Review: Eagle Eye

Kalau nenek aku tahu yang aku sambut raya hari kedua dengan movie marathon, mesti raya tahun depan tiada ketupat palas untuk aku.

Aku tonton 3 buah filem hari ini, semuanya di’pawagam. Tiada Rapidshare atau Torrent.

Aku tonton Deception, Senario: Episod 1 & Eagle Eye. Dalam ketiga-tiga filem ini, aku pilih untuk ketengahkan Eagle Eye.

Kalau kau tonton Transformers, pasti kau kenal Shia LaBeouf. Dalam filem tersebut, Shia adalah remaja lelaki tetapi dalam Eagle Eye, beliau menjadi seorang lelaki (Jerry Shaw).

Eagle Eye mempunyai sekurang-kurangnya 50% lebih aksi berbanding Die Hard 4. Boleh aku katakan Die Hard 4 + Osama bin Laden = Eagle Eye.

Jalan cerita Eagle Eye agak laju & perlu kita tangkap dengan cepat. Kurang’nya penjelasan latar belakang musuh dalam filem ini mungkin akan meninggalkan tanda tanya kepada mereka yang tidak menumpukan perhatian.

Filem ini di’penuhi dengan Shia LaBeouf. Agak membosankan sebenarnya jika watak utama memenuhi setiap plot cerita. Tiada hero sampingan. Untuk peminat perempuan, mungkin ini menyeronokkan.

Part paling aku suka adalah ketika ‘musuh’ filem ini melarikan Jerry Shaw dari tahanan FBI & ketemukan Jerry dengan heroin, Rachel Holloman lakonan Michelle Monaghan. Sudut permainan kamera yang tidak mampu aku tangkap & imajin pergerakan’nya.

Pergilah tonton Eagle Eye. Deception juga tidak mengecewakan, tetapi perlahan & terlalu dramatik. Senario kelakar tetapi kosong.

22 Comments

Aku baru habis layan Heroes Season 3..

cambest jek citer ni…

Owh , kau tengok di mana mael? . aku esok mahu tengok di sunway , Kami dan Eagle Eye . =)

Thanks for your comment in my page… nice to meet you ….

Emmm aku aamaaat suka filem die hard especially 4.0…. and yes i’m very excited to watch this movie… tapi sekarang dah ada down skit , expectation terhadap filem ni pun dah kurang setelah baca review awak ni… tapi aku tetap akan pergi tonton gak.. hehehe… mana tau aku ada pendapat lain plak kan… hehehe

Cerita senario aku tak gi tonton di pawagam kot, tunggu raya tahun depan jerr mesti kuar TV or mana mana channel Astro… hehehe…

Thanks for your review though…

Adry @ http://www.adrysabry.com

kg aku kt muar .. dengan harapan aku dpt menonton KAMI atau senario .. pada malam raya pertama ..

demn ..
sumer citer yg panggung tuh tunjuk adalah 2 bulan lepas punyer filem .. maklumlah ..tempat mcm nak roboh jerk

anyway .. selamat hari raya bro ..

erm salam mael aku nak tanyemacam mane cerita senario tu?Best ke tak?yelah cam tak sedap pulak hari raya tgok cite omputih.bukan krismas haha jadi mungkin aku nak layan senario.Kasi review sikit patut aku torrent je atau wayang?

cambest… pe lagi, rapidshare-lah skrg.. hehehe

@adry ni pendapat peribadi aku je.. elok pi tgk pawagam kalo nk rasa sendiri.. hehe =)

@odin kat kampung aku pun sama gak la.. kene naik town sikit baru jumpa pawagam yg up-to-date.. *selamat hari raye*

@rham salam.. senario elok tgk ngan family.. atau kawan2.. bawak anak2 lg best.. overall aku boleh kata menghiburkan & lawak yg segar.. tetapi tidak’lah sampai tahap wajib ke pawagam.. berbaloi juga kalau tgu raya tahun depan bila keluar kat tv.. he he =)

@hanep ko mmg geek!

Aku tak berapa layan movie…
aku layan anime….
Bagus review ko untuk tambah traffic…

aku suka time die cucuk duit kat atm..huhuh..kayo pakcik.. :D

cite senario kosong?
hehe…besala tu…

tak sempat aku nak nonton mana2. baru balik raya. minggu ni aku try serbu panggung..

@aman USD750k++.. gila x kaya.. ha ha

@melayubuntu bukan nak stereotaipkan citer melayu, tapi hakikat begitu..

@titan sibuk beraya ko ni titan.. =)

huish.. pantang mak bapak aku kalu tak duk umah masa dah nak dekat dan ketika raya.. Abis ar kena leter nnt. hahaha

tahun ini aku beraya dgn buku The Decemberist (War and Peace) dan Anarchism dan Inche Mail duit raya utk aku ada tak.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

@azraai minat betul ko dgn topik2 gitu ye.. kongsi2 la apa ko baca.. mana tau berguna utk survive dlm suasana politik tah apa2 skang ni =)

*selamat hari raya & maaf segala2nya juga*

aku sangat menyesal menonton senario epi.1

huh~ malangnya, eagle eye mcm terlalu lewat utk anak dara mcm aku pegi tonton pada hari raya ke-2 baru ni :(

owh. inche mail, KAMI dah tgk ke blum. sapa bleh bagi spoiler.

PS kepada Inche Mail. tolong online byk projek tertangguh nih.

disebabkan aku dikerah bekerja musim raye ni,aku buat kepurusan utk tgk filem ni malam raye pertama.hasilnya?memang terbaik lah!aku suke jalan critenye,’menyembunyikan’karakter antagonis till the end of the movie.

PLan nak tengok Eagle Eye semalam….tertidur laa pulak , tak sangka best tu…

plan nak tgk.tapi xtahu bile
semua orang cakap best ;)

Aku paling suka babak kejar mengejar di awal perkenalan Jerry dan Rachel. Bagaimana ‘wanita’ tu membantu mereka melepasi polis yang mengejar mereka. Dan susunan perlanggaran tu sangat mengujakan. Tak sempat hilang rasa teruja akibat perlanggaran pertama, muncul dentumana hasil perlanggaran yang berikutnya. Sebelum ni, aturan babak kemalangan dalam Final Destination 2 adalah yang terbaik.

Review Eagle Eye @ BLOG KedaiMagik

Leave a Comment