Relevankah Rancangan Tom Tom Bak di Astro Ceria?

Salam & hello buat semua pembaca yang dihormati sekalian. Cuti 10 hari yang diberikan oleh pihak pengurusan UPNM bagi membolehkan mereka mentadbir dengan bijak 1500 orang calon temuduga Pegawai Kadet yang baru membuatkan masa yang terluang diisi dengan aktiviti bermasturbasi menonton televisyen.

Disebabkan rumah ini mempunyai seorang anak kecil maka saluran yang paling kerap dibuka adalah Saluran 611 Astro Ceria. Ada beberapa perkara yang ingin ku kongsikan mengenai rancangan yang sangat diminati bukan sahaja oleh kanak-kanak bahkan ibu-bapa dan pakcik makcik di kampung. Oh ya, Tom Tom Bak dihoskan oleh Pengacara Paling Popular buat kesekian kalinya, Aznil Hj. Nawawi yang dikatakan telah membeli kereta Porshe berharga RM1.2 juta

Peranan ibu-bapa - Nampaknya ibu bapa masa kini lebih gemar menerapkan nilai-nilai glamor, populariti, publisiti dan sensasi berbanding hal-hal keagamaan dan ilmiah. Bukankah pendidikan awal itu bermula dari rumah? Mungkin mereka merasakan itu peranan guru-guru, ustaz dan ustazah di sekolah untuk mendidik anak-anak mereka tetapi apabila dimarahi dan dirotan malah bila dijegilkan mata sekalipun, pendidik tersebut akan berhadapan dengan surat saman oleh ibu-bapa pelajar terbabit yang kononnya mahir bermain dengan akta dan seksyen atau sekurang-kurangnya mereka mampu membayar seorang peguam pendakwaraya. Seingat sayalah kalau zaman dulu-dulu, habis kuat kita bergaya dan vogue the vass sekalipun hanya pada pertandingan pakaian beragam peringkat sekolah, bukan? Oh, lupa pulak yang kita sering diingatkan supaya jangan membandingkan cerita dulu dengan sekarang.

Peranan media - Kalau tak suka, boikotlah astro, jangan tengok tv campak je ke laut, duduk dalam gua! Mungkin itu antara kata-kata yang mungkin kita akan atau pernah dengar. Namun begitu, pihak medialah yang bertanggungjawab menyebarkan, mewar-warkan pelbagai program realiti yang menjanjikan pulangan hadiah yang lumayan sehingga ada diantara anak-anak muda kita berfikiran, buat apa belajar pandai-pandai, ada rupa ada gaya ada suara dah tentu boleh kaya punya. Paling kurang pun akan ada vip atau orang kaya yang akan jaga makan minum kita sama ada secara halal atau pun sembunyi-sembunyi. Dimanakah tanggungjawab sosial mereka? Oh abaikan soalan itu tadi, terlupa saya bila teringatkan tentang duit dan keuntungan.

Peranan kita - Menonton rancangan itu seolah-olah menunjukkan yang kita secara tidak langsung menyokong bakal-bakal pemimpin masa hadapan itu untuk bersikap kurang ajar dan biadap. Tak percaya? Cuba lihat apakah respon penonton di studio bila mereka si cilik membuat aksi atau melemparkan kata-kata yang luar biasa setelah disuruh atau ditanya oleh pengacara popular itu? Tepukan gemuruh beserta hilaian tawa bukan?

Sungguh hipokrit diri ku ini kalau menyatakan yang aku langsung tidak ketawa bersama dan aku juga bukanlah bagus atau sempurna sangat cuma kadangkala teringin mengajak rakan-rakan sekalian berfikir secara serius dan menerapkan rasa tanggungjawab kepada agama bangsa dan negara. Apa pendapat anda?

Entri ini ditulis oleh Syamsulariff Bin Mohamed, bakal Pegawai Tentera Darat Malaysia yang giat menulis blog sebagai aktiviti masa lapang. Anda boleh melanggan RSS Feed blognya jika ingin membaca hasil tulisannya.

83 Comments

cakaplah.com apa yang u nak cakap, yang untung aku ;)

haha.. aznil mana ade masa nak baca2 blog ni.. ye tak? ha ha

Haha… Mael, skarang ni x mustahil artis pun ambik berat pasal berita² kat blog ni. Sedangkan ahli politik pun dah ramai buat blog. Muehehe…

betul tu. lepas pru je, blog dr politicians mcm cendawan tumbuh lepas hujan. btw, kalau aznil, mesti akn tulis nama penuh dan tulis dlm english, kot?? hehe.

