Review: DELL Inspiron 1420 Notebook
- 42
- Add a Comment

Untuk menimbulkan mood PC Fair yang akan berlangsung esok di’Pulau Pinang, apa kata hari ini kalian baca review pertama dari aku untuk kategori Notebook/Laptop. Sepanjang aku menulis blog, ini’lah pertama kalinya aku menulis sesuatu yang berkaitan komputer jenis nipis bergaya ini. Dan, sebagai upacara pemecah tanah, Mohd Ismail dot Com mempersembahkan kepada anda semua, Dell Inspiron 1420.
Makhluk anggun berwarna hijau
Ini’lah dia, makhluk berwarna hijau yang telah memikat rakan seuniversiti milik kerajaan Malaysia aku ini. Jika sekali lihat, warnanya ada seakan-akan warna gula-gula dalam bungkusan Mentos, tetapi hijau yang ini bukan datang dengan kalori yang tinggi, tetapi kelajuan tanpa batasan untuk meningkatkan produktiviti & mutu kerja. Cewah!

Mari kila lihat apa yang membuatkan mahkluk berwarna hijau ini sangat memikat hati. Notebook ini di’lengkapi dengan processor Intel Core 2 Duo T7100 1.8Ghz. Di’pacukan bersama 2GB 667Mhz Dual Channel DDR2 SDRAM & sekarang kau boleh bayang’kan apa makna sebenar kelajuan. Sistem operasi yang datang bersama notebook ini adalah jeng..jeng.. tiada kejutan, Genuine Windows Vista, Home Premium dengan AERO experience. Windows Vista akan kurang menarik jika tidak di’janakan bersama kad grafik yang menepati citarasa tinggi, maka, notebook ini datang bersama NVIDIA GeForce 8400M GS dengan 128MB GDDR3.


Ah! Sungguh kekok aku untuk berbicara soal teknikal notebook ni. Aku salin je sebenarnya dari helaian spesifikasi yang di’beri oleh Najib, tuan punya notebook. Sungguh aku bukan’lah manusia yang terlalu pandai dalam hal-hal teknikal begini. Yang aku tahu, jika komputer itu cukup laju, maka komputer memang power. Berapa laju NFS Most Wanted boleh loading dalam komputer yang sedang kau tatap sekarang? Notebook ini lebih laju. Sistem aku yang baru seperti di’ayam-ayamkan bila aku menyentuh notebook ini petang tadi.

Satu yang aku suka pada Windows Vista ini adalah antaramuka’nya yang sedap di’lihat. Sungguh beb!. Lebih-lebih lagi di’lihat di’skrin lebar 14.1″ WXGA with TruLife. Duduk di’hadapan notebook baru canggih seperti ini tanpa aku sedar meningkatkan aura kool yang sedia ada dalam diri aku. Jika aku punya satu, aku akan bawa ke’mana-mana dan mungkin juga, bikin videocasting seperti yang Kevin Rose laku’kan.

Itu bayang-bayang di’dalam sana, adalah aku sedang mengambil gambar notebook ini memainkan Windows Media Center. Aku tidak dapat lihat reabiliti feature ini di’dalam sebuah notebook yang wujudnya di’Malaysia. Ada TV Streaming, ada live video recording, tetapi apa makna’nya jika koneksi internet masih di’bawah ketiak TM Net. Ayuh bangun rakyat Malaysia, kita tuntut internet yang lebih bebas & laju.
Pertandingan pembaca di’atas kerusi
Kesimpulan’nya, DELL Inspiron 1420 sangat mentarik hati. Aku pasti, Najib pasti tidur berpeluk’kan notebook ini. Jika notebook ini milik seorang gadis, pasti notebook ini sudah ada nama’nya macam Mr.Green, SweetGreen, BabyGreen & apa apa sahaja. Aku pasti Najib belum ada nama untuk notebook ini, dan sebagai pertandingan pendek untuk kalian semua, siapa yang dapat menamakan notebook baru Najib ini dengan nama yang paling kreatif & di’pilih sendiri oleh Najib, akan menerima hadiah misteri sumbangan Mohd Ismail dot Com. Satu orang, hanya di’bolehkan mereka satu nama, memberi nama yang kedua tidak akan membuatkan Najib cair hati.
Okeh, mula berfikir!

