Ramadhan: Apakah Juadah Berbuka Kegemaran Anda?
- 27
- Add a Comment
Hampir 4 hari yang lepas, Mohd Ismail dot Net yang beroperasi dengan Wordpress 2.6+ telah mengalami masalah dengan server di Fivio.com.
Secara spesifik aku tidak tahu apa masalahnya, tetapi kini semuanya telah selesai setelah blog ini di’pindahkan ke server baru. Terima kasih Fivio & selamat berpuasa kawan-kawan.
Bercakap tentang bulan puasa, makanan adalah subjek yang wajib ada. Setiap hari, semua orang yang berpuasa bagaikan orang mengandung 7 bulan. Mengidam yang macam-macam untuk berbuka.
Aku suka untuk bertanya, apakah juadah kegemaran yang kau idamkan setiap kali berbuka puasa. Di’Malaysia, setiap negeri mempunyai budaya pemakanan yang berlainan dengan negeri-negeri lain.
Aku sangat ingin tahu nama makanan yang pelik-pelik — yang hanya boleh kau temui ketika bulan Ramadhan.
Bagi aku, berbuka adalah satu peluang untuk aku minum dengan banyak. Makanan pejal bukan satu pilihan utama. Semalam sahaja, aku habiskan jus Ambra dengan banyaknya untuk berbuka.
Jua Ambra adalah jus buah kedondong.
Aku hanya makan pada lewat malam untuk puasa hari seterusnya & semalam hanya nasi berlaukkan rendang daging. Dan, biasanya begitu.
Hari ini mungkin aku akan beli air tebu buat berbuka. Yum! Kau, apa juadah berbuka untuk hari ini?

27 Comments
shambie adzhan
September 2nd, 2008
at 9:20pm
utk berbuka.. aku suka puding caramel, onde-onde dan juga kurma!! Air masak sudah memadai bagi aku.
lepas solat..makan yong tau fuu!! nyum nyum~
Mohd Ismail
September 2nd, 2008
at 9:22pm
ha.. puding caramel.. tahun lepas ade org jual, tahun ni belum jumpa =)
Wizurai
September 2nd, 2008
at 9:36pm
aku makan apa yg biasa aku makan jika ada pasar malam…
ntahle, nak cuba yg baru takut tak sedap pulak!
penyubiru
September 2nd, 2008
at 9:36pm
aku perlukan makanan pejal. minuman hanya selepas makan. itupun ku ambil sedikit.
Hari ini maybe wife aku masak nasi ayam. yum! :)
kuih ? buah melaka. sedappp.
penyubiru
September 2nd, 2008
at 9:38pm
ko dah layan The Guru dah. isk..isk..aku baru 60% download. :)
saffa
September 2nd, 2008
at 10:30pm
Saffa sgt tradisional. Juadah berbuka pusa saffa mesti ada budu/ sambal belacan. Kurma Mariami wajib ada.. LOL..
Erm..
Semua saffa bedal selagi halal.
Rindunya masakan mak! :((
saffa
September 2nd, 2008
at 10:34pm
Oh ya! puding caramel mak saffa adalah yg terbest! Dijamin puas 100%
Tahun ni mak saffa tak berniaga di bazar.. kalau tak bley saffa wat prmotion besar2an kat blog.. haha.
firdee
September 2nd, 2008
at 10:36pm
bila bulan puasa aje saya akan makan murtabak…kalau bulan² lain memang tak makan n terfikir langsung tentang murtabak ni…
senok
September 2nd, 2008
at 11:21pm
semestinya “AKOK Kedut” lg berkedut lg sedap…
Mohd Ismail
September 3rd, 2008
at 12:55am
@wizurai time puasa ni la nak cuba makanan pelik2.. ha ha =)
@penyubiru bestnye da ade bini.. lagi2 kalo pandai masak.. untung ko.. =)
Mohd Ismail
September 3rd, 2008
at 12:58am
@saffa sila la balik rumah weekend ni.. leh berpuasa ngan family =) bg aku, budu adalah sama dengan durian.. untouchable.. ha ha ha
@firdee aku, ramadhan yg xmo murtabak..tp hari biasa, pi pasar, mesti beli.. =)
puding caramel & akok.. kene carik ni…
Mohd Hafifi
September 3rd, 2008
at 1:50am
aku suka makan kuih..tak kesah kuih apa, janji rasanya manis..
dan akok mmg best untuk di makan.. :-)
menteil
September 3rd, 2008
at 2:08am
ayam percik dan air tembikai..
wajib!!! hehe..