Erk…? Aznil pernah bg komen kat blog orang ke? Mmg dlm english ek?

keuntungan boleh membuatkan orang lupa asal usul dan tanggungjawab mereka terhadap agama bangsa dan negara

Ianya sama macam relevan ker cite blog kat RTM 1 tu. Soalan dari pengacara dia buat aku rasa mual.

aku dulu layan lah jugak tumtumbak ini.
plg tak tahan dgn mulut lancang si cilik haziq tu.
nasib baik dia budak kan? hehe

bebudak dah diajar untuk jd penyanyi & lain2 dalam tom2bak yg juga diminati anak2 buah aku.. mak bapak bebudak la bangga anak diorang ditayang di khalayak ramai..dengan aksi2 yang pelik2..pelik kan? dah tak de mak bapak yang nak anak diorang jadi doktor @ engineer nanti..semua nya penyanyi & artis..

kalo artis yang pelukis tu tak pe la jugak

aku rasa aznil xde la nak bloghopping, lagilah nak tgl komen bagai.. baik dia belek Porchse dia ye x? =)

eh..tapi kan, aznil ade myspace..
kot2 die masuk kat sini melalui myspace sesape..haha

itu la pasal.. kalo ye pun nak buat rancangan pasal blog, buat la dlm bentuk yg lebih relevan.. =)

*jemput aku ke.. hah a ha*

mak bapak sekang (tak semua) sudah pandang glamor lebih dr kerjaya yg lebih bagus =)

he he.. tomtombak = af?

kalo ye itu myspace mmg dia punya.. kalo social network punya profile ni, aku kurang yakin sikit.. haha

*fara fauzana ada myspace, tp dia sendiri tatau dia ade profile kat myspace..* =)

rancangan apa ni.tak penah tgk pun

Erk… Sbenarnya, umah aku x de astro. Hahaha…

rumah sewa aku skang ni pun xde astro, tp pernah tgk masa balik kampung itu hari.. layan mmg syok, tp bila fikir balik dalam2, betul apa yg syam cakap ni.. =)

erkkk!!!
aznil masuk sini la.. haha..
glamer la ko mael..

boleh berhibur…
janji ada batas…

betul ker aznil nie?
cam tak caye lak..
hehe..

kaya jugak aznil ya.

kalo betul itu Aznil, esok jugak aku kuar astro… haha ha

duit dari 5 musim akademi fantasia.. mahu’nya tak banyak.. amik keje luar lagi.. =)

Dengo crite lepas abis AF3 dulu, dia dpt lebih dari RM1juta dari Astro.
Trus angkat BMW 7 Series.
Tp aku x pernah nampak lg la dia bwk/naik BMW tu.

Apa yg aku pernah nampak, dia naik Nissan Elgrand (Impul). Heh…!

Aku tak reti nak kata apa pasal rancangan tv mesia skrg sbb aku dah lama jugak tak tgk.Aku hanya tgk Buletin utama slot sukan,selalunya part 5 dalam tv3.com.my lain dari itu aku layan tv series US.Kalau budak budak baca kita kita yang selalu memberikan pandangan sinis ni..berapi derang.Tapi astro tak hambek peduli pon.Asalkan duhet manyak masuk,sudeyyy…kan?

aznil tu…haha.Tapi aku tak caya la.Kalau dia masuk sini,tunggu la dia cakap kat mana mana..”sya komen kat mohdismail.com”…masa tu mungkin mael sudah diawangan..hahahaha*cool bro*

Salam,
Anak aku layan TomTomBak ni macam makan nasi.
Balik sekolah jer benda ni dulu yang di adap.

dari segi keibubapaan, terdetik satu kerisauan bila mentaliti dan cara berpikir dia terkesan dengan cara glamour yang ditonjolkan.

Kena selalu tegur juga.
*Pernah ker anak kau mintak untuk ikut serta masuk tomtombak?

frankly speaking, i dont like tomtombak. herm mulut lancang berapi berkata2, tapi disebalik muka suci seorang kanak2, ia tak nampak sinis dan pelik…

kesimpulan nya, aku tak suka rancangan itu dan aku tiada adik kecil.

masa aku kecil, aku suka tengok art attack dan national geographic. skema kah aku? :p

rumah aku takde Gastro…
sebab yg saluran percuma pun aku tonton lebih kurang 2 jam sehari…
aku biasanya tonton di waktu prima, iaitu menonton berita jam 8…
jadi, tak perlu buang duit untuk bayar benda yg akan tiada masa untuk buat…

hi…i gay..isap kote…

Betulah …
kadang2 tengok budak2 kecik dah kurang ajor….
Lepas tu menari le apa lah…
Ntahlah.. Kita pk lah sendiri…

haha..hai ‘aznil’..ada masa lagi wat blog ek..

baik kita tgk ‘tom tom yam’ atau ‘tom tom cruise’ version raja lawak pnya..

