Rancangan Kewangan Untuk Graduan Baru
- 56
- Add a Comment

Ini adalah entri kedua aku untuk bacaan graduan baru Malaysia yang secara teori’nya telah tamat pengajian di’universiti dan mula merancang jalan hidup sendiri. Ketika ini’lah, satu peralihan fasa kehidupan yang paling penting dalam hidup seorang manusia. Dari seorang yang hidup dengan wang orang lain kepada hidup dengan berbekalkan wang yang di’cari sendiri dengan bekerja.
Di’sini, aku ingin berkongsi tentang apa yang telah aku rancangkan berkaitan kewangan aku setelah aku habis pengajian di universiti milik penuh kerajaan ini. Aku harap, apa yang aku rancangkan boleh menjadi panduan untuk mereka yang teruja untuk membelanjakan wang gaji saban bulan tanpa ada apa-apa perancangan untuk masa tua. Aku tidak mahu buat kesilapan berkaitan kewangan di’masa muda.
- Aku tidak mahu berhutang. Ogos ini aku akan mencecah 23 tahun dan satu-satunya hutang yang aku miliki sekarang adalah pinjaman kereta Proton Satria aku yang aku jangka akan habis dalam 4 tahun lagi. Aku tidak mahu berhutang lagi selepas itu. Ustaz di’sekolah teknik aku dahulu mampu membeli Toyota Unser & membina rumah sendiri dengan bayaran tunai. Aku mahu jadi seperti dia. Harap’nya.
- Mula menyimpan. Ini adalah perkara paling penting dalam hidup aku sekarang. Walaupun target simpanan bulanan aku sekarang tidak banyak mana, tetapi aku harap aku mampu tingkatkan kadar simpanan aku dengan lebih cepat. Aku tidak tahu apa akan jadi esok lusa, simpanan adalah perkara pertama aku akan bayar. Biar sedikit, tapi ada.
- Tidak terlibat dengan kad kredit. Sangat menarik apabila fikirkan yang dunia mampu positifkan persepsi orang ramai untuk memiliki kad kredit (hutang). Graduan muda seperti aku mesti mula tanamkan dalam fikiran yang penggunaan kad kredit tidak akan membawa keuntungan apa-apa untuk jangkamasa panjang. Jika TIADA DUIT untuk memiliki sesuatu, then JANGAN BELI. Kad kredit adalah alat untuk menafikan ketidakmampuan seseorang.
- Beli apa yang perlu sahaja. Sekarang, jika aku ingin membeli apa-apa, aku akan tanya diri aku berulang kali, adakah ini sesuatu yang betul-betul aku perlukan atau sekadar keinginan kerana orang lain juga ada? Jika tiada sebab & tujuan yang kukuh untuk beli, aku rela kempunan.
- Pelbagaikan sumber pendapatan. Kini, hari ini aku mempunyai 2 sumber pendapatan yang telah aku mulakan sebelum aku habis belajar lagi & aku dalam perancangan untuk menambah beberapa lagi sumber pendapatan tanpa perlu bergantung kepada kerjaya makan gaji. Hidup dengan hanya satu sumber pendapatan adalah perjudian hidup paling berani. Lebih-lebih lagi yang satu itu adalah makan gaji. Kewangan kau boleh terputus dengan dua perkataan, “…awak di’pecat!”.
- Mula melabur. Ini adalah sesuatu yang aku belum mulakan lagi kerana belum cukup masa untuk mengkaji sistem pelaburan yang bagus untuk aku cuba. Pakar kewangan selalu kata yang pelaburan ketika berusia awal 20-an adalah pelaburan yang membawa pulangan terbaik untuk masa hadapan. Aku sudah mahu masuk 23 tahun dan belum bermula apa-apa lagi. Cis!
Aku berharap sangat yang aku dapat laksanakan semua perancangan yang aku tulis di’atas. Jika ada sebarang tokok tambah dari mereka yang telah berpengalaman dalam pengurusan kewangan, aku sangat alu-alukan sebagai nasihat untuk aku & graduan muda lain dalam memulakan hidup dengan duit sendiri.

56 Comments
zool
May 19th, 2008
at 9:14pm
Hm.. aku pula baru nak merancang kewangan..
Ingin menghabiskan PTPTN aku secepat mungkin…
Bayaran loan rumah dalam tempoh kurang dari 15 tahun..
Ko memang bagus mail..
Muda dah rancang kewangan..
Cam aku .. Baru terkial2 nak kumpul duit..