sk8gurlz
September 3rd, 2008
at 3:24am
waaa…karamel iz ma fav0′..yumm yumm..tp sini talak owg jual ma…:( adeh…tak pe nnt nak wat la..yea yeaaa…:D
M-I-N
September 3rd, 2008
at 4:16am
bile aku flashback balik menu² buka puasa aku,xkan sama tiap² tahun.2006-aku ketagih roti john-pengambilan nasi amatlah kurang pada ramadhan tahun itu.2007-ketagihan berpindah ke nasi kerabu plak;En.Roti John semakin dilupakan,kesian beliau.tahun ni;belum lagi timbul tanda² ketagihan,nasi masih menjadi pilihan.untuk pencuci mulut,aku suka kuih putu piring,syok wooo.
babak dalam The Love Guru yang aku paling suka;
1) masa Mike Myers nyanyi lagu More Than Words pakai sitha (betul ke nama instumen ni)
2) masa MIke Myers angkat coach team hoki ais seolah² dia mendapat anugerah Grammy.
maaf,komen ni panjang dari biasa.bila Tropical Thunder ditayangkan di M’sia?
luLu
September 3rd, 2008
at 5:44am
aku suke murtabak n roti john….
n of coz ape aje yg mama aku masak aku baham…
wei akok kedut tu ape yek??
nape aku tak penah dgr….
khai
September 3rd, 2008
at 5:58am
ko pon dah migrate ke fivio ye ismail? nice2.. aku nye scukz di fivio, dan justkhai tu still di exabytes..
neway, kalau ditanya aku juadah ntuk berbuka, dah 2 hari berbuka aku berbuka di mamak.. sedihnyee..
huhuhu.. dah 19 tahun aku berbuka bersama ibu bapa tercinta (at least tahun lepas ade gak la peluang berbuka tu), tapi nampaknya tahun ni susah la sket since dah masuk alam pekerjaan kan…
smalam makan nasik ngan macam2 lauk kat mamak desa pandan (dengan Nieza, mysis n bf akak aku) dan hari ni makan sorang2 je kat mamak (nasi goreng USA + air bandung pink lebih) hahaha…
dah abis makan baru nieza sampai..
neway, bagi aku kalau berpeluang ke bazar ramadhan di bulan puasa ni, yang first aku cari dulu adalah kuih hijau bersalut kelapa (bentuk bulat & leper selalunya) dan dicicah dengan air gula melaka..
Hurm.. sedapnya hingga menjilat kaki.. kalau boleh dijilat la.. hahaa..
maaf, aku x tahu nama kuih tu.. dulu masa kat kampung, tahu nama kuih tu sbb mak aku cakap.. skang ni dah lupa..
kalau ko nampak kuih yang serupa itu, baik ko beli..hehehe
megat
September 3rd, 2008
at 8:53am
murtabak! memang best
bd fabregas
September 3rd, 2008
at 9:09am
juadah berbuka aku ialah nasi free yang disponsor oleh pihak masjid universiti aku ni..
mirlme
September 3rd, 2008
at 10:51am
aku suka ayam percik..
sedap dimakan..
aeropama dot com
September 3rd, 2008
at 6:18pm
aku tak gila makanan. untuk berbuka aku lebih suka minum air dgn banyak dan makan buah kurma serta kuih. kalau air tangan mak aku, semuanya sedap bagi aku
titan
September 3rd, 2008
at 6:59pm
tadi aku sahur nasi+daging berbuka. panaskan aje bersama air milo..
buka nanti. tengoklah apa yang mak aku masak. Telur cicah kicap pun aku telan gak..
Mohd Ismail
September 3rd, 2008
at 7:28pm
@aeropama kita sebulu la.. makan x berapa nk mahu.. minum itu seronok rasanya.. he he
@titan td aku x bersahur.. sbb tido lambat layan prison break.. ha ha
beraswangi
September 4th, 2008
at 7:10am
aku suke minum je…
sbb siang dah kering tekak mengajar bebudak…
hari2 air mata kucing je!
mirlme
September 4th, 2008
at 9:01am
@aeropama dan mohd ismail..
minum pon bagi ku nikmat x terhingga…
kadang2 sampai satu jag milo aku bantai..
last2 x dapat g tarawikh..
moral:jgn terlebih makan n minum
melayubuntu
September 5th, 2008
at 4:51am
taun ni brubah sket..sbb minyak mahall…hahaha
Rebina Biru
September 9th, 2008
at 4:29am
Salam Ramadhan..
Alahai dah lama aku tak rasa masakan Malaysia..Asyik2 makan benda yang sama je kt sini.huhuhu…