Gastro? ha ha ha.. bunyi macam Gay-stro…

*banyak pakar pengurusan kewangan kata, servis mcm astro ni adalah sesuatu yang x perlu.. =)*

patut la ko kreatif skang… layan art attack masa kecik2.. ha ha.. kalo ko skema, ko akan layan TV Pendidikan.. mana ye TV Pendidikan skang?

aku takde anak so aku tatau apa reaksi budak2 dgn tom tom bak ni, tp aku yakin manusia mmg dari mana lapisan pun suka dgn glamor..

tapi glamor yg keterlaluan utk budak2 tak bagus ye tak?

*aku pun suka glamor*

ha ha,, itu la yg selalu org bising, astro byk buat rancangan x peduli kesan pd masyarakat, janji duit masyuk..

Porshe berharga RM1.2 juta??wah..byk nye duit aznil..

menyampah aku tgk bila bab budak perempuan menari dangdut ala mengoda di rancangan tom2 bak tu..geli la..

siyesly aku rasa rancangan2 aznil tu merepek..gelak gelak jugak tapi realitinya…..
realitinya ape?ntah..aku pun xtau nk cakap.. aku agree ngn zool ngn chot.. =|

Ape kejadah ni?!!Dah la pakai URL tak betul,cakap berapi jer..ini la orang orang yang takde balls.keluar la weii!!ha ha ha

Gelak yang dibayar.Upah sakitkan tekak untuk buat gelak supaya nampak lebih happening!Fukk..

Aku sebenar nya dah nak muntah tengok Tom Tom Bak ni asyik ulang yang sama saja , tapi apakan daya ada akan kecil 3 tahun tu …. MHariz.com jadi mau tak mau Astro Ceria tu menjadi saluran utama kat rumah aku sampaikan aku ada up kan kat YouTube video Hariz melompat lompat menyanyikan Tom Tom Bak. Nak tengok tu search kat Youtube … MHariz Tom Tom Bak. Kalau korang dah ada anak kecil nanti baru korang tau …aku rasa ramai korang ni bujang lagi kot..

huhu..berjela cerita pasal aznil..ala mael..kan boleh tgk ip dia :P

tetiba terpikir nak buat entri pasal blog politik pulak..thanks beri idea :D

ingat nak tgk jgk tapi start2 je dah bosan dah..sia-sia je aku reminder kat phone aku..

haziq? dia cakap ape ek? aku jarang tgk menda nie..time cuti je tertengok :D

he he.. jangan tatau, yg da kawen pun ade ngaku bujang kat sini… =p aku rasa kan, ko kene bagi MHariz tu alternatif, tgj barney & friend ke.. tgk art attck ke mcm shambie nuu… =)

silap tu mail, aku rasa tom tom bak > bintang kecil > bintang rtm > bintang realiti tv > sambungkan..

entah ye tak? kalo gadis persis Maria Ozawa zpe la jugak ye x? ini budak2 di’suruh menari dangdut… aish!

rancangan tom tom bak..huhu :P

rumah aku skang pun takde astro jgk..sama mc mail, bila balik kampung baru nampak astro..kat sini ada astro tapi slalu tgk bola la time hujng minggu

mungkin aznil akan dapat idea nak tanya bebudak tu nanti..

“kalau awak jadi blogger, awak nak tulis pasal ap?” :P

nanti aku cari gambar keta dia..mesti no plate cun kan..huhu

eh tv pendidikan adala..tapi kat astro la..kat rtm aku tak perasan dah..chanel 13 ke 15 lebih kurang mcm tu..dekat2 dgn chanel hitz tv..skang aku tak tau canel brape sebab astro dah tambah lagi satu digit..

Bukan skarang kat TV9 ke?

huhu..persis maria ozawa? hm..aku lagi suka yg persis amira honisuke ish..ape da selitkan unsur2 yg tidak sihat disini..haha :P

*jap lagi mesti ade org search amira tu..haha

jgn kasi tgk maria ozawa dah la..bukan saya punya idea tau..ni mail punya idea..haha

aku ada tgk gak tom tom bak neh..
hurm.. citer budak² kan.. cam nak mencukil bakat budak² je kan…

tapi yang penting AF6 sux..!!!!!

aku dah lama perasan rancangan aznil ni perosak bangsa. apa kata korang?

aku layan jerk tom tom bak ni..kui kui kui..

hehehe…
cuti 10 hari ek..
aku pegi aritu temuduge..
duduk blok perwira tingkat 4..
mak aih..trok gler bilek..
tp aku masok smule 5mei nie..xDDD

tomtombak?eh..aku akan apply astro bila mereka buat channel utk orang dewasa..adult channel….itu mesti…

yang last2 baru ingat forum perdana & akademi alquran, bila dah insaf..
time2 dah tak laku..

uish, tv pendidikan pon aku layan gak. tp kegemaran aku art attack la.kdg2 xcape kelas tusyen sbb nk tgk art attack.

pahtu ayah aku beli video tape recorder supaya aku boleh rekod rancangan kegemaran aku.
dulu xde pon astro ni….

lebih baik dari mereka dok tengok rancangan dewasa!