Bagus 40x
Mohd Ismail
May 19th, 2008
at 9:42pm
haa.. ptptn.. aku rasa bertuah sebab duk bawah JPA.. tgu tamat tempoh utk panggil kerja.. aku harap biasiswa aku boleh burn.. ha ha ha..
xpe Zool.. tiada apa yang terlalu lewat utk di’mulakan =)
KNizam
May 19th, 2008
at 10:10pm
kadang2 mula2 kerja je balance sheet dah banyak liability kan. hehe :)
zulk
May 19th, 2008
at 10:16pm
Hanya orang yang bijak sahaja patut mengunakan kredit kad. Tidak semestinya kredit kad digunakan untuk berhutang. Ianya adalah kemudahan.
Guna dengan bijak, bayar ikut masa yang ditetapkan. Di jamin 100% tidak rugi satu sen pon.
rohaizad
May 19th, 2008
at 10:31pm
selamat datang ke dunia yang sebenar mail.
hanep
May 19th, 2008
at 11:07pm
1-hutang snailmyx,kete,bil air,api, xleh lari gak. asal cukup ada pendapatan sampingan nk cover sume ni.
5,6-patut la ak perasan ko mcm makin mgiat je kt WC mael. am i right?
Izzatz
May 20th, 2008
at 12:27am
Berhutang adalah satu perkara yg positif actually. Tak perlulah smpi nak beli rumah dgn kereta secara tunai. Melainkanlah dah ada byk sgt duit, xtau nak perabih kat mna, hah balonlah…hehe
Knp nak spend sekaligus padahal kita boleh gunakan duit tu utk keperluan yg lain kn…kn kn
tp apa2 pn niat xmo berhutang tu mmg bgus! yelah takkan xde duit pn nk byr tunai jgk kan…phm2
uner
May 20th, 2008
at 12:54am
point no 3. kad kredit tu sebenarnya sangat berfaedah, hanya kaedh penggunaan yang salaj sajer yang memudaratkan. 1, dengan kad kredit, kita dapat banyak faedah harga murah dan diskaun hebat. 2, dgn kad kredit kita dapat faedah mata ganjaran selain bonus link. 3, dengan ad kredit kita boleh bergerak hampir cashless. 4, dengan kad kredit + paypal kita dapat beli online dengan secure. 5, kad kredit ada jaminan insuran bersyarat.
mana nak dapat semua kekebihan ni dengan cash semata?
silap orang adalah, mereka yakin kredit kad dapat membantu mereka memiliki barang yang belum mereka mampu. ini salah. kad sepatutnya digunakan bila kita ada duit. bayar dulu, pastu hujung bula bayar semua sampai habis, jangan tangguh sbb nanti rugi kena bayar caj faedah bank. kalau bayar terus, takda caj pun. malah lebih menguntungkan. kalau takda duit, jangan pakai. habis cerita.
NoktahHitam
May 20th, 2008
at 12:55am
Kalau kita merujuk kepada busines studies, hutang adalah perlu. Antara hutang dan tidak, aku rase itu semua terletak pada individu. yang pasti nya jangan lah berhutang dgn Ah long.
oDiN
May 20th, 2008
at 1:11am
saper kata credit card x bagus ?
ada jerk yg ZERO interest (for certain items and certain promotion )
Gune credit card dgn sebijaknya ..
(kalo aku dh grad .. aku akan pastikan tiap bulan aku spend lebeyh dari RM400 utk byr PTPTN dahulu .. untung ko mail dpt scholar )
Mohd Ismail
May 20th, 2008
at 1:54am
“..bayar ikut masa yang di’tetapkan” itu’lah yang banyak org kita fail dan aku takut tergolong sekali.. he he..
baik mengelak dari mengubati kan?
Mohd Ismail
May 20th, 2008
at 2:00am
itu semua masuk dlm senarai wajib bayar setiap bulan =) bukan hutang kot sebab sistem dia bayar bulanan..
hehe.. aku kat WC tu lama da rasanya.. suka jenguk2 je pun
Mohd Ismail
May 20th, 2008
at 2:08am
aku seorang yang percaya yang semua kelebihan yang di’berikan company credit card sudah di’kira & di’masukkan kedalam segala yuran muran & caj hitu hini yang di’kenakan ke’atas kita..
dan, aku percaya yang semua faedah yang di’tawarkan tidak lain tak bukan untuk menggalakkan kita berbelanja lebih..
seriously, siapa yang tak boleh hidup tanpa bonuslink?
