 11:39pm
Pemberita tu memang ikut suka je tulis. busukkan blogger je.
menteil
March 28th, 2008
at 2:30am
maka dengan itu kita bolehlah kategorikan dorang nie dengan ‘bangang yang kolot’…
thuihh…. abis!!
Khai
March 28th, 2008
at 7:14am
kalau aku jadi tv3 pon, aku akan buat camtu.. business is business beb. wat pe nak mengampu orang yg x mampu nak kasi kita makan.. heh
Khai
March 28th, 2008
at 7:16am
jgn cakap camtu “x pernah derma” … lihat balik apa itu bersamamu tv3.. dan macam2 lagi… ade ke RTM nak buat macam tu? hehehe.. sedikit sebanyak bersama mu tv3 tu dah memecahkan tembelang kerajaan BN yang x mampu nak membasmi kemiskinan.. dah masuk tv3, baru sibuk wakil rakyat nak datang kasi duit, beras dan lain lain.. macam tahi je..
kita leh cakap duit bersamamu tv3 datang dari rakyat malaysia dengan menderma melalui sms atau bank in, tapi takkan tak pernah perasan yang tv3 ni selalu keluarkan derma sendiri x kiralah banjir, or apa sahaja..
aku bukan pro tv3, tapi jgn kerana nila setitik, abis rosak susu sebelanga.. takde tv3, matilah kita semua menonton RTM yang bosan.. hehehe
Khai
March 28th, 2008
at 7:20am
khai rasa harta yang betul2 hak dia je yg akan dilelong nak cukupkan 7 juta.. kalau x cukup, baru muflis.. kira dia kena bayar yang paling termampu… ye ke ek?
Khai
March 28th, 2008
at 7:22am
hakikatnya, jika berpijak di bumi yang nyata, ramai sangat blogger yang busuk.. meletak porno di web seperi web sabul etc tu bagi aku, satu gejala yang sangat hina untuk blogger… ini baru dikatakan kerana nila setitik rosak susu sebelanga..
bagi kes saman 7 juta ni, bagi aku susah sket la nak effect kat blogger.. sbb takkan la orang skang ni x mampu nak bezakan yang……. penulisan di internet tu datang dari idealis si penulis sendiri.. lain lah untuk mereka yang tak tahu apa itu blog.. kalau x tulis “blog”, mesti diorang akan pikir.. errr, batu block ke? hahahaha
Khai
March 28th, 2008
at 7:25am
eh oh ya mael, pendapat aku, malaysia today itu adalah sebuah blog.. bukan web macam yang ko cakap.. baru kejap aku usya ni hah.. dia guna theme yang sebijik macam ko…. masuk je nampak macam web, bila click jelas dan terang2 adalah sebuah blog.. hehehe…..
gie
March 28th, 2008
at 7:46am
sumer terpalit ni….aku belom jadi penulis blog tegar,tapi,teruja gak dengar berita haritu…haha…haru…..
azraai
March 28th, 2008
at 2:21pm
mael, ko perlu paham skrip berita tu ditulis oleh tangan halus. jadi bila dapat berita jangan jadi bodoh terus terima.
tapi yg pelik kes ni. tahun 2005 punya kes. simple plak tu. bleh lepas 8 mac dia buat keputusan.
Mohd Ismail
March 28th, 2008
at 4:53pm
yaa.. sbb itu aku sikit bengang ngan penulis skrip dia.. ha ha..
*try tgk kes Lingam, tahun bila plak nak setel..*
abdfatah
March 28th, 2008
at 7:54pm
errr… penulis blog dan bukan penulis blog tu apa bezanya..? siapakah penulis blog yang sebenarnya…? cuba laa tanya penulis skrip tu…
ari tu polis dah bagi warning kpd penulis blog… penulis blog mana entahnya…
abdfatah
March 28th, 2008
at 8:02pm
saje je tu nak bikin gempak. kutuk habis habisan laa lagi bagus daa…
nUUr
March 28th, 2008
at 8:48pm
yeah setuju dgn khai…rtm adala bsn
nUUr
March 28th, 2008
at 8:59pm
bkn ker die ade denda ATAU penjara..ATAU kedua2nya..kene penjara la kot klu xle byr saman..kene byr smpai muflis tu btul kot..hihi
Lulu
September 5th, 2008
at 12:56am
serupa ajelahtu engko kutuk tv3…..tv3 kutuk si petra gedogol tu hai same-same2 la tu
razif iskhandar
October 29th, 2008
at 11:57am
ko pon sama mael..budu mcm babi jugak..ko mau ke orang hina islam?kalau ko sokong ko pon kafir juga..sama la ko mcm angkayau babi…
razif iskhandar
October 29th, 2008
at 11:59am
angkayau bogok mael….
Mohd Ismail
October 29th, 2008
at 8:48pm
@razif dalam tulisan aku, xde aku state apa2 berkaitan menyokong org menghina Islam.. tlg jgn jadi terlalu negatif..
*kau hina aku, dah tentu2 kau hina seorang Islam.. bawak2 berfikir ye..*
amir
October 31st, 2008
at 10:20pm
Adakah kamu yakin yang tulisan Raja Petra itu adalah benar? Adakah kamu akan tetap mempertahankan dia kalau dia mencela Rasulullah? Kerana politik, kamu membenarkan dia buat sesuka hati walaupun melibatkan akidah?
Nauzubillah….
nur
November 24th, 2008
at 12:37pm
dosa seorang amir adalah dengan Tuhannya…kita sebagai rakyat wajib patuh kepada amir yang telah dilantik..selagi apa yang disuruh tidak melanggar perintah Allah…ada tertulis dalam sebuah kitab (kalau ko pernah dengar ceramah or g dakwah or tabligh), orang yang tidak patuh dan mencela amirnya wajar dibuang negeri. dalam konteks negara malaysia yang tak mengamalkan pemerintahan beraja seperti Brunei dan Arab Saudi, amir adalah Perdana Menteri kita. dan pembantu2 amir(pegawai kerajaan) menanggung beban yang sangat berat di dunia dan akhirat). sebab tue aku xnak keje kerajaan..keje swasta je..tanggungan mak ayah n anak2..xde nak tanggung rakyat pulak..