Btol tu..aku lihat program tu ade unsur dan pengaruh kureng ajar sket..x elok utk anak bangsa melayu kite….

adult chanel? jeng jeng jeng :P

Nizam Nuri pernah cadangkan satu channel baru kat Astro - Astro Kamasutra … ha ha ha ha

hoho. aznil tanak wat blog ker?

tak releven langsung. entah pape2 tah kandungan nyer.

sebagai orang yang mindanya terbuka, aku tak rasa rancangan tu memberi effect kepada agama bangsa dan negara… ape daa… betul lah tu, kalau susah sangat nak terima hiburan sekecil itu, mmg gua la tempatnya. huuuu…..

anak2 takkan rosak sekadar menonton rancangan hiburan itu… serious!!

nanti kita cadangkan astro ceria buat program berilmiah macam tv9 buat. mencungkil bakat x salah, ttp cungkillah bakat yg bermanfaat sikit.

aznil mmg berbakat. astro sentiasa mencari peluang dan memberi peluang kepada aznil.. kerana die subscriber astro bertambah.. mak mak nenek yg suke tgk..mungkin sekadar hiburan!!! so sape yg disalahkan..? sekali sekala tgk xperla.. yg penting jgn lalai dgn hukum agama..

Aku ingin berkata-kata sebagai seorang cikgu. Aku amat merasakan rancangan TTB itu dan pengacaranya telah mengenengahkan satu unsur yang cukup negatif kepada generasi pewaris.

Mencungkil bakat? Bakat apa? Menyanyi? menari? Berlakon? Glamour?

Dengan fesyen rambut kanak-kanak yg sudah menjadi ikutan sehingga ke sekolah (menambah pening kepala guru disiplin), cara percakapan yang kurang sopan, lebih cenderong menganggap artis sebagai ikutan dan idola, inikah dia bakat yang dicanangkan oleh Aznil dan rancangan TTB.

Sekarang orangramai senang2 menempelak dan menuduh guru kerana kurang memberi didikan sahsiah kepada pelajar, tapi apa peranan masyarakat? Apa peranan media? Mereka mengaut untung kekayaan dengan memperkenalkan unsur negatif kepada anak-anak dan remaja, dan akhirnya guru dan sekolah dipersalahkan jika budaya negatif ini menular kepada generasi muda ini?

Lihatlah, kalau majlis fatwa dah hukumkan pengharaman sesuatu program yang dianjurkan pihak tertentu tapi pihak bertanggungjawab yang menganjurkan (yang ratanya melayu dan islam) masih juga diteruskan disebabkan oleh keuntungan dan nama, maka seharusnya kita tunggu saja kejatuhan moral golongan muda-mudi remaja ini dengan wujudnya pelbagai lagi propaganda barat dengan kehadiran bermacam rancangan hiburan yang melalaikan.

rancangan tom-tom bak sesuai cuma pengisiannya yang kurang berilmiah…hanya sekadar hiburan semata-mata.

ramai betul komen kat blog kau ni ekk mail.

aku nak bakar bole?.. bagi havoc sikit mcm blog beck. ahahahah.

sila la NizamNuri.. aku alu2kan rockstar utk komen kat sini.. ha ha =)

Yes i sgt2 setuju TOM TOM BAK will be part of series yg akan merosakkan anak2 kiter. I have 3 girls yg baru tadika n diaorg mmg addicted to astro ceria. Ended up i lock that channel n diaorg boleh tgk disney n cartoon network sahaja skrg. That’s far far far better.

mae, aku tengah pening ni, anak aku sendiri pun pergi auditaion hari tu tanpa pengetahuan aku. bekas bini aku yg bangang tu bawa pergi…sial betul!!! giler glamour punya perempuan. aku kena tuntut mahkamah anak utk bawah jagaan aku. geram..geram!!!.

Tom Tom Bak sangat tak relevan. Macam mengajar budak2 jadi pak merapu.

aku tau tu bukan komen dari aznil..
mane da masa dia..
jgn lupa lirik,mcm2 aznil,tom2 bak lagi tu..
nape nak buat fitnah ni..
biar lah dier..
kalo tak nak anak2 tengok rncangan tu,,tak yah lor..
tutup tb..
tak pun jual la./
biar kmbali ke zaman kuno..

hehe.. xyah la tgk kalo x suke..kalo x nk bg anak tgk cabut aje kad astro..kdg2 rncgn camni bgus tuk improve anak2 punye keyakinan diri..so bile da besar diorg ade keyakinan tuk berhadapan dgn org ramai..cume ade sum part cam nari2 gaye shakira tu x ptt la..ngajo anak jd gedik namanya..kalo menyanyi or belakon dan menjawab..its stil ok wat.. :)

Leave a Comment