Mohd Ismail
May 20th, 2008
at 2:11am
“hutang adalah perlu” itu aku tak pasti kau merujuk dalam konteks kepada individu atau kepada urusan perniagaan.. =)
kalau utk urusan perniagaan, aku percaya banyak keuntungan atas angin di’peroleh dengan memberi hutang kepada org ramai..
Mohd Ismail
May 20th, 2008
at 2:13am
aku kata.. ;p
ada jerk yg ZERO interest (for certain items and certain promotion ) — ada certain2 tu yang x best sebenarnya.. kau berjimat utk item A, tp kau bayar lebih utk item B.. =)
wan
May 20th, 2008
at 6:23am
tidak ada gunanye dipanggil graduan kalau perkataan seperti di sini di jadikan di’sini.
agagagaga
Mohd Ismail
May 20th, 2008
at 6:53am
sebagai rekod, aku adalah graduan Kejuruteraan Kimia & bukan’nya Kesasteraan Melayu.. lolz..
shambie adzhan
May 20th, 2008
at 9:03am
aku berterima kasih kepada JPA, kerana mereka aku tiada hutang belajar… dan aku cepat dapat kerja..
p/s : # 1, 3, 4 … me guilty as charged! :D
xmindfreakx
May 20th, 2008
at 9:52am
jgn risau mael..aku pun dulu bawah JPA..pas 6 bulan mereka tak panggil,maka aku pun makan gaji
xmindfreakx
May 20th, 2008
at 9:56am
Guna prinsip Donald Trumph…gunakan duit orang lain untuk berjaya..so,gunakanlah duit bank dahulu untuk berjaya..hUtang
wan
May 20th, 2008
at 10:13am
masalahnya, bahasa melayu atau bahasa malaysia diajar sewaktu awak lepas spm lagi cik abang oooi
bukan’nya eeh bukannya time awak degree, saya tak he’ran. eh heran
btw: point 3- kad kredit, aku x brp setuju. BAGI akula, for a working people, they should have atleast A credit card. it’s to make things easier if u know how to use it, kan graduan Kejuruteraan Kimia .. ;) tunggu jelah satu hari nnt yea.
point ke 4- terlalu berjimat aka beli apa yg patut. yea aku setuju sgt2, tapi2 setelah kita bekerja, xperlulah kita mem’puasa’kan diri kita utk membeli keinginan kita. eh ni dah kerja ke study lg? cth la: terasa nk makan kt secret recipe tuh..walhal makan kt restoran melayu pn kenyang jugak, tp sekali skala..rasanye x lunyai duit tu pn kalau habis kan utk keiginan.
eh kalau xda keinginan, baik pakai nokia 3310(keperluan phone call + messaging), kalau xda keinginan baik x perlu beli washing machine (keigninan utk memudahkan hidup), x yah beli fridge ( time study dulu, x mati pn kan..).
sekadar nasihat, live ur own life..but control it. jgn terlalu set so many rules for urself.
x suroh pn berbelanja mewah, Allah pn suruh kita hidup sederhana. SEDERHANA means jgn terlalu kemut & jgn terlalu boros.
just my 2 cents bro’o eh bro. ;p
taukey
May 20th, 2008
at 10:40am
hureyyyy….saya sokong kata mohd ismail. Bro labur kat ASB. hehehe….ada bunga gak…hahaha..betul ke istilah labur tu pakai utk ASB? Cam simpan kat bank jugak kan?
p/s: “byk sgt noktah kat post aku”
hairul
May 20th, 2008
at 10:57am
Semoga perancangan kau berjaya Mail.
Pasal pelaburan;
“Aku sudah mahu masuk 23 tahun dan belum bermula apa-apa lagi. Cis!”
Cepat-cepat mula Mail. Aku akan mengekori…huhu. Walau tak dapat jadi seperti Warren Buffett (oh, sesuatu yang hype), pasti ada habuan untuk kita.
Ops, plan untuk kahwin camne Mail? :D
CHOT
May 20th, 2008
at 11:23am
betul tu mail..jgn libatkan ko dgn kad kredit…lama2 dia akan menjadi beban.
kooreen79
May 20th, 2008
at 11:43am
aku yang banyak hutang
hidup itu hutang-hutangan
- semalam dengar tazkirah pasal hutang. Dosa tak byr hutang tidak akan terhapus walau sebanyak mn pun kita beristighfar, selagi tak byr dan pemberi hutang tak halalkan kita akan ditanggung ngan dosa hutang hingga ke ’sana’. Kita kena berusaha untuk bayar hutang walaupun tuannya dah meninggal, kena cari waris, tak jupe juga bolehlah sedekah pd baitulmal ataupun masjid2 dgn harapan Allah akan mengampunkan dosa2 hutang atas usaha kita untuk membayarnya-amin.
mrozaidi
May 20th, 2008
at 12:25pm
Apa Barang Pakai Kad Kredit.. menggunakan Cash la Baru Nampak cool.. Hutang2 Tak Main La .. KAd Kredit Dalam Kategori Hutang Kan?
hanep
May 20th, 2008
at 1:22pm
yeah.. katakan ko beli topup rm10, pakai syiling sume.. Cool!!!!