42 Comments
bob
August 3rd, 2007
at 8:21pm
Hijaunya seperti Sesumpah.. jadi dengan ini aku menamakan laptop najib sebagai Sesumpah.. sama jugak dengan Suse yg menggunakan sesumpah sebagai logo mereka.
Qai
August 3rd, 2007
at 9:23pm
Aku Namakan Beliau ‘The Freshmint Menticore’.. Bersempena Dengan er… Ntah..
ramzy0
August 3rd, 2007
at 9:40pm
huhuhu, still bawah ketiak tmnet…pekate try izzione.com ( aku xpenah pakai lagi ) kalu yg duk kat area kl tuh..
jowey
August 3rd, 2007
at 9:41pm
Hmm..x cun bagi aku..mael cuba cek HP pavilion dv2000..pergh, aku baru dpt last week..ber’kali2 power dr dell..designnya, kalah mac..hehe.
tak caya..cayalah. Aku suka vista..aku sokong ko, laptop skrg dah canggih cth dlm vista ada tv streaming..etc..functions canggih2. tapi ko tau je la streamyx..hee..benci aku streamyx!! .oh,aku xde pilihan :(
shambie adzhan
August 3rd, 2007
at 9:57pm
aku kasik nama “Midori” :)
sekian, terima kasih
WaWa
August 3rd, 2007
at 10:52pm
Midori? kenapa Midori? hurm…
Mohd Ismail
August 3rd, 2007
at 10:53pm
lawa memang lawa hp pavilion tu.. tp wang’nya.. wang’nya… :p lagipun, notebook ni banyak di’gunakan untuk tujuan pembelajaran & kerja seharian.. performance itu lebih di’utamakan :)
ha ha.. aku juga sedang berfikir mahu menginstall Vista… ha ha.. seronok main Vista :)
jom protes! beck, buat gerakan menentang koneksi internet terhad..
Mohd Ismail
August 3rd, 2007
at 10:58pm
mungkin sebab shambie banyak tengok cerita jepun/korea/taiwan/china/thailand… ha ha :) kita tgu…
ko xmo join ke wawa?:p
manchurr
August 3rd, 2007
at 11:23pm
tu ar.. masa mula2 kuar.. aku pun terminat gak.. huhu tp cukup la takat pc aku ni.. laptop aku hp aku la :P
khai
August 3rd, 2007
at 11:30pm
smart gile seyh.. warna dia mmg warna hijau kegemaran aku.. nice!! RAM pon x leh blah siot.. 2gb tu.. jeles nye aku..
mail.. sponsor la saye RAM 1GB pon jadi la.. please… huuuu
nashrex
August 4th, 2007
at 12:14am
IBM laa besh. go to building quality… ahahhaa
WaWa
August 4th, 2007
at 12:23am
okeh. aku join. hurm..
wpon “bakat” adalah copyright aku, tapi aku boleh berikan nama laptop najib tu, “bakat”. sebab apa? sebab aku suka la. :p
shambie adzhan
August 4th, 2007
at 12:58am
midori ãÂ?¿ãÂ?©ã‚Škerana…
“It is the Japanese word for the color “green”.It is also a common Japanese female personal name.”
sila rujuk wikipedia
:) baru le seswai..kasik nama sweet ala2 japang gitu!
WaWa
August 4th, 2007
at 1:32am
hah. kalo gitu, aku vote utk nama ni. haha.
NaJiB
August 4th, 2007
at 1:45am
hehehe, laptop aku tu
dan aku mengkomen dgn mengunakan laptop hijau ini…
mael, apa hadiah lu mau kasik? itu barang 2 bijik lu angkat ptg td ka?
Mohd Ismail
August 4th, 2007
at 1:57am
ha ha.. tak’lah.. itu aku nak pakai sendiri.. simple2 je hadiah ni.. :) ko pick nama nnt.. da banyak da entri tu..
duez
August 4th, 2007
at 2:31am
aduhhh..baru aku terpikir ptg tadi…dah ada plak yg kasi nama midori nih..
Rjuna
August 4th, 2007
at 3:32am
Apalah namanya kelajuan kalau koneksi masih dibawah ketiak TM haha
aku namakan laptop tu Green Odyssey or Green Lantern, pilih yang mana suka hehe.
Aviator
August 4th, 2007
at 4:30am
Panggil saja “Sayang”. Sebab mesti member kau tu anggap laptop baru dia macam bini.
senok
August 4th, 2007
at 5:20am
aku kasik nama.. “adik wani” ..nampak skit dia punya kewanitaan utk seorang jejaka..haha
p/s: ko tak nak review ke helmet silver kat bwh katil tue..haha, mana tahu tue helmet XX RAY..
Wizurai
August 4th, 2007
at 7:26am
hahaha… sempay lagi belek item lain dalam pic tu…
azwanhadzree
August 4th, 2007
at 8:02am
Vista memang cool Mail, tapi kan.. bila harga hardware sudah semakin murah, harga software pulak melambung naik.. Is it fair? Microsoft sudah kira monopoly tapi masih mengekalkan harga nya yang agak tinggi.
