
Amaran untuk sesiapa yang bercadang untuk menonton Inglourious Basterds, anda sangat-sangat perlu betulkan niat untuk menonton filem ini. Jika anda pergi menonton untuk membunuh masa lapang, filem ini akan menjadi filem paling keji dalam sejarah.
Jika anda pergi untuk menikmati air tangan terbaru Quentin Tarantino & filem yang selayaknya di’panggil filem artistik, Inglourious Basterds adalah champion.
Trailer filem ini membayangkan Inglourious Basterds adalah sebuah filem perang dunia ke-2 yang sarat dengan adegan keganasan & yeah, peperangan.
Tetapi, Quentin Tarantino sebelum tayangan perdana ada juga memberi amaran yang Inglourious Basterds bukan sebarangan filem perang dunia ke-2. Dan, sememangnya betul.
Inglourious Basterds penuh dengan plot ikonik & dialog yang jarang-jarang ada dalam sebuah filem berunsurkan perang. Jangan mimpi lihat Brad Pitt mengangkat senjata.
Brad Pitt dalam Inglourious Basterds bertindak menjadi ketua kepada sekumpulan Yahudi (pelbagai kewarganegaraan) yang menjadi ketakutan kepada Nazi kerana keganasan mereka sehingga di’gelar ‘The Basterds’.
Lakonan Brad Pitt sebagai Lt. Aldo Raine biasa-biasa sahaja tetapi 10 tahun dari sekarang, imej Lt. Aldo Raine akan di’kenang sebagai salah satu masterpiece Quentin Tarantino. Jika dalam filem Melayu, Lt. Aldo Raine adalah tentera berbangsa Jawa asli yang bertutur dalam Bahasa Melayu. Slang yang aneh & sukar di’fahami, tetapi unik.
Dalam filem ini juga, Tarantino berjaya mencipta beberapa plot yang akan di’kenang sebagai karya ikonik. Contohnya, perbualan metafor tentang penghuni rumah & tikus di’awal filem. Panjang & bosan, tetapi penuh bermakna & buat kita berfikir.
Satu lagi adalah di’akhir penceritaan di’mana imej Shosanna Dreyfus terpancar di’kepulan asap ketika panggung wayang yang penuh dengan Nazi (termasuk Adolf Hitler) terbakar. Plot ini berjaya menggambarkan pembalasan dendam yang teramat sangat kerana keluarga Shosanna Dreyfus di’bunuh Nazi di’awal penceritaan.
Adolf Hitler mati di’akhir cerita? Ya. Dan, di’bunuh oleh beberapa orang Yahudi. Quentin Tarantino tidak menulis semula sejarah, beliau cuma lari dari stereotaip filem berunsur begini yang selalu takutkan ketepatan sejarah. Dalam Inglourious Basterds, Hitler mati penuh dramatik.
Adakah Inglourious Basterds filem terbaik tahun ini? Mungkin tidak. Tetapi yang pasti filem ini akan di’kenang sepanjang zaman (sekurang-kurangnya untuk aku).
Satu lagi, filem ini adalah lesen besar untuk kau pergi menonton seorang diri di’panggung wayang. Konsentrasi sangat penting untuk memahami jalan cerita & menikmati dialog unik ciptaan Tarantino.
Comments
11 Comments so far. Leave a comment below.Aku ada 1 cadangan, apa kata ko buat 1 blog tentang ulasan filem, mungkin Oh Filem, dimana penulis lain bebas menghantar ulasan diorang,
dari situ pambaca lain leh tahu mana filem yg best dan mana filem yg teruk utk ditonton, selamat rm10 kalau filem tu org kata tak best kan? amacam brilliant tak projek ni
brilliant! :) tp kalau akan wujud pun, bukan ohfilem kot namanya.. he he..insyaAllah, Malaysia akan ada rottentomatoes.com sendiri nanti
mmg suke cte perang2…bunuh2..baling2 bom….tgk je,buat tidak mungkin…
terima kasih atas review ni,aku memang menanti buah tangan tarantino selepas Kill Bill.
dengar cerita Kill Bill 3 akan di’bikin dalam 2014.. still Uma Thurman :) http://br.st/0PD
bravo..inglorious basterd..bukan semua orang boleh tgk cerita ni. AKu suka akan jalan ceritanya. Skrip dan dialognya membuatkan penonton berfikir.yeah..aku suka filem ini bukan seperti filem2 picisan lain.
Dri satu sisi yang lain aku melihatnya sebagai propaganda Yahudi.yeah..yahudi mesti mau menang..haha.
p/s:aku bagi 9.5/10 utk masterpiece tarantino ni..
waaaa… crita pasal hitler lagi, kalo crite valkyrie tue aku memang suka gila.. mungkin cerita nie aku akan suka gak kot! Hoho..
Hmmm aku belum tgk citer ni lagi…
tapi tadi baru beli 5 dvd macam rutin aku tiap jumaat…
minggu depan aku boleh cover citer ni plaks…
Mail!
Aku sokong idea arjuna.. sinopsis yg ko beri… memang lain dr lain…
ko telah membuat aku teringin nak tgk cite nie…
nmpknya kena cari dvd la pas nie…
aku akan cari masa untuk tengok cerita nih. sibuk sekarang. nak gi alamanda pun tak menyempat..
ntah apsal filem ni buat aku jadi sangat benci dengan yahudi. propaganda yang diorang terus menerus buat untuk meminta simpati dunia. lastly , diorang pon same gak cm hitler…