Bent
May 20th, 2008
at 2:41pm
Saya seorang graduan dan telah pun bekerja dgn jayanya..tapi saya tak pernah menggunakan kad kredit sebaliknya menggunakan debit card untuk berbelanja. Hidup lebih bermakna sebenarnya tanpa kredit kad..memang ada di antaranya menawarkan 0% interest tapi pelu di ingati itu hanyalah permainan psikologi dari pihak yang menawarkannya..cuba baca balik term tu..mesti ada yang terkurang punya hahahha.
Mohd Ismail
May 20th, 2008
at 5:31pm
insyaAllah.. aku akan bermula secepat mungkin =) pasal kahwin.. aku pun takde target apa2 lagi tuk itu..
kasi kukuh kewangan dulu kot.. bru fikir kahwin.. haha
Mohd Ismail
May 20th, 2008
at 5:31pm
ya.. aku percaya ko Chot.. =)
Mohd Ismail
May 20th, 2008
at 5:34pm
aku dgr dlm al-Kuliyyah tak lama dulu.. takut jugak beb.. ustaz tu kata, amalan org berhutang tak di’angkat selagi hutang tak di’bayar..
aku berhutang dengan bank, risau ni.. huhu
Mohd Ismail
May 20th, 2008
at 5:35pm
tu dia org da grad & bekerja kongsi pengalaman =) aku suka ayat hidup lebih bermakna tanpa kad kredit itu..
aku sendiri tak paham kenapa org masih mahu pertahankan kelebihan2 kad kredit yg sebenarnya mereka bayar dulu.. hehe..
MK
May 20th, 2008
at 7:37pm
washing machine & fridge bukan keinginan, itu keperluan bila ada keluarga. waktu jadi student dulu memang la takpe klu takde, sebab hidup single takyah pikir t/jawab pada anak bini.
but then again, itu bergantung pada cara hidup yang dipilih. ada je keluarga kat Malaysia ni yang masih basuh baju pakai tangan, makanan simpan bawah tudung saji. bahagia je, walaupun tak pernah makan kat secret recipe.
Rasulullah beserdehana,ya. sedangkan dapur Rasulullah pernah tak berasap 3 bulan.. satu famili makan kurma ngan air kosong je.. itu kesederhanaan Rasulullah. macam mana lak kita pandang sederhana tu?
tapi bab kad kredit tu.. aku rasa aku beli satu kot. senang nak berurusan kat Internet nanti, sebab takat yang aku tahu la, paypal tak terima wang pos. kot. hmm
MK
May 20th, 2008
at 7:47pm
btw, di’pecat harus dieja sebagai dipecat. just pointing it out.
zool
May 21st, 2008
at 12:12am
Lah aku tak komen lagi rupanya..
Patutlah rasa tak lengkap je hidup aku hari ni..
1. Aku tidak mahu berhutang - AKu berhutang rumah dan PTPTN.. Target aku sebelum 40 setel.. Memang memerlukan kerja lebih kuat dari biasa.. Takpe ada perancangan..
2. Mula menyimpan. - memang menyimpan.. (tak simpan camne nak kawi).. tapi bulan nie belum simpan mengikut angka sepatutnya tapi takpe duit masih ada lagi..
3. Tidak terlibat dengan kad kredit - ada 3 kad.. Paksaan maybank tapi masih tidak menggunakan lagi.. Satu dah expire…
4. Beli apa yang perlu sahaja. - nak beli yang perlu pun pk 2-3 kali.. Kedekutkah aku??
5. Pelbagaikan sumber pendapatan - Pelan tindakan akan dimulakan secara hebat bermula bulan Jun untuk cuba mendapatkan pendapatan tambahan di internet dan offline.. ganggu keje?? Tipulah kalau kata tak ganggu.. Pandai2lah..
