Ramai anak punca terus miskin - Kosmo!

Ayah Beck a.k.a Fendy Zaidan telah pulang ke rahmatullah awal pagi ini. Sama-sama kita sedekah’kan Al-Fatihah kepada arwah & semoga roh’nya tenang di’sana. Untuk Beck, aku harap kau tabah & tenang hadapi dugaan ini. Salam takziah dari Mohd Ismail (dot) Com ke’atas keluarga Beck. Al-Fatihah. 

Tadi petang, ketika menunggu mee goreng ayam aku siap di’kedai mamak, aku sempat grab Kosmo! edisi semalam untuk membunuh kebosanan. Berita kemalangan di’plaza tol Jelapang menjadi topik utama. Tujuh orang meninggal dunia. Selagi tol itu tidak di’alihkan & sikap pemandu bas tidak berubah, sejarah akan berulang. Dan, berulang.

Mata aku tertancap pada headline bertajuk ‘Ramai anak punca terus miskin‘ yang di’tulis berdasarkan kajian sebuah badan dunia. Menurut badan dunia tersebut, di’Malaysia trend ramai-anak-terus-miskin ini di’sumbangkan oleh satu trend lain yang menjadi amalan dalam masyarakat Malaysia. Masyarakat di’sini lebih cenderung untuk memiliki ramai anak jika mereka bermaustautin di negeri yang kurang maju berbanding memiliki purata tidak lebih dua (2) orang anak jika bermaustautin di negeri yang maju. Aneh tetapi itu’lah sebenarnya yang terjadi.

Sebenarnya, ini bukan masalah negeri di’mana mereka menetap, tetapi tahap cerdik & pemikiran mereka yang menentukan bilangan anak mereka. Lihat ye, di’Malaysia ada satu golongan yang menganggap anak-anak adalah semata-mata rahmat & rezeki Allah dan sanggup untuk menerima seberapa banyak anak untuk di’pelihara. Dan, ada satu golongan lagi yang menganggap anak-anak adalah rezeki, rahmat & masa depan yang perlu di’rencana dengan baik. Jika semua orang mampu berfikir seperti golongan kedua, mempunyai anak ramai di’dalam dunia yang serba serbi memerlukan duit, bukan satu pilihan hidup yang selalunya betul. Kedudukan kewangan & bilangan anak mempunyai satu formula berkadar langsung yang kompleks.

Gunakan kondom.

3 Comments

hidup pada zaman skrg ni memang jika mempunyai anak yang ramai dan berpendapatan yang sedikit berbanding pada zaman dahulu walau anak 13 orang tetap boleh dibesarkan tanpa terlepas dari pelajaran disebabkan pada zaman skrg tak henti2 harga naik. sering kali kita dgr harga minyak naik, harga barang keperluan naik, harga ni naik, harga tu naik. bukan nak menghalang mempunyai zuriat yang byk dan memperlekehkan permberian allah s.w.t tapi merancang dengan tahap yang bersesuaian dengan status hidup adalah lebih berguna.

pada mangsa kemalangan di tol tersebut diucapkan tahziah pada keluarga mangsa. al-fatihah semoga roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat allah s.w.t dan didoa2kan tiada lagi kemalangan yang berlaku. amin

patut’la macam sunyi blog aku… ha ha.. SpamKarma2 buat hal!

*skang boleh tembak aku balik.. sila2*

salam mail…ni nak cakap tak kene mengena dengan posting ko..

jujur aku cakap, layout blog ko ni simple sangat n tak ceria, yang dulu tu aku berkenan..please mail…ko kan kacak