Wizurai
August 4th, 2007
at 8:48am
berapa harga notebook yg kawan ko ni beli?
vangardx
August 4th, 2007
at 10:16am
nyam nyam..ni yg rasa nak tukar laptop nie (laptop aku dah 2thn setengah dah usianya) ok berkenaan dengan nama utk notebook nie (bila tarikh tutup?) aku namakan dia sebagai ALGA
mixterr
August 4th, 2007
at 10:42am
aku mmg suka kulit dan gaya DELL yg menawan.. tp aku tak suka isi dlmnya (mainboard). aku sudah merasakan kelajuan dell yg amat menduka citanya.. harap keluaran chip set yg ini lebih laju dr keluaran lama..
mixterr
August 4th, 2007
at 10:48am
uikk xleh nak edit komen ke mael…dan buang ke plugin tu??
tp notebook ni ram nyer mencanak!! ade lagi graphic card.. aku rase boleh tahan.. aku pkai dell ni ah ram pon leh tahan..tp bosan kejung kejung ni..mainboard die cap ayam la..
vangardx
August 4th, 2007
at 11:12am
aku punya laptop compaq..so far tak terpikir plak nak guna dell :p
musnazdotnet
August 4th, 2007
at 11:17am
saya namakan laptop beliau, ‘razak rahman’….. baru la ada patriotik sket!
duo
August 4th, 2007
at 11:48am
aku namakan - DELLaJiB - sempena pengabungan DELL+Najib.nmpk mcm pergabungan pengeluar & pembeli. hehe…
affuan
August 4th, 2007
at 1:48pm
Affuan namakan dia “jibreen” (najib + green). Kui3. Pandai2 jer aku. Ekeke.
vangardx
August 4th, 2007
at 2:20pm
aku rasa nama kerang hijau pun ok jugak kot..kan affuan kan :p
abdfatah
August 4th, 2007
at 5:58pm
namakan dia sebagai reennGib comel. wahahha…. apa punya nama begitu rupa???
zu_is_a_g33k
August 4th, 2007
at 8:43pm
satu je pesanan ku buat mu wahai sahabatku, apabile memiliki notebook… jgn bukak sampai overheat sink tecabut lak.. semoge x tjadik cam aku adoi!!
vangardx
August 4th, 2007
at 10:43pm
kenapa nak bukak sampai tercabut tu? apakata buat entry pasal diy notebook punya cooler fan..dulu aku ade buat..tp tah mana hilang tah entri tu :(
edt83
August 5th, 2007
at 1:09am
huhu sungguh menyentap jiwa…bape agaknya RM yg diperlukan wahai ismail…aku sungguh terpesona..tp lagi teruja jika dilengkapi skrin 12″ shj..lg comel..ditambah dgn vista ultimate..:D…lagi lazat…
namakan MyD!!
Mohd Ismail
August 5th, 2007
at 5:05am
jika mengikut kepada order confirmation yang ada pada aku skang. laptop ini bernilai RM3,801.
skrin 12″, tak kecik sgt ke omar? tadi aku usya kat pc fair, macam tak puas je nak buat keje.. he he
Mohd Ismail
August 5th, 2007
at 5:06am
jika Najib membaca ini, mungkin dia lebih faham apa yang ko ckap.. aku tak tahu.. ha ha
edt83
August 5th, 2007
at 8:11am
huhu…tp lebih kecil lebih mudah dibawa kemana2… dan biasanya skrin 12″ ni…regenyer dlm 3800 ke atas….
p/s - xpuas tgk movie mail..:P
BAGAK
August 5th, 2007
at 8:46am
mahkluk hijau itu amat memberahikan aku disini
keputusan adalah bijak dengan menambag 2Gb RAM , jika menggunakan Vista. Vista adalah sampah jika RAM kurang daripada itu
Adakah entri ini peraduan memberi nama mahluk hijau tersebut?
Jika benar, nama yang telah aku fikirkan ialah
“HULK” …warnanya mengingatkan aku akan HULK yang popurlar pada zaman 80an
mixterr
August 6th, 2007
at 9:39am
aku guna acer jer.. yg murah.. huhu
Nazirah Ashari
August 8th, 2007
at 2:29am
as a green freak, for me… erm…well they look nice really. but overall aku rasa ni adalah the notebook for those who have been dreaming for the colorful vaio (almost like this one too).
i still want the vaio.
p/s: aku tak sker sgt la logo Dell.
p/s2: aku ingtkan owner notebook ni pompuan…
p/s3: ko bg suggestion mcm ner aku nak ckp ngan bapak aku nak tukar laptop? hahahaa. haram.
catz
August 8th, 2007
at 5:39pm
woit..aku mahu tahu rege nyer…