6. Mula melabur. - Yang berisiko rendah..ASB, insuran Great Eastern Life..
Apa2 pun kena bijak merancang.. Nak lagi best kena buat buku aliran tunai.. Aku ni cakap je.. Tak konsisten..
saffa
May 21st, 2008
at 12:24am
TQ sgt2 for the tip! saffa akan ikut nnt,… ngehehe..
wan
May 21st, 2008
at 12:43am
xpn kahwin cepat, kahwin akan menyebabkn anda mengelak pemborosan kpd diri snd secara otomatik
pikir anak, pikir bini, pikir mak ayah, pikir mak ayah bini lg (yea, mmg tjwb seorg lelaki yea)
@ post aku psl fridge/washing machine tu jgn amik kisah sgt, aku acah2 je.haha, tp apa yg aku ckp tu kalo ko terign la nk hidup single mingle smp 2036 kan? ahaa
melayubuntu
May 21st, 2008
at 6:57am
mael, ko tertinggal 1 lg.
jangan cari awek yang mata fulus…
ahahaha…alahai, sensitif ke? ahaks..
gunx
May 21st, 2008
at 8:43am
tak mustahil mende2 ni…leh wat kot….
Wizurai
May 21st, 2008
at 9:39am
cari sumber pendapatan pasif…
duit masuk w/pun kita tidak bekerja…
jowey
May 21st, 2008
at 2:12pm
salam.
mael, ko keje sendirik ke? Alhamdulilah. so far ok?
syam
May 21st, 2008
at 2:18pm
aku banyak hutang bro…br habis blaja je dh berhutang ngn PTPTN sebanyak 21000 hengget. plus dengan hutang kereta. huhuhuhu…alhamdulillah aku boleh byr kesemuanya. tp nmpk gaya aku kne postpone niat aku nak kawen la. yehuuuu….
mizie
May 21st, 2008
at 3:19pm
Rasuah Politik Pasca PRU-12?
Saya terkejut apabila semalam semasa perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, sahabat saya, Dato’ Abdul Rahman Dahlan (BN - Kota Belud) menyatakan bahawa beliau telah ditawarkan duit dan jawatan Kabinet daripada pihak Pakatan Rakyat (”PR”) untuk melompat parti.
Layari Gerbang: http://www.rembau.net
Mohd Ismail
May 22nd, 2008
at 12:22am
ha ha.. betul tu MelayUBuntu.. =p itu faktor penipisan dompet paling cepat tu..
Mohd Ismail
May 22nd, 2008
at 12:23am
ambil contoh Wizurai, dia mahu bukak kafe sendiri sudah.. =)
Mohd Ismail
May 22nd, 2008
at 12:24am
pulak.. postpone kawen boleh serunuk pulak.. ha ha.. bayar pelan2 bro.. mesti boleh habes punya..
Mohd Ismail
May 22nd, 2008
at 12:26am
so far alhamdulillah.. harapnya makin baik hari ke hari.. doa2kan ye? =)
zool
May 22nd, 2008
at 8:15am
Wah buka kafe sendiri ye..
Best tu…
apahal pun kena jalan projek pertama aku dulu..
Asyik tgk org berjaya je..
Bila aku nak berjaya ek……….
ch0ch01ic
May 22nd, 2008
at 10:46am
kita mempunyai rancangan kewangan yg same la :p
Mohd Ismail
May 22nd, 2008
at 11:53am
gimme five la err.. chocolic? ;p
Wizurai
May 22nd, 2008
at 5:12pm
syhhh… jgn le kecoh² kat sini… huhu!
titan
May 23rd, 2008
at 12:09am
Aku cuma ingin menghabiskan hutang PTPTN dan hutang kelisa dalam masa 2 tahun ini sahaja. Selepas itu, akan setat kumpul duit beli rumah. Arghh..gila!
Truckster
May 23rd, 2008
at 10:08am
aku plak……lepas kerja ni bakal memasuki semula universiti penuh milik kerajaan, untuk menyambung persekolahan
dan bakal menggunakan duit orang lain untuk memenuhi tuntutan hidup…..kira terbalik la
adam
May 24th, 2008
at 12:07am
mail, apa program pelaburan yang sesuai untuk remaja awal 20-an untuk dimulakan? tolong rekemenkan sikit.. mintak pendapat daripada pro nii :)
Mohd Ismail
May 24th, 2008
at 1:29am
jangan tanya aku beb.. ha ha.. kalau pelaburan ni, pi kat Pakdi.net.. try tanya dia.. aku pun masih tercari2 lg ni..
nuarX
May 26th, 2008
at 3:49pm
dalam topik pelbagaikan pendapatan tu memang best la mail. dengan 2 ayat akhir tu…memang perlu pelbagaikan sumber pendapatan.